Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Implikasi Elemen Sastera Melayu Terhadap Perkembangan


Kognitif Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di
Sekolah Rendah
(Elements Of Literature Achieve Critical Thinking In The Teaching
And Learning Of History In Primary Schools)
Ros Anita Kartini Mohamed1*, Abdul Halim Ali1
1
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

*Pengarang Koresponden: ros_kartini@yahoo.com

Accepted: 15 December 2021 | Published: 31 December 2021

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.10
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Adunan teknik
dan keindahan diksi menjadikan karya itu hidup dan bertenaga. Antara elemen sastera yang
terdapat pada sesebuah hasil karya ialah pemikiran pengarangnya, gaya bahasa, bentuk
struktur, tema, persoalan dan pengajaran merupakan nilai estetika yang merakamkan realiti
kehidupan masyarakat yang mewarisinya. Oleh kerana hal ini penting, maka elemen sastera
Melayu pada peringkat sekolah rendah mula diperkenalkan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Elemen sastera Melayu diserapkan ke dalam beberapa mata
pelajaran melalui buku teks. Penerapan elemen sastera Melayu sebagai Elemen Merentasi
Kurikulum (EMK) dalam mata pelajaran lain di sekolah rendah yang bertujuan untuk
merealisasikan potensi murid di samping melahirkan generasi yang mempunyai daya saing
tinggi dalam membuat keputusan di bawah Perkara Kemahiran Bernilai Tambah yang
menggariskan tujuh kemahiran, antaranya Kemahiran Berfikir (KB). Fokus makalah ini
adalah perbincangan tentang implikasi elemen sastera Melayu dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah melalui kaedah pembelajaran kognitif. Dalam
perhubungan ini, domain kognitif Anderson & Krathwohl 2001 digunakan kerana domain
kognitif Anderson & Krathwohl 2001 ini dilihat mempunyai landasan yang kukuh bagi
mengukuhkan kefahaman murid-murid untuk menerima fakta sejarah bersandarkan elemen
sastera Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hingga menjadikan mata
pelajaran Sejarah lebih menyeronokkan dan bermakna.

Kata kunci: Kemahiran Berfikir, KSSR, elemen, kognitif, sastera Melayu

Abstract: Malay literature has a beautiful and structured language art. The blend of technique
and the beauty of diction makes the work alive and energetic. Among the literary elements
found in a work are the author's thoughts, language style, structural form, themes, questions
and teaching are aesthetic values that record the reality of life of the society that inherited it.
As this is important, the elements of Malay literature at the primary school level were
introduced in the Primary School Standard Curriculum (KSSR). Elements of Malay literature
are absorbed into several subjects through textbooks. The application of Malay literature
elements as a Cross Curricular Element (CCE) in other subjects in primary schools that aims
to realize the potential of students while producing a generation that is highly competitive in
decision making under the Value Added Skills Item which outlines seven skills, including
Thinking Skills (KB). The focus of this paper is a discussion on the implications of Malay

116
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

literary elements in the teaching and learning of History subjects through cognitive learning
methods. In this regard, the cognitive domain of Anderson & Krathwohl 2001 is used because
the cognitive domain of Anderson & Krathwohl 2001 is seen to have a strong foundation to
strengthen students' understanding to accept historical facts based on Malay literary elements
in teaching and learning in the classroom to make History a subject. more fun and meaningful.

Keywords: Thinking Skills, KSSR, elements, cognitive, Malay literature


_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Penerapan elemen kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
lain di sekolah rendah bertujuan untuk merealisasikan potensi murid di samping melahirkan
generasi yang mempunyai daya saing tinggi dalam membuat keputusan selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, elemen kesusasteraan Melayu yang diselitkan oleh
pengarang dalam buku teks edaran pada peringkat sekolah rendah adalah sebagai wadah bagi
beberapa mata pelajaran teras dan elektif sahaja. Sebenarnya, aktiviti-aktiviti sastera yang
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan elemen kesusasteraan Melayu
dapat memantapkan lagi pengetahuan, pemahaman dan penguasaan murid terhadap mata
pelajaran lain yang mereka minati. Adapun yang sangat menariknya ialah penggunaan bahan
sastera dalam buku teks Sejarah bagi murid-murid tahap dua di sekolah rendah yang akan
dibincangkan dalam makalah ini.
Objektif
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti implikasi penggunaan elemen sastera
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah tahap dua di sekolah rendah.
Objektif khusus kajian ini pula ialah;
1) Mengenal pasti elemen-elemen sastera dalam mata pelajaran Sejarah tahap dua di
sekolah rendah.
2) Menganalisis implikasi elemen sastera sebagai alat pengukuhan kefahaman murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Latar Belakang
Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa
sekaligus kecintaan yang mendalam kepada negara semakin dilupakan. Negara telah melalui
detik pahit apabila golongan tertentu telah menjual maruah Malaysia di persada antarabangsa
dengan insiden membakar Jalur Gemilang dan mengubahsuai lirik lagu “Negaraku” suatu
ketika dahulu. Ini membuktikan tipisnya semangat patriotisme di kalangan generasi muda kini.
Oleh demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk
menekankan betapa pentingnya metodologi subjek Sejarah melalui satu transformasi besar
supaya pengajaran dan pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik. Fokus KSSR
Sejarah lebih kepada untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran
Sejarah (KPS) di samping pengamalan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik (EKNS)
untuk melahirkan murid yang cinta akan negara. Kesepaduan aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai ini diharapkan mampu memberi pemahaman kepada murid untuk membina jati diri
sebagai rakyat Malaysia. Reka bentuk kurikulum Sejarah merupakan kesepaduan berbentuk
“intra” iaitu yang berlaku dalam pengetahuan sejarah itu sendiri (Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, 2019).

117
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Bagi memartabatkan ilmu sejarah di kalangan generasi muda, maka pendedahan awal pada
peringkat sekolah rendah kepada mata pelajaran ini amat penting. Antara tujuan mata pelajaran
Sejarah diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah adalah sebagai usaha menyemai
kefahaman sejarah pada peringkat awal yakni untuk melahirkan generasi baharu yang mampu
menilai dan menghayati sejarah. Kandungan kurikulum yang dirangka bagi sekolah rendah
dikatakan dapat memupuk perasaan taat setia kepada bangsa dan negara. Dasar mewajibkan
murid sekolah rendah mempelajari mata pelajaran Sejarah adalah selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan aspek perkembangan jasmani, emosi, rohani,
dan intelek murid-murid secara seimbang. Kepentingan sejarah telah mewujudkan Sejarah
sebagai mata pelajaran wajib dipelajari di tahap 2 pada peringkat sekolah rendah di bawah
KSSR, mulai tahun 2014. KSSR bagi mata pelajaran Sejarah telah dibina di bawah Pelan
Pembanguan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan enam aspirasi iaitu, pengetahuan,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional dan
kemahiran berfikir. Aspirasi tersebut perlu dikuasai oleh murid sebenarnya pada peringkat
sekolah rendah agar tidak teraba-raba pada peringkat sekolah menengah. Antara aspirasi
tersebut, aspirasi kemahiran berfikir dianggap sebagai elemen yang sangat penting (Mohd
Radzi, 2010). Enam aspirasi ini dikaitkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis serta berpengetahuan dan
berketrampilan. Enam aspirasi ini mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi
asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis, dan inovatif.

Bagi mencapai hasrat tersebut penggunaan korpus ilmu lain dalam pengajaran dan
pembelajaran utama di bilik darjah perlu diperhebatkan dengan menyuntik korpus ilmu lain ke
dalamnya. Proses ini dinamakan Elemen Merentasi Kurikulum (EMK). Rata-ratanya kini, buku
teks terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah rendah banyak menerapkan puisi
sebagai EMK (Ros Anita Kartini & AH Ali, 2021). Justeru itu, elemen sastera di dalam mata
pelajaran Sejarah dirancang agar dapat menarik minat murid-murid untuk mempelajari Sejarah.
Proses gabungjalin ini memperlihatkan unsur kreativiti. Unsur kreativiti ini adalah kebolehan
seseorang menyalurkan sebahagian daripada pengalaman lalu, dan dijelmakan kembali dalam
bentuk baru. Elemen-elemen sastera Melayu yang disuntik dalam teks mata pelajaran Sejarah
adalah seperti prosa moden (cerpen, drama, dialog), prosa klasik (karya klasik, hikayat), puisi
moden (sajak) dan puisi tradisional (pantun, syair, gurindam dan seloka). Elemen kesusasteraan
Melayu yang dibawa masuk ke dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah
dilihat mampu membawa murid berkomunikasi secara gerak balas intelektual dan berimaginasi
tinggi. Ini kerana elemen kesusasteraan Melayu yang diselitkan dalam pengajaran dan
pembelajaran membawa pembaca khususnya murid mengamati dalam bentuk atau cara yang
belum pernah dialami mereka. Murid-murid misalnya diheret merasai konflik-konflik, watak-
watak, elemen-elemen tentang latar keadaan dan masalah manusia universal (Salmah Ayob,
1981). Sememangnya, peribahasa, syair, cerita teladan, seloka, pantun, gurindam dan pepatah
misalnya telah didedahkan dalam kalangan masyarakat Melayu tentang erti kehidupan sedari
dulu lagi. Ini merupakan satu pengetahuan sedia ada atau kearifan tempatan yang dimiliki oleh
murid-murid secara tidak formal dari masyarakatnya. Ciri-ciri sastera yang unik ini
membolehkan murid menghayati dan seronok menikmati sesi pengajaran dan pembelajaran
Sejarah yang berdasarkan fakta benar. Bahan-bahan dan fakta sejarah yang hendak
dikemukakan oleh guru kepada murid menjadi menarik lagi apabila disertakan dengan lukisan
grafik visual. Ini memberi peluang kepada murid-murid menemui potensi diri mereka melalui
perkataan, warna dan lukisan. Dengan menggunakan gambar, membantu murid membuat
keputusan berdasarkan kefahaman dan pengetahuan masing-masing dalam memproses
maklumat. Demikianlah halnya, dengan gambar membolehkan murid meneroka kembali ke
zaman silam untuk menghayati cerita tersebut. Umpamanya, melalui gambar ilustrasi grafik

118
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

tentang pembukaan Melaka dalam Sejarah Melayu dilukis kembali di dalam buku teks Sejarah
Tahun 4, jelas tujuan pengarang selari dengan keperluan Kemahiran Bernilai Tambah, iaitu
Berfikir Aras Tinggi yang mengkehendaki murid-murid berfikir dengan kreatif dan kritis,
dengan memasuki zaman silam dan mengingat kembali tokoh terbilang tempatan yang tercatat
dalam lipatan sejarah. Hal ini kerana, setiap pengalaman itu tidak semestinya baru tetapi baru
dari segi konsepsi dan gaya persembahannya (Ani Hj Omar, 2012). Dan pada masa yang sama,
melalui sastera ditemui unsur moral, keindahan, hati nurani, keadilan, ketaqwaan,
kebijaksanaan, dan tazkirah yang disampaikan secara sederhana tetapi amat berkesan di jiwa
(A. Samad Said, 1996). Hal ini menggalakkan murid untuk berimaginasi secara kreatif dan
kritis. Apatah lagi dengan unsur warna dan ruang digabungkan untuk menghasilkan satu
suasana pengajaran dan pembelajaran yang realistik. Menaakul dengan menggunakan gambar
visual secara tepat dinamakan kecerdasan ruang. Ini akan mendorong berlakunya proses
kolaboratif antara guru dengan murid, berfantasi dan berimaginasi lalu menceritakan kembali
peristiwa yang telah berlaku dalam lipatan sejarah walaupun di anggap mitos dan tidak masuk
akal. Pengungkapan kembali cerita yang berlaku dalam lipatan sejarah dalam konteks kini
melalui penerokaan ruang sebenarnya telah meningkatkan pemahaman dan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan seterusnya dapat membantu membentuk insan
yang lebih bersifat holistik. Hal demikian kerana, kecerdasan ruang melibatkan penaakulan
menggunakan gambar dan mempercepatkan dunia visual secara tepat, berkebolehan berfikir
dalam tiga dimensi dan mencipta semula aspek pengalaman visual melalui imaginasi. Dapatlah
dikatakan bahawa, penggunaan bahan sastera dalam teks Sejarah bukan kebetulan tetapi
merupakan sesuatu yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Bahagian Perkembangan
Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti yang dirancang oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dalam usaha melahirkan murid yang cinta
akan negara serta mempunyai minat yang mendalam terhadap mata pelajaran Sejarah.
Penyusunan bahan sastera dengan fakta sejarah ini juga membantu guru merancang maklumat
awal dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan sesuai dengan
aktiviti. Hal ini memenuhi matlamat KSSR Sejarah untuk melahirkan murid yang mempunyai
pengetahuan sejarah, memahami perkembangan sejarah tanah air dan memiliki kesedaran
sejarah serta meningkatkan semangat cinta akan negara (Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Sejarah, 2019).

Permasalahan Kajian
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah pada
peringkat sekolah rendah adalah unik. Apatah lagi, mata pelajaran kesusasteraan Melayu hanya
wujud pada peringkat sekolah menengah atas sahaja. Dalam konteks tuntutan inilah, kajian ini
difikirkan relevan serta perlu untuk diusahakan bagi mengukuhkan bahawa keunikan mata
pelajaran Sejarah diajar dengan pendekatan sastera Melayu. Kajian ini releven, apatah lagi
sehingga kini belum ada satu kajian ilmiah secara komprehensif membuktikan bahawa
kesusasteraan Melayu telah diberi pendedahan pada peringkat sekolah rendah sebagai satu
elemen sisipan dalam sukatan mata pelajaran Sejarah KSSR tanpa disedari. Menarik lagi
apabila teks Sejarah disampaikan dengan bahan sastera. Persoalannya, apakah tujuan dan
perhubungan antara Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kesusasteraan
Komunikatif dan DSKP Sejarah itu sendiri. Justeru, pengumpulan maklumat awal adalah
sangat penting bagi membolehkan guru mencari bahan untuk bahan bantu mengajar.
Kerangka Teori
Taksonomi merupakan cara pengkategorian atau mengklasifikasikan daripada keseluruhan
bahagian. Guru mengharapkan anak didik berhasil mempelajari sesuatu. Justeru keberhasilan
itu perlu diukur bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran guru. Pendekatan

119
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Taksonomi Bloom merupakan pendekatan yang dapat mempermudahkan guru membuat


klasifikasi dalam apa sahaja yang harus dipelajari oleh anak didiknya dalam waktu tertentu.
Taksonomi dalam pendidikan digunakan untuk mengklasifikasikan tujuan instruksional, yakni
sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan tujuan untuk
memudahkan murid-murid menguasai objektif yang dikehendaki (Molenda, Reigeluth, &
Nelson, 2003; Yusup Hashim; 2006). Ada juga yang menamakannya sebagai tujuan
pembelajaran, tujuan penampilan atau sasaran belajar. Tujuan instruksional ini dibahagikan
kepada tiga domain iaitu, (1) domain kognitif; domain berkaitan dengan tujuan belajar yang
berorientasi pada kemampuan berfikir, (2), domain afektif; domain berkaitan dengan perasaan,
emosi, sistem nilai, dan sikap hati, dan yang terakhir (3) domain psikomotor; yakni domain
yang bereorientasi pada ketrampilan moto dan penggunaan otot.

Benjamin S. Bloom, pada tahun 1949 telah memperkenalkan idea mengenai pembahagian atau
Taksonomi Kognitif untuk mempermudahkan proses penyusunan bank soalan sehingga
memiliki tujuan pembelajaran yang sama (Krathwohl, 2002). Taksonomi Kognitif ini mula
diperkenalkan dalam dunia pendidikan pada tahun 1956 di dalam buku berjudul Taxonomy of
Educational Objectices: The Classification of Educational Goals. Handbook I: Cognitive
Domain. Buku yang menjelaskan tentang sistem klasifikasi pendidikan tersbut disebut sebagai
Handbook (Putu Ayub et al.; 2013). David R. Krathwohl, seorang daripada ahli kumpulan
Bloom telah memperkenalkan Revisi Taksonomi setelah empat puluh lima tahun
kemudiannya. Taksonomi Revisi telah dibicarakan di dalam buku berjudul Theory Into
Practice (Anderson, et al.; 2001). Makalah ini akan membincangkan tentang bagaiman
Taksonomi Revisi Anderson & Krathwohl 2001 dapat melahirkan pemikiran kritis dalam
pelajaran Sejarah di bilik darjah. Dengan demikian diharapkan penulisan makalah ini dapat
memberi gambaran kepada para guru untuk memahami dan Taksonomi Revisi Anderson &
Krathwohl. Hal ini dapat membantu para guru manfaat dan menerapkan taksonomi tujuan
pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran (Pdp) di bilik darjah secara berkesan
berdasrkan Rajah 1 domain kognitif di bawah;

Mengingat

Memahami
Dimensi
Proses
Mengaplikasikan
Kognitif

Menganalisis

Mengevaluasi

Mencipta

Rajah 1: Taksonomi Revisi Anderson & Krathwohl, 2001)

Berdasarkan gambar Rajah 1 di atas, kelihatan perubahan berlaku pada istilah daripada kata
nama (dalam taksonomi Bloom) menjadi kata kerja (dalam taksonomi revisi). Perubahan istilah
ini dibuat agar sesuai dengan tujuan pendidikan kini yang bersifat holistik dan boleh digunakan
pada semua peringkat pendidikan bagi tujuan pengukuran dan penilaian. Sehubungan dengan
gambar rajah di atas, kata pengetahuan dalam taksonomi Bloom berubah menjadi mengingat.
Kata kerja mengingat mendeskripsikan tindakan pertama yang dilakukan oleh murid dalam

120
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

belajar pada tahap pengetahuan adalah mengingatnya. Manakala kata pemahaman pula
menjadi memahami. Pemahaman merupakan tingkat memahami yang paling rendah.
Pemahaman terbatas pada hanya memahami tentang apa yang sedang dikomunikasikan tanpa
menghubungkannya dengan hal lain. Kemudiannya, istilah aplikasi pula menjadi
mengaplikasikan. Dalam istilah ini hanya terjadi perubahan dari kata nama menjadi kata kerja.
Istilah analisis menjadi menganalisis. Dalam istilah ini hanya terjadi perubahan dari istilah
kata nama menjadi kata kerja. Istilah sintesis pula telah menjadi mencipta. Mencipta
melibatkan proses menyusun unsur-unsur menjadi sebuah kesatuan yang koheren dan
berfungsi baru. Istilah akhir evaluasi menjadi menilai. Adapun, pengetahuan dalam taksonomi
Bloom berdiri sendiri manakala dalam taksonomi revisi ianya menjadi dua dimensi iaitu
dimensi pengetahuan dan dimensi proses kognitif.

Metodologi
Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dengan melihat bahan-bahan kajian lepas yang
berkaitan dengan pemakaian puisi kanak-kanak dalam silibus pengajaran dan pembelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah rendah. Kaedah kepustakaan juga
dapat digolongkan dalam kelompok penyelidikan kualitatif, kerana data yang dianalisis
memerlukan deskripsi yang terperinci dan menyeluruh (A. Halim Ali, 2019). Analisis dibuat
ke atas beberapa bentuk puisi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi mencapai objektif pembelajaran dan sukatan mata pelajaran yang telah digubal oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. Sumber utama dalam kajian ini ialah
buku Teks Sejarah Tahun 4, 5 dan 6, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah,
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Dalam
kajian elemen-elemen sastera yang terdapat dalam buku teks Sejarah Tahap 2 sekolah rendah,
iaitu Tahun 4, 5 dan 6 dirujuk. Metode kepustakaan ini merupakan metode yang dilaksanakan
melalui kajian pustaka, iaitu menjaring data tertulis melalui buku teks sejarah tahun 4, 5 dan 6
di sekolah rendah dan penulis juga memperoleh data-data dan maklumat tentang objek telitian
melalui buku-buku ilmu lain yang mendukung masalah penelitian seperti Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah KSSR dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sekolah Menengah cetakan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Analisis Dan Perbincangan


Sejarah ialah mata pelajaran teras dalam KSSR yang wajib dipelajari oleh semua murid tahap
dua dari Tahun 4 sehingga Tahun 6. Kurikulum ini merupakan usaha untuk mendedahkan
murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai serta
penerapan semangat jati diri sebagai warganegara Malaysia (Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran Sejarah, 2019). Bagi mencapai hasrat tersebut, maka kolaborasi mata pelajaran
dilaksanakan antara Kesusasteraan Melayu dengan Sejarah. Dalam konteks ini, elemen sastera
diguna secara meluas dalam buku teks Sejarah KSSR bagi mendukung fakta asas sejarah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian mendapati, elemen sastera dapat
berfungsi sebagai alat dan bahan perancangan awal dalam pengajaran yang paling berkesan.
Hal demikian kerana pemaparan dan kupasan isi atau temanya yang lebih realistik. Ianya
mencerminkan kehidupan dan keinginan masyarakat serta kemampuannya mengisi naluri dan
citarasa semulajadi manusia yang inginkan sesuatu yang penuh imaginasi dan keindahan
bahasa serta teknik penyampaiannya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional cerita-cerita
rakyat bercorak teladan, cerita jenaka, dan cerita lipur lara cukup popular dan juga bentuk puisi
seperti pantun, peribahasa, pepatah, gurindam, seloka dan syair telah tersebar luas di kalangan
masyarakat dan telah mempengaruhi penilaian masyarakat Melayu terhadap kehidupan.
Elemen-elemen sastera ini berupaya membawa peristiwa masa silam untuk paparan generasi

121
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

masa kini. Dengan elemen sastera, pembaca dapat mengetahui kejadian-kejadian masa lalu,
masa kini, dan masa akan datang kerana melalui imaginasi, sastera dapat menjadikan peristiwa
silam sebagai realiti (Ann Hasanah dan Dadan Wahyudin, 2014). Penyerapan elemen sastera
yang unik ini membolehkan murid-murid pada peringkat sekolah rendah yang masih mentah
dan dianggap “gold age” mudah menghayati dan berasa seronok mengikuti pengajaran dan
pembelajaran Sejarah yang berasaskan fakta semata-mata. Bahan atau karya sastera, sama ada
karya klasik atau moden, boleh menjadi daya penarik semulajadi kepada pendengar atau
pembacanya kerana ciri-ciri kesusasteraannya. Tambahan pula, bahan sastera dalam bentuk
cerita lisan atau sastera rakyat, adalah bentuk atau saluran pengajaran moral yang tertua dan
telah teruji keberkesanannya sejak berzaman lagi (Hadijah Rahmat, 1998). Melalui cerita
dongeng rakyat, mitos dan lagenda, unsur-unsur nasihat dan pendidikan moral telah disalurkan
dari satu generasi ke generasi yang lain, dan ini telah membentuk sistem nilai dan kebudayaan
masyarakat yang melahirkannya. Penulis mendapati, antara elemen-elemen sastera yang
diterapkan dalam buku teks Sejarah KSSR adalah seperti pantun, lagu, drama, mitos visual,
gurindam, syair dan cerita rakyat. Ini amatlah baik untuk dimanfaatkan kerana ianya terangkum
di bawah Falsafah Pendididikan Kebangsaan dan objektif Sejarah KSSR iaitu, bertujuan untuk
melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan sejarah, memahami perkembangan sejarah
tanah air dan memiliki kesedaran sejarah perkembangan bangsa, budaya dan agama serta
menghormati kepelbagaian kaum dan kepelbagaian agama yang wujud di Malaysia (Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, 2019).

Pada masa yang sama, dalam bidang kesusasteraan, tidak dinafikan bahawa aspek sejarah turut
menjadi satu sumber pengakaryaan, kritikan dan rujukan. Peristiwa sejarah seringkali diangkat
sebagai acuan yang membentuk dan mendasari penulisan karya sastera (A. Halim Ali, 2012).
Oleh itu, elemen sastera dalam teks mata pelajaran Sejarah diharapkan dapat meningkatkan
nilai dalam membentuk keperibadian murid pada peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana,
menggunakan bahan sastera dalam pengajaran ialah proses memandu murid untuk berhibur,
mentafsir dan menilai kehidupan dan fenomenanya (N.S Rajendran, 2000). Dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah, kajian mendapati elemen sastera
seperti dalam jadual di atas kerap digunakan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam
proses penyediaan maklumat awal guru sebelum memulakan pengajaran di bilik darjah. Kajian
mendapati, guru menyediakan bahan sastera seperti syair tentang tokoh pemberontakan
tempatan dalam buku Teks Sejarah Tahun 5 seperti di bawah;

Bersama Seputum rakan seperjuangan


Pasir Salak dapat dipertahankan
Kerana muafakat membuat keputusan
Terbukti pemimpin mendapat sokongan

Pemimpin ini bersemangat waja


Berkubu di Kampung Saring bersama pengikutnya
Berani berjuang demi pusaka
Hingga sanggup berkorban nyawa

Pahlawan Iban gagah berani


Bijak dan pandai mengatur strategi
Menentang James Brooke perjuangan suci
Pahlawan sejati ibu pertiwi

(Shakila Parween Yacob,et.al., 2014 :70)

122
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Syair di atas merupakan fakta Sejarah yang disesuaikan dengan buku teks secara kolaborasi
yang dirancang bagi mewujudkan keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sejarah yang berasaskan fakta semata-mata. Elemen sastera iaitu, genre puisi
tradisional syair digunakan dalam proses penyampaian fakta tersebut kepada murid sebagai
maklumat awal dalam membina item soalan. Genre puisi tradisional seperti syair, pantun, dan
peribahasa misalnya merupakan elemen sastera tradisional yang mudah dan bersifat ringan
dijadikan medium dalam proses. Sifat genre sastera tradisional yang mudah dan ringan ini
dilihat bersesuaian dengan domain kognitif Anderson & Krathwohl yang memberi penekanan
kepada aspek permulaan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan keperluan
penerangan perhubungan antara konsep-konsep penting dan asas dalam pendahuluan atau
permulaan yang akan mencakupi keseluruhan pelajaran pada hari tersebut (Ramlah Jantan dan
Mahani Razali, 2004).

Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru perlu mengambil kira pengetahuan
sedia ada murid tentang syair bagi menjamin kesesuaian bahan pelajaran dan aktiviti yang
disediakan. Elemen sastera sesuai digunakan untuk mengangkat fakta sejarah menjadi realistik
untuk paparan generasi kini apabila dikolaborasikan dengan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang mampu mewujudkan keseronokan dan kemudahfahaman murid-murid.
Ausubel menegaskan bahawa pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif
daripada am kepada spesifik dan daripada pemerolehan prinsip kepada contoh yang berkaitan
dengan prinsip (Hussein, 1994; Siew, 2015). Jadi syair yang dipaparkan di atas merupakan
bahan utama dalam penyusunan awal pengajaran guru untuk memberikan gambaran kepada
jawapan yang dikehendaki daripada murid dalam proses pengayaan. Seterusnya, proses
gambaran awal ini membantu kognitif murid untuk menghubungkan kembali kognitif murid
dengan konsep yang telah dipelajari atau pengetahuan sedia ada murid itu sendiri yang
disampaikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran sebelumnya. Perhubungan ini
yang dinamakan proses comparative. Dalam perhubungan ini, Taksonomi Bloom semakan
akan menjadikan proses belajar lebih bermakna. Taksonomi Bloom semakan menjadikan
pembelajaran tidak hanya kepada penerimaaan fakta daripada guru kepada murid dalam bilik
darjah sahaja tetapi menggalakkan murid-murid mengingat kembali pengetahuan sedia ada
berdasarkan persoalan-persoalan yang diajukan oleh guru menyangkut dengan pengalaman
lepas (Ros Anita Kartini & AH Halim, 2021) pada peringkat memahami dan mengaplikasi.
Pendekatan ini juga turut digunakan oleh pengarang buku teks Sejarah Tahun 4 sebagai aktiviti
pengukuhan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah untuk memberi gambaran awal
kepada murid tentang ketokohan Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang terbilang pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Peristiwa ini tidak diketahui oleh murid-murid kini. Justeru
syair digunakan bagi menyampaikan peristiwa yang tercatat dalam lipatan sejarah tersebut
secara kreatif dan didik hibur. Ketokohan Tun Perak sebagai Bendahara terulung dipaparkan
secara comparative dalam pengajaran menggunakan prosa klasik melalui teknik penceritaan
semula catatan peristiwa di dalam Sejarah Melayu. Proses penceritaan semula ini digabungkan
dengan gambar-gambar ilustrasi berwarna tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang negara untuk
membangkitkan keseronokan belajar dan mengajar di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, cerita-
cerita bergambar yang baik mutunya juga dapat membantu murid-murid mengikuti cerita-cerita
melalui gambarnya dengan penuh minat (Salmah Ayob, 1981). Oleh sebab itu, elemen sastera
yang ditampilkan sebagai medium penyampaian fakta sejarah berbeza bentuk kerana ianya
cuba disesuaikan dengan perkembangan kognitif murid itu sendiri dalam menerima
pengetahuan. Impak perkembangan korpus Teknologi Maklumat (IT), banyak elemen
kesusasteraan mengalami perkembangan dan diperturunkan dalam bentuk tulisan. Contohnya
mitos, penglipurlara, lagenda, cerita rakyat, hikayat dan puisi kini telah diperturunkan dalam

123
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

bentuk tulisan dan bahan bercetak daripada lisan. Jadi perlukisan cerita-cerita prosa klasik
bergambar banyak dipaparkan di dalam buku teks Sejarah di sekolah rendah adalah satu
perancangan Bahagian Perkembangan Kurikulum dalam usaha meningkatkan pemahaman
guru serta murid tentang pendidikan sejarah untuk mendidik generasi masa kini dan akan
datang (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, 2019). Hal ini dapat dilihat
daripada petikan waadat yang terkandung di dalam teks Sejarah Melayu menerusi buku teks
Sejarah Tahun 5 seperti di bawah;

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu,


Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir
zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak
cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’.

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah, Tuanku. Tetapi


jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak
cucu patik pun mengubahkanlah.’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat


itu’.
(dalam Shakila Parween Yacob,et.al., 2014 :5)

Berdasarkan rajah di atas, pada peringkat pengetahuan, kajian mendapati guru memaparkan
elemen prosa klasik iaitu, waadat Demang Lebar Daun. Kemudian, guru akan menerangkan isi
kandungan pelajaran melalui perbandingan antara fakta-fakta penting dengan menggunakan
contoh-contoh khusus untuk proses mengingati dalam pelajaran seterusnya. Dalam hubungan
ini, guru akan meminta murid menceritakan (memahami) cara mentaati keluarga dan guru
sebagai contoh. Hal ini adalah percubaan guru mengembalikan kognitif mengaplikasi murid
dengan pengetahuan sedia ada yang telah diketahui sebelum ini, iaitu cara menghormati ibu
bapa dan guru yang telah menjadi amalan. Pada masa yang sama, guru juga merungkaikan
tentang konsep daulat. Kaedah ini akan mendekatkan lagi proses ingatan murid (gambaran
mental) dengan objektif pengajaran semasa guru. Proses ini melibatkan domain mengevaluasi
(menilai). Murid diminta untuk menilai kembali kesan dan akibat daripada waadat yang
dimeterai. Domain akhir iaitu mencipta dalam pengajaran ini guru akan menghubungkan
semula isi kandungan kepada penyusunan sedia ada. Dalam proses akhir ini, guru akan
membawa semula perbincangan kepada domain mengingati dan memahami seterusnya
mengembangkan topik pengajaran apabila murid diminta menyediakan satu tugasan
penciptaan waadat sendiri.

Dapatan Kajian
Berdasarkan pemerhatian, kajian mendapati elemen sastera diwujudkan dalam Sejarah KSSR
sememangnya sebagai satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran. Keperluan elemen
sastera ini kerana ianya bersifat analitis yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dalam bilik darjah. Penggunaan elemen sastera ini juga tidak lari dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran Sejarah KSSR, yang antaranya keperluan mengaplikasikan asas
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi untuk bersaing pada peringkat global. Justeru itu, dalam menyusun
maklumat awal semasa pengajaran dan pembelajaran, bahan yang dirancang oleh guru
seharusnya sesuai untuk membawa wacana yang tinggi dalam bilik darjah. Penggunaan bahan
ilustrasi grafik bergambar untuk memaparkan pengkisahan pertarungan Hang Tuah dan Hang
Jebat dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di bilik darjah, misalnya membantu

124
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

menyusun proses kognitif murid untuk memahami sesuatu konsep, perkaitan antara isi-isi
pelajaran, serta pertalian antara pengalaman antara pengalaman baru dan pengalaman lama.
Dalam penggunaan domain kognitif Anderson & Krathwohl 2001, penggunaan gambar
ilustrasi grafik dalam menyampaikan fakta sejarah secara induktif merupakan satu keperluan
yang jelas untuk mengetahui kandungan mata pelajaran dan mengaitkan peristiwa dahulu
dengan objektif pengajaran sekarang. Kecenderungan ini membuktikan bahawa matlamat
pengajaran melalui nyanyian, berpantun, lakonan dan sebagainya melahirkan murid yang dapat
melafaz dan memahami fakta sejarah yang ingin disampaikan oleh guru dengan lebih berkesan
dan mampu mengingatinya untuk jangka masa yang panjang. Sayugia, elemen kesusasteraan
Melayu perlu dihadirkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah supaya menjadi
tunjang secara santai dalam membentuk modal insan generasi muda yang tahu tentang budaya
lokal. Hal ini kerana dalam kesusasteraaan Melayu terdapat teks-teks yang menjadi bukti
sejarah bangsa yang sentiasa menjadi “evergreen” seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah,
Hikayat Raja Pasai, dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, penggunaan elemen sastera tidak lari daripada Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah KSSR yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Apabila elemen sastera Melayu itu dapat menjadi alat yang dapat memahami akan kewujudan
kepelbagaian ini, maka kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Kebangsaan adalah
unsur penting yang dapat dirancang dan menentukan dengan baik proses pengajaran dan
pembelajarannya (Shamsudin Othman, 2018). Keberkesanan penggunaan elemen sastera di
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bergantung
kepada tiga faktor utama; guru, pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran; dan elemen sastera yang dipilih. Guru harus mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk mengajar elemen sastera berdasarkan kognitif Ausubel yang
meletakkan guru sebagai penyedia maklumat manakala murid adalah penerima maklumat yang
pasif. Selain itu, elemen sastera yang digunakan oleh guru harus mencabar pemikiran murid
peringkat awal untuk berfikir secara kristis dan analitis. Hal ini kerana sastera itu sendiri
menawarkan wacana yang kaya dengan pelbagai isu dan persoalan yang boleh dieksploitasi
oleh guru untuk mengajara murid ke arah lebih kritis beradasarkan aras pemikiran murid-
murid.

Rumusan
Elemen sastera penting digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Sejarah pada peringkat sekolah rendah. Berdasarkan perbincangan yang dilakukan dalam
makalah ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan unsur sastera dalam pengajaran dan
pembelajaran mampu memberi kesan dalam melahirkan murid yang berfikir kritis mengikut
tahap kemampuan murid-murid tersebut terutama pada peringkat sekolah rendah dan
seterusnya akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana untuk melahirkan
murid yang berfikiran kristis dan mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan
seperti yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom Anderson & Krathwohl 2001, pembelajaran
berlandaskan isi kandungan mata pelajaran yang diajar perlu sistematik supaya maklumat baru
yang diajar dapat dikaitkan dengan maklumat lama yang diajar dalam proses “mengingat”. Ini
dapat membantu murid-murid memahami mata pelajaran yang diajar agar mudah difahami dan
diingati daripada tahap paling rendah (1) “mengingat” (remember); (2) “memahami”
(understand); (3) “mengaplikasikan” (apply); (4) “menganalisis” (analysze); (5)
“mengevaluasi” (evaluate); dan tahap paling tinggi yakni keupayaan murid (6) “mencipta”
(create).

125
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 116-126, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rujukan

Anderson, L.W & Krathwohl, D.R,. (2001). A Taxonomy For Learning, Teaching, And
Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. Allyn &
Bacon. Boston, MA (Pearson Education Group)
Ani Omar. (2012). Pendidikan Ssatera Remaja di Malaysia dalam membina generasi
unggul berasaskan Falsafah Pendidikan Negara, Pendeta: Jurnal Bahasa dan
Sastera Melayu, Vol 5(1), 1-22.
Ann Hasanah & Dadan Wahyuddin. (2014). Menumbuhkan Nilai Sastera bagi Pendidikan
Anak, Jurnal Kajian Pendidikan. Vol.4(1).13-24
A. Halim Ali. (2012) Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Pendeta:
Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 2, 99-117.
A. Halim Ali. (2019). Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu.
Selangor: MZ Edu Publication.
A. Samad Said. (1996). Pengantar Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
(2019)
Hadijah Rahmat. (1998). Mutiara pada telingan budi, permata pada cincin hati: Penggunaan
bahan sastera dalam pengajaran Sivik, Moral dan Pendidikan Kebangsaan, SEKATA.
Vol.11(1). 41-60.
Hussein mahmood. (1994). Teori-teori Pengajaran dan Implikasi. Petaling Jaya: Prints Press.
Krathwohl, David R.,. (2002). “A Revision of Bloom’s Taxonomy: An Overview”,
Theory Into Practice, Volume 41, Number 4, Autum 2002, Ohio: College of
Education, The Ohio State University.
Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional design. [Diakses pada 4
Januari 2011], sumber dari http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf
N.S Rajendran. (2000). Kesusasteraan Sebagai Wahana Mengajar Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan
Inovasi Dalam Pedagogi, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Oktober
Putu Ayub Darmawan. (2016). “Revisi Taksonomi Pembelajaran Benyamin S. Bloom”,
dalam Jurnal Satya Widya, Januari.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan: Pendekatan Kotemporari
Edisi Revisi. Tanjong Malim: Mc Graw Hill Education.
Ros Anita Kartini Mohamed & Abdul Halim Ali. (2021). Jurnal Dunia Pendidikan. e-ISSN:
2682- 826X | Vol. 3, No. 540-550,
Salmah Hj Ayob. (1981). Sastera Untuk Kanak-kanak: Fungsi dan Implikasinya, Jurnal
Pendidik dan Pendidikan. Jilid 3. Bil.1., 74-77
Shakila Parween Yacob,et.al. (2014). Sejarah Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shamsuddin Othman. (2018). Masa Depan Pendidikan Kesusasteraan Kebangsaan
Dalam Hala Tuju Malaysia Baharu. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar
Sehari Isu-isu Mutakhir Kesusasteraan Melayu Moden Anjuran Dewan Bahasa Dan
Pustaka. September.
Siew Pei Hwa. (2005). Pembangunan dan Keberkesanan Pakej Multimedia Interaktif (Citra)
dalam Pendidikan Moral untuk Murid Sekolah Rendah. Tesis Doktor Falsafah,
Jabatan Sains Maklumat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

126
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like