Johor Soalan 2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SULIT 1 2216/1

MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN


NEGERI JOHOR

TINGKATAN 5 2023 2216/1


KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
Oktober
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

______________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab semua soalan di bahagian A
3. Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian B.
4. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya buku jawapan
tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

______________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

[ Lihat halaman sebelah

2216/1 © Hak Cipta Panitia KMK Negeri Johor, Oktober 2023 SULIT
SULIT 2 2216/1

Bahagian A
[ 40 markah ]
Jawab semua soalan.

1
Tersebut pula suatu perkataan,
Raja Malabari empunya kerajaan,
Sehari-hari bersuka-sukaan,
Rakyatnya banyak tiada terkian.

Bangsanya Ajam baginda itu,


Kerajaan besar bukan suatu,
Takluk banyak sudah tertentu,
Menghantar ufti sekalian ke situ.

Dipetik daripada Puisi Tradisional


dalam antologi Nilai Insan

Nyatakan dua unsur bunyi beserta contoh berdasarkan petikan prosa tradisional
tersebut. [4 markah]

2
Kampung kami bersempadan dengan sungai di satu bahagian dan bohor
bertanah rang di satu bahagian. Di atas tanah rang ini cuma ditumbuhi belukar.
Tanah ini tidak subur. Selainnya ialah sawah yang terbentang luas. Pendek kata,
kampung kami hampir terdedah kepada angin kerana tidak banyak pokok besar di
sekelilingnya. Lebih-lebih lagi rumah Pak Mid yang terletak di tepi sungai dan di
pinggir sawah pusaka ayahnya. Luas juga sawahnya.

Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat


karya Nazel Hashim Mohamad

Nyatakan dua latar tempat berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
[4 markah]

2216/1 © Hak Cipta Panitia KMK Negeri Johor, Oktober 2023 SULIT
SULIT 3 2216/1

3
Tiba-tiba pada saat akhir, dia dipilih mewakili Ogonshoto. Dia terperanjat bukan
main. Dia tidak sempat memikirkan rasional pemilihannya kerana harus terburu-
buru menyediakan foto, pasport antarabangsa, berurusan di konsulat Jepun, dan
membeli dua pasang pakaian tebal. Sebaik-baik sahaja semua urusannya selesai,
bersegeralah dia ke lapangan terbang Tatamanu, menaiki Micronesia Air petang
menuju Narita via Honolulu dan Nagoya.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan.

Nyatakan sudut pandangan berserta tiga contoh yang terdapat dalam petikan novel
tersebut. [4 markah]

4
MAT PIAH: Fort Cornwallis ni tutup, tuan. Esok pukul sembilan pagi baru buka.
Saya hairan, kenapa tuan nak berjalan-jalan pagi-pagi buta ni, tuan? Esok tak
boleh? Tuan tak mahu balik tidur? Tuan tinggal di hotel mana?
(BLACKWAY tidak terkata apa-apa. Masih mendongak memandang ke arah Fort
Cornwallis dalam simbahan cahaya yang malap).

MAT PIAH: Dalam Fort Cornwallis ni ada patung Francis Light ... errr ... kawan
tuan tu. Dulu patung tu tempatnya di hadapan muzium. Sekarang ni dah pindah
ke sini pula. Tak tahu sebabnya apa. (Bercerita macam pemandu pelancong).

BLACKWAY: Good heaven. Tempat ini dinamakan sempena nama Lord


Cornwallis. (Berkata kepada dirinya sendiri. Wajahnya menjadi melankolik.)

Dipetik daripada Drama Mat Piah dan Mr. Blackway


karya Mahizan Husain

Nyatakan dua ciri drama berserta contoh berdasarkan petikan drama tersebut. [4 markah]

5
Wanita, laut itu indah
Bersuara lantang dalam bisu
Diam berkaca dalam bicara
Adakala tak tertafsir erti
Adakala gah mengulum gua sepi.

Dipetik daripada sajak Wanita dan Laut


karya Mahaya Mohd Yassin

Nyatakan dua gaya bahasa pengulangan berserta contoh berdasarkan petikan puisi
tersebut. [4 markah]

[ Lihat halaman sebelah

2216/1 © Hak Cipta Panitia KMK Negeri Johor, Oktober 2023 SULIT
SULIT 4 2216/1

6
Setelah berhadapan dengan Phra Cau, maka Oya Bagelang pun merangkaklah sambil
menyembah. Maka Laksamana dan Maharaja Setia pun berjalanlah sambil duduk
menyembah Phra Cau. Maka surat itupun dibaca oranglah. Setelah duduk, maka titah
Phra Cau “Hai Oya Bagelang, panggil mari utusan itu hampir kita ini” Laksamana
pun serta menyembah. Maka titah Phra Cau “Hai Laksmana jangankan empat ekor
Raja Melaka hendaklah gajah, jika empat puluh sekalipun kita beri.” Maka sembah
Laksamana “Daulat Tuanku” Maka Pra Cau pun hairan melihat sikap Laksamana dan
tahu berkata-kata cara Siam dengan fasih lidahnya dan manis suaranya, maka raja
pun terlalu amat kurnia akan Laksamana dan dipersalin cara Siam.

Dipetik daripada Sastera Epik,


Hang Tuah Diutus ke Siam

Nyatakan dua pengajaran berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa tradisional
tersebut. [4 markah]

7 Detik pun sampai, malam memperlimau telah pun tiba. Ir. Sulida, anak Pak
(Dipetikdaripada Mat Piahdan Mr. Blackway
Yasok yang menjadi jurutera di Miri telah balik. Dr. Naemah, anak gadis Pak Yasok
olehMahizanHusain )
yang menjadi doktor di Hospital Kulim juga balik. Semua orang kampung telah
sampai setelah berjemaah Isyak di masjid. Tok Imam, penghulu, siak dan bilal
semuanya ada. Doa selamat akan dimulakan oleh tok imam. Pak Yasok menjadi
resah. Semua telah ada, kecuali Ustaz Sauki dan keluarganya. Acara belum boleh
dimulakan selagi Ustaz Sauki dan anak isterinya belum pulang. Ustaz Sauki dan anak
isterinya mesti ada kerana Pak Yasok akan membuat pengisytiharan yang terakhir
dalam hidupnya.

Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang,


karya Rahimidin Zahari.

Nyatakan satu latar masyarakat berserta contoh berdasarkan petikan cerpen tersebut.
[4 markah]

oleh Saroja Theavy Balakrishnan)

2216/1 © Hak Cipta Panitia KMK Negeri Johor, Oktober 2023 SULIT
SULIT 5 2216/1

8
Hujan sereyat di tengah hari,
Menjemur lampin pinggir kawasan,
Baju kemeja dijemur sama;
Nilai rakyat beretika diri,
Nilai pemimpin ada wawasan,
Nilai raja berbudaya agama.
Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam
antologi Nilai Insan

Nyatakan satu ciri kepemimpinan berserta contoh yang terdapat dalam puisi tersebut.
[4 markah]

9 Sahat semakin diusik perasaan bersalah dan kesal apabila terdengar suara
orang membaca surah Yasin ketika berdiri di pintu rumah Penghulu Sudin. Kelihatan
Mak Senah, isteri Penghulu Sudin dan Jamilah, anak tunggal Penghulu Sudin
mengesat air mata masing-masing menghadap Penghulu Sudin yang berbaring di atas
katil. Beberapa orang kampung termasuk Imam Haji Ali dan Bilal Haji Amid cuba
mengangkat Penghulu Sudin yang tercungap-cungap ke atas usungan untuk dibawa ke
dalam ambulans dan seterusnya dihantar ke hospital. Sahat, Tahot, dan Ayub turut
membantu mengangkat Penghulu Sudin yang badannya gempal.

Dipetik daripada cerpen Bukit Emas


karya Mufidah Hanum Yusuf

Nyatakan dua unsur keagamaan berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen
tersebut. [4 markah]
( DipetikdaripadaNaratifOgonshoto
10 Oleh Anwar Ridhwan )
Setibanya itu, ia terus menyembah dengah ketakutannya. Bersabda Permaisuri dengan
marahnya, “ Inilah pekerjaan orang celaka. Berkurung di dalam rumah. Sudah tujuh
hari ia tiada datang bekerja. Fikir hatinya ia dapat menjadi suri. Tak sedar diri. Seperti
si cebul hendak mencapai bulan.”

“ Hai si celaka, tidakkah engkau tahu bahawa engkau ini orang tawanan? Patutkah
engkau bersuamikan raja bangsawan? Engkau memang tiada menaruh perasaan malu.
Adapun hatiku sangat sakit kepadamu.”
Dipetik daripada Sastera Panji, Raden Puspa Kencana
Huraikan satu saranan terhadap perwatakan Permaisuri berdasarkan petikan prosa
tradisional tersebut. [4 markah]

[ Lihat halaman sebelah

2216/1 © Hak Cipta Panitia KMK Negeri Johor, Oktober 2023 SULIT
SULIT 6 2216/1

Bahagian B
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja

11 Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Gurindam Beberapa Petua Hidup

Rangkap 1 Orang malas jatuh sengsara,


Orang rajin banyak saudara.

Rangkap 2 Barang siapa mungkir janji,


Namanya tentu menjadi keji.

Rangkap 3 Kalau diri kena angkara,


Turutlah susah sanak saudara.

Rangkap 4 Segala maksiat ada di dunia,


Ikhtiarkan diri menjauhi dia.

Rangkap 5 Hukuman bagi orang berdosa,


Dengan tiada memandang bangsa.

Rangkap 6 Orang perempuan manusia juga,


Kehormatan dirinya wajib dijaga.

Rangkap 7 Kalau tiada emas di pinggang,


Sanak saudara menjadi renggang.

Rangkap 8 Ada wang badan tak sihat,


Tidak bernikmat apa dibuat.

Rangkap 9 Jika diturut kehendak hati,


Kelak boleh menjadi mati.

Rangkap 10 Kunci hati ialah iman,


Kepada kelakuan jadi pedoman.

Kalung Bunga, 2008


Dewan Bahasa dan Pustaka

2216/1 © Hak Cipta Panitia KMK Negeri Johor, Oktober 2023 SULIT
SULIT 7 2216/1

(a) Huraikan maksud rangkap pertama dan rangkap kedua puisi tersebut.
[4 markah]
(b) Jelaskan dua pandangan terhadap nilai yang terdapat dalam puisi tersebut.
[8 markah]

(c) Berdasarkan kreativiti anda, cipta empat rangkap gurindam bertemakan


kegigihan menuntut ilmu. [8 markah]

12 Berdasarkan cerpen Gulai Sembilang untuk Abah, karya Fauziah Mohd Ismail;

Aku masih ingat, malam itu kami berkumpul anak-beranak. Along ada, Angah juga turut
pulang. Achik dan juga aku tidak ketinggalan melengkapkan malam yang indah itu.
Malam itu emak memasak juadah istimewa daripada biasa. Gulai ikan sembilang
kegemaran abah menjadi menu utama. Sambal udang campur petai, sayur keladi, gulai
ayam kampung, dan ikan terubuk cicah air asam yang paling sedap disediakan emak sejak
dahulu lagi.

Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang untuk Abah,


karya Fauziah Mohd Ismail

(a) Nyatakan empat menu kegemaran abah berdasarkan petikan cepen tersebut.
[4 markah]

(b) Huraikan empat perwatakan Averah berdasarkan keseluruhan cerpen tersebut.


[8 markah]

(c) Berdasarkan kreaviti anda, sambung petikan cerpen tersebut menjadi sebuah cerita
yang menarik.
Panjang cerpen anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. [8 markah]

[ Lihat halaman sebelah

2216/1 © Hak Cipta Panitia KMK Negeri Johor, Oktober 2023 SULIT
SULIT 8 2216/1

13 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya:

Pada Glaukoma ke Ahmar


(Dalam doa buat bonda Fatimah)

Dari ruang cahaya


kini ke sudut suram
rumah kehidupan berteman suara
dan sesekali sunyi mendampingi
mengangkut baki usia.

Bagai bayu siang bertiup bebas


kemudian terkurung
menjadi udara pengap
dinding kehidupan diikat ruang
ketika mengatur gerak
ke pintu Pencipta.

Sesudah glaukoma
pada usia delapan puluh
kamu ditempa ahmar pula
ia mengunci bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan
yang selama ini menggerakkan
ke wuduk dan solatmu.

Pun glaukoma itu


telah hampir tiga dekad
membawa pergi
indera kau miliki
dan mungkinkah deru ahmar
ini bakal membawa pergi
satu-satunya yang aku miliki.

Ibu, pada glaukoma ke ahmar


teruji lagi reda dan sabar
betapa baki kesempatan ini
biar kusisip bunga bakti
ke seri taman budimu
yang tak tertanam olehku.

( Kg. Tendong, Pasir Mas)

Abd Razak @ Rezeki Othman


Bayang di Tirai Belulang, 2009
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

2216/1 © Hak Cipta Panitia KMK Negeri Johor, Oktober 2023 SULIT
SULIT 9 2216/1

(a) Huraikan nada yang terdapat dalam puisi tersebut. [4 markah]


(b) Jelaskan empat bentuk puisi tersebut. [8 markah]
(c) Berdasarkan kreativiti anda, cipta sajak yang bertemakan kasih sayang terhadap
keluarga.
Panjang sajak anda hendaklah antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]

14 Berdasarkan Sastera Hikayat, Hikayat Parang Puting dalam antologi Nilai Insan;

Seketika budak itu bermain-main maka hari pun hampirlah akan petang. Maka budak itu
pun bermohonlah dirinya kepada Syahbandar hendak pulang ke rumahnya. Maka
Syahbandar pun memberilah budak itu beras dan padi serta kain baju dan segala orang
yang menengok itu pun semuanya memberi, masing-masing kepada kadarnya. Ada yang
memberi ubi, pisang, dan yang memberi keladi serta buah-buahan berbagai-bagai jenis,
ditimbunkan di hadapan budak itu. Maka dimuatkan oleh budak itu di atas belakang naga
itu. Maka segala yang melihat itu pun pergilah dekat dengan ular naga itu.

Dipetik daripada Sastera Hikayat, Hikayat Parang Puting.

(a) Nyatakan pemberian yang diterima oleh Budak Miskin berdasarkan petikan prosa
tradisional tersebut. [4 markah]

(b) Huraikan dua sanjungan terhadap perwatakan Budak Miskin dalam keseluruhan prosa
tradisional tersebut. [8 markah]

(c) Jelaskan dua keperibadian unggul Syahbandar yang terdapat dalam keseluruhan prosa
tradisional tersebut. [8 markah]

[ Lihat halaman sebelah


2216/1 © Hak Cipta Panitia KMK Negeri Johor, Oktober 2023 SULIT
SULIT 10 2216/1

15 Berdasarkan drama Anna karya Kemala;

(a) Huraikan pemikiran drama tersebut. [4 markah]

(b) Huraikan empat nilai yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut. [8 markah]

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.

2. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.

(c) Berdasarkan kreativiti anda, adaptasi pengajaran yang terdapat dalam drama tersebut
kepada dua rangkap syair. [8 markah]

16 Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan Sasterawan Negara;

“Kita akan belayar sekarang?”


“Tidak,” jawab nakhoda. “Tapi menurut firasatku, bahtera perlu diapungkan ke
samudera sekarang. Kita belayar esok, ketika bangunnya dewi fajar.”
Nakhoda pun menggelongsor turun dengan pantas melalui tangga tali sira.
Setibanya di geladak dia arahkan orang-orangnya meluncurkan bahtera ke laut. Sibuklah
orang-orangnya membuka beberapa tali besi dan sejumlah tali cemat yang sudah
digunakan untuk menambat bahtera.
Bahtera ini pasti akan terapung dengan baik, fikir nakhoda. Dia sudah curahkan
semua ilmunya. Hampir setahun, ratusan para pengikut dan tukang telah bekerja dan
bermimpi bersama-sama bantera ini panjang dari haluan ke buritan dua puluh meter,
lebar dua puluh lima meter, dan dalam lima belas meter.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan

(a) Jelaskan dua teknik plot berdasarkan petikan novel tersebut. [4 markah]
(b) Huraikan dua isu masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan novel tersebut.
[8 markah]
(c) Berdasarkan kreativiti anda sambung petikan novel tersebut supaya menjadi sebuah
cerita yang menarik.
Panjang novel anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
[8 markah]
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

2216/1 © Hak Cipta Panitia KMK Negeri Johor, Oktober 2023 SULIT

You might also like