Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Pengantar Warisan Budaya

(SCM2223)
Semester Februari 2022/2023

Burra Charter dan ICOMOS telah diwujudkan untuk memastikan warisan-warisan yang
terdapat di pelbagai negara dapat dilindungi dengan sebaiknya. Bagaimanakah Burra
Charter dan ICOMOS boleh memberikan impak terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan kepelbagaian warisan yang terdapat di negara ini?

NAMA PENSYARAH: ENCIK SAHRUDIN BIN MOHAMED SOM


NAMA PELAJAR: MUHAMMAD ZUHAILY BIN MOHAMAD
NO. MATRIKS: C21A1874
TARIKH PENGHANTARAN: 13 JULAI 2023
ISI KANDUNGAN.

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1-4

2. PERBINCANGAN 5-11

3. PENERAPAN TEORI 12-13

4. RUMUSAN 14-16

5. RUJUKAN 17

6. LAMPIRAN 18-20
PENGENALAN

Warisan merupakan sebuah barang kepunyaan ataupun harta benda peninggalan yang
diwariskan kepada pewaris dari zaman ke zaman. Warisan juga boleh diklasifikasikan
sebagai perkara yang diperoleh melalui kelahiran dan faktor semula jadi. Antara contoh
warisan yang terdapat ialah tradisi sesebuah puak atau kaum, kejayaan, dan kepercayaan
yang menjadi sebahagian perkara yang telah menjadi sebahagian daripada hasil sejarah
sesebuah puak atau kaum tersebut.

Menurut Howard (2003), perkataan warisan itu sendiri berasal daripada perkataan didalam
bahasa Perancis yang membawa maksud kepada legasi. Manakala menurut Hitchcock dan
King (2003) pula maksud warisan itu dikecilkan untuk menunjukkan bahawa perkara yang
diwariskan atau berkemungkinan diwariskan itu diperluaskan kepada perkaitan antara etnik,
nationalisme, dan identiti global. Rujan pada tahun 2014 pula berjaya mengesan kembali
konsep warisan berbalik daripada zaman Kepimpinan Rom lagi. Dimana ketika itu,
serangan dan pertahanan kerajaan Rom terlihat menonjol. Dan disimpulkan oleh Rujan
bahawa warisan itu dianggap sebagai alatan serta senjata yang diberikan ataupun dimiliki
oleh seseorang itu.

Peter Howard pada tahun 2013 pula menegaskan bahawa warisan itu merupakan apa-apa
sahaja yang seseorang itu berniat untuk peliharanya atau mengumpulkannya bagi diberikan
kepada generasi-generasi akan datang ataupun pewarisnya sendiri. Menurut Peter Howard
juga warisan merupakan sebuah kelebihan ataupun keadaan yang diwariskan daripada
generasi sebelumnya kepada generasi akan datang. Keadaan yang dimaksudkan itu ialah
perkara yang tidak dapat dilihat.

Warisan budaya boleh ditakrifkan sebagai ekspresi ataupun cara hidup yang dimulakan oleh
sesebuah komuniti dan diwariskan dari seesebuah generasi ke sesebuah generasi yang
lain. Warisan budaya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu warisan ketara dan juga
warisan tidak ketara. Menurut Akta Warisan Kebangsaan (2005) (Akta 605) warisan budaya
ketara ialah termasuklah kawasan, monumen dan bangunan. Antara contoh warisan
budaya ketara ialah artifak, bangunan, dan juga landskap. Manakala contoh warisan
budaya tidak ketara pula terdiri daripada nilai, tradisi, teknik, teknologi, upacara keagamaan,
seni persembahan, adat sosial, bahasa, cara hidup, mitos, dan banyak lagi.

3
Oleh kerana terdapat banyaknya kepentingan dan kelebihan didalam penjagaan tapak
warisan dunia ini. Terdapat banyak badan-badan ataupun organisasi khas yang ditubuhkan
bagi mengenalpasti serta melakukan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya
tersebut. Antara pertubuhan yang terhasil melalui usaha tersebut ialah UNESCO. UNESCO
merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) pada tahun 1945. UNESCO bermaksud United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organization. Ataupun Organisasi Pendidikan, Saintifik, dan Budaya Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.

Melalui pertubuhan UNESCO, mereka telah melancarkan beberapa lagi badan kecil bagi
mengkhususkan lagi projek-projek pemeliharaan dan pemuiharaan mengikut jenis warisan
budaya tersebut. Antara badan kecil tersebut ialah ICOMOS dan Burra Charter.

Rajah 1: Logo ICOMOS

ICOMOS merupakan akronim kepada International Council on Monument and Sites ataupun
Perbadanan Monumen dan Tapak Warisan Antarabangsa. Ianya telah ditubuhkan pada
tahun 1965 iaitu setahun selepas penubuhan Piagam Venice (Venice Charter) pada tahun
1964 dan bertindak untuk memberikan nasihat-nasihat mengenai tapak warisan dunia
kepada UNESCO. Idea penubuhan ICOMOS ini timbul ketika Perhimpunan Athens (Athens
Conference) lagi. Ianya sebuah piagam mengenai pembinaan semula bangunan-bangunan
bersejarah yang diadakan pada tahun 1932 di Athens, Greek. Pertubuhan ICOMOS kini
diketuai oleh Teresa Patricio yang merupakan presiden pertubuhan tersebut.

4
ICOMOS bertindak sebagai badan yang melakukan segala kerja konservasi dan
memberikan perlindungan kepada tempat-tempat yang mempunyai tapak warisan budaya.
ICOMOS merupakan satu-satunya badan bukan kerajaan (NGO) yang melakukan tugas ini
dimana penubuhannya ini didedikasikan untuk mengangkat dan berkongsikan kepentingan
penggunaan teori, metodologi, dan teknik saintifik untuk pemeliharaan dan pemuliharaan
warisan senibina dan arkeologi di dunia.

ICOMOS merupakan sebuah rangkaian yang menghubungkan kepada pakar-pakar yang


mendapat manfaat melalui proses pertukaran ilmu sesama ahli-ahli mereka didalam
ICOMOS sendiri. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada arkitek, sejarawan, ahli arkelogi, ahli
sejarah seni, ahli geografi, ahli antropologi, jurutera dan juga perancang bandar. Ahli-ahli
didalam ICOMOS berkerjasama sesama mereka bagi memberikan penambahbaikan
didalam pemuliharaan warisan dunia. Mereka juga telah menetapkan piawaian dan teknik
yang sesuai bagi setiap jenis harta warisan budaya. Antaranya ialah bangunan, bandar
bersejarah, landskap budaya dan juga tapak arkeologi.

Burra Charter merupakan sebuah dokumen ataupun piagam yang telah direka oleh pihak
ICOMOS Australia. Melalui penciptaan Burra Charter, ianya menerangkan mengenai prinsip
asas dan prosedur yang wajib diikuti ketika melakukan apa-apa projek konservasi di tapak
warisan yang terdapat di negara Australia. Pengesahan piagam ini bermula pada tahun
1979 di sebuah tapak perlombongan bersejarah di Burra iaitu sebuah tempat di selatan
Australia. Pada mulanya, Burra Charter direka sebagai sebuah adaptasi daripada piagam
yang lain iaitu Venice Charter akan tetapi Burra Charter mengenalkan beberapa perkara
baharu didalamnya.

5
(Rajah 2: Muka depan Burra Charter/ Piagam Burra)

Burra Charter menambah beberapa model pemuliharaan analitikal yang baharu bagi proses
penilaian warisan. Penambahan model tersebut adalah bagi mengiktiraf bentuk-bentuk
warisan budaya yang melangkaui mana-mana bentuk yang ketara dan juga bentuk fizikal.
Burra Charter juga menetapkan sebuah prosedur operasi standar untuk dipraktikkan oleh
sesiapa yang memberikan nasihat, membuat keputusan, dan sesiapa yang mengusahakan
tempat-tempat yang memegang sesuatu unsur warisan budaya tersebut termasuklah
pemilik, pengurus dan juga penjaga.

Piagam ini boleh diaplikasikan terhadap segala jenis tempat yang memiliki kepentingan
budaya. Perkara ini termasuklah alam semulajadi, Orang Asli, dan juga tempat-tempat
bersejarah yang mempunyai nilai-nilai kebudayaan.

Burra Charter ini telah disemak oleh perbadanan sebanyak empat kali secara
keseluruhannya iaitu pada tahun 1981, 1988, 1999, dan yang terkini adalah pada tahun
2013. Dan ianya juga turut dikenali sebagai Piagam ICOMOS Australia untuk Tempat yang
Mempunyai Kepentingan Budaya.

6
2.0 PERBINCANGAN.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak ICOMOS dan juga Burra Charter bagi
memberikan sebuah impak yang mendalam terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan
mengenai kepelbagaian warisan budaya yang terdapat didalam negara ini.

ICOMOS boleh menyediakan bimbingan melalui kepakaran yang ada didalam bidang
terlibat. ICOMOS boleh menyediakan nasihat dan panduan dari pakar-pakar yang ada
mengenai cara dan langkah pemuliharaan dan pemeliharaan artifak dan bangunan warisan
yang boleh digunakan berdasarkan piawaian antarabangsa terkini dan teknik yang terbaik
untuk digunakan oleh badan dan agensi yang terlibat. ICOMOS juga boleh membantu bagi
menyiap sediakan lagi pihak-pihak berkuasa, organisasi dan badan profesional yang
terdapat di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia seperti Jabatan
Warisan Negara (JWN), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia, dan lain-lain. Agensi-agensi dan perbadanan tersebut
mempunyai penglibatan yang penting di dalam usaha pemuliharaan serta pemeliharaan
warisan budaya. Dengan berkongsikan pengetahuan, penyelidikan dan kepakaran yang
dimiliki oleh ahli-ahli ICOMOS, ianya mampu membantu pihak Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Maaysia bagi meneruskan usaha memelihara dan memulihara warisan
budaya di negara ini.

(Rajah 3: Logo Jabatan Warisan Negara.)

Manakala melalui Burra Charter pula mereka boleh menggalakkan lagi penggunaan teknik
dan cara penjagaan warisan yang terbaik dan teknik pemuliharaan yang sesuai dengan
jenis-jenis tapak warisan yang terdapat didalam negara ini. Usaha ini akan menggalakkan
lagi penggunaan pendekatan yang mana akan dapat meminimumkan campur tangan
berbalik yang tidak akan membahayakan keadaan harta warisan atau menjejaskan
keasliannya yang telah dijaga selama puluhan malah ratusan tahun. Pengamal warisan
budaya Malaysia boleh menggunakan garis panduan yang dikeluarkan oleh Burra Charter
untuk menggunakan teknik pemuliharaan dan pemeliharaan yang sesuai untuk tapak
warisan yang khususnya berada di Malaysia.

7
Selain itu, ICOMOS dan Burra Charter juga boleh turut memberikan impak didalam
pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya di Malaysia melalui pemberian sokongan
kepada pihak negara Malaysia untuk memelihara dan memulihara warisan budaya negara
ini. Hal ini dikatakan sedemikian kerana penubuhan ICOMOS sendiri adalah untuk
menyokong pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan yang ada didalam dunia ini,
termasuklah yang berada di Malaysia. ICOMOS boleh membantu melalui pelbagai saluran
seperti kempen kesedaran awam, dan penglibatan dengan agensi kerajaan. Melalui hasil
sokongan mereka ini, ianya boleh meningkatkan lagi profil warisan Malaysia dan
mempengaruhi pembuatan keputusan badan-badan tertentu untuk mengutamakan dahulu
usaha pemuliharaan dan pemeliharaan.

Melalui sokongan yang telah diberikan oleh pihak ICOMOS tersebut, Burra Charter boleh
menarik lebih ramai pihak ataupun sesebuah komuniti yang ada bagi berkerjasama didalam
usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya di negara ini. Hal ini kerana
penghasilan Burra Charter adalah untuk menonjolkan lagi kepentingan dengan penglibatan
komuniti tempatan, pihak berkepentingan, dan juga kumpulan Orang Asli didalam proses
pemuliharaan dan pemeliharaan sesebuah tapak warisan budaya itu. Perkara ini boleh
dijalankan bagi mengiktirafkan lagi nilai pengetahuan yang dimiliki oleh masyarakat
tempatan serta menjamin penyertaan mereka di dalam proses pembuatan keputusan
tersebut. Hal ini juga merupakan aspek yang penting didalam menjamin ketulenan sesuatu
warisan budaya tersebut. Ini kerana ia merupakan aspek yang boleh menyumbang kepada
ketahanan jangka masa panjang sesebuah tapak warisan di Malaysia. Pihak berkuasa dan
organisasi yang terlibat di dalam Malaysia juga boleh menggunakan prinsip yang
dikemukakan oleh Burra Charter untuk melibatkan diri mereka lagi serta menjalin sebuah
hubungan dengan masyarakat tempatan di dalam pemeliharaan dan pemuliharaan warisan
budaya yang terdapat di Malaysia.

(Rajah 4: Orang Asli di Malaysia.)

8
Seterusnya, ICOMOS dan Burra Charter juga boleh memfokuskan dengan menjalankan
program-program latihan terhadap agensi dan badan yang terlibat di Malaysia bagi usaha
pemeliharaan dan pemulihraan warisan budaya di Malaysia. Pihak ICOMOS boleh
menjalankan program-program seperti latihan, bengkel, dan inisiatif pembinaan kapasiti
untuk meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan profesional pada pihak-pihak
berkepentingan yang terlibat didalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan.
Dengan menyediakan peluang pendidikan didalam bidang tersebut, ICOMOS dapat
membantu usaha pelestarian warisan budaya Malaysia melalui pembinaan kepakaran
tempatan dan juga memperkasakan lagi rakyat Malaysia didalam ilmu mengenai warisan
budaya untuk mengambil peranan yang lebih aktif dalam usaha pemuliharaan dan
pemeliharaan warisan budaya yang terdapat di Malaysia.

Burra Charter pula telah menetapkan piawaian dan menyediakan latihan secara profesional.
Burra Charter sangat memberi galakan mengenai pembangunan piawaian secara
profesional untuk badan dan agensi yang terlibat didalam usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan warisan budaya. Ianya amat menekankan mengenai kepentingan didalam
pembangunan ahli secara profesional serta memberikan latihan secara berterusan bagi
memastikan ahli sesebuah agensi-agensi tersebut mempunyai kemahiran dan pengetahuan
yang diperlukan dan memastikan mereka mahir akan kemahiran dan pengetahuan tersebut.
Agensi dan badan yang terlibat dengan Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya
Malaysia boleh membuat rujukan kepada piawaian dan garis panduan yang dikeluarkan oleh
Burra Charter untuk meningkatkan lagi kepakaran dan kemahiran mereka bagi
menyumbang kepada pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan di Malaysia secara
berkesan.

(Rajah 5: Logo Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.)

9
10
Selain daripada itu, penglibatan ICOMOS dan Burra Charter didalam usaha pemuliharaan
dan pemeliharaan tapak warisan di Malaysia juga mampu memberikan impak melalui
perancangan dan pengurusan warisan yang lebih baik. Hal ini dikatakan sedemikian adalah
kerana pihak ICOMOS sendiri amat menggalakkan pembangunan pelan pengurusan
warisan yang dijalankan secara komprehensif serta merangkumi dari segi strategi untuk
pemuliharaan dan pemeliharaan. Pelan ini secara tidak langsung akan mempertimbangkan
beberapa faktor utama sebagai contoh kepentingan tapak warisan, ketahanan tapak
warisan, pengurusan keluar masuk pelawat ke tapak warisan dan juga membuat penilaian
mengenai risiko berkemungkinan ke atas tapak warisan itu sendiri. Dengan membantu
pihak berkuasa Malaysia dalam usaha menjalankan rancangan-rancangan sedemikian,
pihak ICOMOS sendiri akan membantu bagi memastikan usaha pemeliharaan jangka
panjang dan pemuliharaan yang sesuai bagi sesebuah tapak warisan yang terdapat didalam
negara ini.

(Rajah 6: Bandaraya Melaka)

Sebagai contoh, perancangan dan pengurusan tapak warisan sedia ada dapat
dipertingkatkan lagi melalui usaha ini. Tapak-tapak warisan sedia ada seperti Bandar
Melaka dan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong di Perak dapat dijaga lebih baik dan
dipanjangkan lagi tempoh hayat tapak warisan tersebut.

11
(Rajah 7: Taman Negara Mulu, Sarawak)

Pengurusan keluar masuk pelawat ke tapak warisan juga dapat mengawal keadaan
sesebuah harta warisan yang mudah rosak. Warisan yang berkemungkinan rosak atas
faktor perlancongan massa “mass tourism”. Lebih-lebih lagi kebanyakan tapak warisan
yang ada di negara ini kebanyakan merupakan berunsurkan alam semula jadi seperti Taman
Negara Mulu di Sarawak dan Taman Negara Kinabalu di Sabah yang mana terdapat banyak
kehidupan flora dan fauna yang bersifat sensitif dengan beberapa unsur dari luar.

Melalui penggunaan Burra Charter pula, proses perancangan dan pembuatan keputusan
oleh ICOMOS juga mampu dipraktikkan dengan lebih baik lagi. Hal ini dikatakan
sedemikian adalah kerana didalam Burra Charter juga, ia menekankan mengenai
kepentingan yang ada didalam perancangan secara komprehensif dan proses pembuatan
keputusan yang efektif didalam pemuliharaan dan pemeliharaan sesebuah tapak warisan di
dunia. Ianya juga menggalakkan penggunaan proses pembangunan pelan pengurusan
pemuliharaan yang mana menyediakan garis panduan yang lebih jelas untuk dirujuk ketika
menjalankan sebarang penyelenggaraan, pembaikan dan juga pembangunan untuk masa
depan. Pihak berkuasa dan organisasi yang terlibat di Malaysia juga boleh mengguna pakai
proses perancangan ini bagi memastikan pendekatan yang lebih sistematik terhadap
pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan digunakan oleh pihak Malaysia.

12
Akhir sekali, pihak ICOMOS dan Burra Charter boleh memberikan impak terhadap
pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap tapak warisan di dalam Malaysia adalah melalui
khidmat nasihat didalam bidang pelancongan serta memberikan faedah terhadap ekonomi
negara. Hal ini dikatakan sedemikian adalah kerana pihak ICOMOS sendiri telah
mengiktiraf beberapa potensi yang ada pada tapak warisan budaya di dalam Malaysia
dalam mempromosikan sektor pelancongan mampan serta mampu untuk menyumbang
untuk membangunkan sektor ekonomi tempatan. Mereka juga boleh memberi panduan
kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk langkah-langkah untuk
mengimbangi pemuliharaan tapak warisan dengan pembangunan pelancongan. ICOMOS
juga mampu untuk memastikan mana-mana aktiviti pelancongan tidak akan menjejaskan
keadaan tapak warisan di Malaysia. Dengan menekankan sektor pelancongan mampan,
ICOMOS juga boleh membantu untuk tapak warisan yang ada di Malaysia menjadi lebih
berdaya maju dari segi ekonomi sambil mengekalkan kepentingan dan keaslian budaya
mereka.

Perkara ini secara tidak langsung mampu untuk melonjakkan sektor ekonomi Malaysia
melalui sektor pelancongan. Hal ini kerana kebanyakan tarikan pelancong di Malaysia
adalah terdiri daripada tapak-tapak warisan dan tinggalan masyarakat Melayu Tradisional.
Sebagai contoh, Kota A’Famosa yang terletak di negeri Melaka, Tapak Arkeologi Lembah
Bujang di Merbok, Kedah, dan lain-lain. Dengan bantuan ICOMOS didalam memelihara dan
memulihara tapak-tapak warisan yang telah berusia sebegini, ianya mampu mengurangkan
kegusaran pihak ataupun badan-badan terlibat mengenai keadaan tapak warisan tersebut
setelah dilawat olh ramai orang pada masa akan datang.

(Rajah 8: Tinggalan Lembah Bujang di Merbok, Kedah)

13
14
Selain itu, melalui penggunaan Burra Charter ianya juga mampu untuk membantu Malaysia
melalui sektor pelancongan. Hal ini adalah kerana Burra Charter dapat membantu melalui
proses mempromosikan pelancongan warisan budaya kepada orang ramai. Burra Charter
telah mengiktiraf beberapa potensi warisan budaya yang ada di Malaysia yang mempu
untuk mempromosikan sektor pelancongan negara. Apabila tapak-tapak warisan yang ada
di Malaysia dapat dipelihara dengan baik dan dipulihara dengan baik, ianya akan dapat
untuk dijadikan sebagai destinasi yang menarik untuk melakukan pelancongan budaya.
Prinsip yang ada didalam Burra Charter juga mampu untuk membimbing pembangunan
inisiatif untuk pelancongan budaya yang mana ianya mampu untuk mempamerkan warisan
unik Malaysia dan secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pelancong samada dari
dalam negara dan juga antarabangsa.

(Rajah 9: Kota A’Famosa di Melaka)

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa adalah penting untuk diambil perhatian bahawa,
walaupun ICOMOS telah banyak memainkan peranan yang penting didalam menasihati dan
menyokong usaha pemuliharaan dan penmeliharaan namun tanggungjawab utama untuk
melaksanakan amalan ini masih terletak pada pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan
dengan sektor warisan ini serta organisasi warisan dan juga komuniti tempatan. ICOMOS
bertindak sebagai fasilitator, pemangkin dan penasihat dalam proses pemeliharaan warisan.
Selain itu juga amatlah penting untuk diambil perhatian bahawa, walaupun Burra Charter
telah menyediakan banyak panduan yang tak terhingga nilainya akan tetapi penggunaannya
haruslah disesuaikan dengan konteks budaya dan undang-undang Malaysia yang khusus.
Peraturan tempatan, dasar dan pertimbangan budaya juga harus diambil kira semasa
melaksanakan mana-mana prinsip dan garis panduan yang telah digariskan didalam Burra
Charter.

15
3.0 PENERAPAN TEORI.

3.1) Teori Konservasi / Pemuliharaan

Teori pemuliharaan memberi tumpuan kepada prinsip dan pendekatan untuk


memelihara sesebuah warisan budaya itu sendiri. Burra Charter sendiri boleh
dikategorikan sebagai salah satu contoh untuk teori pemuliharaan yang relevan. Hal
ini dikatakan sedemikian adalah kerana Burra Charter telah menyediakan pelbagai
garis panduan untuk digunakan semasa proses konservasi sesebuah tapak warisan
itu berlaku. Orang awam juga boleh meneroka cara penerapan Burra Charter yang
sejajar dengan teori pemuliharaan yang lebih mantap. Sebagai contoh prinsip-
prinsip didalam Burra Charter seperti prinsip campur tangan minimum, keaslian dan
kebolehbalikan.

3.2) Teori Kepentingan Warisan

Teori kepentingan warisan ini telah mengkaji mengenai bagaimanakah caranya


sesebuah nilai budaya dan kepentingan tapak warisan itu dapat dikenal pasti, dinilai
dan disampaikan kepada orang ramai. Penerokaan teori dan rangka kerjanya yang
berkaitan dengan penilaian dan pengurusan kepentingan budaya. Sebagai contoh,
seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Antarabangsa mengenai
Monumen dan Tapak (ICOMOS) mengenai kepentingan sesebuah warisan. Hasil
analisis mengenai cara penekanan Burra Charter terhadap pemahaman dan
penilaian kepentingan sesebuah budaya itu telah dicerminkan melalui amalan-
amalan pemuliharaan dan pemeliharaan di tapak warisan sekitar Malaysia.

3.3) Teori Pelancongan

Teori pelancongan boleh membantu pihak negara Malaysia memahami dengan lebih
mendalam mengenai hubungan diantara pemuliharaan warisan, pemeliharaan dan
penyeleggaraan didalam sektor pelancongan. Penerokaan teori melalui pengurusan
destinasi, pelancongan secara mampan dan pengalaman pelawat ketika melancong.
Teori-teori ini juga secara tidak langsung boleh membantu didalam menilai cara
penerapan Burra Charter dapat memberi kesan kepada sektor pelancongan dan
meningkatkan lagi sektor tersebut. Perkara dapat dikecapi melalui usaha mengkaji
faktor-faktor lain seperti kepuasan pelawat setelah lawatan, keaslian dan strategi
pengurusan destinasi yang digunakan.

16
3.4) Teori Penglibatan Komuniti

Teori penglibatan komuniti ini lebih memberikan tumpuan kepada kepentingan


penglibatan sesebuah komuniti tempatan didalam proses pemuliharaan dan
pengurusan sesebuah tapak warisan yang ada. Dengan melihat ke dalam teori
yang lebih mengutamakan penekankan penyertaan komuniti, pemerkasaan
penyertaan komuniti dan kerjasama antara komuniti. Pihak terlibat dapat
menganalisis dengan lebih lanjut bagaimana prinsip penglibatan komuniti yang
digariskan oleh Burra Charter mampu mempengaruhi angka penglibatan masyarakat
tempatan didalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan sesebuah tapak warisan.
Selain itu, ianya juga mampu untuk mengesan impak-impak penglibatan mereka ke
atas pembangunan komuniti dan amalan pelancongan secara mampan.

3.5) Teori Landskap Budaya

Teori landskap budaya pula lebih menekankan penerokaan didalam hubungan antara
warisan semula jadi dan juga warisan budaya. Kemampuan teori landskap budaya
ini dapat dilihat dengan menekankan kepentingan melalui konteks yang lebih meluas
dan juga persekitaran tapak warisan. Pertimbangan didalam teori seperti penilaian
dan pengurusan landskap budaya yang mana ianya mampu memberikan pandangan
mengenai pengaplikasian penggunaan Burra Charter dalam pengurusan,
pemeliharaan dan pemuliharaan landskap budaya di Malaysia.

Maka diharapkan teori-teori yang dikongsikan dapat diterapkan oleh pihak atau organisasi
yang terlibat seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Jabatan
Warisan Negara dan lain-lain. Dan diharapkan juga teori-teori tersebut mampu untuk
menlancarkan lagi usaha pihak berkuasa negara ini didalam usaha untuk memelihara dan
memulihara tapak-tapak warisan yang terdapat didalam negara ini.

17
4.0) RUMUSAN

Maka dapatlah disimpulkan bahawa penyelidikan ini mengkaji kesan Majlis Antarabangsa
Monumen dan Tapak (ICOMOS) dan Burra Charter terhadap pemuliharaan dan
pemeliharaan tapak warisan di Malaysia. Dengan menganalisis peranan dan pengaruh
ICOMOS, kajian ini memberi penerangan dengan lebih lanjut tentang kepentingan
kerjasama antarabangsa dan kepakaran dalam pemuliharaan warisan. Selain itu, kajian ini
turut meneroka kesan penggunaan Burra Charter terhadap usaha pemuliharaan dan
pemeliharaan tapak warisan yang ada di Malaysia. Dengan memberikan tumpuan khusus
terhadap implikasinya keatas sektor pelancongan, ianya mampu untuk membantu
meningkatkan lagi ekonomi negara yang sedikit merudum setelag pasca Covid-19. Dengan
usaha menggunakan teori dan rangka kerja yang berkaitan ini, analisis secara menyeluruh
telah dijalankan untuk memahami kepentingan Burra Charter dalam konteks pemuliharaan
dan pemeliharaan tapak warisan di Malaysia.

Dapatan kajian ini pula menunjukkan bahawa ICOMOS memainkan peranan penting dalam
membentuk amalan pemuliharaan dan pemeliharaan di tapak warisan Malaysia. Melalui
kepakaran dan bimbingannya, ICOMOS menyediakan nasihat dan cadangan berharga
berdasarkan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik. Sumbangannya telah
meningkatkan pemahaman dan pelaksanaan strategi pemuliharaan yang berkesan di
Malaysia. Selain itu, penggunaan Burra Charter juga memainkan peranan yang amat
penting didalam usaha membentuk amalan pemuliharaan dan pemaliharaan di tapak-tapak
warisan Malaysia. Melalui pengamatan prinsip-prinsipnya, seperti keaslian, penilaian
kepentingan budaya, dan juga penglibatan komuniti ianya telah mempengaruhi proses
pembuatan keputusan dan juga telah membimbing pelaksanaan beberapa inisiatif
pemuliharaan di negara ini. Penekanan Burra Charter terhadap pemahaman nilai budaya
tapak warisan juga telah menyumbang kepada pemeliharaan keasliannya dan juga telah
menggalakkan pendekatan kepada proses pemuliharaan secara mampan.

18
Selain itu, usaha ICOMOS juga telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan
profil tapak warisan Malaysia. Dengan memperjuangkan pemeliharaan dan perlindungan
warisan budaya, ICOMOS telah mempengaruhi pembuat keputusan untuk mengutamakan
usaha pemuliharaan dan pemeliharaan. Usaha yang meningkat ini telah menyumbang
kepada pengurusan dan perlindungan yang lebih baik terhadap tapak warisan yang ada di
Malaysia. Penggunaan Burra Charter pula telah memberi implikasi positif kepada sektor
pelancongan di Malaysia. Tapak warisan yang dipelihara dengan baik yang selaras dengan
prinsip Piagam Burra telah meningkatkan pengalaman pelawat, memberikan pemahaman
yang lebih mendalam tentang sejarah, kepentingan budaya dan keaslian tapak tersebut.
Pengalaman tulen dan menarik ini telah menarik pelancong domestik dan antarabangsa
yang berminat untuk merasai kekayaan warisan budaya Malaysia.

Tambahan pula, inisiatif pembinaan kapasiti oleh ICOMOS juga telah memainkan peranan
yang penting dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan profesional Malaysia yang
terlibat dalam pemuliharaan warisan. Dengan menyediakan program latihan, bengkel dan
peluang pendidikan, ICOMOS telah memperkasakan pengamal tempatan untuk terlibat
secara aktif dalam pemuliharaan dan penyelenggaraan tapak warisan. Pembinaan kapasiti
ini telah memupuk rasa pemilikan dan kepakaran tempatan dalam amalan pengurusan
warisan. Burra Charter juga telah memupuk penglibatan komuniti, memperkasakan komuniti
tempatan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pemuliharaan dan
penyelenggaraan tapak warisan. Dengan melibatkan komuniti dalam proses membuat
keputusan dan mengiktiraf peranan mereka sebagai penjaga warisan budaya, Burra Charter
telah menyumbang kepada pembangunan komuniti dan amalan pelancongan secara
mampan.

Walau bagaimanapun, ICOMOS telah mengiktiraf potensi warisan budaya dalam


mempromosikan pelancongan mampan dan menyumbang kepada ekonomi tempatan.
Dengan menekankan amalan pelancongan secara mampan, ICOMOS telah membimbing
pembangunan inisiatif pelancongan yang mana telah mengimbangi pemuliharaan warisan
dengan sistem pengurusan pelawat. Pendekatan ini secara tidak langsung telah membantu
untuk memastikan aktiviti pelancongan tidak menjejaskan integriti mana-mana tapak warisan
di Malaysia. Di samping dapat memberikan faedah ekonomi kepada masyarakat setempat,
adalah penting juga untuk ambil perhatian bahawa kejayaan pelaksanaan Burra Charter dan
impaknya terhadap pemuliharaan warisan dan pelancongan di Malaysia juga memerlukan

19
kerjasama secara berterusan antara pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk agensi
kerajaan, profesional warisan, masyarakat tempatan dan pengusaha pelancongan.

Sumber yang mencukupi, pembinaan kapasiti, dan saluran komunikasi yang berkesan
adalah penting untuk pelaksanaan dan pemantauan berterusan prinsip Burra Charter.

Secara keseluruhan, ICOMOS telah memberi impak yang besar terhadap pemuliharaan dan
penyelenggaraan tapak warisan Malaysia. Melalui kepakaran, sokongan, pembinaan
kapasiti, kerjasama dan mempromosikan pelancongan secara mampan. ICOMOS juga
telah menyumbang kepada pemeliharaan, promosi dan pengurusan lestari warisan budaya
di negara Malaysia yang kaya dengan perkara tersebut. Kerjasama dan penglibatan
berterusan bersama ICOMOS akan menjadi faktor penting untuk menggapai kejayaan dan
pemeliharaan tapak warisan Malaysia secara berterusan. Penyelidikan ini juga telah
menonjolkan pengaruh ketara Burra Charter terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan
tapak warisan Malaysia serta implikasi positif yang dapat disumbangkan terhadap sektor
pelancongan negara. Ianya juga memberikan beberapa pandangan dan nasihat yang
berharga untuk penggubal dasar, pengamal warisan, dan juga pihak-pihak berkepentingan
pelancongan didalam usaha untuk memahami kepentingan serta menerima pakai piawaian
dan amalan terbaik yang untuk diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sepertimana yang telah
ditunjukkan oleh Burra Charter untuk memastikan pemeliharaan dan promosi warisan
budaya Malaysia secara mampan.

20
5.0) RUJUKAN

“Burra Charter & Practice Notes.” Icomos.org, 2013, australia.icomos.org/publications/burra-

charter-practice-notes/.

Cultural Heritage: From the Perspectives of Conventions and Organisations. UMK.

“Home - International Council on Monuments and Sites.” Icomos.org, 2015,

www.icomos.org/en.

https://www.motac.gov.my/profil/jabatan-agensi

Semula, Cetakan, and Akta Warisan Kebangsaan. UNDANG-UNDANG MALAYSIA LAWS of

MALAYSIA REPRINT Act 645 NATIONAL HERITAGE ACT 2005. 2005.

Sukri, Suraya. SCM2223 PENGANTAR WARISAN BUDAYA/INTRODUCTION to

CULTURAL HERITAGE. UMK.

Wikipedia Contributors. “International Council on Monuments and Sites.” Wikipedia,

Wikimedia Foundation, 9 Feb. 2019,

en.wikipedia.org/wiki/International_Council_on_Monuments_and_Sites.

Wikipedia Contributors. “Burra Charter.” Wikipedia, Wikimedia Foundation, 21 Aug. 2019,

en.wikipedia.org/wiki/Burra_Charter.

21
6.0) LAMPIRAN

(Agensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia)

(Muka depan Akta Warisan Kebangsaan, 2005)

22
(Ibu Pejabat ICOMOS di Charenton-le-Pont, Perancis.)

(Muka Depan Burra Charter Edisi Kemaskini)

23
(SCM2223 PENGANTAR WARISA BUDAYA/INTRODUCTION TO CULTURAL HERITAGE
oleh Dr. Suraya Sukri.)

24

You might also like