Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

AMBANG UJIAN BERTUTUR BM SPM 2022 bersama Cikgu Hasfariza & Cikgu Alias (06/02/2023 – Isnin)

- kuatkan semangat
- jadikan diri lebih yakin

Misi Bukan Mustahil – Merebut Markah K3 (Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM)
- Individu: 3-5 minit [Tawaran Markah: 40 markah]
- Berkumpulan: 12-15 minit [Tawaran Markah: 30 markah]
- 3 minit 40 saat (purata) – 15 minit
- Jumlah: 9 minit untuk 70 markah
- Asas menulis karangan diaplikasikan untuk ujian bertutur!!

Bahagian A -Ujian Bertutur Individu


- 40 markah keseluruhan merangkumi aspek:
- tatasusila
- sebutan fasih
- tatabahasa
- bermakna (idea yang sangat relevan, bernas dan matang)

- bilik menunggu: membaca bahan rangsangan (3 minit)


- baca sampai telinga kita sendiri dengar
- tumpukan dari segi sebutan semasa membaca
- menyebut mengikut ejaan dalam Bahasa Melayu
- huruf yang disingkatkan mestilah dibaca dengan penuh
contoh #1: aktiviti, menstabilkan, oksigen [Aktiviti Berbasikal] (bahasa pinjaman)
contoh #2: tradisional, tekstur [Nasi Lemak Pilihan Masyarakat Malaysia]
(sebutan kurang tepat)
contoh #3: produk, Prof. 2018, RM476 juta, RM205 juta, RM163 juta
contoh #4: akademik, industri, teknikal, 2015-2025 (hingga), TVET, teknologi
contoh-contoh lain: program, komputer, siber, komuniti, universiti, muzik
- Mula baca daripada tajuk
- Fahamkan gambar dan petikannya
- Baca secara mentalis (kuat dan jelas)
- Jangan terlalu tergesa-gesa apabila membaca (santai-santai)
- Jangan langgar tanda noktah dan tanda koma
- Cuba jangkakan soalan-soalan yang mungkin ditanya untuk soalan 3 & 4
- “Menurut” = definisi

- Jawapan bagi soalan 1 dan soalan 2 sudah ada dalam petikan!


- Calon diberi jawapan sendiri!
- hanya perlu pindahkan maklumat (tidak perlu menghafal)
- semasa soalan dibaca, fokus betul-betul (boleh minta diulang soalan sekali)
- cuba cepat-cepat imbas maklumat dan beri jawapan berdasarkan dalam petikan
- mula menjawab soalan dengan mengolah soalan (petik daripada soalan)
- soalan 1 kebanyakan jawapannya berada di bahagian atas
(kebiasaannya, daripada ayat 1 dan ayat 2)
- soalan 2 kebanyakan jawapannya berada di bahagian atas/penghujung petikan
(kebiasaannya, daripada antara ayat-ayat terakhir)
- jika tidak dapat jumpa jawapan bagi soalan 2, jawablah apa-apa selain daripada
jawapan untuk soalan 1
Contoh #1: Tajuk: Perpaduan Kaum
Soalan 1: Bagaimanakah cara untuk memastikan keharmonian kaum agama di negara kita kekal utuh?
Cara untuk memastikan keharmonian kaum agama di negara kita kekal utuh ialah semua pihak menolak
sebarang bentuk ekstremisme yang dapat menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Selain itu,
semua rakyat perlu terus memperjuangkan usaha membentuk Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira
perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik.
Soalan 2: Nyatakan kesan sekiranya kita gagal mempertahankan keamanan di negara kita?
Kesan sekiranya kita gagal mempertahankan keamanan di negara kita ialah mengakibatkan konflik dan
kekacauan di tanah air ini.

Soalan 3 & 4 KBAT – soalan kemuncak


- menjana idea sendiri
- memberi jawapan secara logik
Soalan 3 dan Soalan 4 KBAT
- Jawapan tidak ada dalam petikan.
- Calon mesti mengemukakan jawapan sendiri
- biasanya, pentaksir akan tekankan arahan soalan (dibaca secara perlahan-perlahan)
- mungkin diulang arahan soalan sekali lagi
- anda perlu berfikir secara sejenak
- huraikan sedikit lagi (untuk meyakinkan pentaksir)
- calon perlu memberi sedikit penerangan tambahan
- sekurang-kurangnya 1-2 isi untuk setiap soalan 3 & 4
Soalan 3: Selain bersama-sama meraikan hari kemerdekaan dan Hari Malaysia, huraikan aktiviti lain yang
perlu dilakukan untuk mengeratkan perpaduan kaum.
Pada pendapat saya, selain bersama-sama meraikan hari kemerdekaan dan Hari Malaysia, huraikan aktiviti lain
yang perlu dilakukan untuk mengeratkan perpaduan kaum ialah penganjuran hari keluarga pada peringkat
komuniti. Hal ini dikatakan demikian kerana sambutan ini membuka peluang kepada semua penduduk setempat
untuk saling bertemu, berkongsi pendapat, saling mengenali dan mengambil tahu tentang penduduk yang
berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban dan lain-lain.
Soalan 4: Jelaskan peranan beberapa pihak lain dalam usaha mengeratkan perpaduan antara kaum di negara
kita.
Pada pendapat saya, peranan beberapa pihak lain dalam usaha mengeratkan perpaduan antara kaum di negara
kita ialah pihak sekolah berperanan untuk mendidik murid tentang budaya hormat-menghormati antara
masyarakat berbilang kaum. Didikan ini boleh dilakukan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
atau di luar kelas. Selain itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan yang baik melalui amalan beramah
mesra dengan jiran berlainan bangsa. Tindakan ini membolehkan anak-anak mencontohi sikap mulia ibu bapa.

Bahagian B - Ujian Bertutur Berkumpulan


- rebut markah sebanyak mungkin
- setelah selesai calon 4 masuk bilik menunggu, akan diberi satu naskhah calon untuk satu kumpulan
- diberi 10 minit untuk berbincang sesama sendiri
- tiada format yang ditetapkan oleh KSSM
- pusingan 1: ikut turutan
- bertutur mestilah menepati kehendak perbincangan (tema)*
- pusingan 2: bebas
- calon ke-4 / terakhir digalakkan untuk menutup perbincangan (kesimpulan)

Contoh #1: (TEMA – BUDAYA)


Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha
untuk menyuburkan permainan tradisional perlu dipertingkatkan.

Bincangkan

- aplikasikan: DIKEMASEN+MM untuk memudahkan proses mendapatkan idea


- DI = DIRI SENDIRI – mengisi masa senggang dengan bermain permainan tradisional
- KE = KELUARGA – menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada aktiviti
riadah keluarga
- MA = MASYARAKAT – menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara ketika sambutan hari
keluarga komuniti
- SE = SEKOLAH – mewujudkan kelab permainan tradisional dalam aktiviti kokurikulum
- N = NEGARA – kempen secara berterusan / memasukkan permainan tradisional sebagai acara sukan
- MM = MEDIA MASSA – menghebahkan tentang permainan tradisional
- aplikasi ini bertujuan untuk mencerakinkan idea dengan lebih mudah
- berfikir untuk pelbagai pihak
- spontan dan santun (TANTUN) – bercakap secara spontan sambil menjaga kesinambungan bahasa
- bercakap berdasarkan tema soalan
- masukkan penanda wacana ketika bertutur
Cadangan jawapan:
AYAT TOPIK: Pada pendapat saya, salah satu usaha untuk menyuburkan permainan tradisional ialah
pihak sekolah perlu mewujudkan kelab permainan tradisional dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah

AYAT HURAIAN: Hal ini dikatakan demikian kerana langkah ini dapat membuka peluang kepada murid-
murid untuk bermain permainan tradisional dengan kerap dan secara berterusan

AYAT CONTOH: Contohnya, kelab permainan tradisional memperkenalkan permainan tradisional yang
berbeza-beza dan menganjurkan juga pertandingan sebagai satu daripada aktiviti
mingguan kelab.

AYAT KESAN: Kesannya, murid-murid akan dapat mengenali dan menikmati keriangan bermain
permainan tradisional dari masa ke masa.

AYAT PENEGAS: Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa langkah pihak sekolah mewujudkan kelab
permainan tradisional dapat menyuburkan permainan ini.

- tidak perlu memperkenalkan diri (mencuri masa)


- cukuplah calon pertama memulakan perbincangan: “Kumpulan kami membincangkan tentang...”
- bercakap mengikut giliran
- beri peluang untuk bertutur sama rata kepada semua calon
- cuba elakkan daripada mengambil alih / curi masa rakan anda semasa ujian ini
- calon pertama pegang soalan terlebih dahulu untuk menenangkan fikiran sebelum memulakan
perbincangan semasa ujian ini
- cuba kawal gemuruh sebagai peringatan untuk bertutur secara berhati-hati
- cuba cari cara penyelesaian jikalau isi yang difikirkan telah diolah oleh calon lain:
- boleh hurai isi yang sama telah diolah tetapi dengan cara kita sendiri
- bukan mengulang perkara yang sama yang telah dibincangkan
- boleh bawa masuk botol air (air kosong digalakkan)
- boleh letak pantun di pendahuluan (sangat digalakkan!)
- memberi satu tanggapan yang positif kepada pentaksir
- pentaksir yang sama bertugas untuk kedua-dua ujian bertutur
- cara untuk memulakan pusingan kedua: “Saya buka sesi perbincangan seterusnya kepada rakan
rakan sekiranya ingin menambahkan fokus / perkara lain...”
- fokus kepada perbincangan soalan lebih diutamakan!
- tidak perlu fikir untuk bina pantun semasa ujian berjalan
- terdapat satu jam randek @ loceng atas meja pentaksir
- bunyi sekali = mula menjawab
- bunyi dua kali = masa tamat
- jangan SENYAP sepanjang ujian bertutur secara berkumpulan!!!
- pentaksir hanya tolong gerakkan sesi perbincangan jikalau tiada calon yang sedang bertutur

INGAT!
PUSINGAN SATU = fokus kepada langkah sahaja bagi menepati kehendak soalan perbincangan. Setiap
ahli mesti mengemukakan satu idea atau satu langkah untuk menjawab soalan ini
PUSINGAN DUA = setiap ahli boleh mengemukakan apa-apa fokus baharu perbincangan seperti faedah,
kesan dan faktor yang berkenaan dengan tema perbincangan iaitu permainan tradisional

TIPS TAMBAHAN:
1. Untuk kawal gemuruh melampau, tarik nafas dan tahan secara dalam selama 10 saat; dan hembus secara
perlahan-lahan selama 10 saat; buat sehingga reda gemuruh.

2. Bacalah surah Al-Insyirah @ doa menerima ilmu supaya diberi pemahaman yang mudah.

3. Jangan pergi lewat, pergi awal dan masuk bilik menunggu seperti yang dijadualkan supaya kita diberi
ketenangan sebelum kita diuji

SELAMAT MAJU JAYA

Doa Kami Mengiringi Perjuangan Anda!

You might also like