Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

2.

0 SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN PERUSAHAAN MILO

Syarikat Nestle Malaysia Berhad ialah sebuah syarikat yang beroperasi secara komersial
di Malaysia sejak tahun 1912.Syarikat Nestle Malaysia Berhad merupakan pengeluar
makanan halal terbesar dalam Kumpulan Nestle dan merupakan Pusat Kecemerlangan Halal
bagi Kumpulan Nestle. Organisasi ini terlibat dalam aktiviti pengeluaran produk di pasaran
dunia. Pengerusi Syarikat Nestle Malaysia Berhad ialah Y.A.M Tan Sri Dato’ Seri Syed
Anwar Jamalulail.Ibu pejabatnya terletak di Mutiara Damansara, Selangor. Syarikat Nestle
Malaysia Berhad (Syarikat Nestle) memiliki 7 buah kilang dan 1pusat pengedaran nasional.
Selain itu, Syarikat Nestle juga menghasilkan lebih daripada 500 produk halal, dengan
jenama isi rumah terkenal seperti Milo.Syarikat ini mencatat perolehan sebanyak RM 4.8
Billion pada tahun 2018. Syarikat juga disenaraikan di Bursa Malaysia sejak tahun 1989 .
Milo dicipta oleh Thomas Mayne pada tahun 1934 , Ianya dikeluarkan dari sebuah kilang
yang terletak di smitchtown berhampiran dengan Kempsey yang terdapat di tepi laut utara
New South Wales , Australia . Nama Milo juga diambil daripada nama ahli sukan Olahraga
popular di Yunani. Selain itu , Milo ialah jenama untuk sejenis minuman susu yang
ditambahkan coklat dan malt. Milo dikeluarkan oleh syarikat Nestle . Walaupun Milo berasal
dari Australia tetapi kini iainya dikilangkan di berbagai-bagai negara termasuk negara
Singapura,Filipina,New zealand,India,Vietnam, Thailand, Jepun,Malaysia , Indonesia, syria
dan Ghana. Pengguna Milo di Malaysia ialah pengguna Milo yang tertinggi di dunia dengan
jumlah 90 peratus. Kilang Milo terbesar di dunia ada di Malaysia. Sehingga kini ,Milo
terkenal dengan cogan kata “Minum Milo Anda Bersemangat Juara!” Cogan kata ini
membuatkan Milo menjadi jenama umum untuk minuman kerana menyihatkan tubuh badan.
Di Malaysia, semua lapisan masyarakat mengenali produk Milo. Dari zaman kanak-kanak
sehinggalah ke zaman yang dewasa , semuanya minum minuman Milo. Malaysia juga
merupakan lubuk emas bagi perniagaan minuman Milo. Milo juga tidak pernah berhenti
untuk melakukan aktiviti pemasaran. Terdapat iklan yang baharu akan dilancarkan di media
sosial dan televisyen.

You might also like