Teks Penutup Bulan Kebangsaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BIL AGENDA

1. Yang berusaha cikgu fadli bin haji lebai saaban, guru besar sekolah
kebangsaan pangkalan TLDMII,
cikgu nor zubaidah bt. Zakaria, penolong kanan pentadbiran,
Tn Hj Muhammad Nasir bin Arshad, penolong kanan hal ehwal murid,
cikgu norul hisham bin mukhtar, penolong kanan ko kurikulum,
cikgu wan nooorhashina bt. Wan sahak, penolong kanan Pendidikan
khas
barisan guru yang dihormati
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

2. Assalamualaikum warohamatullahi wabarokatuh, selamat Sejahtera dan


salam Malaysia Madani.

3. Bersama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah


subhanahu wa taala kerana dengan keizinanNya jua dapat kita
bersama-sama pagi ini di dalam majlis pelancaran bulan kebangsaan
2023.
4. Bagi memohon keberkatan Allah subhanahu wataala, dipersilakan yang
berbahagia ustaz mohammad faiz hafizy bin rusli untuk mengetuai
bacaan doa. Dipersilakan yang berbahagia ustaz faiz.
5. Aamin.. aamiin… aamiin..ya rabbal a’alamin.
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia ustaz mohammad faiz
hafizy bin rusli atas bacaan doa itu tadi.

6. Warga SKPTLDMII yang dikasihi,


Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang berusaha cikgu
fadli bin haji lebai saaban, guru besar sekolah kebangsaan pangkalan
TLDMII untuk menyampaikan ucapan penutup sambutan bulan
kebangsaan 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan cikgu fadli.

7. Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha cikgu fadli bin haji lebai
saaban, guru besar sekolah kebangsaan pangkalan TLDMII atas
ucapan penutup itu tadi.

8. Seterusnya kita akan menyaksikan persembahan deklamasi sajak oleh


Fatimah Az-Zahra bt. Zulhelmi dari kelas 2 bijak. Fatimah akan
mendeklamasikan sajak yang bertajuk Kemerdekaan. Tanpa
melengahkan masa, dipersilakan Fatimah..

1
9. Terima kasih diucapkan kepada Fatimah Az-Zahra bt. Zulhelmi kerana
mendeklamasikan sajak tadi.

10. Seterusnya, majlis mempersilakan Nur Anisa Irdina binti Mohd Azhar
untuk menyampaikan cerita yang bertajuk ‘Sejarah Kemerdekaan
Malaysia’. Dipersilakan Nur Anisa.

11. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Nur Anisa Irdina bt. Mohd Azhar
kerana menyampaikan cerita itu tadi. Untuk pengetahuan semua,
kedua-dua murid tadi telah menjadi johan bagi pertandingan yang
mereka sertai.

12. Hadiran yang dihormati,


Sekarang adalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian hadiah
bagi semua pertandingan yang telah selesai dijalankan. Dengan itu
dipersilakan Cikgu Norul Hisyam bin Mokhtar, guru penolong kanan ko
kurikulum SKPTLDMII. Dengan segala hormatnya, dipersilakan Cikgu
Norul Hisham.

13. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Norul Hisyam bin Mokhtar,
guru penolong kanan ko kurikulum SKPTLDMII di atas kesudian
menyampaikan hadiah itu tadi.

14. Seterusnya dipersilakan Yang berusaha cikgu fadli bin haji lebai
saaban, guru besar sekolah kebangsaan pangkalan TLDMII untuk
menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan Cikgu
Fadli.

15. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha cikgu fadli bin
haji lebai saaban, guru besar sekolah kebangsaan pangkalan TLDMII.
di atas kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

16. Berikutnya, kita akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu Malaysia
Madani, Tekad Perpadun Penuhi Harapan dan Tanggal 31. Semua guru
dan finalis Pertandingan Pakaian Beragam dijemput naik ke pentas.
Semua murid diminta berdiri.

17. Berikutnya adalah laungan Merdeka yang akan diketuai oleh Cikgu
Mohd Rosely bin Hassan. Dipersilakan Cikgu Rosely.

18. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Rosely bin Hassan kerana
mengetuai laungan Merdeka itu tadi.

2
19. Dengan acara itu tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Penutup
Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Saya bagi pihak jawatankuasa
program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung. Dengan itu, wabillah hi taufik wal
hidayah waasalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

You might also like