Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MENTOK

24000 KEMAMAN TERNGGANU

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

PROGRAM : Young STEMist Expo

TARIKH : Julai – Oktober (Bengkel)


10 November 2022 (Pameran Peringkat Sekolah)
29 November 2022 (Pameran Peringkat Daerah)

MASA : 9.00am – 1.30pm

TEMPAT : Bilik Orkid 2, SMK Bukit Mentok


Perkarangan PPD Kemaman

ANJURAN : Jawatankuasa STEM, SMK Bukit Mentok

1.0 PENDAHULUAN/LATAR BELAKANG/RASIONAL

STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) merupakan bidang yang sangat
penting pada masa kini demi menyediakan murid-murid ke arah IR 4.0. Murid-murid
merupakan generasi akan dating yang bakal memajukan industri negara kita ke
peringkat antarabangsa. Oleh itu, Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian (BSKK)
mengambil inisiatif untuk meningkatkan pelibatan murid B40 dalam pertandingan dan
inovasi STEM dengan menganjurkan Young STEMist Expo (YSE).

Melalui program ini, beberapa bengkel telah diadakan yang melibatkan 10 – 20 orang
murid bagi setiap bengkel di sekolah. Murid diberikan pendedahan tentang aktiviti-
aktiviti STEM seperti Dron, 3D Design, Robotik dan Animasi.

Terdapat empat pertandingan yang dianjurkan juga iaitu Dron Challenge, 3D Challenge,
Pertandingan Animasi dan Pertandingan Robotik. Ramai murid telah menyertai
pertandingan ini.

SMK Bukit Mentok telah menganjurkan Young STEMist Expo peringkat sekolah bagi
memberi peluang kepada murid-murid untuk membentangkan ilmu serta pendedahan
yang mereka pelajari berkenaan dengan aktiviti-aktiviti STEM yang mereka telah
laksanakan di sekolah. Enam buah pameran telah diadakan seperti STEM Boot Camp,
STEM Club, 3D Design, Robotik, Animasi dan Dron.

2.0 OBJEKTIF / MATLAMAT


2.1 Mendedahkan murid dengan aktiviti-aktiviti STEM
2.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran STEM
2.3 Mewujudkan daya saing yang sihat dalam kalangan murid semasa menyertai
aktiviti atau pertandingan yang diadakan.
2.4 Mengaplikasikan teknik pembelajaran PAK21 selaras dengan keperluan sekolah
TS25.

3.0 POST MORTEM


3.1 Program Young STEMist Expo ini berjalan dengan lancar seperti yang
dirancangkan.
3.2 Melalui program ini, lebih ramai murid dapat diberi pendedahan tentang aktiviti
STEM dan sekali gus menyertai pelbagai pertandingan STEM yang dianjurkan
oleh pihak KPM mahupun swasta.
3.3 Pameran YSE ini boleh ditambah baik dengan melibatkan Unit Bimbingan
Kaunseling bagi menganjurkan pameran Kerjaya berkaitan dengan STEM.
3.4 Pameran YSE ini juga boleh diadakan di tempat yang lebih terbuka dan dekat
dengan kelas-kelas bagi menggalakkan kehadiran murid ke tempat pameran

4.0 PENUTUP

Kami sangat bersyukur atas penglibatan dan sokongan yang menyeluruh daripada
semua pihak terhadap perancangan yang dilakukan membolehkan ianya dilaksanakan
dengan jayanya. Young STEMist Expo ini telah mencapai objektif yang disasarkan seterusnya
menjadi pemangkin ke arah perkembangan aktiviti STEM di sekolah ini.

Disediakan Oleh :

…………………………….
(Nabilah Farhana Binti Yahya)
PIC Young STEMist Expo
LAMPIRAN
Senarai Nama Pemenang Pertandingan YSE Peringkat Sekolah

Pertandingan Pencapaian Murid Tingkatan


3D Challange Tingkatan 1
Pertama : Nur Qaireen Arissa Binti Yuslizan 1 Razi
Kedua : Engku Noorrul Adib Danish Bin Engku Noorrulaswadi 1 Razi
Ketiga : Mohammad Azizul Bin Mohd Aziz 1 Razi

Tingkatan 2
Pertama : Tengku Farid Hamdany Bin Tengku Shaharulhisham 2 Razi
Kedua : Noor Nadzirah Humayraa Binti Mohd Nazri 2 Razi

Tingkatan 5
Pertama : Nik Anis Farhana Binti Roslizan 5 Ibnu Sina
Kedua : Nur Anis Farhana Binti Ahmad Rafiza 5 Ibnu Sina
Ketiga : Nur Aleesya Aidhura Binti Ali Syadikin 5 Ibnu Sina

Drone Challenge Pertama : Adam Harith Bin Mohd Tarmizi 3 Razi


Kedua : Nur Aqilah Syazwani Binti Mohd Asmika 3 Razi
Ketiga : Nurul Amila Diana Binti Ahmad Samsulan 3 Razi

Animation Challenge 4 Ibnu


Pertama : "Kenapa Dengan Kiki" Oleh Kumpulan Nur Syazwani Fitri
(Pasukan) Rusyd
Kedua : "Kisah Si Penyu" Oleh Kumpulan Nur Farisha Ariana 1 Razi
Ketiga : " A Tale Of Three Fish" Oleh Kumpulan Muhammad Luqman 2 Razi

Robotics Challenge
Pertama : Team B – Kumpulan Nurul Insyirah Binti Zaini 3 Zahrawi
(Pasukan)
Kedua : Team C – Kumpulan Tuan Muhamad Wafiy Bin Tuan Arman 3 Zahrawi
Ketiga : Team A – Kumpulan Muhammad Aidilfitri Bin Alwai 3 Zahrawi

You might also like