Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

IRFISHER

ALL ABOUT CONSTRUCTION

Home ▼

Home ▼

Home ▼

Friday, October 11, 2019

CARA MEMBACA DAN MEMAHAMI LUKISAN RC


RC-bermaksud reinforcement concrete atau konkrit bertetulang,lukisan RC di sediakan
oleh pihak Jurutera Sivil sebelum kerja-kerja binaan hendak di jalankan.

Lukisan RC terdiri dari beberapa segmen:

Susunatur Rasuk Tanah,Susunatur Rasuk dan Lantai Atas (2 tingkat dan seterusnye
keatas),Susunatur Rasuk Bumbung
Perincian rasuk bawah,rasuk tingkat atas(2 tingkat dan seterusnye) dan rasuk
bumbung
Perincian lantai tingkat satu dan keatas
Jadual Saiz Asas
Jadual Tiang
Perincian Piawai
Perincian apron
Perincian Stiffener
Perincian Konkrit Gutter
Perincian Keratan Bangunan di bahagian tiang
Perincian asas
Perincian Tangga
Perincian Lantai Bawah
Nota

SUSUNATUR RASUK TANAH


GB 1,GB 2 adalah rujukan no rasuk untuk memudahkan mencari di halaman perincian
(150 x 450) bermaksud lebar rasuk adelah 150 mm dan tinggi rasuk adelah 450 mm
unless otherwise stated-bermaksud kalau tidak dinyatakan ape2,saiz rasuk adelah
seperti di atas
SUSUNATUR RASUK TINGKAT ATAS
FFB 1,FFB 2 adalah rujukan no rasuk untuk memudahkan mencari di halaman perincian
(150 x 450) bermaksud lebar rasuk adelah 150 mm dan tinggi rasuk adelah 450 mm
unless otherwise stated-bermaksud kalau tidak dinyatakan ape2,saiz rasuk adelah
seperti di atas
tanda nazi tu adelah simbol lantai
keratan 1-1 bermaksud keratan lantai di bahagian itu dan bole di rujuk kepada perincian
di halaman lain
SUSUNATUR RASUK BUMBUNG
RB 1,RB 2 adalah rujukan no rasuk untuk memudahkan mencari di halaman perincian
(150 x 450) bermaksud lebar rasuk adelah 150 mm dan tinggi rasuk adelah 450 mm
unless otherwise stated-bermaksud kalau tidak dinyatakan ape2,saiz rasuk adelah
seperti di atas
lambang nazi biasanye ade di ruangan tangki air menandakan ade lantai di bahagian
itu
PERINCIAN RASUK BAWAH DAN RASUK BUMBUNG TAK BERLANTAI
GB1/RB 1 (150 X 200)-adelah merujuk kepada no rasuk di susunatur
2T16-bermaksud 2 batang re bar high tensile(T) bersaiz 16 mm dia disusun selari atau
4T20-bermaksud 4 batang re bar high tensile(T) bersaiz 20mm di susun 4 batang
selari
R10 @ 150 mm-bermaksud R adelah simbol untk rebar mild tensile dan 10 adelah saiz
10 mm dan jarak mendatar antara satu sama lain adelah 150 mm
2R6 @200mm-bermaksud 2 bilangan link bersaiz 6 mm dan jarak antara satu sama
lain adelah 200 mm
2T16 ,2T20 -bermaksud terdapat 2 lapisan re bar ,2T16 adelah lapisan di atas dan
2T20 adelah lapisan di bawah
PERINCIAN RASUK ATAS BERLANTAI
FFB 1 (150 X 200)-adelah merujuk kepada no rasuk di susunatur
2T16-bermaksud 2 batang re bar high tensile(T) bersaiz 16 mm dia disusun selari atau
4T20-bermaksud 4 batang re bar high tensile(T) bersaiz 20mm di susun 4 batang
selari
R10 @ 150 mm-bermaksud R adelah simbol untk rebar mild tensile dan 10 adelah saiz
10 mm dan jarak mendatar antara satu sama lain adelah 150 mm
2R6 @200mm-bermaksud 2 bilangan link bersaiz 6 mm dan jarak antara satu sama
lain adelah 200 mm
2T16 ,2T20 -bermaksud terdapat 2 lapisan re bar ,2T16 adelah lapisan di atas dan
2T20 adelah lapisan di bawah
Garis putus-putus di bahagian atas rasuk menunjukan ketebalan lantai
PERINCIAN LANTAI TINGKAT ATAS
125 THK-bermaksud ketebalan lantai
BRC A7-jenis BRC yang digunakan
Di support ade 2 lapisan BRC yang berlainan saiz
JADUAL ASAS

F1,F2-no rujukan asas di susunatur


L-adelah ukuran panjang asas
W-adelah ukuran lebar asas
H-adelah ukuran tinggi asas
Re bar a adelah re bar untuk arah X
Re bar b adelah re bar untuk arah Y
Y 12-200-bermaksud jenis re bar adelah Y yang bersaiz 12 mm dan berjarak 200 mm
Re bar untuk mengikat hujung atas re bar utama,1 Y10 bermaksud 1 bilangan jenis Y
dan bersaiz 10mm
JADUAL TIANG
Ruangan Column -bermaksud ruangan rujukan no gridline untuk tiang tersebut,contoh
D-1,bermaksud tiang di kedudukan gridline D untuk arah x dan gridline no 1 untuk arah Y
STUMP-bermaksud perincian untuk stump,MAIN BAR-bermaksud bar utama ,4Y12-
bermaksud 4 batang bar jenis Y bergarispusat 12 mm
TIES-bermaksud bar utnuk link,R6-125,bermaksud bilangan nye 1 jenis bar R dan jarak
antara satu sama lain 125 mm
COLUMN SIZE-125 x 200,bermaksud saiz tiang adelah 125 mm dan 200mm
PERINCIAN PIAWAI
PERINCIAN APRON
well compact sub base-bermaksud tanah hendaklah di padatkan dengan sempurna
BRC one layer A6-bermaksud guna BRC saiz A6 sebanyak satu lapisan
slope-lapisan atas hendak mempunyai kecerunan untuk air mengalir
PERINCIAN STIFFENER
sect-menunujukan saiz sitffener,125mm x 125 mm
PERINCIAN KONKRIT GUTTER
Y12-200-bermaksud 1 bilangan re bar jensi Y dan berjarak 200 mm antara satu sama
lain
PERINCIAN SECTION A-A
saiz asas,stump ,tiang adalah merujuk kepada jadual tiang dan asas
minimum depth-bermaksud kedalaman yang minimum untuk asas
lapping length-400mm
PERINCIAN ASAS
menunjukan bentuk asas yang tipikal,saiz sebenar merujuk kepada jadual asas

PERINCIAN TANGGA
menunjukan segala butiran tangga
PERINCIAN LANTAI BAWAH
well compacted base
200 mm harcore-bermaksud ketebalan batu hardkor selepas di padatkan
50 lean concrete-bermaksud 50 mm ketebalan konkrit lean
one layer of BRC A10
100 Concrete gred 25-bermaksud ketebalab lantai bawah ialah 100 mm dan
konkrit bergred 25 di gunakan

2.Cara Penyediaan Pelan Civil 2D

Banyak kursus 3D civil ade d market sekarang yang bermakna penyediaan pelan dan
lukisan civil secara 3D amat memudahkan.Civil 3D bermaksud penyediaan lukisan
kerjatanah,pari dan jalan serta sistem bekalan air serta sistem kumbahan di
persembahkan dan di pelajari dalam bentuk 3D itu yang saya faham dan kalau salah
peserta yang pernah lalui kursus ini tolong perbetulkan saya.

Saya biasa memberi ceramah di Create,JKR tentamg kursus 2D civil selama 2 kali
bertempat di Melaka.Didalam kursus tu semua penyediaan lukisan adalah dalam bentuk
lukisan 2D.Kandungan kursus adalah seperti di bawah :

1.Penyediaan lukisan kerja tanah adalah lebih penyediaan lukisan keratan potong dan
tambak sesuatu kawasan tapak yang hendak di bangunkan dan dari lukisan keratan
tersebut jumlah tanah potong dan tambak dapat di ketahui samada aras lantai
bangunan tersebut sesuai kerana tanah yang fi potong lebih akan ade kos angkut
keluar dan kalau tanah potong kurang kos mengimpot tanah dari bertamah dan
bertambahlah kos dan juga daripada lukisan tersebut kedudukan dan ketinggian dan
jenis tembok penahan daoat di tentukan.

2.Penyediaan butiran kerja tanah adalah ysng terpenting adalah lukisan ESCP yang
mana lukisan ini menunjukan bagaimsna enapan dan hakisan tanah dapat di kawal
daripada menjadi banjir lumpur ke kawasan yang berhampiran apabila hujan menimpa
kawasan yang telah di gondolkan itu.

3.Penyediaan plan longkang atau peparitan- penyediaan plan peparitan melibat


laluan,jenis longkang,saiz longkang dan juga saiz paip jenis rcp untuk pembetung di
tentukan dan di lukis dan yang penting IL setiap sump di tentukan serta saiz dan yang
juga terpenting adalah arah aliran air serta gradient amatlah penting di tentukan di
dalam lukisan dan saiz longkang dan rcp akan dikira Q nye oleh perekabentuk yang
bertauliah.

4.Penyediaan butiran longkang adalah butiran longkang dan jenisnya serta rcp dan
juga butiran sump samada sump bata atau konkrit dan juga penutup longkang samada
konktit atau besi ms dan juga butiran lantai tersebut dan jua aras2 yang di
tentukan.Yang penting IL final point adalah lebih tinggi daripada IL longkang monsun
sediada ataupun kesungai.

5.Penyediaan lukisan jalan-lukisan tentang kedudukan jalan,gradient dan juga arah


trafik dan juga layout tentang kerb dan yang paling penting adalah aras akhir jalan
tersebut dan hendaklah di catit di setiap lorong jalan atau setiap 50 m panjang jalan.

6.Penyediaan butiran jalan yang terpenting adalah keratan rentas jalan yang
menunjukan ukuran setiap element struktur jalan dan juga butiran kerb serta line jalan
berserta butiran road barrier(kalau ade).

7.Penyediaan lukisan sistem bekalan air-selepas water rect calc daripada


perekabentuk yang telah menentukan saiz paip,jenis paip dan laluan yang
membolehkan residual headnye mencukupi barulah lukisan tatatur laluan paip bole
dilukis dan jenis paip,saiz paip hendaklah di nyatakan dengan kedudukan meter dan
paip bomba.

8.Penyediaan butiran paip adalah butiran meter,paip bomba dan trust block(kalau ade)
dan biasanya butiran ini telah di standardkan didalam buku panduan SPAN

9.Penyediaan lukisan sistem kumbahan-terbahagi kepada 2 iaitu sistem septik tank


atau sambungan awam kerana di dalam layout aliran air kumbahan dari tandas ke
manhole dan seterus manhole ke manhole dan seterusnya ke septik tank atau ke
sambungan awam.Setiap manhole ade butiran tentang aras dan kedalaman dan jenis
paip serta saiz serta juga gradient hendaklah di catitkan.Lukisan diagramatik adalah
yang terpenting di sediakan.

10.Penyediaan lukisan butiran biasa telah ade standard dari SPAN dan kalau sistem
tangki septik butiran tangki septik hendaklah di sertakan dan biasanye butiran ini di
sediakan oleh pembekal tangki septik itu sendiri .

11.Cara mencetak atau print juga ada dalam silibus kursus ini di mana cara memilih
warna dan saiz pen diajar supaya lukisan yang di hasilkan menarik dan lengkap.

Penyediaan semua lukisan sivil adalah mydah dengan 3D kerana setiap sudut nampak
berbanding dengan cara 2D tetapi kalau asas 2D sudah ada tidaklah terlalu pening
untuk belajar secara 3D.

3.Kursus Pengenalan Topik Kejuruteran

Setelah mendapat result SPM,ramai pelajar2 yang tercari2 kursus yang sesuai dengan
result yang dicoerolehi.Artikal kali ini menerangkan serba sedikit tentang kursus
kejuruteraan.Kursus kejuruteraan merangkumi berbagai2 displin termasuk
kerjuruteraan sivil ,kejuruteraan elektrik,kejuruteraan mekanikal,kejuruteraan
kimia.kejuruteraan petrolium dan juga kini lebih banyak bidang kejuruteraan yang lain-
lain yang ada di tawarkan di universiti tempatan dan luar negeri.
Apabila tengok result dan yang paling penting untuk kursus kejuruteraan adalah kalau
boleh cemerlang dalam matematika tambahan dan fizik kerana 90 % daripada subjek
adalah berdasarkan pengiraan kepada matematik dan fizik.Di terangkan di dalam
artikel ini tentang pengenalan kepada kursus kejuruteraan terutmanya kejuruteraan
sivil kerana penulis adalah mahir dalam bidang ini.

Kejuruteraan sivil adalah bukan sahaja merangkumi bangunan tetapi jalanraya,sistem


bekalan air,sistem rawatan kumbahan,jambatan,empangan,bangunan kilang,alam
sekitar,pengairan dan saliran dan juga struktur2 di laut seperti jeti dan
sebagainya.Semester pertama tidaklah banyak subjek kejuruteraan si mana banyak
subjek2 MQA seperti matematika kejuruteraan,fizik,bahasa Inggeris,Pengajian tentang
Malaysia dan sebagainya.Matematik kejuruteraan adalah tidak sama dengan
matematika biasa dan lebih kepada kejuruteraan.

Di semester dua,barulah subjek kejuruteraan asas seperti rekabentuk,sains bahan dan


juga di semester seterusnya dengan subjek geoteknik,alam sekitar,pengairan dan
saliran serta sistem jalanraya dan trafik sehinggalah ke penyediaan tesis tentang
kejuruteraan awam sebelum di anugerahkan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Bermula dari detik mendapat Ijazah,para garduan boleh memilih untuk berkerja di
mana-mana sektor samada sektor kerajaan atau pun swasta dimana sektor kerajaan
yang menawarkan pekerjaan sebagai Jurutera adalah di JKR,JPS,Majlis
Tempatan,Kementerian2 yang ada jabatan teknikal dan juga menjadi pensyarah di
universiti2 tempatan kalau mendapat result yang baik.

Manakala di pihak swasta juga terbahagi kepada 3 kategori iaitu bidang


perundingan,pembinaan dan juga pengurusan.Di pihak perundingan,para graduan mesti
memahirkan diri dengan segala bentuk rekabentuk dan pengiraan dan juga
memahirkan diri menggunakan sofware design yang berbagai2 jenis yang terdapat di
pasaran.Untuk permulaan banyak syarikat2 perunding yang ada menawarkan kerja
sebagai Jurutera dan juga untuk menimba pengalaman sebelum mengambil
peperiksaan untuk menjadi seorang Jurutera Profesional yang mana dengan adanya
title ini ,seseorang Jurutera Profesional layak untuk membuka firm perundingan sendiri.

Manakal yang berminat dengan bidang pembinaan juga boleh memohon kerja sebagai
Jurutera Tapak si syarikat2 pembinaan negara ini.Subjek yang di belajar banyak
mengenai ilmu rekabentuk dan ilnu pembinaan adalah kurang dan graduan di
nasihatkan berusaha untuk belajar dengan lebih banyak tentang ilmu pembinaan.

Manakala yang berminat dengan ilmu pengurusan projek,graduan juga boleh memohon
kerja sebagai Jurutera Awam bahagian pengurusan yang mana lebih kepada bab-bab
pengurusan sesuatu projek pembinaan.

Sebenarnya peluang pekerjaan untuk lepasan Kejuruteraan ini amatlah luas dan
pengetahuan dan kemahiran tambahan di perlukan untuk menjadikan graduan berdaya
saing dan up to date dengan ilmu2 kejuruteraan.Inilah serba sedikit tentang info
mengenai kursus kejuruteraan sebagai panduan asas pelajar-pelajar lepasan
SPM.Selamat berjaya membuat pilihan.Sekian terima kasih

Topik menarik tentang pembinaan


1.Panduan Memilih Kontraktor

Panduan untuk memilih kontarktor binaan bangunan persendirian,banglo dan lain-lain


bangunan.

1.Kontraktor Yang Berdaftar-memilih kontraktor yang berdaftar adalah langkah


yang pertama.Maksud berdaftar disini adalah selain dari mendaftar dengan
SSM ,kontarktor haruslah berdaftar dengan CIDB di bawah gred-gred yang tertentu.
Selain dari mempunyai pejabat berdaftar dan nama pemegang lesen,nama syarikat
ada didalam sistem CIDB dan apabila terjadinye pertikaian,pemilik boleh membuat
aduan dan seterus tindakan akan di ambil oleh pihak CIDB,

2.Kontaktor Yang Mempunyai Alamat Yang Sah-pemilik bole membuat pemerksaan


terhadap alamat yang sah dengan pergi sendiri ke alamat berkenaan dan berjumpa
dengan kakitangan dan membuat pengesahan,

3.Kontraktor Yang Mempunyai Kakitangan Pengurusan-kakitangan pengurusan


bermaksud
untuk berbincang berkenaan dengan detail harga ade QS dan untuk berbincang
berkenaan plan bole berjumpe dengan JURUTERA dan sebagainye.

4.Kontraktor Yang Mempunyai Kewangan Yang Kukuh- pemilik bole meminta penyata
kewangan syarikat pada 3 bulan terakhir.Untuk menjalankan kerja-kerja di tapak
pihak kontraktor hemdaklah mempunyai sekurang-kurangnye 1/3 drp kos projek
untuk memulakan kerja bagi mengelakan projek terbengkalai.

5.Kontraktor Yang Mempunyai Pengalaman-kontraktor yang di lantik hendaklah


mempunyai 2
tahun pengalaman dalam bidang berkaitan pembinaan dan sekurang-kurangnye
mempunyai 2 projek yang telah di siapkan dengan nilai yang sama

6.Dan tip yang akhir elakan berurusan dengan kontraktor dari luar.

2.Spesifikasi Bangunan

Speksifikasi bangunan-bermaksud sesuatu perincian butiran,arahan terperinci yang di


tentukan dan di nyatakan untuk melaksanakan kerja-kerja bngunan sehingga siap.
Kenapa pentng?

sebagai bahan rujukan untuk mengira kadar harga sesuatu bahan dan kerja
sbagai bahan rujukan jikalau lukisan tidak jelas keterangan
sebagai bahan rujukan jikalau terdapat pertikaian dalam melaksanakan kerja-kerja
bangunan
salah satu bahan rujukan untuk pengurusan QA/QC
satu bahan rujukan kepada kontraktor untuk memesan bahan binaan
sebagai bahan rujukan kepada pemilik bangunan persendirian semasa perlaksaan
projek
rujukan lanjut di laman2 web
Cara-cara menuang konkrit yang betul

FISHER at 9:17 AM

Share

No comments:

Post a Comment

‹ Home ›
View web version

About Me

FISHER
Berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam industri pembinaan.Menjadi penceramah sambilan di
RichKey Consultant dan Create,JKR.Graduasi dari UTM pada tahun 1987,
View my complete profile

Powered by Blogger.

You might also like