Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

Universiti Sultan Zainal Abidin

KURSUS:
USI10102 MABAHITH AL-ILAHIYYAT

TAJUK:
Konsep Ketuhanan, Bukti Tuhan Hanyalah Satu | Ustaz Adi Hidayat

PENSYARAH:
DR. ENGKU IBRAHIM BIN ENGKU WOK ZIN

PELAJAR:
MUHAMMAD NAJMI BIN ABDUL RAZAK (073758)
MUALLIM BIN HAZHAR (073766)
NUR 'ALIAH BINTI ABDUL RASHID (073062)
NUR AFIQAH WAHIDA BINTI MOHD AZAMI (072974)
AIDA ZURA BINTI AMINUDDIN BAKRI (072926)
NUR IFWANIE BINTI MOHD AZALI (074715)

PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN KAUNSELING

SEMESTER:
SEMESTER 1

SESI:
SEM I 2022/2023

VIDEO CERAMAH:
https://youtu.be/w2kg4igGq5U
PLAYLIST PEMBENTANGAN:
https://youtube.com/playlist?list=PL6dHtAw7HNXdXsE5HvfDYJ_AaXB8gB8p5

0
1.0 PENGENALAN

Kami pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling semester satu

bagi sesi 2022/2023 telah ditugaskan untuk membuat tugasan secara berkumpulan. Tugasan ini

di bawah kursus Mabahith Ilahiyyat kod USI 10102 di bawah pimpinan Dr. Engku Ibrahim Bin

Engku Wok Zin. Tugasan yang telah diamanahkan kepada kami adalah untuk mensyarahkan

dan mengulas isi daripada video ceramah tentang isu ketuhanan. Video yang kami pilih

bertajuk Konsep Ketuhanan: Bukti Tuhan Hanyalah Satu-Allah yang telah disampaikan oleh

Ustaz Adi Hidayat. Dalam tugasan ini, kami menyentuh isu dari segi latar belakang video, latar

belakang penceramah, isi kandungan dan ulasan yang telah disampaikan oleh penceramah dan

kesimpulan. Terdapat pelbagai sumber rujukan yang telah kami ambil antaranya, sumber dari

kitab suci Al-Quran, kitab-kitab ilmu, dan laman Internet.

1
2.0 LATAR BELAKANG VIDEO

Video ceramah yang bertajuk Konsep Ketuhanan: Bukti Tuhan Hanyalah Satu-Allah

ini telah disampaikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Adi Hidayat melalui platform YouTube.

Rakaman tersebut dimuat naik pada 15 Disember 2017 di Saluran Ceramah Pendek.

Video yang berdurasi 15 minit 24 saat ini membicarakan dan mengupas isu dengan

lebih mendalam berkenaan konsep asas ketuhanan yang wajib setiap mukalaf untuk

mengetahui dan berpegang teguh dengannya. Video ceramah ini telah berjaya meraih sebanyak

55 ribu tontonan sejak 5 tahun yang lalu.

Pelbagai komen positif diberikan daripada penonton-penonton berkaitan video ceramah

tersebut. Selain itu, terdapat komen daripada bukan muslim yang mengatakan beliau percaya

bahawa tuhan adalah Allah Taala. Malahan tidak kurang juga yang melontarkan soalan

berkaitan kemusykilan dalam perbahasan penceramah tersebut.

2
3.0 LATAR BELAKANG PENCERAMAH

Ustaz Dr. Adi Hidayat merupakan seorang penceramah muda berasal dari Pandeglang,

Banten, Indonesia. Beliau dilahirkan pada 11 September 1984 dan berumur 39 tahun. Beliau

terkenal sebagai seorang pendakwah berakidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang alim serta ahli

dalam ilmu Al-Quran, Hadith, Fiqh, Usul Fiqh, Tarikh, Lughah dan lain-lain. Beliau

merupakan pemilik sebuah Pusat Pengajian Islam bernama Quantum Akhyar Institute dan Adi

Hidayat Official.

Ustaz Adi Hidayat mendapat pendidikan formal di Pondok Pesantren Darul Arqam

Muhammadiyah, Garut (1997 - 2003).Seterusnya beliau menyambung pengajiannya di UIN

Syarif Hidayatullah, Jakarta (2003 - 2005), Kulliyyah Dakwah Islamiyyah, Tripoli, Libya atau

Islamic Call College, Tripoli, Libya (2005 - 2009). Sepanjang tempoh pendidikannya, beliau

banyak menuntut ilmu daripada guru dan syeikh terkenal seperti Syaikh Dukkali Muhammad

al-‘Alim, Syaikh Ali al-Liibiy, Syaikh Tanthawi Jauhari dan ramai lagi.

Selain aktif berdakwah melalui akaun YouTube miliknya, Ustaz Adi Hidayat juga aktif

menulis dan berjaya menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Arab dan Indonesia.

Antaranya ialah Minhatul Jalil Bita’rifi Arudil Khalil (2010), Quantum Arabic Metode Akhyar

(2011), Ma’rifatul Insan: Pedoman Al-Qur’an Menuju Insan Paripurna (2012) dan pelbagai

lagi. (Wikipedia, 2023).

Untuk kegiatan sehariannya, Ustaz Adi Hidayat banyak menyampaikan ceramah agama

di serata tempat termasuklah Indonesia dan Malaysia. Jemaah yang mengikuti pengajiannya

sangat ramai oleh kerana kaedah penyampaiannya yang jelas dan mudah difahami. Selain itu,

video ceramahnya juga ditonton oleh jutaan netizen di Youtube mahupun di media sosial lain

seperti Facebook dan Instagram.

3
4.0 ISI KANDUNGAN CERAMAH

}‫{قل هو هللا أحد ۝ هللا الصمد ۝ مل يلد ومل يولد ۝ ومل يقل له كفوا أحد ۝‬

Yang Bermaksud: "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi

tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula

tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya" (Al-Ikhlas 112:1-4).

Apakah yang kita dapat dan faham dari pengisian surah ini. Surah ini menerangkan

tentang kekuasaan Allah yakni pada ayat yang pertama }‫ {قل هو هللا أحد۝‬pada kalimah

‘‫ ’أحد‬yang memberi maksud esa tiada yang lain selainnya. Isi utama di sini yang ingin kita

bincangkan adalah berkaitan dengan ketuhanan yakni kelebihan nama Allah SWT. Isu

ketuhanan ini tidak asing lagi untuk dibincangkan dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi

dalam kalangan masyarakat Malaysia yang wujudnya dalam bangsa yang pelbagai kepercayaan

agama. Perselisihan faham dan pertelingkahan pendapat dalam isu ketuhanan ini agak panas

dan sensitif untuk dibahaskan sesama ahli alim ulama’ iaitu wakil daripada pelbagai agama

dari segi pegangan dan kepercayaan yang berbeza-beza. Isu ini bukanlah isu baharu untuk

dibincangkan, malah isu atau perselisihan faham ini telah wujud sejak zaman anbiya’. Telah

muncul banyak kitab tauhid dan kitab-kitab tentang kekuasaan Allah yang telah dikarang oleh

para sahabat nabi. Ini membuktikan bahawa isu ini sering dan kerap dibincangkan dalam

kalangan ulama’. Isu ini berpunca daripada pemikiran beberapa golongan ataupun individu

4
yang tidak berpegang teguh dengan agama dan tauhid yang betul, serta sering mempersoalkan

tentang kekuasaan Allah.

}‫اَّللُ يَ ْعلَ ُم ُمتَ َقلَّبَ ُك ْم َوَمثْ َوا ُك ْم۝‬ ِ َ‫ك ولِلْم ْؤِمنِني والْم ْؤِمن‬
َّ ‫ات َو‬ ِ ِ ِ ْ ‫اَّلل و‬
ُ َ َ ُ َ َ ‫استَغْف ْر ل َذنْب‬
ِ ِ ْ َ‫{ف‬
َ َُّ ‫اعلَ ْم أَنَّهُ ََل إلَهَ إََّل‬

Maksudnya: “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai

Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan

mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-

orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan

gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).” (Muhammad 47:19)

Berdasarkan video ceramah yang bertajuk ‘Bukti Tuhan Hanyalah Satu-Allah’ daripada

Ustaz Adi Hidayat, Fokus beliau adalah tentang uluhiyat. Beliau menyebut ‘‫هللا‬ ‫ ’َل إله إَل‬itu

merupakan kalimah tauhid dan menunjukkan bahawa kita telah bersaksi bahawa tiada tuhan

yang berhak disembah melainkan Allah.

Selain itu beliau turut menyatakan bahawa Allah kata jangan sekadar ucap tetapi perlu

ada pengetahuan yang mendalam tentang tauhid iaitu dengan menuntut ilmu. Hal ini kerana

ayat ini didatangkan dengan fe'el amar yang merujuk kepada kewajipan. Isi yang seterusnya

ialah ustaz menegaskan bahawa kita perlu mempunyai pengetahuan untuk meyakinkan bahawa

kalimat membawa erti tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Hal ini supaya kita

sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada golongan yang jahil

sebagaimana nabi telah dipersoalkan oleh orang Quraisy sebelum menerima risalah Islam

5
tentang konsep ketuhanan. Antara soalan yang ditanyakan ialah siapa rabb kamu, siapa Allah

dan kenapa tuhan kamu bukan tuhan kita.

Tambahan ustaz, iman kita perlu kuat dan faham tentang konsep ketuhanan iaitu segala

yang berkaitan dengan Allah supaya dapat meyakinkan golongan yang jahil. Secara umumnya,

kita boleh menjawab tujuan kita menyembah dan beribadat kepada Allah akan tetapi jawapan

daripada Al-Quran tiada tandingannya dan lebih bagus kerana ada dalil dan ada rasional logik.

Ustaz menceritakan bahawa nabi pernah disoal, siapa tuhan kamu yang merawat, yang

menyembuhkan dan yang memaafkan. Dari segi nama, tuhan kita berbeza dengan tuhan yang

lain. Tuhan pada zaman nabi iaitu al-lata, al-uzza, al-manata. Orang Quraisy jahiliah

menegaskan tuhan dia merawat dan menyembuhkan juga. Selain itu, Al-Ahad membawa erti

satu yang tiada duanya walaupun dikurangkan atau kembali kepada yang satu. Akhir sekali,

ustaz menyatakan bahawa sifat Ahad berbeza dan tidak mungkin sama dengan makhluk atau

dengan kata lain tuhan dan makhluk perlu mempunyai perbezaan.

Seterusnya, dalam isi yang ketiga, Ustaz Adi Hidayat ada menekan bahawa nama Allah

bukan sekadar nama yang indah, ia juga Maha Hebat sehingga tidak boleh disaingi dan tiada

tandingan dengan yang lain. Hal yang demikian adalah kerana padanya terdapat sifatnya "‫"أحد‬

yang bukan sahaja terletak padanya sifat tapi juga pada nama."‫ "أحد‬bermaksud satu-satunya

dan tiada duanya. Walaupun dikurangkan maksudnya tetap kembali pada makna yang satu.

Berbeza pula dengan kalimah "‫ "واحد‬ia mempunyai kemungkinan ada padanya dua, tiga, empat

(berbilang-bilang) iaitu mempunyai peluang menjadi yang kedua atau ketiga. Maka mustahil

perkara sedemikian berlaku. Sifat "‫ "أحد‬tuhan berbeza dengan makhluk, tidak boleh sama

6
kerana sekiranya sama, maka tiada perbezaan antara tuhan dan makhluk, perkara sebegini

mustahil akan berlaku. Justeru, sekiranya "‫ "واحد‬digunakan maka harus meletakkan kalimah

ketuhanan untuk mengikat kalimah "‫ "واحد‬tersebut membawa maksud yang lain seperti dalam

surah al-Baqarah ayat 163. Oleh itu, sebelum kalimah "‫ "واحد‬perlu diletakkan "‫ "إَل‬seperti

dalam surah yang dinyatakan tadi. Manakala, kalimah "‫"أحد‬ tidak memerlukan kalimah

tambahan "‫إَل‬
َ " kerana "‫ "أحد‬telah menunjukkan makna satu.

Input keempat yang terdapat dalam ceramah yang disampaikan oleh penceramah

terkenal yang berasal dari negara seberang ini ialah nama Allah merupakan nama yang sangat

istimewa kerana pada namanya jelas menunjukkan Tuhan berbeza dengan nama-nama lain

yang dipertuhankan seperti Yesus dan Wisnu. Dalam video tersebut, Ustaz Hadi Hidayat telah

menerangkan tentang kajian ilmiah yang telah dilakukan melalui perbahasan ilmiah tentang

nama Allah. Dalam kajian ini menunjukkan setiap huruf yang dihilangkan ia tetap kembali

kepada nama yang sama.

• Kajian tersebut ialah apabila kalimah ‘‫ ’هللا‬dihilangkan satu huruf hamzah wasal ‘‫ ’ا‬menjadi

ِ ‫السماو‬ َِِّ
‘‫ ’ َّّلل‬ia tetap kembali kepada Allah {‫ات َو ْاْل َْرض‬ َ َ َّ ‫َّلل َما ِِف‬...} (Al-baqarah 2:284)

manakala Jesus dan Wisnu jika dihilangkan maka akan menjadi Enus dan Isnu. Jika lihat

disini adakah kedua-dua nama ini mempunyai maksud yang sama?

7
• Seterusnya, ‘‫ ’ل‬dihilangkan maka akan menjadi ‘‫ ’له‬ia tetap kembali kepada Allah

ِ ‫السماو‬
{...‫ات َوَما ِِف ْاْل َْرض‬ َ َ َّ ‫لَهُ َما ِِف‬...} (Al-Baqarah 2:255).

• Kemudian dihilangkan ‘‫ ’ل‬yang kedua maka ia menjadi ‘.’‫ ه‬Huruf ‘‫ ’ ه‬ini merupakan waqaf

dari perkataan ‘‫ ’هو‬dan menjadi {‫الْ َقيُّوم‬ ‫ُاَّللُ ََل إِلَهَ إََِّل ُه َو ا ْْلَ ُّي‬
َّ ...} (Al-Baqarah 2:255) tetapi

nama-nama lain yang dipertuhankan akan menjadi Jesus menjadi ‘s’ dan Wisnu menjadi

‘u’, disini kita lihat bahawa ia tidak mendatangkan makna pada nama-nama tersebut.

• Akhir sekali, sekiranya kalimah ‘‫ ’هللا‬dihilangkan semua hurufnya maka ia akan di panggil

‘‫ ’غيب‬dan terdapat firman Allah berbunyi {‫ين يُ ْؤِمنُو َن ِِبلغَْيب‬ ِ َّ


َ ‫( }َالذ‬Al-Baqarah 2:3) maka

tetap merujuk kepada nama Allah.

8
5.0 ULASAN CERAMAH

Berdasarkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Adi Ayat tidak ada keterangan yang

paling baik di dalam Al-Quran daripada semua orang yang mempelajari ilmu syariat kecuali

orang yang belajar ilmu Al-Quran. Maka Allah Taala mengangkat statusnya yang tadinya

jahiliah menjadi Khairul Ummah (umat terbaik).

Pesan tersebut adalah ayat yang pernah digunakan oleh Ustaz Adi Hidayat yang

menjadi pembuka kepada sesuatu perbincangan itu .Di dalam Al-Quran terdapat pelbagai ilmu

yang boleh dipelajari. Oleh itu, penerangan mengenai sifat Allah itu Ahad banyak dinyatakan

di dalam Al-Quran . Seperti yang dikatakan oleh Ustaz Adi Hidayat dia dalam ceramah beliau

Ilmu Al-Quran itu luas. Apakah makna kepada ertinya Ahad? Maksud kepada Allah itu Ahad

adalah Dia itu satu-satunya dan tidak akan pernah ada dua. Kurang tidak, lebih mustahil. Satu

tidak ada akan pernah ada duanya tidak akan kurang dari itu .Tambahan pula, Ustaz Adi

Hidayat juga menerangkan apabila menyebut kalimat ‘Wahid’ dilekatkan kepada Allah maka

harus disambungkan dengan kata “Illah” kerana ianya tidak boleh berdiri sendiri. Oleh itu kita

sebagai seorang umat Islam perlu memahami dan mempelajari ilmu makrifat supaya kita tidak

terpesong ke arah kesesatan. Makna perbahasan ilahiah untuk peringkat mubtadi’in yakni

peringkat rendah hanya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan zat Allah, perkara yang

pertama sekali yang perlu diketahui mukalaf. Maknanya wajib pada keratan matan yang

pertama itu wajib pada syarak. Bagi seseorang yang disabitkan dengan mukalaf ianya perlu 4

qaid atau syarat bagi untuk mengenal pasti sama ada ianya adalah mukalaf yang difardu ainkan.

Maka pertama sekali makrifat itu mesti mempunyai al-Idrak, dengan maknanya mengetahui

dan memahami. Oleh itu mestilah mengetahui atau memahami perkara tersebut dengan secara

putus dan secara yakin, maka dalam al-Idrak terdapat dua pecahan iaitu jazmi dan ghairu jazmi.

Ini dinyatakan di dalam kitab Akidah al-awam.

9
Secara amnya sebagai seorang muslim sudah sedia maklum akan kewajipan dalam

menuntut ilmu dan begitu juga penekanan yang telah diberikan oleh Ustaz Adi Hidayat dalam

video ceramah beliau supaya mendalami ilmu tauhid dengan menuntut ilmu. Pelbagai dalil

muktabar yang sering didengari mengenai tuntutan supaya menuntut ilmu, antara firman Allah

iaitu }...‫ين أُوتُواْ ٱلعِل َم َد َر ََٰجت‬ ِ َّ ِ


َ ‫ين ءَ َامنُواْ من ُكم َوٱلذ‬
ِ َّ َّ ‫ي رفَ ِع‬...{
َ ‫ٱَّللُ ٱلذ‬ َ (Al-Mujadalah 58:11)

memberitahu bahawa ganjaran kepada orang yang menuntut ilmu agama adalah akan diangkat

darjatnya lebih tinggi berbanding mereka yang belum menimba ilmu. Tambahan pula, dalam

ٓ ‫{ ُه َو ٱلَّذ‬
ِِ ِ ِ ِ ِ
firman Allah yang lain َ‫ي أَر َس َل َر ُسولَهُۥ بِٱۡلَُد َٰى َودي ِن ٱْلَ ِّق ليُظ ِهَرهُۥ َعلَى ٱل ّدي ِن ُكلّهۦ َولَو َك ِره‬

}‫ ٱل ُمش ِرُكون۝‬menyokong hujah Ustaz Adi Hidayat bahawa Rasulullah SAW pembawa mesej

dan petunjuk yang benar sekali gus mematahkan dakwaan orang kafir mengenai agama mereka,

meskipun tindakan sedemikian tidak menyenangkan pihak musyrikin.

Apa yang dapat kami ulaskan daripada isi yang ketiga iaitu tujuan menyembah dan

beribadat kepada Allah. Antaranya ialah sebagai tanda pengabdian seorang hamba kepada

Allah .Hal ini jelas membuktikan bahawa ianya dapat mendekatkan diri kepada pencipta serta

meningkatkan lagi keimanan. Selain itu, apabila kita beribadat kepada Allah ianya

membuktikan tanda kesyukuran di atas segala nikmat-nikmat kurniaan Allah yang tidak terkira

seperti nikmat kesihatan, rezeki yang melimpah ruah, kesempurnaan anggota tubuh badan dan

sebagainya. Akhir sekali, dapat meningkatkan rasa kecintaan kepada Allah.

Pada isi yang terakhir, kami dapat ulaskan bahawa kajian yang dijelaskan oleh Ustaz

Adi Hidayat merupakan dalil aqli untuk mematahkan hujah orang-orang yang berfikiran

10
pluralisme yang menganggap semua agama itu sama, dengan membuktikan keistimewaan dan

keagungan nama Allah. Kajian ini telah membuktikan setiap huruf yang dihilangkan tetap dan

kekal kembali kepada nama Allah. Ia tidak membawa maksud yang lain seperti mana nama-

nama tuhan yang dipertuhankan oleh orang kafir. Akan tetapi sekiranya ada individu atau

kelompok yang tidak bersetuju dengan kajian ini, ia bukanlah menjadi satu kesalahan kerana

telah dinyatakan di dalam Al-Quran (Al-Baqarah 2:256) }...‫ن‬ ِّ ‫ {ََل إِ ْكراه ِِف‬yang bermaksud
ِ ‫الدي‬ َ َ

“Tiada paksaan dalam agama”.

11
6.0 KESIMPULAN

Seorang Muslim wajib untuk mengenal Allah. Mengenal Allah merupakan kewajiban

pertama yang harus dilakukannya sebelum menjalankan kewajiban Islam yang lainnya. Imam

Al-Baihaqi menghimpunkan beberapa ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan perkara ini.

Antaranya:

Firman Allah SWT:

}...‫اَّلل‬ ْ َ‫{ف‬
َّ ‫اعلَ ْم أَنَّهُ ََل إَِٰلَهَ إََِّل‬

Maksudnya: “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai

Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah…”

(Surah Muhammad: 19)

Perbahasan sifat Allah SWT merupakan salah satu topik penting dalam persoalan

Ilahiyyat (ketuhanan). Perbincangan ini menjadi penting kerana ianya berkait rapat dengan

akidah dan kepercayaan Islam mengenai Allah SWT, ianya juga merupakan salah satu jalan

altenatif bagi mengenal Allah SWT melalui sifat-sifatnya yang Maha Sempurna. Tanpa

mengenal-Nya seseorang itu tidak akan yakin akan mentaati-Nya dengan penuh ikhlas dan

reda. Rasulullah SAW melarang umat Islam daripada membincangkan isu ketuhanan,

termasuklah persoalan sifat, namun selepas zaman sahabat, perbahasan mengenainya menjadi

semakin rancak.

Semua agama tak sama. Dengan kata lain, agama tak ada yang sama. Ditinjau dari tiga

aspek agama itu dibangun. Ada tiga aspek yang harus kita tinjau iaitu, Aspek Ketuhanan, Aspek

Ibadah, dan Aspek Sosial. Konsep ketuhanan yang diterangkan oleh Ustaz Adi Hidayat ialah

12
ketaatan kita pada agama yang dianuti. Hal ini jelas dengan dari konsep makrifat iaitu cara

mengenal Allah. Tuhannya tidak boleh ada yang menyerupai dengan sesuatu pun yang ada

(Laisa kamitslihi syai'un). Ini adalah ayat yang perlu difahami dengan jelas dan teliti bagi

seseorang umat Islam itu sendiri. Apa yang difahami dengan ‘Ahad’? ertinya itu Dialah yang

satu dan tidak akan pernah ada dua. Kurang tidak, lebih mustahil. Satu tidak ada akan pernah

ada duanya tidak akan kurang dari itu. Itu adalah apa yang ditekankan oleh penyampai di dalam

video ini. Sifat nama Allah yang disebutkan telah menunjuk pada zat yang satu dan jika

dihilangkan setiap hurufnya ia akan tetap menunjuk zat yang satu dan serupa. Maka kita

sebagai umat Islam wajib mempelajari konsep ketuhanan supaya kita tidak terpesong atau

terpedaya dengan anasir -anasir luar.

13
7.0 RUJUKAN

Al-Quran..

Al-Sunnah.

Abdul Majid Aziz Az-Zindani. (t.t). Kitab Tauhid. Pustaka Salam.

Amirul Amin. (2011). matlamat dan tujuan ibadah. Didapatkan Januari 15, 2023, daripada
http://amirul-amin.blogspot.com/2011/03/matlamat-dan-tujuan-ibadah.html

Syaikh al-Sayyid al-Marzuqiy. (1425). Aqidatul Awam. Jeddah: Maktabah al-Malik Fahad.

14

You might also like