Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Dengan izin Puan Majistret,

Tuduhan terhadap OKT adalah sabitan sek. 6(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002
dan dihukum dibawah sek. 6 (2) Penapisan Filem 2002.

A- Elemen Pertuduhan
1. Tiada seorang pun boleh menyebarkan, menayangkan, mengedar,
mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau
menyewakan,

2. Apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang belum diluluskan


oleh Lembaga (Lembaga Penapisan Filem)

B- Kes Pendakwaan

1. Tertuduh pada 26-2-05 pada jam 5.44 petang di Giant Music Station,
01-25 Skudai Parade, Johor.

2. OKT didapati mempamerkan sebanyak 78 filem VCD pelbagai


tajuk.

3. 78 VCD pelbagai tajuk tidak ada kelulusan Lembaga Penapisan


Filem.

1
C- Kelompangan (Lacuna) Pertuduhan

Pembelaan menghujahkan bahawa pendakwaan gagal membuktikan fakta


kes berikut:-

1. 78 VCD tiada kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

Pendakwaan mengatakan VCD tersebut tidak ada ‘Perakuan B’.


Pendakwaan gagal mengemukakan sebarang bukti bahawa VCD
tersebut tiada kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem
kerana:-

i- surat pengesahan daripada Lembaga Penapisan Filem tiada


kelulusan tidak dikemukakan;

ii- Wakil / saksi daripada Lembaga Penapisan Filem tidak


dikemukakan.

2. Kegagalan membuktikan maksud kesalahan ‘Tanpa Lesen B’.


Tiada dalam mana-mana keterangan saksi menerangkan apa yang
dimaksudkan ‘tanpa lesen B’.

Mahkamah tidak dimaklumkan siapa yang mengeluarkan lesen B,


bagaimana untuk mengklasifikasikan sesebuah VCD tiada lesen B,
ada berapa kategori lesen dibawah Akta Penapisan Filem dan
sebagainya. OKT tidak boleh didapati bersalah terhadap kesalahan
yang tidak diterangkan.

2
Kes disini berlainan dengan pertuduhan mengedarkan VCD cetak
rompak atau lucah. OKT hanya dituduh mempamerkan VCD tanpa
kelulusan tetapi apa yang dimaksudkan “tiada kelulusan” tidak
dibuktikan.

3. Barang kes tidak dieksibit.

78 VCD yang didakwa iaitu bahan bukti kes tersebut tidak


dikemukakan langsung di Mahkamah.

Pendakwaan gagal membuktikan barang kes yang menjadi intipati


pertuduhan.

4. Identiti 78 VCD dipertikaikan.

Pendakwaan hanya mengemukakan Perakuan Rampasan (Eksibit


P2) yang menyatakan barang rampasan sebagai ‘78 keping Filem
VCD pelbagai tajuk’.

Tidak ada sebarang senarai terperinci tajuk 78 VCD yang dirampas


tersebut dieksibitkan. Ini bercanggah dengan kehendak seksyen 36
Akta Penapisan Filem 2002, iaitu:-

“where any seizure is made under this Part, the


Enforcement Officer or police officer making the seizure
shall prepare a list of every film, film-publicity material,
book, document or other thing seized and of the place in
which it is found and shall sign the list.

3
Pembelaan menghujahkan bahawa Tajuk Bahan Rampasan tidak
dieksibitkan (Eksibit ID5) dan pembuat ID5 tidak dipanggil.
Disamping itu ID5 terdapat percanggahan tentang siapa pembuat
1D5 kerana:-
i. SP1 mengatakan bahawa En. Lazim yang membuat 1D5.
ii. SP2 pula mengatakan bahawa Hortona Timothy yang
membuat 1D5.

Izin rujuk kes Public Prosecutor v Chung Wan Li [2006] 2 MLJ 170,
Mahkamah memutuskan:-
“ ketidakpatuhan peruntukan yang mengawal senarai
carian hanya membentuk keraguan ke atas kejujuran
pihak-pihak yang mengendalikan carian tersebut. Ia
menjadi kewajipan hakim perbicaraan untuk meneliti
keterangan selanjutnya sama ada satu kes prima facie
terbentuk. Dalam kes semasa, identity 18 VCD itu
adalah penting dalam membuktikan bahawa tertuduh
memilikinya. Tajuk-tajuk 18 VCD yang tidak
tersenarai akan melemahkan kes pihak pendakwa ”

5. Tiada kaitan, kuasa (control) antara OKT dengan Giant Music Station.

SP2 mengesahkan bahawa beliau tiada pengetahuan tentang pemilik


Giant Music Station (premis tersebut).

Seseorang yang tidak ada kaitan dengan premis tersebut adalah


mustahil mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dengan sebarang
aktiviti pendedahan VCD di premis tersebut. Adalah tidak selamat

4
untuk mengaitkan OKT dengan Giant Music Station tanpa sebarang
dokumen sokongan.

Izin rujuk Aw Kew Lim v PP [1987] 2 MLJ 601, Mahkamah


memutuskan:-
“There was no admissible evidence which proved that
the appellants were at the material time the partners of
the firm in whose premises the pirated tapes were
seized and thus no link was established between the
tapes and the appellants ”

Pembelaan menghujahkan bahawa pendakwaan gagal membuktikan


bahawa tertuduh mempunyai kuasa (control) terhadap premis
tersebut.

Akhir sekali, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa pendakwaan


gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Kesimpulannya
tertuduh perlu dilepaskan tanpa dipanggil untuk pembelaan.

Bertarikh 2hb Januari 2008

………………………….
Peguambela Tertuduh

You might also like