Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Bagaimana mencari koordinat lokasi tanah berdasarkan geran tanah.

Selaku ejen hartanah yang banyak menguruskan jualan hartanah, adalah sangat penting untuk
saya memastikan tanah yang dijual adalah tepat dari segi lokasinya.
Ada beberapa cara untuk menentukan lokasi tanah berdasarkan geran tanah yang diberi.
Cara yang paling tepat adalah dengan mengupah jurukur untuk menanda sempadan tanah
tersebut.
“Tapi tanah belum dijual, dah kena keluarkan kos?”
Kos jurukur pula mungkin mencecah rm 300 untuk satu lot.
Jangan bimbang.
Ada teknik mudah dan percuma yang boleh digunakan. Teknik ini boleh digunakan oleh sesiapa
sahaja, asalkan mempunyai 2 benda ini:

1. Gambar plan tanah daripada geran, biasanya di muka surat 3.


2. Akses internet.
Saya akan terangkan bagaimana langkah-langkahnya. (Pastikan anda baca nota penting di
bawah sekali)
1. Buka website iplan.townplan.gov.my. Pilih ‘semasa’.

Paparan sebegini akan keluar. Tutup ‘dialog box’ lapisan guna tanah semasa dengan menekan
pangkah. Klik pada simbol kanta untuk membuat carian. Pilih ‘Lot’.
Masukkan maklumat no lot, mukim, daerah (jajahan) dan negeri. Lihat gambar rajah di bawah
sebagai contoh. Saya masukkan maklumat lot tanah saya di Mukim Selising, Pasir Puteh,
Kelantan. Klik ‘search’.

1
Paparan seterusnya yang keluar merupakan tanah lot yang dicari. Yang berwarna oren adalah lot
tanah tersebut. Untuk memaparkan gambar dari satelit, anda boleh memilih ‘Google Satellite’ di
bahagian kiri.

Baiklah, seterusnya tiba masa yang dinanti-nantikan.

2
Bagaimana cara untuk menentukan lokasi tanah tersebut?

Gerakkan tetikus ke arah petak oren. Perhatikan bahawa ada nombor koordinat di bahagian
bawah. Diberi dalam bentuk X & Y.

X adalah longitud.
Y adalah latitud.

Salin nombor latitud dan longitud yang diberikan.


Buka https://www.google.com/maps. Masukkan koordinat bermula dengan Y dahulu, kemudian
‘koma’, kemudian koordinat X. Contohnya 5.88133,102.34407
Alhamdulillah…usaha berhasil!

REPORT THIS AD
REPORT THIS AD
Tekan peta yang diberikan, dan minta ‘direction’.

Gunakan apps google maps atau waze untuk membawa akan ke lokasi tanah tersebut.

Carian sebegini juga boleh dibuat untuk bangunan seperti rumah, kedai ataupun kilang. Asalkan
anda mempunyai maklumat daripada geran tanah.

**Nota penting: Kaedah ini hanya terpakai untuk tanah yang sudah mempunyai nombor
LOT.

3
4
Sekiranya tanah tersebut masih lagi Hakmilik Sementara dan hanya mempunyai no PT, anda
tidak boleh menggunakan kaedah ini. Kerana no PT tidak didaftarkan dalam pengkalan data
iplan.townplan.

Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan melihat plan tanah pada muka surat 3 geran, cari no
LOT tanah yang berdekatan. Kemudian buat langkah-langkah di atas, dan anggarkan sendiri di
mana lokasi tanah anda.

Saya harap post kali ini memberi manfaat yang besar kepada pembaca. Kalau anda rasa belajar
sesuatu daripada post ini, silakan komen di ruangan bawah.

Dibenarkan share dengan menyertakan sekali link artikel post ini. Terima kasih.

Advertisements
REPORT THIS AD

REPORT THIS AD
Cara-cara Membaca Geran Tanah (Siri 2)In "Tips Jual Beli"

Cara Membaca Geran Tanah (Siri 1)In "ejen hartanah"

Lantik Juru Ukur Sebelum Membeli TanahIn "Tips Jual Beli"

SAFWANSALLEH

June 27, 2019 at 11:24 pm

Waalaikumussalam. Ini hanya untuk anggaran sempadan sahaja. kalau nak dapat batu
sempadan secara tepat, kena minta khidmat juru ukur.

https://safwansalleh.com/2019/03/13/bagaimana-mencari-koordinat-lokasi-tanah-berdasarkan-
geran-tanah/

You might also like