Surat Rasmi Dewan Penaga

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

GOBINATH MUNIANDY

KINGS & QUEENS LEARNING CENTRE


09400 PADANG SERAI

TUAN/PUAN
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PENAGA
13100 PENAGA,PULAU PINANG 18 JUN 2023

PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN DEWAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN


PENAGA SEBAGAI BILIK KULIAH UNTUK ADAKAN PROGRAM KELAS PERTUTURAN
BAHASA INGGERIS ( KHAS UNTUK PENDUDUK TEMPATAN B40 & M40 )

Merujuk perkara di atas, saya GOBINATH. M memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk membenarkan
saya menggunakan dewan Persatuan Penduduk Taman Penaga bagi melangsungkan kelas pertuturan
bahasa Inggeris khas untuk keluarga B40 & M40 di sekitar daerah Penaga.

2. Berikut adalah butiran mengenai kelas berikut :

Hari & Masa : 8.30 Pagi – 11.45 Pagi (Setiap hari Sabtu)
Bulan : July 2023 ( 4 Sesi )
Tempat : Dewan kapasiti 40 pelajar

3. Pihak kami memerlukan keperluan asas seperti dibawah:

Kerusi untuk pelajar :50 buah ( Flip chair / Study chair / Meja & Kerusi )

4. Untuk makluman tuan/puan, program kelas tuisyen ini adalah program Khas untuk keluarga B40
yang mempunyai kekangan kewangan untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan. Saya dan
pasukan yang terdiri daripada 3 tutor yang berpengalaman sedia menghulurkan bantuan kepada mereka
yang memerlukan sokongan akademik dari aspek perkhidmatan social untuk pelajar-pelajar generasi
muda.

5. Kami juga tengah menjalankan program seperti ini di pekan Padang Serai,Bertam dan kami terima
sokongan yang sangat positif daripada penduduk tempatan. Pelbagai program tambahan ( Akademik &
Pembentukan Sahsiah) juga telah dijalankan secara percuma untuk membentuk karakter pelajar-pelajar
yang bersifat patriotik dan mulia.

6. Untuk maklumat tuan/puan , ibubapa /waris di sekitar kawasan tersebut agak positif dan mengalu-
alukan kelas pertuturan bahasa Inggeris ini , sebab yuran yang kami tetapkan adalah sebanyak RM20.00 /
seorang pelajar untuk sebulan ( 4 sesi ). Saya juga telah sertakan bukti surat/tinjauan tunjuk sokongan
daripada waris-waris yang berhasrat untuk adakan program ini untuk anak-anak mereka.
4. Saya amat berharap pihak puan dapat mengambil kira permohonan saya ini dan mendapat
maklumbalas segera.Segala kerjasama dan keprihatinan dari tuan/puan saya dahului dengan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

GOBINATH MUNIANDY
TUTOR BAHASA INGGERIS

You might also like