Minit Mesyuarat RBT Bil.3 2022 - 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI BIL.

3 TAHUN
2022/2023
SJK(C) YUK KUNG, JULAU

Tarikh : 22.09.2022
Masa : Jam 1340 – Jam 1440
Tempat : Bilik Mesyuarat, SJKC Yuk Kung

Kehadiran :
1. Wong Tiong Lee Guru Besar
2. Yong Mei Ling Penolong Kanan Kurikulum
3. Kiu Chiong Onn Ketua Panitia
4. Teng Wen Fuang Setiausaha
5. Lau Kieng Tiing Guru Matapelajaran

Agenda :
1.0 Ucapan Alu – aluan Pengerusi
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.0 Perkara – perkara Berbangkit
4.0 Pelaporan dan Pembentangan
4.1 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian
4.2 Pentaksiran Sekolah
4.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran
4.4 Aktiviti Tahunan Panitia
4.5 PLC
4.6 Pengurusan Fail
4.7 Bantuan Geran Per Kapita (PCG)
4.8 Kertas Soalan Pentaksiran
5.0 Hal-hal Lain
6.0 Penutup

1.0 Ucapan Alu – aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi panitia mengalu – alukan kehadiran semua ahli ke
Mesyuarat Panitia Reka Bentuk dan Teknologi Bilangan 3 Tahun 2022.
Makluman Semua Ahli Panitia

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2/2022


Pencadang : Lau Kieng Tiing
Penyokong : Teng Wen Fuang
3.0 Perkara Berbangkit
- Tiada

4.0 Pelaporan dan Pembentangan


4.1 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian
4.1.1 Semua guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi diingatkan
bahawa semua Rancangan Pengajaran Harian dikemaskini dan
semak oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
4.1.2 Semua pengajaran seharusnya berdasarkan kriteria yang telah
ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Tahunan.
Makluman : Semua Ahli

4.2 Pentaksiran Sekolah


4.2.1 Guru Reka Bentuk dan Teknologi perlulah menjalankan
penilaian formatif dari masa ke semasa bagi tujuan
menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
penguasaan kemahiran dan seterusnya merancang
aktiviti intervensi bagi mengatasi masalah penguasaan
kemahiran.
4.2.2 Perkembangan penguasaan murid bagi mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi perlulah dicatatkan dalam
pelaporan offline PBD dari semasa ke semasa berdasarkan
pencapaian semasa.

Makluman : Semua Ahli

4.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran


4.3.1 Guru-guru dingatkan bahawa Rancangan Pengajaran
Harian perlulah disediakan setiap hari sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula.
4.3.2 Refleksi pembelajaran haruslah dan wajib ditulis bagi
mengenalpasti kelemahan dan kekuatkan murid dan
seterusnya membolehkan guru merancang aktiviti
pemulihan dan pengayaan.
4.3.3 Latihan-latihan yang telah diberikan kepada murid
perlulah disemak oleh guru.
4.3.4 Semua guru diminta dan wajib sentiasa
mengaplikasikan soalan KBAT dalam pdpc, latihan dan
pentaksiran.
Makluman : Semua Ahli
4.4 Aktiviti Tahunan Panitia
4.4.1 Pertandingan Reka Cipta akan dilaksanakan pada 17-21
Oktober
2022.
4.4.2 Persiapan bagi Pertandingan Reka Cipta ini akan dilakukan pada
Akhir bulan September nanti.
Makluman : Semua Ahli

4.5 PLC
4.5.1 PLC berbentuk teacher sharing section telah dilaksanakan
pada 14.04.2022.
4.5.2 PLC membincangkan Cara penulisan rancangan penulisan
harian
berdasarkan aras pemikiran murid.
4.5.3 PLC kali kedua berbentuk teacher sharing section bakal
dilaksanakan pada 26.10.2022.
4.5.3 Guru matapelajaran perlu memastikan Rancangan pengajaran
harian selaras dengan kandungan pengajaran yang dijalankan.
Makluman : Semua Ahli dan Ketua Panitia

4.6 Pengurusan Fail


4.6.1 Fail panitia Reka Bentuk dan Teknologi perlulah dikemaskini dari
masa ke semasa.
4.6.2 Guru Reka Bentuk dan Teknologi dingatkan supaya menghantar
surat, minit curai atau bahan berkaitan dengan kursus, bengkel
dan mesyuarat untuk tujuan pengurusan fail.
Makluman Semua Ahli Panitia

4.7 Bantuan Geran Per Kapita (PCG)


4.7.1 Peruntukan kewangan Reka Bentuk dan Teknologi
selepas penyelarasan bagi tahun 2022 adalah sebanyak
RM1170.40.
4.7.2 Perbelanjaan panitia sebanyak RM886.50 telah digunakan bagi
membeli bahan bantu belajar manakala RM283.90 telah
digunakan dalam Pertandingan Reka Cipta.
4.7.3 Ketua Panitia menyeru guru Reka Bentuk dan Teknologi supaya
menggunakan bahan bantu belajar yang dibeli dengan
sebaik-baiknya.
Makluman Semua Ahli Panitia
4.8 Kertas Soalan Pentaksiran
4.8.1 Kertas pentaksiran RBT akan dibahagikan kepada dua kategori,
teori dan amali. Teori akan merangkumi 50%, manakala amali
pula merangkumi 50%.
4.8.2 Guru RBT diminta untuk menyediakan kertas soalan Pentaksiran
awal bulan November sebelum penilaian diadakan.
Makluman Semua Ahli Panitia

5.0 Hal – hal Lain


Tiada

6.0 Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi
menghadiri mesyuarat Panitia Reka Bentuk dan Teknologi Bil.3 2022/2023.
Pengerusi juga berharap semua guru dapat terus berusaha gigih demi
meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada Jam 1440.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,


_________________ ________________ _________________
(TENG WEN FUANG) (KIU CHIONG ONN) (WONG TIONG LEE)
Setiausaha Panitia Ketua Panitia Guru Besar
Reka Bentuk & Teknologi SJK(C) Yuk Kung, Julau SJK(C) Yuk Kung, Julau
SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI BIL.3 TAHUN 2022/2023

Tarikh : 22.09.2022
Masa : Jam 1340 – Jam 1440
Tempat : Bilik Mesyuarat

NO NAMA TANDATANGAN

1 Wong Tiong Lee

2 Yong Mei Ling

3 Kiu Chiong Onn

4 Teng Wen Fuang

5 Lau Kieng Tiing

You might also like