Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 45

TRANSFORMASI DALAM PERUNDANGAN: LANGKAH-LANGKAH

YANG BOLEH DIAMBIL OLEH MAHKAMAH SYARIAH DI

MALAYSIA DALAM MENANGANI JENAYAH SIHIR.

NAJWA FARHANA BINTI WAHID @ AB WAHID

FAKULTI UNDANG-UNDANG

UNIVERSITI MALAYA

2014/2015

0
KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Abstrak

Perakuan Pelajar

Perakuan Penyelia Akademik

Penghargaan

Senarai Kes dan Statut

Bab 1: Pengenalan

1.1 Pernyataan Masalah 6-7

1.2 Objektif Kajian 8

1.3 Persoalan Kajian 9

1.4 Skop Kajian 10

1.5 Metodologi Kajian 11

1.6 Ulasan Literatur 12-13

1.7 Batasan Kajian 14

1.8 Indeks dan Sinopsis 15

Bab 2: Faktor-faktor Keperluan Mewujudkan Undang-undang Jenayah Sihir di Malaysia

2.1 Penyalahgunaan Sihir oleh Masyarakat 16

2.2 Kepakaran Teknikal 17

2.3 Wujud Kesedaran Membentuk Undang-Undang Jenayah Sihir 17

2.4 Peningkatan Kes-Kes Kritikal 17-18

1
Bab 3: Cadangan ke arah Transformasi dalam Perundangan Undang-undang 19

Jenayah Sihir menurut Pandangan Pakar

3.1 Penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir dan Struktur 20-21

Organisasinya

3.2 Menerangkan Prosedur bagi Mensabitkan Pelaku Jenayah Sihir 21-24

3.3 Deraf Undang-undang Jenayah Sihir 25

3.4 Usaha Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan 25-27

Bab 4: Cabaran dan Isu-isu dalam Pelaksanaan Undang-undang

Jenayah Sihir

4.1 Kepercayaan tentang Kewujudan Ilmu dan Amalan Sihir 28-31

4.2 Kefahaman tentang Metodologi Pelaksanaan Sihir 31-35

4.3 Kebolehgunaan ilmu sihir dalam Pelaksanaan Jenayah 35

4.4 Ilmu dan Amalan Sihir Sebagai Satu Bentuk Jenayah 35-36

Bab 5: Kesimpulan 37-38

Bibliografi 39-41

Lampiran

2
ABSTRAK

Tajuk latihan ilmiah ini adalah ‘Transformasi dalam Perundangan : Langkah-langkah yang boleh

diambil oleh mahkamah syariah dalam menangani jenayah sihir di Malaysia. Latihan ilmiah ini adalah mengenai

satu transformasi dalam merevolusikan perundangan di Malaysia khususnya dalam menangani pelbagai isu

berkaitan jenayah sihir. Isu berkaitan jenayah sihir ini bukan sahaja memberi impak yang besar dalam sistem

perundangan di Malaysia, malah sangat berkait rapat dengan prinsip keadilan yang menjadi tonggak utama

dalam perundangan.1

Latihan ilmiah ini menyatakan masalah-masalah yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat

Malaysia khususnya dan memerlukan pelaksanaan undang-undang sihir. Selain itu, langkah-langkah yang boleh

diambil oleh mahkamah dan badan perundangan yang lain dalam menangani jenayah ini turut dibincangkan

dalam latihan ilmiah ini. Tambahan pula, latihan ilmiah ini turut menyatakan cabaran-cabaran dalam

mengendalikan isu-isu jenayah sihir serta cadangan-cadangan bagi mengaplikasi undang-undang jenayah sihir di

Malaysia khususnya.

1
Bakar, Z. R. (n.d.). Akta Sihir Wajar Mencakupi Sivil dan Syariah.

3
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Memberkati Lagi Maha
Penyayang kerana telah mengizinkan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Setinggi-
tinggi penghargaan disampaikan kepada Ustaz Abdul Muhsin Bin Ahmad yang telah banyak
membimbing dan menyelia hasil keja saya daripada awal hingga tugasan ini selesai.

Sekalung penghargaan juga disampaikan kepada Dr. Mahyuddin Bin Ismail, Pensyarah
Kanan di Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti
Malaysia Pahang, Kuantan yang telah banyak membantu dalam memberikan pelbagai rujukan dan
bimbingan berkenaann undang-undang jenayah sihir serta memberikan sokongan terhadap kajian
ilmiah saya ini. Terima kasih juga buat Tuan Amidon Bin Anan, Bekas Ketua Makmal Forensik Polis
Diraja Malaysia (PDRM) atas perkongsian maklumat berunsur teknikal dan padat dengan pengajaran
di makmal. Tidak lupa juga kepada Tuan Sakaria Semela, Ketua Pendakwa Syar’ie Negeri Sabah,
Encik Ahmad Naqiuddin Bin Wahid @ Ab Wahid, perawat sambilan di Pusat Rawatan Darussyifa’,
yang telah banyak berkongsi mengenai isu dan cabaran dalam memastikan penguatkuasaan undang-
undang jenayah sihir dapat direalisasikan.

Buat ibu saya, Puan Khairiah Binti Ahamad serta keluarga, Encik Azim bin Khairiri, rakan-
rakan di Quranic Circle, terima kasih yang tidak terhingga kerana sentiasa membimbing saya serta
memberikan sokongan dorongan untuk terus memberikan hasil yang terbaik dalam menyiapkan
tugasan ini. Semoga kalian sentiasa dalam rahmatNya.

4
SENARAI KES DAN STATUT

STATUT
1. Perlembagaan Persekutuan

AKTA
1. Akta Kanun Keseksaan (Akta 574)
2. Akta Kanun Acara Jenayah 1976 (Akta 593)
3. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Akta 561)
4. Akta Keterangan 1950 (Akta 56)

KES

1. Juraimi Bin Husin v Pendakwaraya [1998] 1 MLJ 537


2. Pendakwaraya v Mat Saad bin Mat Isa & 2 Lagi [2005] 1 AMR 29
3. Francis A/L Anthonasamy
4. Thiruchelvasegaram A/L Monickavasegar
5. Tan Mui Choo

5
BAB 1: PENGENALAN

Menurut kamus dewan edisi keempat, sihir bermaksud perbuatan (atau kejadian) luar
biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk
halus; menyihir. Isu penggunaan ilmu sihir ini ternyata bukanlah suatu isu yang baharu.
Malah isu penggunaan ilmu sihir ini telah dibincangkan malah digunakan sejak berabad lama
dahulu. Tambahan pula, isu penggunaan ilmu sihir ini bukan hanya popular dalam kalangan
masyarakat Melayu khususnya, tetapi hal ini telah dipraktikkan oleh pelbagai tamadun lain di
serata dunia seperti Tamadun Mesopotamia2, tamadun Rom3, tamadun China4, tamadun
Parsi5, tamadun Islam6 dan tamadun Barat7. Hal ini telah dibuktikan oleh seorang pakar
undang-undang jenayah Barat, William Blackstone; beliau telah menyatakan bahawa:

‘’To deny the possibility, nay, actual existence, of witchcraft and sorcery is at once
flatly to contradict he revealed word of God, in various passages both of the Old and New
testament: and the thing itself is a truth to which every nation in the world has in its turn
borne testimony, either by examples seemingly well attested, or by prohibitory laws; which at
least suppose the possibility of a commerce with evil spirits’’8

Apa yang membimbangkan marcapada ini adalah apabila isu penggunaan ilmu hitam
atau dengan nama lainnya sihir, menjadi semakin meruncing dan telah digunakan untuk
tujuan yang salah dan menzalimi pihak lain. Hal yang demikian menjadi lebih teruk apabila
pelaku tersebut tidak dapat dibuktikan kesalahan seterusnya dijatuhkan hukuman kerana di
Malaysia sendiri, kita belum mempunyai satu undang-undang khas dan terperinci dalam
membasmi kesalahan undang-undang jenayah sihir ini. Hal yang demikian boleh menjejaskan
keselamatan dan keadilan yang sepatutnya dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
Sepertimana yang telah digariskan dalam Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan yang
menyentuh hak-hak asasi manusia menerusi Artikel 5 hingga Artikel 139, keadilan ini perlu
sentiasa ditegakkan.

2
Farber, W. (1898). Witchcraft, magic and divination in Ancient Mesopotamia. New York: Charles Scribner's
Son.
3
Geoffrey Scarre, 1987, Witchcraft and magic in 16th and 17th century Europe, London : MacMillan Education
Ltd, hlm. 1898.
4
J.J.M. de Groot, The Religious Systems of China, Book 2, Vol.5 (3), t.trk:t.tp., hlm.873.
5
Ahmad b. Ali Abu Bakar Al-Jassasah, Ahkam Al-Quran, jil.1, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabiyy, hlm. 33.
6
Abdul Basir Mohammed, 1999, Amalan Sihir dan Ayat-ayat Al Quran: Perbezaan Serta Kesannya Terhadap
Amalan Perubatan, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hlm. 9.
7
Richard Kieckhefer, 1990, Magic in the middle ages, Great Britain: Cambridge University Press, hlm.177-179
8
Morrison, Wayne, 2001, Blackstone’s commentaries on the laws of England, Vol IV, London: Cavendish
Publishing Ltd, hlm. 47.
9
Perlembagaan Persekutuan

6
Justeru, di sini kita dapat lihat satu keperluan yang sangat utama untuk kita
mempunyai satu transformasi dalam bidang perundangan khususnya undang-undang jenayah
sihir dalam memastikan keamanan dan keharmonian sejagat dapat dicapai. Sehubungan
dengan itu, mahkamah di Malaysia bersama dengan badan-badan perundangan, pakar-pakar
perundangan serta tenaga pengajar perlu saling membahu dalam isu menangani jenayah sihir
ini.

7
1.1 Pernyataan Masalah

Malaysia sebenarnya telah memberi perhatian yang khusus dalam isu ini. Muzakarah
Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-33 yang bersidang
pada 11 Oktober 1993 telah memutuskan bahawa ‘pihak berkaitan hendaklah menyediakan
peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal-pengamal yang yang sabit melakukan sihir’.
Hal ini membuktkan bahawa usaha membanteras dan menangani isu penggunaaan ilmu sihir adalah
perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa. Selain itu, Muzarah Pakar : Bentuk Sihir Pengasih dan
Metodologi Diagnosis yang diadakan pada 17 Disember 2009 telah meluluskan satu resolusi untuk
mendesak pihak kerajaan Malaysia untuk menggubal undang-undang bagi menghukum pengamal
sihir. Bukan itu sahaja, malah dalam Muzakarah Pakar: Cabaran Pendakwaan Ahli Sihir di Mahkamah
pada 21 Julai 2010, Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir pada 10 Oktober 2010 dan Seminar Isu-
Isu Semasa Mahkamah Syariah ke-12 (SISMA) pada 2 November 2011 dan yang terbaharu ialah
Persidangan Meja Bulat bagi mewujudkan Modul Istitabah Baitul Iman Negeri Selangor pada 17-20
Januari 2012 telah diadakan. Namun, malangnya, sehingga ke hari ini, peruntukan khas dan terperinci
mengenai isu jenayah sihir hanya lantang di kertas dan seminar sahaja tanpa sebarang tindakan
susulan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan Government Transformation Programme (GTP) yang


telah menggariskan beberapa langkah transformasi bagi memperkasakan undang-undang syariah.
Agenda Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia telah merangka Pelan
Strategik JAKIM 2009-2014 dengan mengambil kira isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
umat Islam kini. Justeru, sebenarnya, ini adalah satu peluang yang sangat baik untuk pihak berkuasa
mengambil kira isu jenayah sihir yang kian membimbangkan ini. Hal ini kerana isu ini jika dilihat
daripada catatan muzakarah dan mesyuarat serta seminar yang tidka putus-putus dilakukan, namun isu
ini ternayata sudah tertunggak sehingga ke 20 tahun lamanya.

Masalah yang timbul juga bukan hanya melibatkan keperluan undang-undang substantive
sahaja malah ia melibatkan aspek keterangan dan pembuktian dalam mahkamah. Soal bidangkuasa
mahkamah juga tidak terkecuali untuk diberi perhatian. Isu jenayah sihir ini telah banyak menjejaskan
institusi kekeluargaan. Undang-undang keluarga sivil dan syariah Islam ternyata tidak mencukupi
untuk memastikan pelaku sihir dijatuhkan hukuman. Hal yang demikian menyebabkan kes-kes
perceraian, penyeksaan rumah tangga dan akhirnya melibatkan kematian, semakin meningkat. Namun
malangnya, hakim-hakim di Malaysia rata-rata tidak begitu membincangkan dengan mendalam
menganai isu jenayah sihir ini dalam perbicaraan di mahkamah.

Undang-undang jenayah juga tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian. Akta Kanun
Keseksaan yang digunapakai di Malaysia juga tidak mencukupi dalam aspek pembuktian kesalahan s

8
pelaku sihir. Hal yang demikian menjadikan pelaku tersebut menjadi semakin berani untuk melakukan
jenayah melalui sihir atau ilmu hitam tanpa rasa bimbang akan dijatuhkan kesalahan. Mengikut
undang-undang jenayah, elemen niat (mens rea) perlu dibuktikan bagi tujuan pembuktian kesalahan.
Namun, hal yang demikian menjadi sulit bila berhadapan dengan isu jenayah sihir ini apabila elemen
niat itu tidak dapat dibuktikan kerana bukti juga kadangkala tidak dijumpai.

Kes seperti PP V Abdul Rahman Mohamad10 yang mana tertuduh telah menggunakan jampi
dan mantera bagi mengkhayalkan mangsa sebelu merogolnya. Tertuduh cuba merogol pengadu atas
helah untuk merawat pengadu dari penyakitnya melalui perubatan cara batin. Kes ini adalah contoh
pengamal sihir yang menggunakan amalan-amalan yang kononnya berunsur keagamaan untuk
mengabui mangsa dan keluarganya.

10
[2005] 1 CLJ 700

9
1.2 Objektif Kajian

1. Memahami masalah-masalah yang timbul hingga perlu diwujudkan undang-undang


jenayah sihir.
2. Untuk mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil oleh badan yang terlibat
dalam menangani jenayah sihir.
3. Untuk mengenal pasti cabaran-cabaran dalam pembuktian dalam undang-undang
jenayah sihir ini.
4. Untuk memahami peranan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan dalam membantu
mahkamah di Malaysia menangani jenayah sihir.
5. Untuk memberi cadangan dan penambahbaikan dalam menangani jenayah sihir.

10
1.3 Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan kajian bagi latihan ilmiah ini termasuklah :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang jenayah sihir dan apakah faktor-faktor
yang mendorong penguatkuasaan undang-undang ini?
2. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mahkamah dalam skop pembuktian kesalahan
undang-undang jenayah sihir ini?
3. Apakah prinsip-prinsip pembuktian yang digunakan dalam Akta Keterangan Mahkamah
Syariah dalam pendakwaan jenayah sihir relevan kepada masyarakat bukan Islam?
4. Apakah pendekatan jangka masa panjang yang boleh dilakukan oleh mahkamah syariah di
Malaysia dalam menangani isu jenayah sihir di Malaysia?
5. Adakah undang-undang jenayah sedia ada yang diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan
perlu diberi peruntukan tambahan berkaitan jenayah sihir?

11
1.4 Skop Kajian

Skop kajian ini mencakupi bidang perundangan sivil dan juga perundangan Islam. Bagi
undang-undang sivil, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) melibatkan undang-undang jenayah akan
dirujuk, begitu juga beberapa akta lain seperti Akta Keterangan Mahkamah Syariah dan Akta
Pentadbiran.

Bagi tujuan latihan ilmiah ini, kajian akan tertumpu hanya di negara Malaysia sahaja
khususnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kawasan ini dipilih atas faktor taburan masyarakat
yang berbilang bangsa dan berasal dari pelbagai negeri, serta pakar-pakar perundangan yang boleh
dirujuk juga banyak berpusat di Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, kajian ini boleh dilakukan
secara sistematik dan berkesan kerana dapatan sumber yang lebih mudah untuk diperoleh dan banyak
di Kuala Lumpur; ibu negara Malaysia.

Kajian mengenai imu sihir ini juga akan melihat kepada peruntukan undang-undang yang
sedia ada dalam perundangan sivil serta syariah. Tumpuan kepada sejauh mana keberkesanan
peruntukan-peruntukan undang-undang ini akan dibuat dengan terperinci di samping melihat kepada
kes-kes yang berkaitan dengan isu jenayah sihir yang telah diputuskan oleh mahkamah di Malaysia.

Pada akhir kajian ini, cadangan-cadangan untuk tujuan penambahbaikan dalam usaha
menangani isu jenayah sihir akan dibincangkan dengan terperinci dengan mengambil kira objektif-
objektif kajian yang perlu dicapai.

12
1.5 Metodologi Kajian

Bagi tujuan menjayakan projek ilmiah ini, terdapat beberapa metodologi yang digunakan.
Pertama, melalui penyelidikan di perpustakaan, Penyelidikan ini termasuk membuat rujukan yang
terperinci dengan merujuk pelbagai sumber yang terdapat di perpustakaan seperti buku teks, kes-kes,
akta undang-undang, artikel, kertas kerja, tesis, jurnal dan latihan ilmiah yang telah diterbitkan
sebelum ini. Methodologi ini sangat membantu dalam memastikan sumber-sumber yang diperoleh
adalah bersifat asli dan ilmiah.

Metodologi kedua yang digunakan adalah kerja lapangan atau temuduga. Beberapa responden
yang berkaitan dengan tajuk ini telah dikenal pasti dan akan ditemuduga bagi tujuan memperoleh
maklumat yang berkaitan dengan undang-undang jenayah sihir. Kerja lapangan ini juga termasuklah
pergi ke penjara dan juga pusat perubatan Islam bagi melihat sendiri pengalaman mereka yang terlibat
dengan sihir atau ilmu hitam. Responden yang ditemuduga juga adalah dari pelbagai latar belakang
seperti Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Kemanusiaan, Pusat Bahasa Moden dan Sains
Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Penolong Professor Kuliyyah Undang-Undang
Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Malaysia dan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan
Peguam Muslim Malaysia.

Selain itu, metodologi ketiga yang tidak kurang penting adalah penyelidikan secara atas talian
atau maya. Hal ini termasuklah merujuk kepada blog-blog ilmiah dan rasmi, laman web badan-badan
kerajaan yang berkaitan, laporan, statistik dan juga video-video yang terdapat di laman sesawang
mengenai jenayah sihir ini.

Metodologi pertama menyentuh penyelidikan perpustakaan. Ini termasuk rujukan mendalam


kepada sumber-sumber seperti buku, Akta Undang-Undang, Artikel, Jurnal, Tesis serta Latihan Ilmiah
yang telah diterbitkan sebelum ini. Metodologi ini sangat membantu dalam membentuk suatu rujukan
yang lebih bersifat sahih dari segi faktor sumber.

Metodologi kedua pula menyentuh bahagian temuduga atau kerja lapangan. Di sini saya akan
mengumpul maklumat atau info-info relevan berkaitan dengan kajian melalui temuduga dengan
pakar-pakar agama serta beberapa wakil NGO yang sangat aktif dalam memberi pendapat terhadap
isu rogol perkahwinan ini. Hasil dari metodologi ini sememangnya akan membantu dari segi
mewujudkan permahaman yang lebih jitu terhadap isu-isu dalam kajian latihan ilmiah ini.

Metodologi ketiga adalah berkenaan dengan penyelidikan melalui alam maya atau dalam
kata lain melalui cara online. Ini termasuk rujukan kepada bahan online seperti blog, video, laporan
mengenai statistik yang berkaitan dengan topik kajian, artikel, surat khabar dan lain-lain.

13
1.6 Ulasan Literatur

11
Menurut Tuan Amidon bin Anan dalam kertas kerjanya yang bertajuk, Perkongsian
Pengalaman PDRM dalam Pengendalian Kes-Kes Berkaitan Sihir, jenayah sihir ini semakin
membimbangkan dan kebanyakan kes yang dikendalikan tidak dapat dibuktikan kesalahannya ke atas
pelaku kerana ketidakcukupan peruntukan undang-undang spesifik yang membincangkan menganai
undang-undang jenayah sihir. Pengalaman-pengalaman pihak polis dalam mengendalikan kes seperti
Juraimi Bin Husin v Pendakwaraya12atau lebih dikenali sebagai kes Mona Fendi, lebih banyak
berkisar tentang perbuatan jenayah yang dilakukan. Unsur-unsur seperti ilmu hitam walaupun ada
dibincangkan semasa perbicaraan di mahkamah, namun hal yang demikian tidak menyeluruh dan
tidak spesifik.

Menurut Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar13 dalam kertas kerjanya yang bertajuk, Amalan Sihir
Sebagai Satu Kesalahan : Pandangan dan Pengalaman Pengamal Undang-Undang, ada menyentuh
soal amalan sihir dari aspek agama Islam. Dalam hal ini, menurutnya agama Islam sangat menentang
penggunaan ilmu sihir bagi apa-apa sahaja tujuan tidak kira sama ada bertujuan baik atau tidak baik.
Di samping itu, penulis tersebut juga mengetengahkan beberapa contoh kes perceraian suami isteri
yang mengalami masalah talaq dilafazkan dalam keadaan tidak sedar. Justeru, pelbagai masalah yang
terdapat dalam undang-undang keluarga ini menjadikan ilmu sihir ternyata satu kesalahan besar dan
wajib dihapuskan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun
2004 menunjukkan bahawa sebanyak 65% rakyat Malaysia menggunakan perubatan tradisional dan
komplementari (PTK) sebagai alternatif kepada perubatan moden dan jumlah tersebut semakin
meningkat dari tahun ke tahun. Manakala kajian yang dijalankan oleh World Helath Organisation
(WHO) pula menunjukkan bahawa 80% daripada populasi negara membangun dan 65 % populasi
negara maju bergantung kepada PTK untuk tujuan kesihatan mereka.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga Mei 2011, seramai 17, 006 pengamal perubatan
tradisional14 telah mendaftarkan diri sebagai pengamal melalui laman e-pengamal15. Namun, apa yang
terjadi pada realitinya adalah, jumlah tersebut berkemungkinan separuh sahaja daripada golongan
pengamal yang sebenar yang tidak mendaftarkan diri.

11
Mantan Ketua CSI-Makmal Forensik PDRM
12
[1998] 1 MLJ 537
13
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia
14
Data diperolehi dari Unit Pendaftaran Pengamal Tempatan, Bahagian Perubatan Tradisional dan
Komplementari (BPTK) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
15
http://tcmonline.moh.gov.my/tcmonline

14
Justeru, berdasarkan bahan-bahan rujukan dan ulasan yang telah dibuat ini, kajian yang
mendalam akan dilakukan bagi melihat apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani
isu jenayah sihir di Malaysia dengan mengambil kira objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan.

15
1.7 Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan dalam membuat kajian bagi latihan ilmiah ini. Batasan yang
pertama adalah ketiadaan statut undang-undang yang memperuntukkan mengenai undang-undang
jenayah sihir ini di Malaysia. Hal ini kerana undang-undang ini masih belum diluluskan oleh
Parlimen. Oleh yang demikian, rujukan secara terus melalui statut undang-undang ini tidak dapat
dilakukan, sebaliknya rujukan kepada Undang-Undang Jenayah melalui Kanun Keseksaan dan Kanun
Acara Jenayah serta Akta Keterangan Mahkamah Syariah telah dilakukan.

Batasan yang kedua pula melibatkan buku-buku rujukan. Hal yang demikian kerana tajuk ini
berkisar mengenai perundangan melibatkan jenayah sihir. Justeru, penulisan literature mengenai
undang-undang ini sangat sedikit dan terhad kepada perbincangan secara umum dan hanya sedikit
sahaja pandangan pakar perundangan yang menyentuh isu ini. Maka, bagi tujuan kajian ini, rujukan
secara atas talian menerusi blog, artikel ‘on-line’ dan video telah dirujuk.

Walaupun terdapat kira-kira lapan kertas kerja yang telah dibentangan mengenai undang-
undang jenayah sihir umumnya dalam Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama & Pendakwa
Syari’e Malaysia pada 20 hingga 22 September 2012 yang lalu, tetapi hamper kesemua kertas kerja
ini sukar untuk diperoleh. Hal yang demikian adalah kerana hampir kesemua kertas kerja tersebut
dimiliki oleh pihak-pihak atasan seperti Mantan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Dr.
Abdullah bin Abu Bakar dan Tuan Amidon bin Anan, Mantan Ketua CSI-Makmal Forensik PDRM.
Justeru, akses kepada pihak ini sedikit terhad dan terlalu banyak formaliti yang perlu dipatuhi bagi
tujuan temuramah dan dapatan bahan rujukan kertas kerja pembentangan tersebut.

Selain itu, memandangkan konvensyen tersebut diketuai oleh Dr. Mahyuddin bin Ismail,
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Pahang yang juga penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung,
maka, bagi tujuan temuramah dan kajian lapangan, saya terpaksa berurusan dengan beliau dengan
jarak jauh dan juga terpaksa pergi ke Kuantan, Pahang untuk bertemu sendiri dengan beliau. Justeru,
hal ini melibatkan kos perjalanan yang mahal serta memakan waktu yang agak panjang.

Rujukan kes-kes yang berkaitan juga sangat terhad dan sedikit kerana undang-undang jenayah
sihir tidak dibincangkan dalam kebanyakan kes, kerana mahkamah lebih tertumpu kepada pembuktian
kesalahan berdasarkan peruntukan dalam Undang-Undang Jenayah dan statut Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu juga, kebanyakan statistic dan laporan juga hanyalah bersifat umum.

16
1.8 Indeks dan Sinopsis

Secara ringkasnya, kertas ini mengandungi lima bab utama. Bab 1 merangkumi pengenalan
tentang topik kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, ulasan
literatur batasan, ringkasan setiap bab, jadual kerja serta metodologi yang digunakan bagi
mendapatkan maklumat bagi tujuan kajian ini.

Bab 2 akan membincangkan dengan mendalam tentang faktor-faktor yang menyebabkan


keperluan untuk penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras jenayah sihir.

Dalam Bab 3, kajian mengenai langkah-langkah transformasi dalam perundangan yang boleh
diambil oleh pihak-pihak yang berkuasa khususnya mahkamah syariah di Malaysia dalam menangani
jenayah sihir ini akan dibincangkan secara terperinci dengan menyatakan pandangan-pandangan pakar
perundangan dalam hal ini.

Seterusnya, cabaran-cabaran dan juga halangan yang wujud dalam pelaksanaan undang-
undang jenayah sihir ini akan dibincangkan dalam Bab 4 dengan mengambil kira cabaran dari segi
perundangan serta cabaran dalam mendidik dan penerimaan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum dan agama mengenai isu jenayah sihir.

Akhir sekali, dalam Bab 5, kesimpulan akan dibuat berdasarkan kepada objektif-objektif
kajian, dan cadangan penambahbaikan kepada undang-undang sedia ada serta penambahan kepada
undang-undang tersebut akan dibincangkan berdasarkan kajian secara mendalam dan terperinci yang
telah dijalankan.

17
BAB 2 : FAKTOR-FAKTOR KEPERLUAN MEWUJUDKAN UNDANG-UNDANG
JENAYAH SIHIR DI MALAYSIA

Bagi masyarakat umum, apabila cadangan untuk membentuk satu undang-undang bagi
membanteras jenayah sihir diwar-warkan, mereka mempunyai pelbagai reaksi. Terdapat sebahagian
yang setuju, segelintir yang tidak setuju dan sekolompok masyarakat lagi yang seakan-akan tidak
ambil peduli. Namun yang pasti, hal ini telah dicadangkan kerana setelah sekian lama, terdapat
beberapa faktor major yang menyebabkan undang-undang jenayah sihir di Malaysia ini perlu
diaplikasikan terutamanya di mahkamah syariah.

2.1 Penyalahgunaan Sihir oleh Masyarakat

Faktor yang pertama adalah kerana terdapat segelintir masyarakat yang menyalahgunakan
ilmu ini bagi tujuan jahat yang akhirnya membawa kepada kesalahan-kesalahan jenayah seperti
membunuh atau mencederakan pihak lain. Hal ini bukanlah hal yang baru, kerana ilmu sihir ini telah
diamalkan sejak dahulu lagi dan sihir ini juga digunakan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat
Melayu, malah meliputi hampir segenap bangsa. Apa yang mengejutkan adalah, khidmat sihir ini
bukan sahaja digunakan oleh mereka yang miskin, malah turut digunakan oleh golongan elit.16

Masyarakat yang menggunakan khidmat sihir ini sebenarnya tertarik dengan kebolehan ahli
sihir dalam memenuhi hasrat atau permintaan pelanggan tanpa menyedari bahawaperbuatan tersebut
sebenarnya salah di sisi agama serta bertentangan dengan undang-undang. Adalah menjadi kesalahan
sekiranya seseorang itu :

a. Mendakwa dirinya mempunyai satu bakat luar biasa, ilmu sihir, mantera, ilmu
pemikat, pemujaan dan bertenung nasib ataupun mendakwa dirinya mengetahui
dengan tepat kaedah untuk mencari barangana yang hilang atau dicuri.
b. Mendakwa atau menunjukkan bahawa dirinya dapat menggunakan ilmu sihirnya
bagi tujuan menyebabkan kematian seseorang, kecederaan, penyakit ataupun
kemusnahan kepada individu, masyarakat dan harta benda.
c. Sebagai seorang pengamal sihir, dia secara rela hati setuju menerima atau
memperoleh, bersetuju bagi menerima ataupun cuba memperoleh daripada mana-
mana individu, apa-apa tawaran melakukan atau tidak melakukan, telah melakukan
perbuatan berhubungan dengan amalan sihir, kepada mana-mana individu yang lain
dan telah menyebabkan pihak tersebut mengalami akibat buruk.

16
Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Abdullah Wahab, 2009, Bekas bilal Bomoh ekor, Harian Metro, 5
November: A4.

18
d. Setuju untuk menawarkan servis sihir kepada mana-mana individu sebagai dorongan
atau upah bagi dirinya.

2.2 Kepakaran Teknikal

Faktor yang kedua adalah kerana kita sebenarnya mempunyai kekuatan dari segi teknikal;
iaitu tenaga-tenaga pakar yang boleh memastikan bahawa undang-undang jenayah sihir dapat
dikuatkuasakan. Tenaga-tenaga pakar tersebut termasuklah kepakaran crime scene investigation,
forensik dan ilmu sihir. Menurut Tuan Sakaria Samela17, isu yang timbul adalah walaupun kita
mempunyai kepakaran dari sudut forensik, namun kepakaran forensik berkaitan ilmu sihir masih
belum mendapat kelulusan yang rasmi. Hal ini kerana, idea ini dianggap baru dan asing, justeru
kerajaan tidak mahu sewenang-wenangnya memberikan kelulusan sebelum kepakaran tersebut dapat
dibuktikan keberkesanannya.

2.3 Deraf Undang-Undang Jenayah Sihir

Kita juga telah mempunyai deraf undang-undang jenayah sihir di Malaysia. Deraf ini
mempunyai tujuh bahagian dan setiap bahagian akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam bab
seterusnya. Hal ini berikutan amalan sihir yang diguna pakai tidak menunjukkan jalan penyelesaian
kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Kebiasaannya, mereka yang menggunakan ilmu sihir,
menyuruh penyihir untuk ‘menghantar’ semula sihir yang dibuat kepada mangsa. Hal ini seperti
saling membalas antara mangsa dan pelaku sihir. Berikutan itu, kita sebenarnya sangat memerlukan
satu undang-undang rasmi yang membolehkan perbuatan tersebut disabitkan kesalahan setanding
dengan kesalahan yang disenaraikan dalam Kanun Keseksaan.

2.4 Peningkatan Kes-Kes Kritikal

Faktor seterusnya adalah berkesinambungan daripada faktor pertama yang telah disebutkan.
Amalan sihir ini semakin kritikal kerana berlakunya peningkatan kes-kes yang melibatkan jenayah.
Walaupun undang-undang jenayah sihir belum secara rasminya dikuatkuasakan, namun, apabila
ditelitikan satu persatu contoh kes dari segi faktanya, dapatlah disimpulkan bahawa wujudnya amalan
sihir.

Kes pertama adalah seperti kes yang melibatkan kematian. Dalam kes Tan Mui Choo, pihak
berkuasa tidak dapat mengenakan sebarang pertuduhan atas perbuatan jenayah yang dilakukan oleh
tertuduh yang mempunyai kaitan dengan sihir seperti memperkosa dan menipu mangsa dalam
keadaan mangsa dipukau. Tindakan hanya dapat diambil selepas tertuduh membunuh kanak-kanak itu
dan itu pun tidak mengaitkan langsung dengan amalan ilmu sihir oleh pelaku.

17
Ketua Pendakwa Syar’ie Negeri Sabah

19
Dalam kes Francis A/L Anthonasamy, tertuduh telah ditangkap selepas dia membunuh
mangsa dengan memenggal kepalanya dan diserahkan kepada bomoh bagi tujuan memenangi loteri.
Sekiranya pihak berkuasa mahu melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa jenayah seperti ini,
pengamal-pengamal sihir sepatutnya dihukum kerana mereka terlibat di belakang tabir sebelum
terjadinya pelakuan jenayah yang seterusnya.

Kes kedua pula melibatkan keretakan rumah tangga dalam institusi kekeluargaan di mana
dalam kes Thiruchelvasegaram A/L Manickavasegar, dakwaan oleh plaintif yang menyatakan
defendan menggunakan ilmu hitam menyebabkan mereka berpecah dan bergaduh sesame sendiri.

Apa yang jelas kita nampak daripada kedua-kedua bentuk kes ini adalah, ilmu sihir telah
menyebabkan kepincangan dalam masyarakat terhadapat pelbagai sudut kehidupan. Hal ini sangat
membimbangkan kerana semakin hari, semakin banyak kes-kes yang melibatkan ilmu sihir telah
dikenal pasti. Namun begitu, disebabkan ketiadaan peruntukan undang-undang secara rasmi, maka
jenayah tersebut dibiarkan sehingga pelakuan jenayah seperti membunuh, merogol dan sebagainya
dilakukan. Justeru, disebabkan faktor-faktor tersebut maka seharusnya cadangan ke arah pelaksanaan
undang –undang jenayah sihir perlu dilaksanakan seterusnya diaplikasikan di peringkat mahkamah
syariah di Malaysia.

20
BAB 3: CADANGAN LANGKAH-LANGKAH TRANSFORMASI DALAM PERUNDANGAN
KE ARAH PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SIHIR MENURUT
PANDANGAN PAKAR

Bab ini akan membincangkan beberapa cadangan ke arah pembentukan undang-undang


jenayah sihir, dari aspek punca kuasa yang membolehkan siasatan jenayah sihir dijalankan, jabatan-
jabatan yang terlibat dan organisasi yang layak untuk menjalankan siasatan tersebut dengan melihat
kepada pandangan-pandangan oleh pakar perundangan dan analisis akan dibuat sama ada cadangan
tersebut relevan atau tidak.

Bagi menjalankan prosiding jenayah, pihak berkuasa memerlukan kuasa yang


memberikannya kebenaran dan kuasa bagi membuat sesuatu tindakan. Punca kuasa itu tidak lain dan
tidak bukan adalah peruntukan undang-undang yang memberi ‘kuasa’ untuk bertindak. Justeru,
menurut Dr. Mahyuddin Bin Ismail dalam bukunya yang bertajuk, ‘’Ahli Sihir ke Tali gantung’’ 18
mencadangkan bahawa satu akta perlu digubal; akta tersebut dinamakan akta jenayah sihir yang
mengandungi :

a. Peruntukan bagi menubuhkan sebuah jabatan siasatan khas yang mempunyai kuasa bagi
menyiasat dan menjalankan semua prosedur berkaitan jenayah sihir;
b. Senarai kesalahan-kesalahan jenayah yang berkaitan dengan ilmu sihir serta hukumannya;
c. Tatacara dan kaedah-kaedah yang perlu difahami dan diikuti oleh seseorang pegawai dalam
menerima aduan, menjalankan siasatan, melakukan penggeledahan, membuat tangkapan,
memeriksa orang serta harta benda milik orang tersebut;
d. Jenis keterangan yang menjadi bahan bukti dan diterima pakai dalam perbicaraan dalam
mahkamah.

18
Ismail, D. M. (2011). Ahli Sihir ke Tali Gantung. Batu Caves: PTS.

21
3.1 CADANGAN 1: PENUBUHAN JABATAN SIASATAN JENAYAH SIHIR DAN
STRUKTUR ORGANISASINYA

Bagi menjamin siasatan yang telus dan bukti yang sahih dalam keterangan yang dilakukan,
terdapat cadangan supaya ditubuhkan satu Jabatan Siasatan Jenayah Sihir di bawah Polis Diraja
Malaysia (PDRM) yang mempunyai berfungsi untuk :

a. Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan berkaitan pelakuan kesalahan di bawah akta
jenayah sihir dan melakukan siasatan;
b. Mengesan dan menyiasat apa-apa pelakuan yang menimbulkan keraguan yang munasabah,
sebarang bentuk percubaan atau komplot bagi melakukan apa-apa kesalahan yang digariskan
di bawah akta jenayah sihir;
c. Meneliti dan mengkaji segala aspek amalan serta kaedah-kaedah dan bahan-bahan bukti yang
mensabitkan kepada amalan sihir yang biasa digunakan dengan tujuan bagi memudahkan
penemuan dan pembuktian kesalahan di bawah akta jenayah sihir;
d. Mempermudahkan siasatan dan menghasilkan siasatan yang berkualiti dan jelas dan konkrit
untuk mendakwa pesalah di mahkamah;
e. Menjamin ketelusan serta kredibiliti dan integriti pegawai yang menjalankan di samping
mengoptimumkan kepakaran sumber manusia dan alat moden yang terkini;
f. Memantau dan mengawal selia aktiviti yang dijalankan oleh pusat-pusat rawatan yang
dilantik sebagai panel rujukan dalam siatasan khas;
g. Memberikan kefahaman kepada masyarakat melalui seminar, latihan, bengkel, pameran,
perjumpaan, mesyuarat, hebahan media massa dan elektronik ataupun apa-apa medium bagi
menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat agar masyarakat memahami inti pati
undang-undang jenayah sihir ini.

Dari aspek organisasi pula, adalah dicadangkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Sihir ini
mempunyai struktur organisasi yang sama seperti yang terdapat sekarang oleh Jabatan Siasatan
Jenayah oleh PDRM. Namun begitu, oleh kerana Jabatan Siasatan Jenayah Sihir ini terlibat
dengan urusan yang sukar dilihat oleh mata kasar, maka ia perlu mempunyai beberapa jenis
pengkhususan. Antara yang terpenting adalah penubuhan Lembaga Penasihat Khas kepada
Jabatan Siasatan Jenayah Sihir. Lembaga ini dinamakan sebagai Lembaga Penasihat Jenayah Sihir
dan berperanan untuk:

a. Menasihati Jabatan Siasatan Jenayah Sihir tentang segala aspek dan permasalahan yang
berkaitan dengan ilmu sihir di Malaysia;
b. Menyediakan kandungan dan selok-belok latihan yang berkaitan dengan pengamalan sihir
kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir untuk mereka memahami
asas pelakuan kesalahan sihir tersebut serta bagi melancarkan tugasan mereka;

22
c. Melantik dan mengeluarkan sijil-sijil khas kepada pusat-pusat rawatan yang memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan sebagai panel rujukan bagi membantu jabatan bagi
menjalankan siasatan khas ke atas mangsa sihir; dan
d. Memberi pendapat serta kepakaran di dalam mahkamah, sekiranya diperlukan.

Ahli-ahli yang dilantik dalam jabatan penasihat ini mestilah seorang individu yang
berintegriti, kredibiliti dan reputasi yang baik, sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah dan
pengalaman yang luas dalam profesion yang berkaitan. Beliau mestilah memounyai latar belakang
yang bersih daripada terlibat dalam apa-apa bentuk penyelewengan dan pemesongan fahaman agama
dan akhlak, apa-apa perbuatan yang tidak bermoral ataupun bertentangan dengan adat.

Setelah penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir ini dapat direalisasi, maka prosedur yang
sebagaimana biasa diikuti dalam mana-mana prosiding di mahkamah, contohnya pengaduan, siasatan,
tangkapan, penggeledahan, pendakwaan dan perbicaraan akan berjalan seperti biasa. Walaupun
tatacara dan prosedur yang dijalankan adalah seakan-akan sama, terdapat juga beberapa kaedah
khusus yang mesti digunapakai dalam menjalankan siasatan ke atas kes-kes berkaitan dengan jenayah
sihir.

3.2 CADANGAN 2: MENERANGKAN PROSEDUR BAGI MENSABITKAN PELAKU


JENAYAH SIHIR

Satu perkara yang mesti difahami adalah, ilmu atau perbuatan sihir tidak dapat diperangi dengan
menggunakan ilmu sihir juga. Sama aplikasinya jika ingin membersihkan najis di lantai, tidak boleh
menggunakan air kencing untuk mencucinya. Justeru, perbuatan seperti meramal, membaca hati,
melakukan upacara menurun ataupun korban, penggunaan symbol-simbol atau bahan-bahan tertentu19
tidak boleh digunakan sama sekali dalam kaedah keterangan dan pembuktian dalam mahkamah.

Langkah Pertama: Aduan kepada Pegawai Penyiasat

Apabila seseorang mangsa mengadu, maklumat yang diberikan olehnya merupakan maklumat
pertama yang juga dikenali sebagai First Information Report (FIR). Maklumat pertama ini sangat
penting kerana apa yang diadukan adalah ‘segar’ berlaku selepas berlakunya sesuatu kejadian dan
risiko untuk maklumat itu ditokok tambah adalah minima.20 Namun begitu, tidak dapat dinafikan
bahawa kemungkinan sesuatu maklumat itu adalah palsu mungkin berlaku, justeru beberapa syarat
perlu dipatuhi untuk sesuatu aduan itu dipastikan kesahihannya. Antara syarat-syarat tersebut adalah:

19
Lihat Amran Kasimin, 2006, Sihir dan Penjelasannya, Brunei: Pusat Da’wah Islamiah, hlm. 48-55 untuk
maklumat lanjut berkaitan dengan upacara dan amalan menurun.
20
Mimi Kamariah Majid, 1999, Criminal Procedure in Malaysia, ed. 3, Kuala Lumpur: University of Malaya,
Press, hlm. 104.

23
a. Aduan yang dibuat perlu menggunakan borang yang ditetapkan iaitu Borang 1
(dilampirkan dalam Rang Undang-undang Jenayah Sihir)
b. Aduan perlu dibuat oleh mangsa atau saudara terdekat mangsa dalam keadaan
pertimbangan akal yang stabil dan normal dan atas kesedaran dan kerelaan diri sendiri.
Bukan kerana percaya cakap orang lain ataupun dakwaan mana-mana bomoh.
c. Aduan dibuat selepas pengadu atau warisnya mengalami symptom-simptom penyakit
misteri yang kebiasaannya dialami oleh mangsa sihir.
d. Sekiranya bencana yang berlaku melibatkan tubuh badan, hal ini perlulah disertakan
dengan sokongan dan pengesahan daripada pakar perubatan yang bertauliah bahawa
menurut perubatan sains, tiada sebarang penyakit ganjil ditemui.
e. Pengadu ataupun waris yang mengadu perlu menyertakan bukti-bukti yang menyokong
dakwaan bahawa mangsa telah terkena sihir.
f. Aduan yang dibuat mestilah dengan bona fide atau suci hati, tidak berniat untuk
menjatuhkan mana-mana pihak dengan tidak adil.
g. Pengadu atau waris yang mengadu mesti memberikan kerjasama sepenuhnya dalam
memberikan apa sahaja maklumat yang perlu dan tepat serta lengkap kepada pegawai
yang menerima aduan.
h. Pengadu mestilah mempercayai Jabatan Siasatan Jenayah Sihir dalam mengendalikan
permasalah dan pengaduan beliau serta menentukan kesahihan aduan tersebut untuk
memastikan mangsa betul-betul terkena sihir ataupun sebaliknya.

Langkah Kedua: Siasatan Awal (Soal Jawab) oleh Unit Siasatan

Bagi menjalankan langkah kedua ini, Borang 2 (dilampirkan dalam Rang Undang-undang
Jenayah Sihir) perlu digunapakai di mana pengadu atau waris yang mengadu perlu menjawab satu set
soalan yang telah dikemukakan dalam borang tersebut. Antara soalan yang dikemukakan dalam set
soalan Borang 2 termasuk mengandungi:

a. Latar belakang diri pengadu


b. Keadaan emosi dan perasaan pengadu
c. Keadaan sosial pengadu
d. Keadaan fizikal pengadu semasa jaga
e. Keadaan fikiran pengadu semasa jaga
f. Keadaan fizikal pengadu semasa tidur
g. Latar belakang keluarga pengadu
h. Keadaan rumah tangga pengadu sekiranya sudah berumahtangga
i. Keadaan kediaman atau premis perniagaan pengadu sekiranya bekerja
j. Soalan khusus bagi pengadu wanita

24
Langkah Ketiga: Siasatan Khas bagi Mengesan Khadam Sihir

Selepas disahkan bahawa pengadu memang terkena sihir, tindakan selanjutnya yang perlu
dilakukn adalah mengesan khadam sihir itu sendiri melalui rujukan kepada pusat-pusat rawatan yang
telah dilantik oleh lembaga penasihat sebagai panel. Siasatan khas ini dilakukan bertujuan untuk
mengetahui jenis sihir yang dilakukan, bahan ia diperbuat, di mana bahan itu diletakkan, siapa yang
melakukannya dan rawatan untuk memulihkan mangsa serta lain-lain soalan yang dapat membantu
penyiasatan.

Justeru, pemilihan pusat rawatan sebagai panel perlulah memenuhi beberapa kriteria yang penting.
Antaranya termasuklah:

a. Pusat rawatan itu diwujudkan bertujuan untuk merawat mangsa sihir bukan kerana
berkepentingan peribadi atau berniat jahat seperti menyihir semula orang lain.
b. Perawat yang menjalankan rawatan pula mestilah mereka yang berkebolehan untuk
menjelaskan apa-apa ilmu berkaitan dengan sihir dengan bahasa yang mudah difahami.
Bukan itu sahaja, metodologi yang digunakan walaupun tidak seperti ‘nyata’ namun kaedah-
kaedah persiapan bahan sebagainya dapat dilihat dan dijelaskan dengan nyata tanpa sebarang
keraguan.
c. Perawat mestilah bersih daripada sebarang bentuk penyelewengan akidah dan kepercayaan.
d. Kaedah yang diguna pakai oleh pusat rawatan terbabit mestilah munasabah dan dibuat
berdasarkan kefahaman yang jelas dan betul iktikadnya.
e. Pusat rawatan mestilah bersedia pada bila-bila masa untuuk memberikan keterangan di
mahkamah sekiranya diperlukan dengan bukti yang konkrit.

Langkah Keempat: Laporan kepada Ketua Jabatan Jenayah Sihir Negeri

Laporan kepada Ketua Jabatan Jenayah Sihir Negeri perlu dibuat setelah selesai siasatan khas
dan apabila segala maklumat sudah diperolehi dengan lengkap. Laporan tersebut perlu dibentangkan
kepada ketua jabatan jenayah sihir negeri. Ketua jabatan tersebut bertindak sebagai penyokong dan
menentukan sama ada kes tersebut boleh diteruskan di mahkamah atau sebaliknya. Sekiranya beliau
mendapati tiada kes prima facie, maka laporan tersebut akan ditolak.

Langkah Kelima: Membuat tangkapan

25
Proses menangkap ahli sihir sesekali tidak sama dengan tangkapan yang dibuat terhadap
pelaku jenayah biasa. Hal yang demikian kerana, boleh jadi pegawai21 yang mahu menangkap akan
disihir dan adakalanya ternampak binatang buas yang berada di sekeliling tukang sihir seolah-olah
menjaga beliau dan adakalanya pegawai tersebut menjadi kaku tidak bergerak.22 Oleh itu, sangat
penting untuk pegawai yang terlibat mendapatkan nasihat daripada panel penasihat dan juga pusat
rawatan panel. Cara-cara bagi melakukan tangkapan yang sah telah diterangkan dalam Seksyen 15 (1)
Kanun Prosedur Jenayah.

Langkah Keenam: Melakukan Penggeledahan

Penggeledahan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya, malah ia perlu dilakukan atas tiga sebab
utama:

a. Bagi memastikan maklumat yang diberi oleh khadam sihir itu benar.
b. Bagi mencari seberapa banyak bukti yang boleh dikaitkan dengan kesalahan yang dilakukan.
c. Bagi melepaskan mangsa daripada ikatan sihir.

Penggeledahan ini dilakukan dengan atau tanpa waran23

Langkah Ketujuh: Pertuduhan dan Pendakwaan ke atas Ahli Sihir

Pendakwaan ke atas seorang pengamal ilmu sihir sebenarnya bukanlah hal yang mudah. Hal
yang demikian kerana, ia melibatkan keselamatan dan persediaan pegawai-pegawai yang terlibat.
Malah, dikatakan dalam satu perbicaraan di mahkamah, ahli sihir ini mampu menyihir peguam
sehingga menyebabkan beliau tidak langsung dapat berkata-kata! Menurut Tuan Musa Awang, Naib
Presiden Peguam Syar’ie Malaysia, beliau pernah melihat ada seorang rakan peguamnya tidak mampu
berkata-kata apa-apa seolah-olah mulutnya terkunci. Beliau hanya terdiam kaku walaupun telah
berkali-kali ditegur dan disapa oleh hakim semasa perbicaraan.

Antara tanda seorang peguam disihir ketika dalam proses perbicaraan dalam mahkamah
adalah bila mana beliau tidak mampu bercakap dengan lacar, tubuh badannya tiba-tiba berasa lemah,
bahasa yang keluar dari mulutnya adalah bahasa yang tidak dapat difahami dan beliau juga seolah-
olah hilang fokus24. Ilmu seperti ini dinamakan ilmu pembungkam atau ilmu cuca 25

21
Mengikut Kanun Prosedur Jenayah, orang yang boleh membuat tangkapan ialah polis (sek.23), Penghulu
(sek.23), orang tertentu (sek.27) dan majistret (sek.30)
22
William Shaw (1975: 6-8) merakamkan kisah seorang penjenayah yang sangat dikehendaki, Mamat Siam
yang sering terlibat dalam rompakan bank. Beliau berani hanya disebabkan tangkal yang diperoleh daripada
seorang bomoh Siam yang menjadikannya kebal tanpa senjata. Pihak polis mengalami kesukaran untuk
menangkapnya kerana kemampuannya untuk mengelak daripada diburu pihak polis.
23
24
Nazarali Saeril, 2009, Sihir dalam Mahkamah: Peguam alami gangguan, Metro Ahad, 1 November: 10.
25
Muhd Izawan Baharin, 2009, Ilmu cuca kunci mulut, Harian Metro, 2 November: 9.

26
3.3 CADANGAN KETIGA: DERAF UNDANG –UNDANG JENAYAH SIHIR

Setelah dibincangkan dengan terperinci dalam Bab 2 tentang faktor-faktor yang menyebabkan
undang-undang jenayah sihir perlu diwujudkan, maka terdapat cadangan untuk menggubal satu akta
yang dipanggil Akta Kesalahan Jenayah Sihir. Deraf ini telah pun dibuat dan kini masih berada di
parlimen untuk dibahaskan. Deraf ini juga mempunyai jenis-jenis kesalahan yang dilakukan dengan
menggunakan ilmu sihir serta hukuman bagi setiap kesalahan tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga
mengandungi peruntukan khusus berkaitan dengan prosedur bagi menjalankan siasatan dan jenis
keterangan yang boleh diterima pakai dalam mahkamah bagi kes-kes berkaitan jenayah sihir.

Deraf Undang-undang ini mempunyai lapan bahagian dan untuk deraf yang penuh, boleh lihat di
bahagian lampiran.

3.4 CADANGAN KEEMPAT: USAHA BADAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN

Penubuhan Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari oleh Kementerian


Kesihatan Malaysia
Usaha-usaha untuk memartabatkan bidang Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K)
di Malaysia telah pun bermula sejak awal tahun 1987 dan akhirnya pada tahun 2004,
Bahagian Perubatan Tradisional & Koymplementari (BPTK) telah ditubuhkan di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia. Di bawah BPTK, PT&K diklasifikasikan kepada 6 kategori
utama iaitu:
a) Perubatan Tradisional Melayu
b) Perubatan Tradisional Cina
c) Perubatan Tradisional India
d) Pengubatan Islam
e) Perubatan Homeopati
f) Perubatan Komplementari

Sebagai salah satu langkah pemantauan, pihak BPTK telah mewujudkan sistem pendaftaran
atas talian yang dikenali sebagai e-Pengamal. Bermula November 2008 sehingga Jun 2013,
terdapat seramai 8,000 orang telah mendaftar secara sukarela dengan KKM melalui laman
tersebut. Penubuhan BPTK ini adalah salah satu usaha untuk memantau dan memartabatkan
bidang perubatan tradisional & komplementari.

27
Penggubalan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013 (Akta 756)
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil inisiatif dengan menggubal
Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari. Rang Undang-undang ini telah diwartakan
pada Februari 2013. Teras utama Akta 756 ini ialah untuk membangunkan dan meningkatkan
kredibiliti pengamal-pengamal PT&K melalui sistem pendaftaran pengamal dan sistem
latihan serta pendidikan berstruktur. Apabila dikuat kuasakan kelak, setiap pengamal wajib
berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak KKM juga bertanggungjawab
memantau aktiviti pengamal PT&K dan mengambil tindakan tegas jika terdapat salah laku
yang melanggar undang-undang.

Penawaran Kursus Perubatan Tradisional & Komplementari di IPT


Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (dahulunya Kementerian Pengajian Tinggi) melalui
Malaysian Qualification Agency (MQA) telah menyediakan panduan standard kepada mana-
mana institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk menawarkan kursus rawatan tradisional dan
komplementari (PT&K) di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Sehingga hari ini,
terdapat 10 buah IPT di Malaysia yang telah mendapat kelulusan dan akreditasi dari MQA
untuk menawarkan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan tradisional
Cina, pengubatan Islam dan homoepati. Pada masa hadapan, graduan dalam bidang ini
mempunyai peluang kerjaya di hospital-hospital kerajaan yang menyediakan Unit PT&K di
seluruh Malaysia.

Pembangunan Garis Panduan Bagi Pengamal Pengubatan Islam


Terdapat beberapa garis panduan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa untuk dijadikan
sebagai pedoman sama ada kepada pengamal mahupun pengguna PT&K. Bahagian Perubatan
Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerbitkan ‘Garis
Panduan Amalan Pengubatan Islam’ sebagai panduan bagi pengamal Pengubatan Islam di
Malaysia dalam usaha mereka untuk merawat pesakit agar amalan yang dijalankan adalah
selamat dan berkesan. Ia juga satu usaha untuk mengelakkan kekeliruan dan penyelewengan
akidah umat Islam di Malaysia. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula
menerbitkan ‘Garis Panduan Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung
dengan Unsur-unsur Yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal
Jamaah’ bagi membasmi amalan-amalan khurafat.

Penubuhan Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia


Bagi meraikan semua pengamal, pihak berkuasa telah mencadangkan penubuhan gabungan
persatuan-persatuan agar bernaung di bawah satu pertubuhan. Para pengamal pengubatan

28
Islam telah bersepakat menubuhkan satu gabungan persatuan pengamal pengubatan Islam
yang dikenali sebagai Gabungan Persatuan Perawat Islam Malaysia atau GAPPIMA pada
tahun 2012. Gabungan ini ditubuhkan dengan hasrat untuk menjadi penaung kepada
persatuan-persatuan yang mengamalkan pengubatan Islam yang diiktiraf di Malaysia.

Apa yang menarik tentang kesemua cadangan yang telah dikemukakan, kesemuanya bukanlah
dihasilkan dengan pertimbangan yang mudah. Malah, sebaliknya sebelum sesuatu cadangan
terutamanya untuk menghasilkan deraf undang-undang jenayah sihir ini, terdapat pelbagai halangan
dan cabaran, serta sangat menuntut perbincangan yang kritikal serta kerjasama dalam kalangan pakar-
pakar perundangan dan hal ehwal ilmu sihir. Hal yang demikian kerana untuk meghasilkan sesuatu
undang-undang yang dikatakan ‘mistik’, hal ini dianggap mustahil. Juteru, tidak menghairankan
apabila cadangan ke arah pembentukan undang-undang ini telah dikemukakan bertahun-tahun
lamanya namun sehingga ke saat ini, parlimen belum meluluskan.

29
BAB 4 : CABARAN DAN ISU-ISU BERKENAAN PELAKSAAAN UNDANG-UNDANG
JENAYAH SIHIR

Dalam bab-bab yang lepas, kita telah pun membincangkan skop undang-undang jenayah sihir
serta faktor-faktor yang mendorong agar undang-undang jenayah sihir perlu diwujudkan serta
langkah-langkah transformasi dalam perundangan jenayah sihir yang boleh dilakukan dengan merujuk
kepada pandangan-pandangan pakar perundangan. Justeru bab ini akan membincangkan isu-isu dan
cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mewujudkan undang-undang jenayah sihir dari pelbagai aspek.
Bab empat ini juga akan mengenalpasti dan menghurai pelbagai isu berkaitan pelaksanaan undang-
undang jenayah sihir.

4.1 ISU DAN CABARAN 1: KEPERCAYAAN TENTANG KEWUJUDAN ILMU DAN


AMALAN SIHIR

Marcapada ini, dengan segala perkembangan sains dan teknologi ‘’dunia di hujung jari’’,
terdapat segolongan masyarakat yang masih tidak percaya dan menganggap ilmu sihir ini sebagai satu
cerita karut yang dipanjang-panjangkan atau diceritakan sejak zaman berzaman. Terdapat juga
masyarakat yang menganggap amalan sihir ini banyak dilakukan oleh negara-negara yang mundur
dan kawasan yang tidak membangun. Persoalan ini telah ditimbulkan sejak dahulu lagi. Tidak
menghairankan apabila masyarakat moden kini menolak usul untuk melaksanakan undang-undang
jenayah sihir atas alasan tidak relevan dan tidak rasional.

Hakikatnya, ilmu sihir adalah bersifat global, wujud dalam pelbagai aspek kehidupan
masyarakat di seluruh dunia. Ia adalah antara ilmu tertua yang diamalkan dan diwarisi turun temurun
semenjak bermulanya sejarah manusia hinggalah ke hari ini26. Para sejarawan berpendapat bahawa
ilmu tersebut telah mula wujud sekitar 5000 tahun sebelum Masihi dan telah diamalkan secara meluas
dalam tamadun-tamadun manusia yang terdahulu.27 Apa yang lebih menarik, tamadun-tamadun
terdahulu telah membuktikan bahawa institusi amalan sihir ini telah diamalkan secara konsisten dan
tukang sihir tersebut turut mendapat perhatian dan disokong oleh pemerintah dan raja-raja yang
menanugi serta menjadikan tukang sihir ini sebagai tempat rujukan mereka.28

Sebagai contoh, pada zaman Mesopotamia, pengaruh ilmu sihir adalah sangat kuat dan
merangkumi pelbagai sudut kehidupan. Mereka yang mahir dalam bidang sihir ini digelar āšipu dan
26
Dipetik daripada kertas kerja Mahyuddin Ismail, Jenayah Sihir-Isu dan cabaran
27
Dipetik daripada kertas kerja Mahyuddin Ismail, Jenayah Sihir-Isu dan cabaran
28
Dipetik daripada kertas kerja Mahyuddin Ismail, Jenayah Sihir-Isu dan cabaran- Ibrahīm Muhammad al-
Jamal, 1403H, Al-sihr: Dirāsah fī zilāli al-qisasi Al-Qur’āni wa Al-sīrah Al-nabawiyyah, Kaherah, Maktabat
Al-Qur’ān, hlm. 35.

30
bentuk sihir yang diamalkan pada zaman itu adalah berdasarkan pergerakan bintang-bintang dan
planet-planet di langit.29 Terdapat juga satu peruntukan dalam Undang-undang Hammurabi yang
berkaitan dengan ilmu sihir yang mengatakan, sekiranya seseorang menuduh seseorang yang lain
mengamalkan ilmu sihir sedangkan orang yang menuduh tidak mempunyai sebarang bukti yang
kukuh, maka si tertuduh perlu masuk ke dalam Sungai Suci (Holy River).30 Sekiranya si tertuduh tadi
tenggelam di dalam sungai tersebut, maka sudah terbukti bahawa dia bersalah, namun, sekiranya dia
terselamat, maka pihak yang menuduh akan dikenakan hukuman mati. 31

Seterusnya, di benua Asia pula, ilmu sihir ini disebarkan melalui negara China dan India 32.
Donald Harper, seorang penulis Barat menyatakan semasa pemerintahan Dinasti Han, istana telah
dijadikan sebagai tempat perkumpulan ahli-ahli sihir.33 Mengulas kewujudan undang-undang
berkaitan amalan sihir, William Shaw pula memetik kenyataan J.J.M. de Groot dalam bukunya 'The
Religious Systems of China' sebagai berkata:

The Penal Code of the Yuan (Mongol) Dynasty laid down that: "Whosoever plucks life out of
a man or dismembers him with intent to procure a spectre to sacrifice to, shall be slowly
carved to death with knives". Similar practices were mentioned in a Imperial Edict of 1846. 34

Menurut Tamadun Islam, para ulama berpendapat bahawa ilmu sihir telah mula diamalkan
sejak dari zaman Nabi Idris a.s iaitu ketika turunnya malaikat bernama Harut dan Marut di
Babylon. 35 Sebenarnya, kisah-kisah mengenai amalan sihir ini telah banyak berlaku pada
zaman Nabi-nabi sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW dan telah diceritakan di dalam
Al-Quran dan hadis-hadis.36 Ketika zaman pemerintahan Saidina Umar r.a, beliau telah pun

29
Dipetik daripada kertas kerja Mahyuddin Ismail, Jenayah Sihir-Isu dan cabaran, Para sarjana Islam
berpendapat bahawa ilmu sihir berasaskan pergerakan bintang (yang juga dinamakan sihir Bani Kaldan) ini
sangat hebat dan antara kategori sihir yang terkuat. Lihat K.H.M. Ali Usman, 1979, Manusia jin mengganggu
ketenteraman, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang hlm. 45. Lihat juga cUmar Sulaymān Al-‘Ashqar, 2002, hlm. 18.
30
Code No 2:“If any one bring an accusation against a man, and the accused go to the river and leap into the
river, if he sink in the river his accuser shall take possession of his house. But if the river prove that the accused
is not guilty, and he escape unhurt, then he who had brought the accusation shall be put to death, while he who
leaped into the river shall take possession of the house that had belonged to his accuser.” L.W. King, 1910,
http://www.wsu.edu/~dee/MESO/CODE.HTM [9 Disember 2009].
31
Dipetik daripada Kertas Kerja Pembentangan, Mahyuddin Ismail, Jenayah Sihir-Isu dan Cabaran-Walter
Farber, 1995, hlm. 1898.
32
K.H.M. Ali Usman, 1979, hlm. 51.
33
Donald Harper, 1987, Magic in East Asia, dlm. Lawrence E. Sullivan (pnyt.), Hidden truths: magic, alchemy
and the occult, New York, MacMillan Publishing Company, hlm. 97-98.
34
J.J.M. de Groot, The Religious Systems of China, Book 2, Vol. 5 (3), t.trk, t.tp., hlm. 873.
35
Muhammad Mu ṭafā al-Hadīdī Al-Thair, 1987, Penyuluh Arwah, Jakarta: Pustaka Amani, hlm. 101.
36
Lihat ahīh al-Bukhāri, Kitāb al-Hudūd, Bab 44, Hadis no. 33, Abdul Basir Mohammed, 1999, Amalan sihir
& ayat-ayat al Qur’an: Perbezaannya serta kesannya terhadap amalan perubatan, Kuala Lumpur: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia, hlm. 25. Yūsuf al-Qarḍawiyy, 1969, al-Halāl wa al-harām fi al-Islām, Damsyiq,
Masyūrat al-Maktab al- Islāmiyy, hlm. 232, Al-Nawawiyy, hahīh Muslim, 1924, juz 14, hlm. 109

31
menetapkan bahawa hukuman bagi tukang sihir ialah mati. Ini dapat dilihat menerusi satu
athar yang diriwayatkan oleh Bujalah r.a :

‫فق وا ثا سواحر‬,‫أق وا كل ساحر وساحرة‬

Bunuhlah semua tukang sihir lelaki mahupun wanita, maka para sahabat pernah
membunuh tiga orang tukang sihir.37

Pandangan Saidina Umar r.a. ini turut disokong oleh Saidina Uthmān r.a., Ibn ᶜUmar r.a.,
Hafsah r.a., Abū Mūsā r.a., Qais Ibn ᶜAsad r.a. dan tujuh tokoh ulama tabi’in. Kebanyakkan ulama
Islam selepas itu juga menetapkan hukuman bunuh terhadap tukang sihir. Diantaranya ialah Imam
Ahmad r.a., Imam Abū Thaur r.a., Imam Ishāq r.a., Imam Shafiᶜiyy r.a. dan Imam Abū Hanīfah r.a.38

Antara negara-negara lain yang mempunyai peruntukan spesifik mengenai kesalahan


mengamalkan jenayah sihir adalah seperti Australia, India, China dan Arab Saudi.Di Australia sendiri,
Seksyen 432, Bahagian XL dari Criminal Code of Queensland. Walau bagaimanapun, peruntukan ini
telah dimansuhkan pada 10 November 2000 atas alasan diskriminasi agama.39 Begitu juga dengan The
Statutes Amendment and Repeal (Public Offences) Act 1991 (South Australia) dan seksyen 8 (1) (g)
Tasmanian Police Offences Act 1935 dan seksyen 13 Victorian Vagrancy Act 1958.

Di India, terdapat kes-kes penduduk kampung yang dituduh menjadi tukang sihir dibunuh
oleh orang ramai dengan kejam. Pada 19 Julai 2005, kerajaan negeri Chhattisgarh, iaitu sebuah negeri
di pedalaman India, telah meluluskan Witchcraft Atrocities (Prevention) Act 2005 bagi melindungi
golongan wanita yang sering dituduh mengamalkan ilmu sihir.40

Di Arab Saudi, kerajaan telah mengisytiharkan ilmu sihir sebagai satu jenayah dan
menetapkan hukuman mati bagi pengamalnya. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan undang-undang
jenayah sihir di negara itu mendapat tentangan hebat terutama dari Barat akibat ketiadaan undang-
undang jenayah secara bertulis selain sistem perundangannya yang didakwa pihak Barat terlalu
longgar dan tidak konsisten.41

37
Muhammad Mu ṭafā al-Hadīdī Al-Thair, 1987, hlm. 9. Lihat juga Abd Basir Mohammed, 1999, hlm. 9.
38
Abū cAbdullāh Muhammad b. Ahmad al-Ansāriyy al-Qurṭubiyy, 1387H/ 1967M, al-Jamīcu li ahkām al-
Qur’ān, Kaherah, Dār al-Kitāb al-cArabiyy li al-Tibācah wa al-Nashri, hlm. 437-438.
39
Anon, t.th, Paganism In Australia, http://www.janih.com/lady/laws.html [11 Jun 2009].
40
Anon, t.th, India Human Rights Reports 2006, http://www.achrweb.org/reports/india/ AR06/chhattisgarh.htm
[1 Disember 2009].
41
Dalam satu artikel yang disirkan dalam laman web msnbc bertajuk Saudi Arabia to execute woman for
'witchcraft': Human rights group appeals to Saudi king to stop execution di http://www.msnbc.msn.com/id/
23162712/ [10 Disember 2009], hakim yang membicarakan kes Fawza Salih tidak memberikannya peluang
untuk Fawza membuktikan dirinya tidak bersalah atas satu dakwaan yang tidak mempunyai asas di sisi undang-
undang. Kes ini juga mendedahkan kelemahan sistem perundangan Islam Arab Saudi dari segi undang-undang
keterangan yang longgar, ketidakhadiran peguam dan hukuman yang bergantung kepada budibicara hakim.

32
Di Negara China, terdapat beberapa peruntukan undang-undang jenayah yang mempunyai
kaitan dengan amalan sihir. Antaranya ialah Article 165, Part II: Specific Provisions, Chapter VI:
Acts against the social order, The Criminal Law of the People’s Republic of China, yang diluluskan
pada 1 Julai 1979 semasa sesi Kedua Kongres Rakyat Kebangsaan kali ke 50 yang menyatakan:

“Those who practice witchcraft for the purpose of spreading rumors or swindling people out
of money and property shall be sentenced to imprisonment for not more than two years, to
detention, or to surveillance. In a serious matter, the offender shall be sentenced to
imprisonment for not less than two and not more than seven years.”

Di Malaysia pula, penggunaan sihir ini bukanlah suatu perkara yang asing. Sudah ramai yang
telah menjadi ‘mangsa’ dan bukan sedikit yang sanggup merantau dan membelanjakan wang yang
banyak demi merawat sihir yang telah dijampikan kepada mangsa. Kesedaran tentang perlunya
diwujudkan undang-undang jenayah sihir sebagai mekanisme untuk menghalang perkara ini daripada
terus membarah dalam masyarakat, justeru satu Muzakarah Pakar telah diadakan pada 17 Disember
2009 dan 21 Julai 2010 anjuran Jabatan Mufti Selangor. Namun malangnya, tiada sebarang tindakan
susulan diambil.

4.2 ISU DAN CABARAN 2: KEFAHAMAN TENTANG METODOLOGI PELAKSANAAN


SIHIR.

Setelah seseorang itu telah percaya akan kewujudan amalan sihir, seterusnya cabaran yang
dihadapi adalah kefahaman yang sebenar mengenai cara pelaksanaan amalan sihir ini sendiri. Hal ini
sangat penting kerana kefahaman yang tepat mengenai metodologi pelaksanaan sihir ini membantu
dalam proses penguatkuasaan undang-undang jenayah sihir.

Sebelum kita membincangkan metodologi pelaksanaan sihir, wajar bagi kita memahami satu
definisi yang komprehensif yang menjelaskan metodologi pelaksaan sihir daripada Ibnu Hajar Al-
Haitami dalam Kitab As-Sihr. Beliau mendefinisikan sihir sebagai , ‛apa juga yang berlaku atau
dapat dibuat atau dicapai oleh seseorang dengan pertolongan syaitan, setelah orang itu memenuhi
kehendak syaitan tersebut dengan melaksanakan sesuatu yang dikehendaki oleh syaitan itu sebagai

Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Heba Saleh, 14 Februari 2008, Pleas for condemned Saudi 'witch',
http://news.bbc.co.uk/2/hi/ 7244579.stm [10 Disember 2009].

33
tanda atau isyarat taqarrub atau bersahabat atau tunduk dan mengikut atau menyembah syaitan
itu.’42

Daripada definisi tersebut, kita dapat lihat bahawa seorang pengamal sihir itu perlu
menagadakan satu perjanjian atau kontrak dengan syaitan atau iblis bagi memastikan ilmu dan
amalannya itu berkesan. Perjanjian ini memerlukan seseorang pengamal sihir menuruti syarat-syarat
yang dipersetujui juga ditetapkan oleh syaitan. Menurut William Shakespeare yang pernah menulis
dalam satu puisi terkenalnya bertajuk Macbeth, beliau mengatakan bahawa antara syarat yang biasa
dikenakan kepada para pengamal sihir ialah mereka mesti melakukan upacara pemujaan iblis dan
syaitan serta turut menyediakan bahan-bahan sihir.43 Adalah menjadi satu perkara yang amat perlu
bagi seorang pengamal sihir dalam menyediakan bahan-bahan sihir yang bakal digunakan untuk
pemujaan, dan apabila syarat-syarat tadi telah diikuti, maka di sini kita dapat fahami satu konsep
ketuhanan atau ’ilah’, iaitu seorang manusia yang menjadikan syaitan atau iblis sebagai tempat
sandaran dan bergantung harap atau ’tuan’ mereka.

Secara umumnya, terdapat dua kategori bahan yang digunakan dalam upacara untuk
menjalankan amalan sihir. Pertama ialah ’bahan luaran’ iaitu bahan yang bukan berasal dari diri atau
badan mangsa atau penyihir. Kedua ialah ’bahan dalaman’ iaitu bahan yang bersal dari diri mangsa
atau penyihirnya.

Cara penyediaan bagi kategori pertama dan kedua ternyata berbeza mengikut metodologi para
penyihir44. Bahan-bahan ini menggambarkan simbolik kepada bentuk kemudaratan atau kesakitan
yang akan dikenakan kepada mangsa. Antara contoh bahan yang biasa digunakan oleh para penyihir
ialah:

42
Jahid b. Hj. Sidek, 2008, Sihir: Ciri-cirinya, kaedah rawatan dan amalan pendinding, kertas kerja Seminar
Rawatan Islam Siri 1 anjuran IQ Insan Training & Consultancy, Masjid Negara, Kuala Lumpur, 5 Januari, hlm.
1. Stuart Gordon menyatakan bahawa ilmu hitam adalah ‘magic undertaken for destructive or selfish purpose;
to dominate or harm others; to gain power, wealth or knowledge by necromancy or sorcery, traditionally by
calling up demons or by blood-sacrifice.’ Lihat Stuart Gordon, 1993, The Encyclopedia of Myths & Legends,
London, Headline Book Publishing Plc., hlm. 61-62.
43
Berkenaan penyediaan bahan sihir, Shakespeare pernah menulis dalam MacBeth, act 4, scene 1:

”Fillet of a fenny snake adder’s fork and blind worm’s sting

In the cauldron boil and bake lizard’s leg and howlet’s wing

Eye of newt and toe of frog for a charm of powerful trouble

Wool of bat and tongue of dog like a hell-broth, boil and bubble”

Lihat Anon, t.th, The complete works of William Shakespeare. http://www.shakespeare-literature.com/


Macbeth/18.html [20 Januari 2010].
44
Jennifer Widner, 2001, Building the rule of law: Francis Nyalai and the road to judicial independence in
Africa, New York, W.W. Norton Company Inc., hlm. 380.

34
(a) Bahan-bahan kotor dan busuk seperti darah, najis, bangkai, tengkorak, kain kafan mayat, air
kencing, abu mayat dan yang seumpamanya. Bahan-bahan ini biasa digunakan dalam sihir
bagi menjadikan seseorang itu gila, dibenci atau gangguan perasaan.
(b) Bahan-bahan yang berbisa dan beracun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular
kapak, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu,45 katak puru bertanduk, bisa kala
jengking dan yang seumpamanya. Bahan-bahan ini biasa digunakan bagi menyakiti fizikal
mangsa, dan boleh jadi untuk membunuh mangsa.
(c) Bahan-bahan tajam dan melukakan seperti kaca, mentol lampu, kelonsong telur ayam, benang
sutera, berus besi, kawat sental periuk, tali sabut yang direndam, pisau berkarat, paku, ranting
bunga kertas kuku manusia atau binatang46 dan yang seumpamanya. Bahan-bahan ini biasa
digunakan dalam penyediaan sihir untuk mencedera.
(d) Bahan-bahan gatal dan miang seperti miang buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat
bulu mati beragan dan yang seumpamanya.47 Bahan-bahan ini biasanya disediakan dalam
sihir yang bertujuan untuk mendatangkan kemudaratan kepada tubuh mangsa terutama organ
dalaman.
(e) Bahan-bahan simpulan seperti kain, benang, rambut, tali sabut, tali yang mempunyai warna-
warna tertentu, biasanya merah, hitam, kuning dan putih dan yang seumpamanya.
(f) Bahagian tertentu dari anggota badan manusia seperti tengkorak, tulang belulang atau apa-apa
yang terhasil darinya seperti rambut, kuku, ludah, air mani, darah haid dan yang
seumpamanya.48
(g) Bahagian tertentu dari haiwan yang diambil dalam keadaan tertentu seperti taring harimau,
gading gajah, tanduk kerbau, bulu kongkang, hati mawas putih, hati kura-kura, uri kucing,
belangkas jantan betina yang melekat, telur labah-labah, tulang dagu kera duku.49 Bahan-
bahan tadi diperlukan dalam sihir yang bertujuan menjadikan mangsa itu bodoh dan malu
apabila melihat orang atau dibenci orang kerana kegarangannya.
(h) Bahan-bahan yang diambil dalam keadaan tidak stabil. Sebagai contoh, benda-benda yang
memusing ditengah-tengah air seperti daun, kayu atau haiwan mati, atau benda-benda yang
tersangkut di sarang labah-labah, atau benda-benda bergantung yang sentiasa berpusing ke
kanan dan ke kiri. Bahan-bahan ini biasanya digunakan dalam sihir yang bertujuan untuk
menjadikan mangsa bingung dan tidak keruan.50

45
Amran Kasimin, 1995, Santau sebagai satu cabang ilmu sihir, Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd,
hlm. 42.
46
Amran Kasimin, 1995, hlm. 43.
47
Amran Kasimin, 1995, hlm. 42.
48
Ibrahīm Muhammad al-Jamal, 1403H, Al-sihr: Dirāsah fī zilāli al-qisasi Al-Qur’āni wa Al-sīrah Al-
nabawiyyah, Kaherah, Maktabat Al-Qur’ān, hlm. 58. Lihat juga Dr. H.O.K. Rahmat S.H., Pencemaran akidah
di nusantara, 1983, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 28. Dipetik dari Abdul Basir Mohammed,
1999, hlm. 187.
49
Amran Kasimin, 1995, hlm. 52.
50
Amran Kasimin, 1995, hlm. 52.

35
(i) Tanah liat, lilin atau jerami yang diukir dan dibentuk menjadi patung,51 dipuja, dicucuk jarum
atau duri nibung, disalai, dibakar dan sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati
akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.52 Metod sebegini telah pun diamalkan
sejak beribu tahun dahulu dan ianya masih digunakan hingga ke hari ini dan ianya merupakan
salah satu amalan yang diajarkan oleh syaitan kepada manusia.

"To some others at these times he [the Devil] teacheth how to make pictures of wax or clay.
That by the roasting thereof, the persons that they beare the name of, may be continually
melted or die away by continually sickness."53

Bagi kategori kedua iaitu ’bahan dalaman’ pula termasuklah apa-apa bahan yang
berkaitan dengan identiti mangsa yang bakal disihir atau orang yang melakukan sihir. Contohnya,
pakaian, kuku, rambut, bulu roma, pakaian dalam, baju, seluar, kain, tisu dan tuala yang pernah
dipakai oleh mangsa. Bahan ini adalah antara bahan ’wajib’ untuk kesan yang tepat dan memperoleh
hasil yang cepat. 54 Setelah itu, barang-barang tadi akan dipuja dan setelah itu, orang yang melakukan
sihir tersebut mestilah menanam barang-barang tersebut di tempat yang biasa dilalui atau diduduki
oleh orang yang hendak disakitinya itu. Selain itu, boleh juga di selit di tempat-tempat sulit atau di
tabur dan dijirus di sekeliling tempat kediaman dan sebagainya. Apabila semua itu telah dilaksanakan,
maka tibalah giliran iblis atau syaitan sebagai khadam sihir tersebut memainkan peranan mereka
sebagai menunaikan janji kepada si penyihir.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

‫إن الشيطان يجري مجري د إبن اد‬

Sesungguhnya syaitan itu bergerak bebas di dalam tubuh anak Adam melalui
saluran-saluran darahnya.55

51
Lihat William Shaw, 1975, Aspects of Malaysian magic, Kuala Lumpur: Muzium Negara, hlm. 50.
52
Menurut K.H.M. Ali Usman, masyarakat Barat menganggap penggunaan patung atau objek yang membentuk
manusia adalah petunjuk bahawa seseorang itu adalah tukang sihir. Sekitar tahun 1856 M, sebuah buku bertajuk
Dogme & Rituel de la haute magie par tulisan Eliphas Levi diterbitkan di Perancis. Buku ini mengandungi
aturan-aturan sihir yang digunakan oleh tukang sihir untuk membunuh mangsa dengan mengunakan patung lilin
yang diukir mirip rupa mangsa. Lihat K.H.M. Ali Usman, 1979, hlm.51.
53
Clyde K. Hyder, 1963, Rossetti's "Rose Mary": A Study in the Occult, Victorian Poetry, Vol. 1, No. 3 (Aug),
West Virginia University Press, hlm. 197-207. http://www.jstor.org/stable/ 40001196 [20 Januari 2010].
54
Sekiranya diteliti dan dibandingkan dengan penemuan terbaru dalam bidang perubatan, maka boleh dikatakan
bahawa konsep untuk mengesan seseorang individu melalui sampel DNA sebenarnya sudah lama diketahui oleh
bangsa jin, syaitan dan iblis. Biasanya sampel DNA ini hanya diperolehi melalui sesuatu yang berasal dari tubuh
manusia seperti darah atau peluh. Bahan-bahan tersebut mengandungi sampel DNA mangsa dan ini
memudahkan khadam sihir untuk mengesan mangsanya dengan tepat. Ia seumpama peta bagi khadam sihir
untuk menjejaki mangsa.
55
ahīh al-Bukhāriyy jil. 4, hadis no. 2035 dan Al-Nawawiyy, ahīh Muslim, jil. 7, hlm. 18-19. Lihat juga
Khairul Ghazali, 2001, Rupa & Wajah Iblis Laknatullah, Kuala Lumpur, Darul Nu’man, hlm. 90.

36
Justeru, kepatuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh khadam sihir adalah antara faktor yang
menentukan sama ada sihir tersebut boleh berfungsi atau tidak.

4.3 ISU DAN CABARAN 3: KEBOLEHGUNAAN ILMU SIHIR DALAM PELAKUAN


JENAYAH

Masyarakat umumnya mengetahui bahawa segala peruntukan kesalahan jenayah terdapat dalam statut
dipanggil Kanun Keseksaan. Namun yang menjadi persoalan adalah apabila sesuatu perlakuan sihir
dilakukan, adakah perlakuan tersebut boleh dikaitkan dengan elemen-elemen jenayah? Sebenarnya,
terdapat beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang boleh dikaitkan dengan jenayah sihir.
Hal ini kerana, matlamat dan tujuan yang hendak dicapai adalah sama walaupun kesan zahir yang
berlaku adalah berbeza.

Dalam Kanun Keseksaan, terdapat beberapa kesalahan yang boleh dilakukan menggunakan ilmu sihir.
Pertama, kesalahan menyebabkan kematian dengan menggunakan ilmu sihir. Dalam kes Pendakwa
Raya lwn Mat Saad Bin Mat Isa & 2 Lagi56 , santau telah digunakan bagi tujuan membunuh mangsa.
Kesalahan kedua pula adalah mendatangkan kecederaan atau kecederaan parah dengan menggunakan
ilmu sihir. Merujuk kepada Seksyen 319 Kanun Keseksaan, cedera termasuklah apa-apa bentuk
kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh. Jenis kecederaan tersebut juga boleh dilakukan oleh mana-
mana penyihir yang menyimpan perasaan dendam dan dengki kepada mangsa. Sesetengah mangsa
dikenakan sihir yang menyebabkan tubuh mereka berkudis dengan bau yang busuk, 57 dan hal ini
boleh menyebabkan kecederaan parah dan kritikal kepada mangsa.

4.4 ISU 4: ILMU DAN AMALAN SIHIR SEBAGAI SATU BENTUK JENAYAH

Isu pertama telah membincangkan mengenai kesukaran dalam mengubah corak pemikiran
masyarakat yang menganggap amalan sihir ini sebagai ortodoks atau tidak relevan untuk digunapakai
pada zaman moden ini. Isu kedua pula masih berkaitan dengan masyarakat, iaitu telah timbul
persoalan demi persoalan tentang bagaimana hendak mengaitkan penggunaan sihir ini sebagai satu
bentuk jenayah? Adakah elemen-elemen wajib dalam Undang-undang jenayah sihir biasa seperti
actus reus dan mens rea boleh dikenal pasti dan dibuktikan?

Jika seorang mangsa yang ditembak menggunakan pistol hingga mengakibatkan cedera parah
atau meninggal dunia sudah tentu sangat berbeza dengan mangsa yang meninggal dunia berikutan

56
[2005] 1 AMR 29
57
Hj Jahid b Hj Sidek, 2006, Jin/ Syaitan: Hubungannya dengan pelbagai Gangguan Kesihatan manusia, kertas
kerja Seminar Perubatan Islam 1, anjuran Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia, Pusat Penyelidikan Getah
RRIM, Sungai Buloh, 16 September, hlm.8. Lihat juga Amran Kasimin, 2002, Tanda Sihir & Kekuatan Roh
Untuk mengatasinya, Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd., hlm. 104.

37
disihir. Bagi kes-kes biasa, keadaan fizikal mangsa akibat ditembak dapat dilihat dengan jelas
menerusi kecederaannya, senjata yang digunakan, pelaku jenayah dan kesan tindakannya. Namun,
bagi mangsa kes sihir, hasilnya pasti berbeza. Hal ini kerana, mangsa tersebut mungkin boleh
mengadu bahawa dia merasai seperti ditikam berkali-kali, namun, anehnya, kesan tikaman, atau
senjata yang digunakan untuk menikam tidak kelihatan. Sekiranya dijalankan bedah sisasat sekalipun,
pakar-pakar perubatan mungkin mengalami kesukaran untuk mencari punca kematian dan sukar juga
bagi membuat kesimpulan berkenaan kematian mangsa.

Namun hakikatnya, perbuatan jenayah yang dilakukan secara biasa ataupun dengan
menggunakan ilmu sihir tidak banyak bezanya. Kita pasti mendapati persamaan itu lebih banyak
daripada perbezaan, terutama dari aspek alatan yang digunakan, pelaku jenayah, perbuatan jenayah
dan niat penjenayah.

Aspek pertama adalah berkenaan alatan yang digunakan. Dalam kes biasa, selain daripada
usaha dan tenaga daripada pelaku jenayah itu sendiri, kebanyakan kes pasti membuktikan bahawa
pelaku tersebut menggunakan sesuatu alat atau senjata dalam proses menjayakan jenayah itu. Bukan
itu sahaja, alatan yang digunakan juga dijadikan bahan bukti untuk mengenalpasti punca kematian
mangsa dan untuk mencari pelaku kesalahan tersebut.

Begitu juga dalam pelaksanaan jenayah sihir, senjata atau alat yang digunakan selalunya
terdiri daripada makhluk halus seprti jin, syaitan dan iblis yang biasanya dipuja-puja terlebih dahulu.
Makhluk halus ini mempunyai kebolehan istimewa yang tak mampu dilakukan oleh manusia biasa
seperti meresap masuk ke dalam salur darah manusia dan menyerang pusat operasi dalam tubuh badan
manusia, biasanya yang paling penting iaitu otak dan organ-organ mangsa yang lain.

38
BAB 5: KESIMPULAN

Masalah jenayah berkaitan ilmu sihir bukanlah satu masalah yang ringan dan boleh dipandang
enteng. Sebagaimana isu-isu jenayah lain yang melibatkan kanak-kanak seawal usia bayi sehingga
kepada warga emas, perlu diingat, bahawa jenayah sihir juga boleh dikenakan kepada mana-mana
sahaja golongan masyarakat. Hal yang demikian sangat menuntut semua pihak untuk saling
membahu, walaupun usaha ini mungkin mengambil masa yang sangat lama untuk memberi
kefahaman yang jelas tentang keperluan mempunyai undang-undang jenayah sihir yang boleh diguna
pakai di mahkamah syariah khususnya, kita seharusnya perlu terus mencuba untuk merealisasikannya.

Oleh yang demikian, projek ilmiah ini memilih tajuk ‘’Undang-undang Jenayah
Sihir’’sebagai satu platform ke arah menyokong usaha mewujudkan undang-undang ini. Dalam Bab
2, kita telah membincangkan dengan terperinci tentang masalah-masalah yang timbul hingga perlu
diwujudkan undang-undang ini. Kita mengetahui bahawa jika masalah ini dibiarkan lebih lama lagi,
kita bukan sahaja membazir masa, wang dan tenaga untuk membanteras jenayah sedia ada, malah kita
turut menzalimi mangsa dan keluarganya. Hal yang demikian kerana, boleh jadi maruah dan harga
diri menjadi taruhan akibat daripada mangsa terkena sihir tanpa sebarang tindakan atau pembelaan.

Dalam Bab 3 pula, kita telah melihat satu persatu langkah dan cadangan yang perlu dan
relevan bagi memastikan pelaksanaan undang-undang jenayah sihir ini bertepatan dengan undang-
undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Penubuhan panel penasihat undang-undang
jenayah sihir serta Jabatan Siasatan Jenayah Sihir walaupun tampak sesuatu yang sangat berautoriti,
namun harus berhati-hati kerana pemilihan setiap satu ahli serta dalam menentukan rangka kerja bagi
setiap satu skop jawatan adalah sangat penting agar segala prosedur dan tatacara dalam
mengendalikan kes berkaitan sihir dapat dijalankan dengan efisyen.

Realitinya, di Malaysia kita juga mempunyai sangat banyak pusat rawatan yang kononnya
mengakui bahawa premis mereka boleh dipercayai untuk merawat mangsa yang telah terkena sihir.
Namun begitu, seperti yang telah dijelaskan, untuk menjadikan pusat rawatan tersebut sebagai panel,
ia mestilah memenuhi beberapa syarat yang penting agar jika terdapat sebarang bantuan yang perlu
disalurkan ketika prosedur perbicaraan di mahkamah, segala bukri atau keterangan pakar yang diberi
tidak diragui kebenaran dan kredibilitinya.

Seterusnya dalam Bab 4, walaupun terdapat pelbagai cadangan yang bernas, namun tidak
dapat dinafikan pasti ada isu-isu dan cabaran yang wujud. Bagi memastikan kefahaman yang tepat
mengenai isu ilmu sihir dan keperluan untuk membanterasnya adalah satu usaha yang sangat
mencabar. Lebih-lebih lagi untuk memberi kefahaman dan membentuk golongan yang sudah lama
bergelumang dengan hal ini. Terdapat juga golongan warga emas yang seakan-akan sudah sebati
dengan amalan sihir. Pada mereka, itu bukanlah satu bentuk jenayah, namun hanyalah diguna pakai

39
sekadar untuk menjaga harta benda. Justeru, hal ini satu cabaran yang besar, kerana untuk mengubah
corak pemikiran tidak semudah mengubah tingkah laku.

Oleh yang demikian, bagi merealisasikan pembentukan undang-undang jenayah sihir ini,
bukanlah menjadi tanggungjawab satu pihak sahaja, sebaliknya setiap satu daripada kita adalah
bernilai kepada masyarakat; bertanggungjawab untuk memberikan kefahaman tentang keperluan
undang-undang ini.

40
BIBLIOGRAFI

STATUT
1. Perlembagaan Persekutuan

AKTA
5. Akta Kanun Keseksaan (Akta 574)
6. Akta Kanun Acara Jenayah 1976 (Akta 593)
7. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Akta 561)
8. Akta Keterangan 1950 (Akta 56)

BUKU

1. Ahmad b. cAli Abū Bakar Al-Jassāsah.Ahkām Al-Qur’ān. jil. 1. Beirut: Dār al-Kitāb al-cArabiyy.

2. Ahmad b. Mahmūd Al-Dib. 1994.Al-cIlāj al-Qur’āni. Jeddah: Maktabat Al- ahābah.

3. Ahmad Tāha. 1992. Kedoktoran Islam.terj. Ismail Ibrahim. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Al-Nawawiyy. ahīh Muslim. jil. 7. 1924.juz 14.

5. Al-Qurtubi.al Jami’ li Ahkam al Qura’an. juzu’ 2.

6. Al-Rāzi. Fakhru al-dīn Muhammad b cUmar. 1938. al Tafsir al Kabir. Juzu’ 3.Kaherah: Matba’ah
al-Bahiyah al-Misryyah.

7. Al-Rāzi. Fakhru al-dīn Muhammad b cUmar. 1991. Ahkām al-sihri wa al-sahrah fi Al-Qur’ān wa
Al-Sunnah.Beirut: Dār al-Fikri al-Lubnaniyy.

8. Amran Kasimin. 1990. Fadilat ayat al-Kursi. Kuala Lumpur: Pustaka al Mizan.

9. Amran Kasimin. 1995. Santau Sebagai Satu Cabang Ilmu Sihir. Kuala Lumpur: Percetakan
Watan Sdn Bhd

41
10. Amran Kasimin. 1997. Amalan Sihir Masyarakat Melayu: Satu Analisis. Kuala Lumpur:
Percetakan Watan Sdn Bhd

11. Amran Kasimin. 2002. Tanda sihir & kekuatan roh untuk mengatasinya. Kuala Lumpur:
Percetakan Watan Sdn. Bhd.

12. Amran Kasimin. 2006. Sihir dan penjelasannya. Brunei: Pusat Dacwah Islamiah.

13. Amran Kasimin. 2009. Sihir: Suatu Amalan Kebatinan. Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia
14. Bakar, Z. R. (n.d.). Akta Sihir Wajar Mencakupi Sivil dan Syariah.

15. Ismail, D. M. (2011). Ahli Sihir ke Tali Gantung. Batu Caves: PTS.

16. Farber, W. (1898). Witchcraft, magic and divination in Ancient Mesopotamia. New York: Charles
Scribner's Sons.

17. Groot, J. d. (n.d.). The Religious System of China, Book 2, Vol 5 (3).

18. Haron Din. 2009. Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya dengan Penyakit dan
Pengubatan. Selangor: Persatuan Kabajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) &
Koperasi Darussyifa’

19. Harun Arrasyid Hj Tuskan. 2003. Mukjizat Nabi dan Rasul menurut perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd.

20. Henry Dore. 1966. Researches into Chinese Superstitions.terj. M. Kennelly.Taipeh. Taiwan:
Ch’eng-Wen Publishing Company.
21.
22. Hj. Ahmad Hj. Che Din. 1997. Perubatan tradisional Melayu. adat resam masyarakat Melayu
Islam. latihan pertahanan diri Melayu. perkara-perkara khurafat dan ajaran-ajaran sesat. Kuala
Kangsar: t.pt.

23. Hj. Jahid b Hj Sidek. 2008. Saka: Kesannya dan Cara Rawatannya.Kertas kerja Kursus Perubatan
Islam.anjuran Pusat Islam.Canselori Universiti Teknikal Malaysia Melaka.Melaka. 9 April.

24. Jassasah, A. B. (n.d.). Ahkam Al Quran. Beirut: Dar al -Kitab al 'Arabiyy.

25. Kieckhefer, R. (1990). Magic in the middle ages. Great Britain: Cambridge University Press.

42
26. Mohammed, A. B. (1999). Amalan Sihir dan ayat-ayat Al Quran: Perbezaannya Serta Kesannya
Terhadap Amalan Perubatan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

27. Morrison, W. (2001). Blackstone's commentaries on the laws of England. London: Cavendish
Publishing Ltd.

28. Scarre, G. (1987). Witchcraft and magic in 16th and 17th century . London: Macmillan Education
Ltd.

TEMUBUAL

1. Tembual bersama Dr. Mahyuddin bin Ismail, Pengarah Pusat Islam, Universiti Malaysia Pahang,
Gambang, Kuantan pada 12 Mac 2015
2. Temubual bersama Tuan Sakaria Samela, Ketua Pendakwa Syar’ie Negeri Sabah pada 12 Mac
2015
3. Temubual bersama Encik Ahmad Naqiuddin bin Wahid @ Ab Wahid, Perawat Sambilan di Pusat
Rawatan Darussyifa’, Kuala Lipis, Pahang pada 17 April 2015.

43
44

You might also like