#MINIT MESYUARAT STAFF 2 Sesi 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT STAF BIL.

1/2023
SK KELAPA SAWIT NO.1, SUBIS

Tarikh : 22 Mac 2023 (Rabu)


Masa : 1330-1530
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKKS1

Kehadiran :
1 En. Andara bin Salleh (Guru Besar)
2 Pn. Norliza Binti Alli (PK Pentadbiran)
3 En. Terang Bin Sah (PK HEM)
4 En. Gordon Malcolm Jack (PK Ko-kurikulum)
5 En. Abdul Rahim Bin Abdul Rahman
6 En. Abdullah Zaki Bin Nordin
7 Pn. Aldrin Imas Anak Sagin
8 Pn. Asphalelawati Binti Henderi
9 Cik Durie Anak Rantai
10 Pn. Fatimah Binti Dollah
11 Cik Fanny Mapan Anak Jamau
12 Pn. Nik Nabila Binti Wan Mohd. Supian
13 Pn. Nur Aisyah Bte Mohd. Yusof
14 Pn. Nur A’ain Binti Halili
15 Pn. Norema Binti Jumat
16 Pn. Wan Robiah Binti Wan Nor
17 Pn. Nur Hatika Binti Abdullah
18 Pn. Ummi Norzakiah Binti Tarmen
19 Pn. Nomiyati Bte Minggai
20 Cik Roslin Binti Gani

Agenda-agenda :

1 Kata-kata Aluan Pengerusi


2 Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
3 Perkara berbangkit
4 Pemakluman Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum
5 Hal-hal lain
6 Penutup

1.0 Kata-kata Aluan Pengerusi


1.1 Guru Besar, Encik Andara mengucapkan salam dan selamat
Kembali ke sekolah selepas bercuti selama sebulan.
1.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah membawa
kejayaan kepada seramai 7 orang murid yang berjaya masuk ke sekolah berasrama
penuh. Guru Besar juga bercadang untuk memberi insentif kepada murid-murid
yang
telah berjaya.
1.2 Semua guru diminta untuk mengisi borang perakuan untuk ditandatangani
berkaitan Akta Rahsia Rasmi.
1.3 Guru Besar menerangkan mengenai 7 perkara yang dinyatakan oleh KPM bagi
mengurangkan beban guru.
1.4 Memaklumkan semua guru kelas untuk menyimpan semua dokumen murid dalam
fail untuk dikemaskini. Perkara utama yang perlu ada seperti salinan sijil lahir untuk
memudahkan urusan pejabat sekiranya berlaku kecemasan.
1.5 Penyediaan buku rekod rancangan mengajar harian oleh guru perlu merujuk kepada
surat pekeliling ikhtisas. Fail Rekod Rancangan Mengajar Harian perlu dihantar pada
setiap hari Isnin.
1.6 Tatacara dan disiplin sebagai penjawat awam mengenai cuti. Guru-guru diminta
untuk jangan awalkan atau memanjangkan cuti kecuali atas urusan munasabah.

2.0 Membaca dah Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.


2.1 Minit Mesyuarat yang lalu disahkan oleh En. Abdullah Zaki Bin Nordin dan disokong
oleh Cik Fanny Mapan Anak Jamau.

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 Pemakluman Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum


4.1 Kurikulum
4.1.1 Puan Norliza memaklumkan tentang pencerapan kendiri yang akan
dijalankan dalam bulan April dan juga menerangkan mengenai jadual waktu
belajar dan jadual waktu persendirian untuk semua guru.
4.1.2 Puan Norliza juga meminta guru untuk melibatkan murid sekiranya
pertandingan berkaitan pusat sumber ada dianjurkan.

4.2 Hal Ehwal Murid


4.2.1 Encik Terang meminta guru kelas untuk menyenaraikan nama murid Tahun 4
sehingga Tahun 6 untuk lantikan pengawas sesi 2023/2024.
4.2.2 Encik Terang juga meminta guru kelas untuk sentiasa mengemaskini
maklumat dalam laman web APDM terutama gaji ibu bapa untuk
permohonan bantuan sekolah.
4.2.3 Buku rekod kehadiran murid perlu dihantar ke pejabat am sebelum jam 9
pagi untuk dikemaskini oleh Pembantu Tadbir.
4.2.4 Untuk guru-guru yang bertugas pada setiap minggu, diminta untuk mencatat
rekod kehadiran murid pada papan kenyataan setiap hari.

4.3 Kokurikulum
4.3.1 Encik Gordon memaklumkan perjumpaan kokurikulum melibatkan 2 orang
guru pemimpin terutama untuk aktiviti luar.
4.3.2 Latihan kawad kaki semasa perjumpaan Unit Beruniform juga perlu
diadakan.
4.3.3 Guru Penasihat diminta untuk mengisi maklumat terutama dalam bahagian
ahli jawatankuasa untuk isian data PAJSK secara online.
4.3.4 Guru Penasihat juga diminta untuk merangka rancangan aktiviti tahunan
GERKO dalam masa sebulan.
4.3.5 Murid-murid Tahun 1 dan murid baharu diminta untuk berhubung dengan
Cikgu A’ain berkaitan tempahan baju PJ sekolah.
4.3.6 Guru kelas boleh buat rekod BMI murid untuk mengenal pasti murid yang
mengalami masalah obesiti dan rancang aktiviti untuk murid-murid yang
terlibat sahaja.

5.0 Hal-hal lain


5.1 Encik Gordon memaklumkan untuk mengadakan Program Pendidikan atau aktiviti
gotong-royong bersama ahli PIBG menggunakan duit sumbangan Yayasan Sarawak.
5.2 Komisyen buku kerja murid sebanyak 20% akan dimasukkan ke dalam tabung
kebajikan guru. Murid baharu akan diberi tempahan yang baru.
5.3 Guru Besar meminta staf AKP untuk datang lebih awal (jam 7 pagi) agar dapat balik
jam 3 petang setiap hari.
5.4 Guru Besar juga memaklumkan perkerja pembersihan sekolah akan tamat
perkhidmatan pada penghujung bulan ini.

6.0 Penutup
Memandangkan tiada lagi isu yang perlu dibincangkan secara bersama, mesyuarat telah
berakhir pada jam 3.30 petang. Mesyuarat telah dicadang tangguh oleh En. Abdullah Zaki
Bin Nordin dan disokong oleh Pn. Nur Aisyah Bte Mohd. Yusof.

Dicatat oleh :

………………………………………………………
(Pn. Aldrin Imas anak Sagin)
Guru Bertugas Mingguan

Disemak oleh :

……………………………………………………..
(Pn. Norliza Binti Alli)
PK Pentadbiran,
SK Kelapa Sawit No.1, Subis

You might also like