Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,


08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN

NAMA : MOHD FAIZ BIN MOHD NOR

ANGKA GILIRAN : 2023252420005

NO. K/P : 921111-14-5277

SEMESTER / TAHUN : 1 / 2023

AMBILAN : OKTOBER 2023

KUMPULAN / UNIT : DINI

NAMA PENSYARAH : DR. MAHAYA BINTI SALLEH

TARIKH HANTAR : 5 DISEMBER 2023

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: Faiz Nor Tarikh : 5 DISEMBER 2023


1.0 Pengenalan

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pembelajaran dan pengajaran dan merangkumi
semua proses daripada pengukuran, penilaian dan ujian. Pentaksiran yang baik memerlukan
kesahan, kebolehpercayaan, objektif, kemudahtadbiran, dan kemudahtafsiran( Abu Bakar
Nordin,1986). Kesahan kandungan ialah istilah yang merujuk kepada proses mengukur apa
yang perlu diukur. Oleh itu, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah sangat penting sebelum item
dan ujian dilaksanakan untuk memastikan kandungan adalah sah semasa pembinaan ujian.
Pembangunan JSU juga bertujuan untuk memastikan peperiksaan yang dijalankan mempunyai
bilangan item yang betul dan tahap kesukaran yang sesuai dengan matlamat kurikulum.
Kemahiran guru dalam menggubal item adalah penting untuk menentukan pelajar yang
berkualiti. Selain itu, kebolehpercayaan dan kemudahtadbiran ujian akan ditentukan oleh
pembinaan item. Kebolehpercayaan ujian juga boleh dinilai apabila jawapan item tidak
mempunyai elemen tekaan. (Boon Pong Ying et. all, 2017).

2.0 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan merangkumi maklumat tentang tujuan pembelajaran,
domain pembelajaran dan jenis soalan yang akan digunakan dalam peperiksaan. JSU
membantu guru merancang peperiksaan dengan lebih teratur dan terarah. Ia juga memastikan
bahawa peperiksaan yang dibina mencapai semua matlamat pembelajaran yang telah
ditetapkan. JSU membantu dalam menentukan jenis soalan, jumlah soalan, dan tahap
kesukaran ujian (Azran Bin et al., n.d.; Membina_Item_Ujian_Membina_Item_Ujian, n.d.).
Antara Langkah-langkah pembinaan JSU adalah dengan merungkai DSKP bidang As-Syariah
tingkatan 4 tahun 2023. Untuk merungkai DSKP ini, merujuk kedua-dua buku teks sekolah dan
Rancangan Pengajaran Tahunan adalah penting. Seterusnya guru mesti mengikuti langkah
utama JSU berikut : pertama, menentukan objektif dan domain pembelajaran. Kedua,
menentukan soalan dari segi jenis dan peringkat kesulitan. Ketiga, membuat keputusan tentang
jumlah soalan yang akan ditanyakan.Keempat, menyusun data jarak pengujian. Kelima,
menyusun data mengenai teknik pengujian. Dan yang terakhir, menyusun data mengenai
piawaian pencapaian. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, guru boleh menyediakan JSU
yang lebih tepat dan mudah difahami, yang akan membantu mencapai tujuan pembelajaran
yang ditetapkan dan merancang peperiksaan yang lebih berkesan (“Jadual Spesifikasi Ujian,”
n.d.).

Rujuk Lampiran 1 bagi JSU yang telah dibina.


3.0 Pengubalan Soalan

Penggubalan satu set ujian yang mengandungi 10 soalan objektif aneka pilihan sahaja
mengikut aras Taksonomi Bloom (Anderson, 2001) berpandukan JSU yang telah dibina.
Peruntukan Soalan daripada subjek As-Syariah ( Fekah ) dalam tajuk Wudhuk dalam jangka
masa mengajar selama 10 jam seperti dalam rujukkan pembinaan JSU yang berasaskan
Dokument Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP) dan aras kesukaran adalah seperti jadual
berikut:

Aras Kesukaran Bahagian Item Soalan Item Soalan


Aras Mengingati Maksud Wudhuk Soalan 1
Aras Kefahaman Fardhu Wudhuk Soalan 2 - 3
Sunat Wudhuk Soalan 4 – 6
Perkara Yang Membatalkan Wudhuk Soalan 8 – 10
Aras Aplikasi Proses Wudhuk Soalan 7
UJIAN BULANAN
TAHUN 2023

FEKAH

TINGKATAN 4

15 minit

Nama Pelajar : _________________________________


Kelas : _________________________________
1. Apakah maksud wudhuk dari segi Bahasa ?
A mengosok dan alatnya

B bersih dan suci daripada kekotoran

C mengalirkan air pada sesuatu benda

D mengunakan air pada angota yang dikhususkan

2. Hasrat sesuatu yang disertakan dengan perbuatan, ini adalah taarif bagi ______
A niat

B tertib

C membasuh muka

D menyapu sebahagian kepala

3. Adakah sah wudhuk sekiranya tidak membasuh kaki?


A sah

B sunat

C haram

D tidak sah

4. Basmallah dan berkumur merupakan ____________


A sunat wudhuk

B rukun wudhuk

C syarat wudhuk

D perkara yang membatalkan wudhuk

Sabda Nabi SAW : Apabila salah seorang daripada kamu bangun dari tidurnya, maka
jangan menceluptangan sehingga basuh sebanyak tiga kali
5. Dalil ini merujuk kepada :
A berkumur

B basmallah

C membasuh telinga

D membasuh tanggan

Muhammad berwudhuk dengan membasuh kedua-dua tangan dalam masa yang sama.

6. Apakah hukum bagi situasi Muhammad ?


A sunat

B haram

C makruh

D tidak sunat

7. Anggota manakah yang dibasuh pada akhir proses wudhuk?


A wajah

B kaki kiri

C kaki kanan

D tangan kanan

8. Berikut adalah perkara yang tidak membatalkan wudhuk kecuali :


A menyentuh kitab suci

B memakai pakaian baru

C menyentuh kulit yang terkupas

D tidur dalam keadaan mengiring


9. Apakah yang dianggap sebagai salah satu perkara yang membatalkan wudhuk secara
mutlak mengikut mazhab syafie?
A buang angin

B menyentuh air

C menyentuh babi

D menyentuh anjing

10. Manakah antara berikut hadas kecil yang membatalkan wudhuk?


A buang air kecil

B menyentuh anjing

C menyentuh Al-Quran

D memengang wanita dengan sarung tangan.

Bagi skema jawapan atau dikenali juga Peraturan Memberi Markah (PMM) adalah secara
analitikal, bermaksud setiap satu soalan adalah satu markah.

Rujuk Lampiran 2 untuk Peraturan Memberi Markah.

4.0 Pelaksanan Ujian

Ujian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khairiah, Kupang Baling ,
Kedah. Ujian ini dilaksanakan pada Tarikh 30 November 2023 pada pukul 10.30 pagi. Tingkatan
4A menjadi pilihan saya dalam menduduki ujian bulan seramai 15 orang murid. Jadi masalah
yang dihadapi oleh saya ialah kekurangan pelajar sebanyak 15 orang murid bagi mencukupi 30
orang murid seperti mana arahan soalan meminta untuk mentadbir sekurang-kurangnya 30
orang murid. Jadinya saya meminta 15 orang murid dari tingkatan 4B untuk menduduki ujian
bulan ini.

5.0 Proses Pengumpulan Data

Rujuk Lampiran 3 bagi Data Pemarkahan Murid.


6.0 Menganalis Menggunakan Statistik Asas

6.1 Menganalisis Menggunakan Min

100 100 90 90 90 90 90 80 80 80
80 80 80 80 70 70 70 70 70 70
70 70 70 70 60 60 60 60 50 50

Pengiraan Min

= (100 + 100 + 90 + 90 + 90 + 90 + 90 + 80 + 80 + 80 + 80 + 80 + 80 + 80 + 70

+ 70 + 70 + 70 + 70 + 70 + 70 + 70 + 70 + 70 + 60 + 60 + 60 + 60 + 50 + 50)

30

= 2250

30

= 75 ialah bagi min yang tak terkumpul.

6.2 Menganalisis menggunakan Median

100 100 90 90 90 90 90 80 80 80
80 80 80 80 70 70 70 70 70 70
70 70 70 70 60 60 60 60 50 50

70 = Data ke 15

70 = Data ke 16

Pengiraan Median = ( 70 + 70 )

= 140

= 70 ialah median bagi data tak terkumpul.


6.3 Menganalisis menggunakan Mod

100 100 90 90 90 90 90 80 80 80
80 80 80 80 70 70 70 70 70 70
70 70 70 70 60 60 60 60 50 50

Markah % Gundalan Kekerapan


100 II 2
90 IIII 5
80 IIII II 7
70 IIII IIII 10
60 IIII 4
50 II 2

Kekerapan tertinggi = 10

Markah = 70

= 70 ialah Mod bagi data tak terkumpul.


6.4 Menganalisi menggunakan Sisihan Piawai

100 100 90 90 90 90 90 80 80 80
80 80 80 80 70 70 70 70 70 70
70 70 70 70 60 60 60 60 50 50

Pengiraan SIsihan Piawai =

Markah (x) Kekerapan (ƒ) ƒx x² ƒ x²


100 2 200 10000 20000
90 5 450 8100 40500
80 7 560 6400 44800
70 10 700 4900 49000
60 4 240 3600 14400
50 2 100 2500 5000
N = 30 ∑ƒ x = 2250 ∑ƒ x ² = 173700

2
𝜎 = ∑ 𝑓𝑥 2 ∑ 𝑓𝑥
√ −( )
𝑁 𝑁

= 173700 2250 2
√ −( )
30 30

= √5790 − 5625

= 12.8 adalah sisihan piawai


7.0 Interprestasi Data

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Interprestasi ialah penterjemah, tafsiran,
penjelasan tentang makna, tujuan, implikasi dan sebagai sesuatu. Malah Interprestasi bertujuan
untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran, memberi pengiktirafan, menyampaikan
pesanan, memberi pengalaman yang bermakna dan mendorong untuk menggunakan sumber
yang bermanfaat. (Qothrunnada K, 2022).

7.1 Interprestasi Dapatan menggunakan Statistik Asas

Statistik asas adalah Teknik matematik bertujuan bagi memproses, menyusun serta
menganalisis seterusnya dapat membuat kesimpulan tehadap data yang berbentuk kuantitatif.
Bagi ujian ini, data yang diperoleh telah direkodkan secara teratur dan sistematik dalam bentuk
min, median dan mod bagi mentafsir dan menganalisis data secara tepat. Tambahan lagi, satu
nilai purata bagi sesuatu set skor juga dapat dinilai daripada ukuran min, median dan mod.

7.1.1 Min

Min merupakan purata yang didapati dengan membahagikan jumlah data kepada bilangan data.
(“Mod,Median,Min Dan Julat,” n. d.). Maka hasil daripada ujian bulanan, min yang diperolehi
bagi ujian ini adalah 75 bagi data tak terkumpul setelah digabungkan semua markah pelajar dan
dibahagikan kepada bilangan pelajar seperti pengiraan min sebelum ini. Justeru, secara
puratanya, skor yang diperoleh oleh para pelajar dalam ujian ini agak tinggi dengan markah
sebanyak 75. Selain itu, pencapaian pelajar dalam ujian ini juga boleh dikatakan amat
memberangsangkan dan tahap kesukaran ujian berada pada tahap yang mudah dengan purata
markah yang diperoleh.

7.1.2 Median

Nilai tengah data yang disusun dalam trurutan menaik atau menurun dikenali sebagai median.
Untuk mengira median, data harus disusun secara berkesinambungan. (“Mod,Median,Min Dan
Julat,” n. d.). Jadi median bagi hasil ujian bulanan ialah 70 data tak terkumpul merupakan nilai
tengah data yang disusun dalam turutan menurun. Setelah digabunkan data yang ke – 15 iaitu
70 dan data ke – 16 iaitu 70, kemudian dibahagikan dengan 2, maka hasil median adalah 70.
Melalui ukuran median, ujian ini dapat membuktikan pencapaian pelajar adalah pada tahap
yang baik.
7.1.3 Mod

Nilai atau item yang paling kerap muncul pada data yang diberikan maka ia dikenali sebagi mod
(“Mod,Median,Min Dan Julat,” n. d.). Jadi hasil data yang diperolehi bagi ujian bulanan
mengikut mod adalah 70 bagi data tak terkumpul. Selepas membuat jadual yang mengandungi
markah, gundalan dan kekerapan, maka mod dipilih berdasarkan kekerapan yang tertinggi dari
yang lain. Mod juga dapat menunjukkan satu gambaran umum tentang sesuatu taburan, Melalui
ujian bulanan yang dijalankan, skor markah yang kerap didapati adalah 70 markah apabila 10
orang pelajar dapat memproleh skor yang sama. Kedua, terdapat 7 orang pelajar yang
mendapat skor sebanyak 80 markah. Seterusnya, diikuti oleh jumlah kekerapan sebanyak 5
dan 4 orang pelajar masing-masing memperoleh skor sebanyak 90 dan 60 markah. Juga,
kekerapan yang paling rendah adalah 2 orang pelajar apabila mencapai skor sebanyak 50 dan
baki 2 orang lagi pelajar mendapat 100 markah. Secara keseluruhan, pencapaian pelajar
adalah sangat baik apabila terdapat pelajar yang mendapat skor penuh iaitu sebanyak 100
markah dan tiada pelajar yang didapati gagal dengan minimum skor yang diperoleh adalah 50
markah.

7.1.4 Sisihan Piawai

Sisihan piawai ialah ukuran yang digunakan untuk menunjukkan keserakan skor-skor dalam
taburan tertentu. Nilai-nilai ini digunakan untuk skala nisbah dan skala selang. Nilai purata atau
skor individu daripada skor min taburan yang sepadan dipanggil sisihan piawai. (“Education 1
En Zol I Course hero,” 2018) Maka sisihan piawai dalam ujian bulanan adalah 12.8 iaitu lebih
daripada 10. Nilai besar menunjukkan bahawa kebanyakan skor jauh dengan min 75. Selain itu,
nilai sisihan piawai yang besar membawa maksud Sebaran skor dalam taburan juga adalah
besar. Ini memberi makna bahawa skor yang diperoleh antara pelajar adalah tersebar luas iaitu
heterogen.

8.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, analisis ini dapat mengenal pasti kebolehan murid dengan ujian yang telah
dijalankan. Ini menunjukkan bahawa murid dapat menguasai subjek pembelajaran bagi ujian
tersebut. Selain itu, analisis ini dapat mengetahui kualiti soalan yang dijalankan kepada murid
begitu baik dengan tahap kognitif pembelajaran berdasarkan JSU.
Rujukan :

Abu Bakr Nordin .1986 . Asas Penilaian pendidikan. Selangor :Malaysia Heinemann (Malaysia)
Sdn. Bhd

Asmadi Ibrahim, Amal Harun, Mohd Muazzin Mohd Yasin. (2020). Analisis Kualiti Item Soalan

Aneka Pilihan Kimia Organik Peringkat Matrikulasi Berdasarkan Indeks Diskriminasi,


Indeks Kesukaran Dan Bilangan Pengganggu Tidak Berfungsi. Jurnal Penyelidikan
Pendidikan, 21, 217-225.

Azran Bin, M., Salleh, M., Kolej, S., Masjid, K., Siti, T., Mahfuzah, N., Mohamad, B.,

Teknologi, F., & Komunikasi, M. &. (n.d.). Persepsi Pensyarah Terhadap Pembinaan Item

Soalan Di Kolej Komuniti.

Boon Pong Ying, Lee Heh Hong & Lawrence Aloysius Aeria .2017.

Pentaksiran dalam Pendidikan :Siri Pendidikan Guru. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Education1 - Latihan 4 en Zol.docx - Latihan 4 Taburan Pensampelan Soalan 1: Apakah Yang


dimaksudkan dengan: a Populasi Jawapan: Populasi ialah kumpulan Yang lebih |
Course hero. (2018, July 10). Course Hero | Own the study
hour. https://www.coursehero.com/file/31970161/Latihan-4-En-Zoldocx/?cv=1

Jadual Spesifikasi Ujian. (n.d.). WADAH PELAJAR IPG.

http:pengajian-ipg.blogspot.com/2011/10/jadual-spesifikasi-ujian.html?m=1

Kamus dewan: Edisi keempat. (2007)


Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran dan

Pentaksiran. Kurikulum Standard Sekolah Menengah Kurikulum Bersepadu Dini

Semakan 2022 Al-Syariah Tingkatan 4

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan
Tingkatan Enam Dini. Al-Mukhtar Minal Iqna Fi Lafz Abi Suja’ Fil Fiqhul Syafie Tingkatan
4. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Membina_Item_Ujian_Membina_Item_Ujian. (n.d.).

Mod, median, MIN Dan julat. (n.d.). Perkongsian nota-nota PISMP.

http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2016/10/mod-median-min-dan-julat.htnl?m=1

Qothrunnad, K. (2022, July 26). Interprestasi Adalah: Fungsi, Tujuan, Dan Contohnya. detikjabar.

https://www.detik.com/jabar/bisnis/d-6200468/interprestasi-adalah-fungsi-tujuan-dan-
contohnya#
LAMPIRAN 1

DOKUMENT STANDARD KURIKULUM PEMBELAJARAN

Standard Standard Pembelajaran Cadangan


Kandungan
1.4 Peringkaskan 1.4.1 Mengingati wudhuk dari segi • Pembelajaran
kandungan Wudhuk bahasa dan syarak koperatif
dengan betul 1.4.2 Mengingati syarat-syarat • Pembelajaran
wudhuk berasaskan projek
1.4.3 Menjelaskan kefardhuan • Pembelajaran
wudhuk berasaskan masalah
1.4.4 Memahami sunat-sunat • Pembelajaran inkuiri
wudhuk • Pembelajaran Abad
1.4.5 Mengaplikasi proses wudhuk ke -21 (PAK21)

1.6 Peringkaskan 1.6.1 Menjelaskan perkara-perkara • Pembelajaran


kandungan perkara yang membatalkan wudhuk koperatif
yang membatalkan - menentukan apa yang • Pembelajaran
wudhuk keluar dari luka. berasaskan projek
- pembatalan dengan • Pembelajaran
menyentuh dan syarat- berasaskan masalah
syaratnya • Pembelajaran inkuiri
• Pembelajaran Abad
ke -21 (PAK21)
LAMPIRAN 1

TAJUK DAN MASA MENGAJAR.

Bil Tajuk Masa Untuk Mengajar (Jam)

1 Mengingati Pengertian Wudhuk 0.5 jam

2 Mengingati syarat-syarat wudhuk 0.5 jam

3 Memahami kefardhuan wudhuk 2 jam

4 Memahami sunat wudhuk 3 jam

5 Mengaplikasi proses wudhuk 1 jam

6 Menjelaskan perkara-perkara yang membatalkan 3 jam


wudhuk

● menentukan apa yang keluar dari luka.


● pembatalan dengan menyentuh dan syarat-
syaratnya

Jumlah 10 jam
LAMPIRAN 1

PERATUSAN MARKAH MUKTAMAD

Bil Standard Pembelajaran Masa untuk Peratus Peratus Markah


Mengajar Markah Muktamad

1 Mengingati pegertian wudhuk 0.5 jam 0.5 x 100 5%

10

2 Mengingati syarat wudhuk o.5 jam 0.5 x 100 5%

10

3 Memahami fardhu wudhuk 2 jam 2 x 100 20 %

10

4 Memahami sunat wudhuk 3 jam 3 x 100 30 %

10

5 Mengaplikasi proses wudhuk 1 jam 1 x 100 10 %

10

6 Menerangkan perkara yang 3 jam 3 x 100 30 %


membatalkan wudhuk
10
● menentukan perkara yang
keluar dari luka
● pembatalan dengan menyentuh
dan syart-syaratnya.

Jumlah 100 %
LAMPIRAN 1

JUMLAH ITEM SETIAP TAJUK

Bil Standaard Pembelajaran Masa Peratus M. Peratus Jumlah


Mengajar Muktamad Markah Item

1 Mengingati pegertian wudhuk 0.5 jam 5 5 x 10 = 1


0.5

100

2 Mengingati syarat wudhuk 0.5 jam 5 5 x 10 = 0


0.5

100

3 Memahami fardhu wudhuk 2 jam 20 20 x 10 = 2


2

100

4 Memahami sunat wudhuk 3 jam 30 30 x 10 = 3


3

100

5 Mengaplikasikan proses wudhuk 1 jam 10 10 x 10 = 1


1

100

6 Menerangkan perkara yang 3 jam 30 30 x 10 = 3


membatalkan wudhuk 3

● menentukan perkara yang 100


keluar dari luka
● pembatalan dengan
menyentuh dan syarat-
syaratnya

Jumlah 100 10
LAMPIRAN 1

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Bil Standard Aras Kesukaran


Pembelajaran

Mengaplikasi

Menganalisis

Jumlah Item
Memahami
Mengingati

Mencipta

Wajaran
Menilai
Soalan
Tajuk

1 Mengingati Maksud wudhuk 1 1 1 10


Pengertian Wudhuk

2 Mengingati Syarat Syarat Wudhuk 0 0


Wudhuk

3 Memahami fardhu fardhu wudhuk 2-3 2 2 20


wudhuk

4 Memahami sunat Sunat wudhuk 4-6 3 3 30


wudhuk

5 Mengaplikasi proses Proses wudhuk 7 1 1 10


wudhuk

6 Menerangkan Perkara yang 8-10 3 3 30


perkara yang membatalkan
membatalkan wudhuk
wudhuk

Jumlah 10 100
LAMPIRAN 2
PERATURAN MEMBERI MARKAH

SOALAN JAWAPAN MARKAH

1 D 1m

2 A 1m

3 D 1m

4 A 1m

5 D 1m

6 D 1m

7 B 1m

8 D 1m

9 A 1m

10 A 1m
LAMPIRAN 3
JADUAL PEMARKAHAN UJIAN BULANAN TINGKATAN 4 FEKAH

Bil Nama Markah


1. Nurul Ain Elysya Binti Azahar 100
2. Maisarah Binti Mahyudi 100
3. Muhammad Amar Arsyad 90
4. Muhammad Nazhanuddin Bin Mohd Roslan 90
5. Suwaibatul Umairah Binti Mohd Robee 90
6. Qhamar Safiyah Binti Mohammad Farus 90
7. Puteri Nurzahiesya 90
8. Adam Faris Bin Zamzuri 80
9. Muhammad Aisar Irham 80
10. Muhammad Fathi Naufal 80
11. Nurhasya Asyiqin Binti Abdul Rashid 80
12. Nur wardina A'rifah Binti Mohd Shukor 80
13. Azlina Binti Mohd Khir 80
14. Siti Nur Nadia Binti Sharif 80
15. Muhammad Amirul Mukminin Bin Jamaludin 70
16. Shahrul Quzaime Bin Mohd Noor 70
17. Nur Ainsyah Adawiyah Binti Mazlan 70
18. Aminatul Adlina Binti Abdul Wahab 70
19. Imanina Auni Binti Che Azeman 70
20. Nurul Ain Binti Mohamad Osman 70
21. Insyirah Binti Mohd Zaib 70
22. Nur Anisatul Amirah Binti Mohamad Sarini 70
23. Nur Asiah Binti Mohamad Zawawi 70
24. Nur Qistina Az' Zahirah Binti Mohd Taharuddin 70
25. Muhammad Irfan Bin Mohd Irwan 60
26. Intan Farhana Binti Rizuan 60
27. Farhah Zahida Binti Alias 60
28. Nur Aina Akhirah 60
29. Faizatul Aufa Binti Sukri 50
30. Syahirah Dahiyah Binti Sabidi 50

You might also like