Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Mohon Perhatian

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, para atlet diingatkan agar mematikan atau
memastikan telefon bimbit berada dalam pengaturcaraan senyap.

Apabila diumumkan ketibaan para tetamu jemputan


masuk ke perkarangan majlis, para atlet diminta untuk berdiri.

Kerjasama daripada para atlet amatlah dihargai.

- Ketibaan VIP -

Majlis mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia , Profesor Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya

diiringi oleh yang berusaha Cik Norsham Abdullah Ketua Bahagian Kemudahan dan

Perkhidmatan Sukan serta Pegawai-Pegawai Bahagian Kemudahan dan Perkhidmatan Sukan

(BKPS) .

- Nyanyian lagu Negaraku

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi naynyian lagu Negaraku

*nyanyi

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim
Selaut kasih seuntai rasa,

Yang Berbahagia ,
Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya

Yang Berusaha,
Cik Norsham Abdullah – Ketua Bahagian Kemudahan dan Perkhidmatan Sukan (BKPS)

Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan (BKPS)

Dan
Barisan Atlet-atlet Universiti Malaya yang dikasihi sekalian.
- Bacaan doa

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis dengan ini
mempersilakan Sdra.xxxxx atlet Pencak Silat untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*Bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sdra…… atas bacaan
doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.

- Persembahan Pembukaan

Sebagai pembuka majlis, sama-sama kita saksikan persembahan pembukaan oleh pelajar-pelajar
dari Kelab Sukan & Rekreasi Universiti Malaya, dipersilakan.

- Ucapan Aluan Ketua BKPS

Sidang hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan Cik Norsham Abdullah, Ketua Bahagian
Kemudahan dan Perkhidmatan Sukan Universiti Malaya pada hari ini,untuk memberikan ucapan
aluan.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Cik Norsham Abdullah, Ketua Bahagian
Kemudahan dan Perkhidmatan Sukan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
- Ucap Tama

Sidang hadirin sekalian,

Tanpa membuang masa, Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia,
Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya untuk
menyampaikan ucapan dan sekaligus, merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kontingen
Universiti Malaya pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Prof. Dr. Sabri Musa,
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya atas ucapan dan kesudian
merasmikan Penyerahan Bendera Kontingen Universiti Malaya ke Kejohanan Sukipt 2022
sebentar tadi.

Mohon Ybhg. Prof untuk kekal berada di sana.

- MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI UNTUK TNC HEP

Majlis menjemput dan mempersilakan Cik Norsham Abdullah Ketua BKPS untuk
menyampaikan cenderahati kepada Ybhg. Prof. Dr. Sabri Musa, TNC HEP.

-Gimik Penyerahan Bendera oleh Atlet Silat Universiti Malaya

Demikian tadi Gimik persembahan penyerahan bendera yang dipersembahkan oleh kontingen
silat Universiti Malaya...gimik tadi membawa maksud bendera UM adalah simbolik kepada
panji Universiti Malaya yang harus dipertahankan oleh seluruh kontingen UM dalam membawa
nama Universiti dalam pentas sukan terbesar IPT...

- Bacaan Ikrar oleh -

Seterusnya,

Tanpa melengahkan masa lagi, saya menjemput Saudari Nurul Hidayah Ad. Karim Atlet
Taekwando Universiti Malaya untuk memimpin Bacaan Ikrar. Diiring oleh Semua Ketua
Pasukan.

Dengan ini, mempersilakan.


- Selesai Ikrar

Terima kasih diucapkan kepada Saudari xxxxx kerana telah memimpin para atlet untuk bacaan
ikrar tadi.

Untuk makluman Saudari Nurul Hidayah juga telah memenangi Pingat Emas individu dan Pingat
Perak Beregu dalam acara campuran Pomsae di Asean University Games 2022 baru- baru ini di
Bangkok, Thailand.

Lagu Universiti Malaya

Seterusnya nanyian Lagu Universiti Malaya

- Sesi Fotografi

Seterusnya,

Dip-dip jemputan dijemput untuk sesi fotografi bersama Atlet Universiti Malaya

#tamat sesi fotografi

Sorakkan ‘UM IS ONE’

- UM…… 3x

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Penyerahan Bandera
Kontingen Universiti Malaya ke Kejohanan Sukipt 2022 kita pada hari ini. Dan kita berdoa agar
Kontingen Universiti Malaya akan berjuang untuk memartabatkan Nama Universiti Malaya di
Puncak Kejayaan.

Sekian, berjumpa lagi kita pada masa akan datang.

wassalammualaikum waarahmatullahi wabarakatuh

You might also like