Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kemiskinan dikaitkan dengan faktor ekonomi, pertumbuhan dan sistem agihan yang dijalankan oleh kerajaan kerana ia akan

memberi kesan kepada kemiskinan sesebuah negara. Istilah kemiskinan bandar adalah disebabkan oleh penghijrahan penduduk daripada luar bandar ke bandar terutamanya di Kuala Lumpur. Sejak dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970, ramai penduduk luar bandar telah berhijrah ke bandar-bandar besar yang mempunyai peluang ekonomi yang lebih cerah. Mereka berhijrah ke bandar semata-mata ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih bagus berbanding di luar bandar. Ramai daripada mereka berjaya merebut peluang yang ada di bandar dan tidak kurang juga yang kurang berjaya. Maka lahirlah istilah kemiskinan bandar yang mana peratusan besar mereka adalah golongan penghijrah tadi. Antara punca-punca kemiskinan bandar ialah pertamanya mereka tidak sanggup atau tidak berupaya merebut segala peluang ekonomi oleh kerajaan. Untuk melibatkan diri secara aktif merebut peluang ekonomi khusunya dalam bidang perniagaan, kos modal untuk memulakan sesuatu perniagaan adalah besar. Oleh kerana tidak mampu untuk bersaing dalam dunia perniagaan, kebanyakan orang lebih suka memilih makan gaji dimana peluang kenaikan gaji dalam masa yang singkat adalah rendah. Punca kedua adalah kerana taraf hidup dibandar lebih tinggi berbanding di luar bandar. Kebanyakan ekonomi bandar akan dipengaruhi dengan cepat oleh ekonomi dunia semasa. Bukan itu sahaja, jumlah penduduk yang ramai di bandar menyebabkan permintaan terhadap barangan keperluan lebih tinggi sekaligus menyebabkan harga barangan turut tinggi. Berbanding di luar bandar, mereka mempunyai alternatif lain untuk sara diri mereka seperti bercucuk tanam sayursayuran untuk mengurangkan kos perbelanjaan sara hidup. Punca ketiga adalah disebabkan oleh punca kemiskinan di bandar ialah disebabkan perkongsian peluang pekerjaan dengan pekerja asing. Penawaran tenaga buruh asing yang murah menyebabkan pekerja tempatan sukar mendapat peluang pekerjaan dan terpaksa merebut peluang walaupun dibayar gaji murah. Untuk mengatasi masalah ini,

You might also like