Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BORANG APDP 01/2022

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (APDP)

NOTIS PRIVASI
Pelanggan yang dihormati,

Selaras dengan penguatkuasaan APDP pada 15 November 2013, Co-opbank Pertama komited untuk mematuhi semua
peruntukan APDP yang bertujuan untuk melindungi data peribadi anda. Mengikut peruntukan di bawah APDP, Co-
opbank Pertama perlu mendapatkan persetujuan anda apabila mengumpul dan memproses data peribadi anda. Sila ambil
maklum, maklumat berkenaan adalah penting untuk Co-opbank Pertama menilai permohonan anda sebelum permohonan
anda diproses ke peringkat selanjutnya. Maklumat berkenaan juga dapat membantu Co-opbank Pertama meningkatkan
perkhidmatan.

Memproses Data

Data peribadi anda boleh diproses oleh Co-opbank Pertama dan / atau ejen sah Co-opbank Pertama untuk tujuan berikut:
i. Berkomunikasi dengan anda.
ii. Menyediakan perkhidmatan kepada anda termasuk anak syarikat Co-opbank Pertama (jika ada).
iii. Menilai dan memproses permohonan anda bagi apa-apa produk Co-opbank Pertama.
iv. Memproses apa-apa transaksi pembayaran.
v. Menguruskan dan mengekalkan akaun dan kemudahan.
vi. Mengesahkan kedudukan kewangan semasa dan berterusan anda menerusi pemeriksaan rujukan kredit dan
pemeriksaan kredit berkenaan kredibiliti dan berkelayakan anda serta tujuan lain yang dibenarkan di bawah
undang-undang berkaitan agensi atau biro kredit yang berkenaan.
vii. Mengesahkan dan penyemakan rujukan oleh pihak ketiga.
viii. Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian secara am.
ix. Menguruskan pembabitan anda dalam sebarang peraduan dan / atau kempen.
x. Melaksanakan semakan dan fungsi dalaman termasuk analisa berstatistik, laporan, pematuhan, syariah,
audit dan penilaian risiko, pengurusan dan kewangan.
xi. Melakukan kaji selidik pasaran dan analisis bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan Co-opbank Pertama.
xii. Memenuhi keperluan pihak berkuasa / keperluan perundangan atau mana-mana Undang-Undang
xiii. Menguruskan faedah dan manfaat anda.
xiv. Menguruskan pembayaran dermasiswa, kematian atau takaful yang berkaitan.
xv. Menguruskan pemulihan hutang dan kutipan.
xvi. Untuk semua tujuan lain yang berkaitan atau yang bersampingan dengan kesemua diatas.

Penzahiran Data Peribadi

Adalah dimaklumkan dalam sebarang situasi dan jika diperlukan ketika melaksanakan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas,
Co-opbank Pertama boleh menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut:-
i. Mana-mana organisasi yang dilantik untuk berkhidmat sebagai ejen, kontraktor dan vendor kepada Co- opbank
Pertama;
ii. Mana-mana organisasi untuk melengkapkan transaksi yang diminta oleh anda;
iii. Mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang diminta oleh anda;
iv. Mana-mana penyedia perkhidmatan Co-opbank Pertama (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan
profesional/kewangan dan/atau pembayaran) yang menyediakan perkhidmatan termasuk perkhidmatan pemprosesan
data yang berkaitan dengan tujuan diatas;
v. Mana-mana pihak yang dilantik oleh Co-opbank Pertama;
vi. Anak-anak syarikat Co-opbank Pertama;
Penasihat profesional;
Mana-mana pihak yang memberi jaminan atas permohonan anda;
Mana-mana pihak yang dibenarkan di dalam peruntukan Undang-Undang, ketetapan mahkamah
atau pihak berkuasa;
Mana-mana agensi atau biro kredit yang memberikan dan mengumpul maklumat kredit dan
maklumat- maklumat lain;
Agensi penguatkuasaan atau pengawalseliaan;
Pihak-pihak lain yang mana anda telah memberikan persetujuan untuk menzahirkan data peribadi
anda.

TANDATANGAN : .............................................. TARIKH : ...................................


............. ........
PERAKUAN
Dengan menandatangani borang ini, saya / kami mengesahkan bahawa:-
 Saya / kami bersetuju untuk tertakluk di bawah nota privasi di atas;
 Saya / kami dengan ini bersetuju memberi persetujuan secara nyata (‘explicit consent’) kepada Co-opbank Pertama
untuk mengumpul, memproses dan / atau menzahirkan data peribadi saya (termasuk data sensitif) seperti di
dalam Nota Privasi di atas;
 Data peribadi yang diberikan oleh saya / kami adalah tepat, lengkap, terkini dan benar. Saya / Kami berjanji
akan memaklumkan kepada Co-opbank Pertama secepat mungkin jika terdapat perubahan data peribadi saya /
kami.

Pada masa tertentu Co-opbank Pertama mungkin akan menghantar apa-apa bentuk promosi dan pemasaran yang mungkin
menarik minat anda. Jika anda mahu menerima komunikasi tersebut, sila lengkapkan ruangan di bawah dengan
menandakan di ruangan pilihan anda:-

Ya, saya / kami bersetuju.

Tidak, saya / kami tidak bersetuju.

TANDATANGAN : ............................................................... TARIKH : ....................................

NAMA :...............................................................................
No. K/P :...............................................................................

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Diterima oleh :....................................................


(Tandatangan Dan Cop Jawatan)

Tarikh :...........................................

You might also like