Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

User Name: Alison Chan May Kam

Date and Time: Thursday, 20 August, 2020 7:41:00 PM MYT


Job Number: 123637419

Document (1)

1. Pendakwa Raya lwn Mohd Hazlin bin Kafli


[2019] MLJU 1926
Client/Matter: -None-
Search Terms: recalling a witness
Search Type: Natural Language
Narrowed by:
Content Type Narrowed by
MY Cases -None-

| About LexisNexis | Privacy Policy | Terms & Conditions | Copyright © 2020 LexisNexis
Alison Chan May Kam
PENDAKWA RAYA v MOHD HAZLIN BIN KAFLI
CaseAnalysis
| [2019] MLJU 1926

Pendakwa Raya lwn Mohd Hazlin bin Kafli


[2019] MLJU 1926
Malayan Law Journal Unreported

MAHKAMAH MAJISTRET (JOHOR)


ARUN NOVAL DASS M
KES JENAYAH NO JG-82D-1-1/2018
5 May 2019

Azfahanim bt Rajaluddin (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak plaintif.


Ramesh KS Vasan (Mariammah a/p
Bharathanbersamanya) (Ramesh Vasan & Co) bagi pihak defendan.

Arun Noval Dass M:


ALASAN PENGHAKIMAN

[1]Dalam kes ini, Tertuduh menghadapi pertuduhan berikut:-

PERTUDUHAN PINDAAN:-

“Bahawa kamu pada 27/10/2017 jam lebih kurang 1900 hrs, di dalam sebuah kereta jenis Honda City Nombor Pendaftaran
JRM 6477 di hadapan rumah No.7 Jalan Sutera 4/3 Taman Sutera, di dalam Daerah Kluang, di dalam Negeri Johor Darul
Takzim, telah didapati memiliki (10) botol cecair isipadu yang mengandungi 15,200 mililiter “Mitragynine” oleh yang
demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah
seksyen 30(5) Akta yang sama.

HUKUMAN:

Denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 4 tahun atau kedua-duanya sekali.”

[2]Pertuduhan tersebut telah dibacakan kepada Tertuduh dan diterangkan kepada Tertuduh. Tertuduh telah
membuat pengakuan tidak bersalah. Pihak pendakwaan telah memanggil 7 orang saksi setakat 7.4.19.

[3]Kes pihak pendakwaan yang menjurus kepada Pertuduhan terhadap Tertuduh yang relevan pada peringkat ini
adalah diterbit semula secara ringkas dari keterangan SP5 seperti berikut:-

“Pada 27.10.17, jam lebih kurang 1900 hours, SP5 bersama anggota daripada Narkotik IPD Kluang dan anggota JIPS
Bukit Aman pergi ke alamat No.7 Jalan Sutera 4/3 Taman Puteri 86000 Kluang Johor. Setelah sampai di sana, SP5 telah
lihat 1 kenderaan dengan nombor pendaftaran JRM6477 jenis Honda City warna putih. SP5 buat pemerhatian lebih kurang
½ jam, dan melihat OKT pergi ke arah kereta [tersebut] yang diletakkan di hadapan rumah dan menekan butang di kunci
kereta tersebut untuk membuka kereta tersebut dalam jarak lebih kurang 5 meter. SP5 nampak signal lampu kereta
tersebut bernyala. SP5 telah perkenalkan diri sebagai polis dan buat pemeriksaan tubuh badan namun tidak menjumpai
apa-apa barang salah. Seterusnya, SP5 telah membuat pemeriksaan dalam kereta tersebut dan menjumpai 2 bungkusan
plastik berwarna merah. Setiap 1 bungkusan plastik tersebut mengandungi 5 botol yang berisi cecair yang disyaki air ketum

Alison Chan May Kam


Page 2 of 9
Pendakwa Raya lwn Mohd Hazlin bin Kafli
....

dan setiap satu botol beratnya 1.5 liter.”

[4]Berdasarkan kes pihak pendakwaan, kereta Honda City berwarna putih tersebut adalah milik isteri OKT, yang
juga menjadi saksi pendakwaan (SP4). SP4 telah memberi keterangan di Mahkamah ini pada 12.12.18. Setelah
diperiksa semula oleh pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya memohon saksi ini dilepaskan tanpa
dibebaskan.

[5]Setelah saksi ketujuh iaitu Pegawai Penyiasat telah selesai memberi keterangan pada 7.4.19, pihak
pendakwaan memohon di bawah sek.425 Kanun Prosedur Jenayah untuk memanggil semula saksinya SP4 bagi
tujuan mengemukakan soalan pemeriksaan balas di bawah sek.154 Akta Keterangan. Secara ringkasnya, pihak
pendakwaan berhujah bahawa tujuan pihak pendakwaan ingin memanggil semula saksi SP4 adalah kerana pada
12.12.18, SP4 telah memberi keterangan bahawa kereta tempat barang kes ditemui turut digunakan individu-
individu lain, tetapi berdasarkan siasatan pegawai penyiasat, tiada keterangan tersebut diberikan oleh SP4 semasa
siasatan dilakukan. Perkara ini hanya dibangkitkan semasa perbicaraan di Mahkamah. Maka pihak pendakwaan
ingin memanggil semula SP4 menurut sek.425 Kanun Prosedur Jenayah agar dapat mengemukakan soalan dalam
pemeriksaan balas terhadap saksinya sendiri menurut sek.154 Akta Keterangan.

[6]Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa pihak pendakwaan membuat permohonan ini selepas SP7 selesai
memberi keterangan kerana pihak pendakwaan ingin meletakkan keterangan SP7 terlebih dahulu tentang apa
yang sebenarnya berlaku semasa siasatan dijalankan.

[7]Pihak pembelaan membantah permohonan pihak pendakwaan. Mahkamah telah mengajukan soalan yang
spesifik untuk pihak-pihak dan menangguhkan prosiding bagi hujahan lanjut oleh pihak-pihak. Persoalan yang
diutarakan Mahkamah adalah:-

“The exact question, can you do an application under sec.425 CPC to recall a particular witness for cross examination of
witness under sec.154 Evidence Act, after the witness had testified and other witnesses being called.”

[8]Dalam menangani permohonan pihak pendakwaan, seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan
inter alia:-

“Any Court may at any stage of any…trial…summon any person as a witness, or examine any person in attendance
though not summoned as a witness, or recall and re-examine any person already examined, and the Court shall summon
and examine or recall and re-examine any such person if his evidence appears to it essential to the just decision of the
case.”

[9]Mahkamah merumuskan prinsip-prinsip yang diputuskan dalam kes-kes yang berkaitan berkenaan kuasa
Mahkamah di bawah sek.425 Kanun Prosedur Jenayah seperti berikut:-
(a) Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah terbahagi kepada 2 cabang (limbs). Pertama, kuasa budi bicara
yang memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh, atas permohonan, menyaman mana-mana orang
sebagai saksi atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang yang telah memberi
keterangan di mana-mana peringkat perbicaraan atau prosiding (PP v Phon Nam [1988] 3 MLJ 415; ;
[1989] 1 CLJ Rep 142);
(b) Cabang kedua, peruntukkan mandatori yang memerlukan Mahkamah harus berbuat demikian apabila
Mahkamah berpuas hati bahawa keterangan saksi itu adalah mustahak untuk mencapai satu keputusan
yang adil (PP v Phon Nam [supra] ;
(c) Dalam menjalankan kuasa budi bicara di bawah cabang pertama, Mahkamah perlu menggunakan kuasa
tersebut secara berhemah dan berhati-hati, lebih-lebih lagi apabila terdapat kemungkinan untuk
keterangan baru tersebut bertindak prejudis kepada Tertuduh (PP v Phon Nam [supra] ;
(d) Penggunaan kuasa budi bicara di bawah sek.425 adalah bergantung kepada fakta setiap kes (Ramli bin
Kechik v PP [1986] 2 MLJ 33; ; [1986] 1 CLJ 308)

Alison Chan May Kam


Page 3 of 9
Pendakwa Raya lwn Mohd Hazlin bin Kafli
....

(e) Pertimbangan utama dalam penggunaan budi bicara Mahkamah adalah keperluan keterangan tambahan
(essentiality of evidence) dari saksi yang dipanggil semula tersebut dalam mencapai satu keputusan yang
adil [Saravanan Rajagopal v PP [2019] 2 MLJ 752; ; [2019] 1 LNS 58];
(f) Perkataan “keputusan yang adil” tidak bermakna keputusan tersebut perlu berpihak kepada pihak
pendakwaan atau pembelaan. Maka, budi bicara tersebut boleh digunakan bertentangan dengan
kepentingan tertuduh, mahupun dalam kepentingan tertuduh. Melalui penggunaan perkataan ‘adil’,
Mahkamah diberi amaran dalam mengambil sebarang tindakan yang akan menyebabkan ketidakadilan
kepada Tertuduh mahupun pendakwaan.[PP v Aedy Osman [2009] MLJU 39; ; [2009] 1 LNS 13]
(g) Dalam menjalankan kuasa budi bicara, Mahkamah perlu mengambil kira kesemua hal keadaan kes
tersebut dan perlu menilai sama ada pihak pendakwaan sedang cuba memperbaiki apa yang sudah
dimulakan atau ia cuba menyangkal sesuatu perkara yang boleh dikategorikan sebagai isu baru yang
muncul dalam kes pembelaan (Public Prosecutor v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705; ; [2000] 4 CLJ 649)
(h) Kuasa tersebut hanya digunakan dalam kes-kes yang terpencil, umpamanya apabila salah satu pihak
dalam perbicaraan mengusulkan isu yang tidak berada dalam jangkaan pihak lawan (PP v Mohamad
Nazarie Halidi & Anor [2017] MLJU 693; ; [2017] 1 LNS 783)
(i) Seksyen ini tidak bertujuan untuk digunakan bagi menambah atau memperbetulkan mana-mana kesilapan
atau kesalahan yang telah dilakukan oleh mana-mana pihak. Budi bicara Mahkamah mungkin digunakan
dalam kes yang mana fakta-fakta itu sebenarnya tidaklah dipertikaikan atau apabila sesebuah pihak telah
menimbulkan suatu perkara (point) dalam perbicaraan itu yang mana mengikut kebijaksanaan dan
kemahiran manusia (human ingenuity) tidak terfikir bahawa perkara yang sedemikian boleh berlaku.
[Pendakwa Raya v Aziz Salleh [1991] 1 CLJ 85]
(j) Kuasa ini sememangnya tidak diniatkan bagi pemeriksaan balas lanjutan saksi-saksi akibat ketinggalan
atau kegagalan pihak-pihak, atau setelah Pemohon mendapat pemikiran / idea baru untuk diketengahkan,
tetapi diniatkan untuk keterangan yang akan menjurus kepada satu keputusan yang adil (Jinny Daniul v PP
[2013] 9 CLJ 750)
(k) Mahkamah tidak seharusnya mengeluarkan proses bagi memanggil atau memanggil semula mana-mana
saksi sekiranya permohonan tersebut didapati menyusahkan atau melengahkan penemuan keadilan
(sek.173(l)(i) KPJ)

[10]Berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas, Mahkamah akan mengkaji sama ada pihak pendakwaan
telah memenuhi keperluan di bawah sek.425 KPJ. Pihak pendakwaan ingin memanggil semula SP4 untuk diperiksa
balas menurut Sek.154 Akta Keterangan. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa:-

“The court may, in its discretion, permit the person who calls a witness to put any questions to him which might be put in
cross-examination by the adverse party.”

[11]Tujuan utama untuk dibuat pemeriksaan balas adalah untuk menguji kebenaran saksi tersebut. Perkara ini
diputuskan dalam kes PP v Tan Chye Joo & Anor [1989] 2 MLJ 253; ; [1988] 1 LNS 174 di mana Mahkamah
memutuskan bahawa:-

“The object of the cross-examination under s. 154 of the Evidence Act is only to test the veracity of the witness. The grant
of the permission to cross-examine is not an adjudication by the court adverse to the veracity of the witness. Whether the
testimony of the witness should be rejected in whole or in part depends on the result of the cross- examination.”

[12]Kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini adalah kuasa yang luas dan Mahkamah perlu berhati-hati dalam
menggunakan kuasa tersebut. Prinsip ini dapat dilihat dalam kes Lim Teng Leng v PP [1998] MLJU 152; ; [1998] 5
CLJ 400 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:-

The said authors [Woodroffe & Syed on Law of Evidence, 15th edn.] at p. 819, remarked that the discretion is wide and
unfettered, viz:

The discretion of the Court under Section 154 is wide and unfettered; it does not depend upon hostility. The discretion

Alison Chan May Kam


Page 4 of 9
Pendakwa Raya lwn Mohd Hazlin bin Kafli
....

should be exercised liberally whenever it appears to Court that due to the demeanour, attitude way of answering question
of the witness or the tenor of his answers or other reasons permission should be given in the interest of justice.

However, the said authors, at p. 824, also sounded the warning that the exercise of the discretion must be with sufficient
reason. This is what they said:

But the discretion has always to be exercised with caution. It should not be exercised without sufficient reason. The
reason should be stated because, by offering a witness, a party is held to recommend him as worthy of credence and
so, in general, it is not open to him to test the witness’s credit or impeach his truthfulness.

Where reasons are not recorded, it would not be a case of valid exercise of discretion under Section 154 of the
Evidence Act.“

[13]Berdasarkan prinsip-prinsip yang diutarakan di atas, Mahkamah merujuk kepada keterangan pada peringkat
pemeriksaan semula SP4 seperti berikut:-

“Pemeriksaan semula:

TPR : Kamu dicadangkan selain suami kamu, ada juga adik beradik dia juga guna kenderaan, tarikh bila?

SP4 : Tarikh 26 dan 27 Okt 2017

TPR : Siapa nama adik beradik suami kamu yang gunakan kenderaan tersebut?

SP4 : Mohd Hazid. Adik beradik itu sahaja, yang lain saudara mara

TPR : Yang mana betul, tadi kata adik beradik, sekarang kata adik dan saudara mara, yang mana betul?

SP4 : Mohd Hazid, Adik Ipar dan saudara mara

TPR : Nama saudara mara apa?

SP4 : Nama penuh tak tahu. Panggilan Che Jap (lelaki), Che Faizal

TPR : Boleh beritahu alamat dan nombor telefon ketiga-tiga Mohd Hazid, Che Jap dan Che Faizal?

SP4 : Mohd Hazid alamat Taman Puteri, rumah no.7, rumah yang sama. Che Jap Taman Puteri tapi alamat tak pasti,
Che Faizal Felda Ulu Dengar, Daerah Kluang.

TPR : No telefon mereka apa?

SP4 : Saya tidak ada nombor mereka

TPR : Adik ipar pun tak ada?

SP4 : Tidak ada, ada di hand set

TPR : Pohon saksi beritahu kepada Mahkamah nombor telefon adik ipar.

Mah : Dibenarkan

SP4 : 013-7674957

Alison Chan May Kam


Page 5 of 9
Pendakwa Raya lwn Mohd Hazlin bin Kafli
....

TPR : Keterangan kamu tadi yang kamu kata 3 orang lain yang guna kenderaan pada 26/ 27 Okt, ada pada bila-bila
masa beritahu polis semasa siasatan?

SP4 : Ada.

TPR : Maksud saya semasa siasatan ini ialah semasa polis ambil statement kamu?

SP4 : Ada

TPR : Kamu pasti?

SP4 : Ya

TPR : Saya tiada soalan lanjut. Itu sahaja.

Mah : Mohd Hazid adik atau adik ipar?

SP4 : Adik ipar

Mah : You want the saksi dilepaskan dan dibebaskan?

TPR : Tidak tuan, saya pohon saksi dilepaskan tanpa dibebaskan

Mah : Meaning if necessary you need to recall?

TPR : Ya tuan

Mah : DIbenarkan. SP4 dilepaskan tanpa dibebaskan.”

[14]Keterangan-keterangan di atas dengan jelas menunjukkan bahawa SP4 dengan jelas menyatakan semasa
pemeriksaan semula bahawa terdapat 3 orang lain yang menggunakan kenderaan tersebut pada 26/ 27 Oktober
2017 iaitu Che Jap, Che Faizal dan Mohd Hazid selain OKT, dan semasa disoal lanjut sama ada perkara ini ada
dinyatakan dalam siasatan polis iaitu semasa pernyataan SP4 diambil, SP4 bersetuju. Maka adalah jelas dari
keterangan-keterangan di atas, pihak pendakwaan mempunyai pengetahuan atau mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa SP4 sememangnya bercanggah dengan keterangan beliau sendiri dalam pernyataan
terdahulu beliau, sekiranya sememangnya perkara tersebut tidak dinyatakan dalam pernyataan beliau. Perkara ini
hanya dalam pengetahuan pihak pendakwaan memandangkan Mahkamah tidak mempunyai pernyataan SP4
semasa siasatan polis.

[15]Dalam hal ini, prosedur yang sepatutnya diikuti oleh pihak pendakwaan dalam situasi seseorang saksi memberi
keterangan yang berbeza di hadapan Mahkamah berbanding pernyataan terdahulu kepada pihak polis ada
dijelaskan dalam kes Re Wee Swee Hoon, deceased; Lim Ah Moy & Anor v Ong Eng Say [1953] MLJ 123; ; [1953]
1 LNS 92, dimana prinsip tersebut disahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes PP v Willey Anak Salleh [2017]
MLJU 1791; ; [2017] 1 LNS 1704:-

“When a witness has given an answer or answers, which the party calling him knows to be in conflict with some
statement or evidence which he has previously made or given, the proper procedure, in my opinion, is for Counsel
then to ask him (as was done in this case) whether he made a statement (or gave evidence) at a certain place on a
certain date. Having heard his answer (whatever it may be) no further questions should be put at that stage. But
Counsel should then hand to the Judge the statement (or record of the evidence), and apply for leave to cross-
examine him under the provisions of s. 155 of the Evidence Ordinance. The Judge, having given the other side an
opportunity of seeing the document and making his submissions on the application, will then give his ruling. That,
in my view, is the proper procedure, in a situation of this kind.

Alison Chan May Kam


Page 6 of 9
Pendakwa Raya lwn Mohd Hazlin bin Kafli
....

[16]Kes tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa permohonan tersebut perlu dibuat dengan serta merta
kepada Mahkamah dan bukan selepas saksi-saksi lain dipanggil memberi keterangan. Malah, sebagaimana
dinyatakan dalam kes tersebut di atas, keperluan untuk pernyataan terdahulu diberikan kepada peguam OKT
sebelum Mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonan tersebut juga ditekankan dalam kes Yuen Chun
Yii v PP [1997] 3 SLR 57 yang juga telah mendapat pengesahan dalam kes Willey Salley (supra), di mana
Mahkamah memutuskan bahawa:-

“[29] The highlighted portion above emphasises the need to strictly observe safeguards for the adverse party. Indeed, the
primary safeguard is that the defence should be allowed to view the statement sought to be referred to. Irrespective of
whether the correct procedure was under s. 161 EA (refreshing memory) or s. 156 EA (cross-examining one’s own
witness), the defence was entitled to view the statement.”

[17]Namun pihak pendakwaan telah memilih untuk tidak menyoal lanjut saksi SP4 dan memohon untuk
melepaskan tanpa membebaskan SP4 dari sumpah, yang kemudiannya dibenarkan oleh Mahkamah.

[18]Persoalan yang timbul di sini adalah, setelah SP4 telah memberi keterangan pada 12.12.18, dan setelah saksi-
saksi lain telah selesai memberi keterangan, yang terakhir Pegawai Penyiasat (SP7) yang selesai memberi
keterangan pada 7.4.19, iaitu selepas hampir 4 bulan, adakah wajar untuk pihak pendakwaan untuk memohon
untuk memanggil semula SP4 untuk diperiksa balas berkenaan isu ini di bawah sek.154 Akta Keterangan, wal hal
pihak pendakwaan sudah mengetahui atau sepatutnya tahu bahawa ada percanggahan dalam keterangan SP4 di
Mahkamah dan dengan apa yang dinyatakan dalam pernyataan beliau, seawal 12.12.18.

[19]Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Ramli Shafie [2002] 6 MLJ 153; ; [2002] 8 CLJ 846 di
mana Mahkamah dengan jelas memutuskan bahawa permohonan untuk memeriksa balas saksi di bawah Sek.154
Akta Keterangan boleh dibuat pada mana-mana peringkat, sama ada pemeriksaan utama, pemeriksaan balas atau
pemeriksaan semula, tetapi tidak akan dibenarkan untuk memanggil semula saksi selepas saksi selesai memberi
keterangan untuk diperiksa balas. Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan bahawa:-

“Perhaps the prosecution ought to have taken the necessary steps to have PW3 declared as a hostile witness pursuant to
s. 154 of the Act. There is nothing in the section to warrant an inference that only when any previous statement of the
witness is available and if he is alleged to have departed from that the court can declare that witness hostile (see Sahdeo
Tanti v. Bipti Pasin AIR [1969] Pat 415). Thus the section is not confined to contradictions in a former statement made by a
witness; it also includes evidence given earlier (see Re Wee Swee Hon, deceased [1953] MLJ 123; Yuen Chun Yii v. PP
[1997] 3 SLR 57). The permission to treat a witness as hostile can be made at any of the three stages of
examination (see BN Chobe v. Sami Ahmad [1969] 1 Andh LT 32). An application for recalling a witness whose
examination is over for the purpose of treating him as hostile and cross-examine him will not be allowed (see
Ammathayarammal v. Official Assignee AIR [1933] Mad 137; PK Das v. State [1971] ILR 2 Cal 392).”

[20]Mahkamah tertarik dengan keputusan BN Chobe v Sami Ahmad [1969] 1 Andh LT 32 yang dirujuk dalam
petikan kes Ramli Shafie [Supra] di atas di mana kes tersebut adalah berkaitan isu yang tertimbul di hadapan
Mahkamah ini. Plaintif dalam kes tersebut telah memeriksa saksi bernama Abdul Lateef Khan (PW3) pada
peringkat pemeriksaan utama pada 16.12.65. Setelah selesai pemeriksaan utama, Defendan enggan memeriksa
balas memandangkan Defendan menganggap tidak terdapat sebarang persoalan yang perlu dikemukakan kepada
saksi tersebut. Pada tarikh yang sama, Plaintif telah menyatakan hasrat untuk memfailkan permohonan untuk
menganggap saksi PW3 sebagai saksi belot namun permohonan formal hanya difailkan Plaintif pada 9.1.66.
Permohonan ini dibantah oleh Defendan dan mahkamah bicara telah menolak permohonan Plaintif.

[21]Keputusan tersebut disemak di Mahkamah Tinggi. Dalam memutuskan kes tersebut, Mahkamah telah
memutuskan bahawa:-

“It is possible to seek permission of the Court to cross examine one’s own witness when hostility becomes apparent. That
hostility may appear either during examination-in-chief or the cross-examination. Nevertheless it is during the examination
of the witness and before it concludes that the witness must appear hostile to the person who called him and permission
ought to be asked before he is cross examined by the person who produced him as witness. In case the whole of the
examination of the witness is over without noticing any hostility and an application is filed on the next date of
hearing for permission to treat the witness as hostile, then to allow the party who put him in the box to cross-

Alison Chan May Kam


Page 7 of 9
Pendakwa Raya lwn Mohd Hazlin bin Kafli
....

examine, will in my opinion, defeat the very purpose of Sec. 154. The court is not likely to recollect the demeanour of
the witness and to remember as to whether his attitude was hostile unless of course the demeanour is marked during the
course of the cross-examination by the court and a note to that effect is made in the record. If the Judge, who recorded the
evidence of a witness is transferred as has happened in this case, and the application to cross-examine the witness on
the next date of hearing is made before altogether a new Judge, it will be almost impossible to consider the witness, whose
evidence has already been completely recorded, as hostile witness and then grant the permission to the party to cross-
examine his own witness. It must be remembered that Sec. 154 confers discretion on the court to grant the permission to
cross-examine one’s own witness in certain circumstances. The discretion, like any other discretion, has necessarily to be
used judicially, it is expected of the court to give reasons while exercising this discretion one way or the other. How is it
possible for the Judge who had not recorded the evidence of a witness to treat the witness as hostile after his evidence
was concluded? To me, it seems clear that Sec.154 applies when the witness is under examination. Such a
permission can be sought and granted during the examination-in-chief or at the stage of cross-examination or
perhaps there may be cases even where he is under re-examination. In any case, however, before his evidence is
concluded, his hostility must be brought to the notice of the court and the permission sought to put questions in
cross-examination by the party who happens to produce him. If this procedure is not followed and an application
is filed on a subsequent date before altogether a new Judge, as is the case here, I do not think such an application
can be granted.”

[22]Dalam kes tersebut, walaupun peguam Plaintif telah memberi notis kepada Mahkamah bahawa Plaintif ingin
memeriksa balas saksinya pada tarikh sama saksi tersebut dipanggil, dan seterusnya telah memfailkan
permohonan formal pada tarikh lanjut, Mahkamah masih telah menolak permohonan tersebut. Dalam kes di
hadapan Mahkamah ini, SP4 telah selesai memberi keterangan pada 12.12.18 di mana Timbalan Pendakwa Raya
pada peringkat pemeriksaan semula telah dengan jelas menyatakan bahawa beliau tiada soalan lanjut. Malah,
tiada notis diberikan kepada OKT mahupun Mahkamah bahawa pihak pendakwaan berhasrat untuk memeriksa
balas saksi di bawah sek.154 Akta Keterangan. Nyata permohonan tersebut hanya diutarakan pertama kali setelah
SP7 selesai memberi keterangan pada 7.4.19 iaitu selepas hampir 4 bulan selepas SP4 memberi keterangan.

[23]Malah mahkamah juga merujuk kepada kes S Murugesan and others v S Pethaperumal and others (1999) 1
MLJ 69 di mana Mahkamah Tinggi Madras telah memutuskan bahawa:-

“In view of the above, the court below is not correct in allowing the application filed by the first defendant/respondent to
cross-examine the witness D.W.2 under Sec. 154 of the said Act after closing the evidence of D.W.2 Hence the order of
the court below impugned in C.R.P.No.2090 of 1998 has to be set aside.”

[24]Berdasarkan autoriti-autoriti di atas, permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil semula SP4 di bawah
sek.425 KPJ bagi memeriksa balas SP4 di bawah sek.154 Akta Keterangan nyata dibuat selepas saksi tersebut
selesai memberi keterangan pada 12.12.18 dan dengan demikian tidak wajar dibenarkan oleh Mahkamah ini.

[25]Dalam hal ini SP4 telah memberi keterangan pada peringkat pemeriksaan semula dan TPR telah memilih untuk
menyatakan tiada soalan lanjut. Sebagaimana dibincangkan di atas, pihak pendakwaan mengetahui atau
sepatutnya tahu bahawa SP4 kemungkinan bercanggah antara keterangan di Mahkamah dengan keterangan
dalam pernyataan bertulisnya, namun pendakwaan tidak meletakkan dalam notis bahawa mereka berhasrat untuk
memeriksa balas SP4 di bawah sek.154 Akta Keterangan pada tarikh kelak. Hal-hal ini dengan jelas menunjukkan
bahawa permohonan pendakwaan pada masa ini selepas SP7 selesai memberi keterangan adalah permohonan
untuk memperbetulkan kesilapan atau ketinggalan pihak pendakwaan, yang tidak wajar dibenarkan dalam
permohonan sek.425 Kanun Prosedur Jenayah. Hal ini dengan jelas diputuskan dalam kes Jinny Daniul v PP
[2013] 9 CLJ 750 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:-

“…I am of the view that whether a witness is allowed to be recalled or otherwise is the absolute discretion of the trial
court. Such application must certainly be based on good and valid grounds with the paramount consideration that it is the
justice of the case which the court should grant or refuse such application. Such recalling is certainly not for further
cross-examination of the witness or witnesses for what the applicant has failed to or left out or that the applicant
has new thought to put forward but on essential evidence which will lead to a just decision of the court…”

Alison Chan May Kam


Page 8 of 9
Pendakwa Raya lwn Mohd Hazlin bin Kafli
....

[26]Rujukan juga dibuat kepada kes Pendakwa Raya v Aziz Salleh [1991] 2 CLJ Rep 53 di mana Mahkamah
memutuskan bahawa:-

“…seksyen ini tidak bertujuan untuk digunakan bagi menambah atau memperbetulkan mana-mana kesilapan atau
kesalahan yang telah dilakukan oleh mana-mana pihak. Ia hanya boleh digunakan dalam kes-kes yang Mahkamah
memutuskan bahawa keterangan tambahan itu benar-benar diperlukan bagi mencapai satu keputusan yang adil dan
penggunaannya banyak bergantung kepada fakta-fakta dalam sesuatu kes…Perlu tidaknya sesuatu keterangan itu
(essentiality of evidence) “ adalah menjadi tujuan utama dan ianya tidaklah boleh dipandu oleh pemikiran kali kedua pihak
terlibat, kalau tidak mungkin akan menyebabkan bertambah panjangnya masa perbicaraan itu, kerana mana-mana pihak
boleh memohon kepada mahkamah untuk mengambil keterangan yang lebih lanjut bagi menyokong versinya yang telah
diubah atau bagi memenuhkan segala kelonggaran yang terdapat dalam keterangan pihaknya.”

[27]Mahkamah tidak terlepas pandang bahawa saksi SP4 telah dilepaskan tanpa dibebaskan dari sumpah
sebagaimana dihujahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Pada hemat mahkamah, faktor bahawa sama ada saksi
dilepaskan dengan atau tanpa dibebaskan dari sumpah, bukan merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan
dalam permohonan di bawah sek.425. Hal ini adalah kerana, kuasa yang diperuntukkan di bawah sek.425 bukan
sahaja terhad kepada saksi-saksi yang telah dipanggil, malah juga berkenaan mana-mana orang yang tidak
dipanggil sebagai saksi. Ujian yang perlu digunakan adalah sama ada keterangan mereka adalah mustahak untuk
mencapai satu keputusan yang adil dalam kes tersebut dan bukannya sama ada saksi tersebut telah dilepaskan
tanpa dibebaskan. Hal ini dapat jelas dilihat dalam kes PP v Cheah Sun Lai [2001] 8 CLJ 532 di mana mahkamah
memutuskan bahawa:-

“Jadi persoalan dalam kes ini ialah samada hakim Mahkamah Sesyen telah menggunakan kuasa budi bicaranya dengan
betul apabila beliau memutuskan untuk menolak permohonan pihak pendakwa untuk memanggil semula SP1. Saya
berpendapat atas fakta kes ini, hakim Mahkamah Sesyen telah tersilap dalam berkeputusan sedemikian. Ini adalah kerana
permohonan untuk memanggil semula SP1 dibuat sebelum pihak pendakwa menutup kes dan mengikut rekod, SP1
setelah memberi keterangan hanya dilepaskan sebagai saksi tertakluk untuk dipanggil semula. Ini menunjukkan bahawa
pihak pendakwa masih berhasrat dan boleh memanggil semula SP1 sebelum pihak pendakwa menutup kesnya. Bantahan
peguam bahawa tindakan pihak pendakwa untuk memanggil SP1 sebagai cubaan pihak pendakwa untuk membaiki kesnya
tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak permohonan pihak pendakwa kerana ujian yang harus digunakan ialah
samada pemanggilan SP1 untuk memberi keterangan akan membantu mahkamah untuk membuat keputusan yang
adil. Saya berpendapat pemanggilan semula SP1 bukanlah cubaan pihak pendakwa untuk membaiki kesnya, tetapi
lebih untuk membetulkan ketinggalan yang hanya disedari oleh pihak pendakwa setelah SP5 memberi
keterangan.”

[28]Kes tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa ujian yang harus digunakan adalah sama ada pemanggilan
semula saksi akan membantu mahkamah mencapai keputusan yang adil. Nyata fakta kes tersebut dapat dengan
jelas dibezakan dengan fakta kes di hadapan Mahkamah. Dalam kes tersebut, Mahkamah membenarkan
permohonan pendakwa untuk memanggil semula SP1 atas alasan isu yang hanya disedari pihak pendakwaan
semasa SP5 memberi keterangan. Namun, dalam kes di hadapan Mahkamah, isu percanggahan keterangan SP4
di antara keterangannya di hadapan Mahkamah dan pernyataan yang diberikan kepada pihak polis seharusnya
diketahui pihak pendakwaan semasa SP4 sedang memberi keterangan dan bukan satu isu baru yang muncul
selepas saksi-saksi lain memberi keterangan. Maka keputusan kes Cheah Sun Lai (supra) nyata tidak terpakai
bagi kes di hadapan Mahkamah.

[29]Mahkamah juga merujuk kepada hujahan pihak pendakwaan bahawa pihak pendakwaan membuat
permohonan ini selepas Pegawai Penyiasat (SP7) selesai memberi keterangan di Mahkamah kerana pihak
pendakwaan ingin meletakkan keterangan pegawai penyiasat terlebih dahulu kepada Mahkamah tentang apa yang
sebenarnya berlaku semasa siasatan.

[30]Mahkamah berpendapat bahawa hujahan pihak pendakwaan ini tidak berasas kerana asas bagi permohonan
di bawah sek.154 Akta Keterangan adalah berkenaan percanggahan antara pernyataan terdahulu (atau keterangan
lain saksi tersebut di Mahkamah) berbanding keterangan yang diberikan di Mahkamah. Mahkamah berpendapat
sama ada siasatan Pegawai Penyiasat, sama ada mengesahkan atau menyangkal keterangan saksi tersebut,
adalah tidak relevan dalam permohonan sek.154 Akta Keterangan.

Alison Chan May Kam


Page 9 of 9
Pendakwa Raya lwn Mohd Hazlin bin Kafli
....

[31]Dalam apa jua keadaan, pihak pendakwaan tidak meletakkan dalam notis bahawa mereka berhasrat untuk
memeriksa balas saksi SP4 pada tarikh terkemudian, dan hanya berbuat sedemikian selepas kesemua saksi
termasuk Pegawai Penyiasat selesai memberi keterangan. Sekiranya notis awal diberikan, pihak pembelaan boleh
mengemukakan soalan-soalan berkaitan kepada saksi-saksi lain, dengan mengambil kira keterangan saksi SP4 ini
berkenaan isu pengguna kenderaan tersebut boleh dicabar oleh TPR pada tarikh lanjut. Dengan ketiadaan notis
tersebut dan setelah saksi-saksi lain selesai memberi keterangan, maka pihak pembelaan terlepas peluang
sedemikian. Mahkamah merujuk kepada kes Noor Shariful Rizal Noor Zawawi v PP [2017] 3 MLJ 460; ; [2017] 4
CLJ 434 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:-

“[49] On the facts of this case, a constitutional guaranteed right of the appellant had been transgressed. Gopal Sri Ram
FCJ in Lee Kwan Woh, supra said inter alia that an accused person in a criminal trial is entitled to a fair trial. Any breach of
his constitutional guaranteed rights entitled him to be set free.

Whether an impugned state action is substantively or procedurally fair must depend on the fact pattern of each case.
However, when the principle is applied to a criminal case, what it means is that an accused has a constitutionally
guaranteed rights to receive a fair trial by an impartial tribunal and to have a just decision on the facts. If there is an
infraction of these rights, the accused is entitled to an acquittal.

[50] … The appellant, accordingly, did not have a fair trial and arts. 5(1) and 8(1) were violated. The appellant did not get
what the procedural law said he should get. He had lost a chance of being acquitted which was reasonably opened to him.
Thus justice has been miscarried - commonly called “miscarriage of justice”. Justice is justice in accordance with law as
enshrined in arts. 5(1) and 8(1) of the Federal Constitution. The High Court case of Australia in Mraz v. The Queen [1955]
93 CLR 493 was referred to by Gopal Sri Ram FCJ in Lee Kwan Woh supra, where Fullagar J said at p. 514 in the following
terms:

... every accused person is entitled to a trial in which the relevant law is correctly explained to the jury and the rules of
procedures and evidence are strictly followed. If there is any failure in any of these respects, and the appellant may
thereby have lost a chance which was fairly opened to him of being acquitted, there is, in the eye of the law, a
miscarriage of justice. Justice has miscarried in such cases, because the appellant has not had what the law says
that he shall have, and justice is justice according to law. (emphasis added).”

KESIMPULAN:

[32]Pihak pembelaan telah memfailkan hujahan bertulis mereka pada 28.4.2019 sebagaimana diarahkan
Mahkamah. Pada tarikh keputusan yang ditetapkan pada 5.5.2019, pihak pendakwaan telah memohon untuk
menarik balik permohonan untuk memanggil semula saksi SP4 bagi tujuan memeriksa balas saksi tersebut di
bawah sek.154 Akta Keterangan. Dengan demikian, Mahkamah tidak membuat sebarang perintah memandangkan
isu tersebut kini telah menjadi akademik.

End of Document

Alison Chan May Kam

You might also like