Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Perapat Laut Kudat


Peti Surat 319,
89058 Kudat, Sabah Tel : 088-622945
Fax : 088-614033
E-mel :

Rujukan: SKPLKDT/
Tarikh : 20 November 2023

Ibubapa/ Penjaga
Murid SK Perapat Laut, Kudat

Tuan/ Puan,

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP SK PERAPAT LAUT TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Dimaklumkan bahawa SK Perapat Laut akan mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform
Pengakap SK Perapat Laut Tahun 2023 seperti butiran ketetapan berikut;

Tarikh : 24 – 26 November 2023


Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat : SK Perapat Laut, Kudat

03. Sekiranya anak/ jagaan tuan/ puan berminat menyertai Pekhemahan Unit Beruniform ini,
mohon mengisi borang penyertaan dan kebenaran ibu bapa/ penjaga yang dilampirkan bersama –
sama surat ini. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan sebelum atau pada hari
pendaftaran perkhemahan. Bersama – sama ini juga dilampirkan barang – barang keperluan murid
sepanjang perkhemahan.

04. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Cg Amira, Penyelaras Unit Beruniform
Pengakap di talian 012-8341015. Kerjasama dan keprihatinan tuan/ puan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ROHANI BINTI OTHMAN)


Guru Besar
SK Perapat Laut,
Kudat
Senarai Barang Keperluan Perkhemahan Murid :

1. Berus gigi, ubat gigi, sabun dan tuala.


2. Pinggan, cawan, sudu dan garfu.
3. Botol air
4. Uniform Pengakap lengkap
5. T-shirt pengakap
6. Skaf Pengakap
7. Pakaian Sukan (3 Hari 2 Malam)
8. Pakaian Solat + sejadah
9. Kasut dan selipar
10. Stoking 3 pasang
11. Baju hujan/raincoat
12. Sleeping bag/ Alas tidur atau selimut
13. Buku Log Pengakap
14. Alat tulis
15. Lampu Suluh
16. Baldi dan Gayung

You might also like