FS Topik 4

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

KEHIDUPAN RASULULLAH ‫ﷺ‬

SEBELUM KERASULAN
1.Perkahwinan Dengan Saidatina Khadijah RA
2.Usaha membina Kaabah
3.Berkhulwah di Gua Hira’
1.Perkahwinan Dengan Saidatina Khadijah RA

Nama Penuh : Khadijah Binti Khuwailid


Menjalankan perniagaan
Mempunyai banyak harta
Mempunyai kedudukan termulia & kehormat
Menjadi kebiasaan buat beliau untuk menawarkan kepada peniaga-peniaga
untuk berniaga dengan hartanya (sebagai modal)
Khadijah mendengar cerita tentang keperibadian Rasulullah ‫ ﷺ‬dengan
keimanan, kebenaran pertuturan serta ketinggian akhlak mulia baginda
Menghantar Maisarah untuk berdagang bersama Baginda di Syam
Sekembali Rasulullah ‫ ﷺ‬dari Syam, Khadijah mendapati hartanya terjaga penuh
amanah dan berkat yang belum pernah dilihatnya.
Maisarah menceritakan kepadanya mengenai pembawaan Rasulullah ‫ ﷺ‬yang
lembut, sifat-sifat beliau yang mulia, ketajaman berpikir, perkataan yang jujur,
metode beliau yang amanah
Khadijah pun menyatakan perasaannya tersebut kepada sahabatnya yang
bernama Nafisah
Nafisah menemui Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan menceritakan tentang perasaan
Khadijah
Baginda memaklumkan persetujuannya kepada bapa-bapa saudaranya.
Bapa-bapa saudara Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬pergi menemui bapa-bapa saudara
Khadijah RA untuk meminang Khadijah RA untuk Baginda.
 Usia Khadijah – 40 tahun dan Baginda Rasulullah 25 tahun
Perkahwinan dengan Khadijah menunjukkan kejujuran
dan kemuliaan budi Rasulullah.

Tidak seperti pemuda2 lain yang seusia baginda


PENGAJARAN DAN pastinya akan mencari wanita yang muda untuk
RENUNGAN dikahwini sedang baginda setia bersama Khadijah
sehingga wafat pada usia 65 tahun (tidak terlintas
untuk mencari isteri lain taktala adat masyarakat Arab
ketika itu, berkahwin lebih dari satu adalah perkara
biasa.

Hal ini menafikan tuduhan orientalis terhadap isu


perkahwinan Rasulullah
Semua putra-putri Rasulullah ‫ ﷺ‬berasal dari rahim
Khadijah

Merupakan isteri pertama Baginda

KEUTAMAAN KHADIJAH Khadijah radhiallahu’anha juga merupakan wanita


paling mulia di zamannya secara mutlak.
RADHIALLAHU’ANHA Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

''Sebaik-baik wanita di alam semesta ada empat


orang. Mereka adalah Maryam binti Imran, Asiyah
binti Muzahim istri Firaun, Khadijah, dan Fatimah.
(HR Ahmad).

Khadijah sentiasa menyokong perjuangan dakwah


Islam dan banyak menginfakkan hartanya ke jalan
Islam

Sentiasa bersama rasulullah susah dan senang


2.Usaha membina Kaabah

Kerosakan kaabah akibat bencana banjir dan puak2 Quraisy ingin mendirikan
semual kaabah
Rasulullah ‫ ﷺ‬terlibat sama malah turut berusaha mengangkut batu-batuan
dengan tangan Baginda sendiri. Diriwayatkan umur Baginda ketika ini 35 tahun
Baginda menyelesaikan suatu persengketaan di kalangan Arab
Quraisy. Persengketaan itu berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan
semula Hajar Aswad (batu hitam )ke tempat asalnya, iaitu penjuru timur
Kaabah.Hajar Aswad ini terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.
Mereka bersepakat untuk melantik Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sebagai hakim.
Baginda terkenal dalam kalangan Arab Quraisy dengan gelaran al-amin
Arab Quraisy menghormati dan mempercayai Muhammad ‫ ﷺ‬dan menyanjung
tinggi akhlak Baginda
Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬juga terkenal dengan sifat bijaksana dalam menyelesaikan
masalah
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬telah meletakkan
Hajar Aswad di atas rentangan kain serban. Wakil setiap kabilah diminta
memegang setiap bahagian kain serban itu. Selepas itu Nabi Muhammad ‫ﷺ‬
meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya.Tindakan baginda itu
menyebabkan semua kabilah berpuas hati
3.Berkhulwah di Gua Hira’

Ketika Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬mencapai umur 40 tahun, Baginda gemar


mengasingkan diri untuk beribadah dan berkhulwah di Gua Hira’.
Selalunya amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam. Kadang-
kadang melampaui satu bulan.
Beginilah keadaan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬yang berulang alik di antara rumah
Baginda dan Gua Hira’ hinggalah datangnya wahyu pertama.
Nabi Muhammad Gemar Mengasingkan Diri Dan Beruzlah Di Gua
Hira’ Sebelum Pengutusan Baginda Sebagai Seorang Rasul
Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan sempurna sifat
keislamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlaq yang tinggi serta
peribadatan yang tidak putus-putus terhadap Allah tanpa cuba mengasingkan dirinya
untuk mencari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkan ia sampai
kepada hakikat keagungan ILAHI.
Ibrah dari jalan mengasingkan diri - Mengubati penyakit hati dan jauh dengan
suasana dunia yang sombong, bongkak, hasad-dengki, bermegah-megah dan
sukakan keduniaan
Mengalihkan pandangan manusia ke arah mencari titik- kelemahannya di hadapan
Allah Subhanahu Wata’ala seterusnya bertafakkur dan merenung terhadap bukti
kekuasaan Ilahi, Hari Akhirat dan mereka yang menginsafi tentang kewujudan Hari
Akhirat, rahmat dan balasannya.
PENGAJARAN DALAM KONTEKS PENDAKWAH MASA KINI

Beruzlah pada hari ini, tidaklah perlu untuk kembali ke gua atau mengasingkan
diri di kawasan pendalaman. Namun boleh lakukan di rumahnya sendiri seperti
bangun malam di kala manusia nyenyak tidur dan bersendirian dengan Allah
Subhanahuwata’ala; beriktikaf di masjid dan mendekatkan diri dengan Allah
Adalah digalakkan seorang penda’wah sering bersendiri dengan Allah
sehingga menumbuhkan rasa cintanya dengan Rabbnya.
Perasaan cinta inilah merupakan sumber pengorbanan, perjuangan dan asas
utama bagi kekuatan da’wah. Satu-satu jalan untuk menguatkan perasaan
cinta dengan Allah ialah dengan cara mendekatkan diri kepada-Nya,
beribadah, bertafakkur, berzikir dan memikirkan keagungan-Nya.

You might also like