Professional Documents
Culture Documents
MINIT MESYUARAT Bi KALI KE 4 (2021)
MINIT MESYUARAT Bi KALI KE 4 (2021)
MINIT MESYUARAT Bi KALI KE 4 (2021)
Hari : Khamis
Masa : 1.30
Kehadiran :
Agenda :
1) Ucapan pengerusi
2) Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu
3) Perkara Berbangkit
4) Pengurusan Profesional
i. KPM PerkasaKu
ii. PBD
iii. Unsur KBAT dalam PdPc
iv. PerancanganTahunan 2022/2023
5) Hal-hal Lain
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Cikgu Rahayu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada
Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali ke 4 untuk tahun 2021. Pengerusi mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang
tahun 2021.
3. Perkara Berbangkit
3.1 Kursus Semakan KSSR Tahun 5 telah selesai dan dikira sebagai PLC. Ketua Panitia telah
membuat laporan dan serahkan kepada Cikgu Faridah.
3.2 Pentaksiran Bilik Darjah akhir tahun (PBD) telah selesai dilaksanakan.
3.3 Rekod pengajaran cikgu hendaklah dibuat setiap hari. Cikgu dikehendaki membuat
rancangan pengajaran sebelum kelas bermula tidak boleh buat selepas kelas dijalankan
kerana ia akan mendatangkan masalah kepada cikgu-cikgu.
3.4 Semua guru telah dicerap oleh penilai masing-masing.
3.5 Semua ketua panitia telah pun menghantar perancangan strategik.
3.6 Tiada sebarang program khas yang dijalankan untuk Program Peningkatan
akademik, Cuma cara untuk menarik murid-murid untuk mengikuti kelas PdPR.
3.7 Program HIP juga tiada sebarang projek yang dijalankan. Segala kain rentang
juga telah dibuka diatas arahan.
3.8 Tentang penataran PBD, guru-guru dikehendaki menyediakan rekod transit dan
eviden.
3.9 PBPPP juga telah selesai dan keberhasilan juga telah dihantar.
Tindakan : Semua guru
4. Pengurusan Profesional
4.1 KPM PerkasaKu
4.1.1 Semua ketua panitia telah mendapat taklimat tentang penataran KPM PerkasaKu.
4.1.2 Pihak PPD telah memberi taklimat kepada ketua panitia melalui googlemeet.
4.1.3 Guru besar telah masukkan semua bahan tentang KPM PerkasaKu ke dalam
telegram rasmi sekolah.
4.1.4 KMP PerkasaKu ini ada satu program baru yang telah dilancarkan oleh Ketua
Pengarah Pendidikan iaitu Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum.
4.1.5 Tujuaan KPM PerkasaKu adalah untuk:
i. Mengurangkan jurang apa yang murid dapat semasa PdPR.
(Tiada peperiksaan yang setara)
ii. Fokus utama adalah PBD. PBD wajib dilaksanakan untuk
menilai murid. Tetapkan Tahap Penguasaan (TP) murid.
iii. Pelaksanaan CUP 2 – Catch Up Plan 2 bermula 3 Januari
2022 – 25 Februari 2022.
iv. M2P- Mampatan Pecutan Pengayaan.
v. KAK – Kandungan Asas Kurikulum.
vi. SumberKu- Bahan Sokongan PDP.
4.1.6 Dalam melaksanakan Catch Up Plan 2 ini semua guru dikehendaki mengetahui
tahap peguasaan murid kemudian menetapkan pendekatan PDP seperti bertema,
modular, projek, simulasi dan sebagainya.
4.1.7 Guru juga dikehendaki melakukan aktiviti sama ada pemulihan, pengukuhan atau
pengayaan mengikut tahap penguasaan murid.
4.1.8 Guru-guru dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya 70% KAK. Dan seterusnya
yang 30% lagi guru-guru dikehendaki membuat pecutan dan pengayaan.
4.1.9 Semua guru dikehendaki melengkapkan borang yang telah diberikan sebelum 3
Januari 2022.
4.1.10 Seterusnya ketua panitia dikehendaki membuat analisis tentang TP murid dan
menentukan pendekatan yang hendak di ajar kepada murid.
……………………………………………… …………………………….