Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

DAN LAIN-LAIN

1 Tajuk Minit Curai


2 Mesyuarat/ LDP Bengkel Kerja Inquiry-Based Science Education (IBSE) Fasa 4
Seminar/
Bengkel
3 Tarikh & Masa 19 November 2021 3:00-5:00 petang
4 Tempat Tempat Masing-masing (GM)
5 Nama Pegawai Tang Kui Hung
Pelapor
6 Pengawai yang Yii Hung Kiong, Tang Kui Hung, Ngu Yong Ming, Ting Hen Ang
hadir
7 Kandungan / Slot 1: Taklimat bengkel IBSE
Perkara yang  Sesi pengenalan ahli kumpulan.
dibincangkan  Perbincangan dalam kumpulan :
a. Berkenalan dengan rakan sekumpulan.
b. Pilih motto kumpulan.
c. Wakil kumpulan memasukkan motto kumpulan dengan menggunakan
aplikasi classpoint.
 Tujuan bengkel:
a. Memberi pendedahan kepada guru tentang pendekatan IBSE dalam
pengajaran Sains yang boleh diamalkan dalam bilik darjah.
b. Memberi guru pengalaman proses IBSE dalam pengajaran dan
pembelajaran.
c. Membangunkan strategi bagi perkembangan kemahiran berfikir.

- Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 1)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 2 : Pengenalan Kepada IBSE (Wong Siew Ching)


 Satu nama pendek bagi pendekatan sains yang menggunakan kaedah
pengajaran sains berasaskan inkuiri
 INKUIRI bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu
fenomena yang berlaku di sekeliling
 Murid melalui eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai
kesimpulan sendiri
 Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapat dikembangkan semasa
proses inkuiri
 Pembelajaran inkuiri menekankan murid memahami perkara / topik yang
dipelajari
 Murid bukan sahaja perlu memahami pengetahuan sains, malah perlu
mengaplikasikan proses dan amalan yang digunakan oleh saintis untuk
mencari jawapan kepada soalan sains.

Pautan bahan untuk Slot 2:


https://drive.google.com/drive/folders/
15SRrJC8quBHmkczHLv5kNOwtpZGXrqYv

Panduan melaksanakan tugasan:


1
1. Peserta dikehendaki membincang dalam kumpulan dan menjawab beberapa
soalan berikut:
i. Apakah yang anda faham tentang IBSE? Cuba nyatakan perkataan,
istilah atau frasa yang berkaitan dengan IBSE yang anda tahu.
ii. Adakah anda telah mengamalkan IBSE dalam pengajaran dan
pembelajaran anda? Jika ada, sila berikan contoh.
iii. Apakah aspek lain yang ingin anda tahu mengenai IBSE?

iv. Untuk soalan i dan iii peserta boleh isi maklumat dalam Carta K-W-
L, bahagian L, isi kemudian.
(Disediakan oleh ahli kumpulan 1,3,5,9&11)
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 2)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 3 : I know what Science is! (Wan Muhamad Zulfadli Bin Wan)

1. Membina penjelasan:
 Matlamat sains adalah untuk membina penjelasan bagi penyebab suatu
fenomena. Pelajar diharapkan dapat menggunakan bukti (evidence)
(sebagai contoh, pengukuran, pemerhatian, corak) untuk membina
penjelasan.
2. Melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti:
 Penghujahan (argumentation) adalah proses untuk mencapai persetujuan
mengenai penjelasan. Dalam sains, penaakulan dan penghujahan
berpandukan bukti sangat penting dalam mengenal pasti penjelasan yang
terbaik bagi suatu fenomena semula jadi.
 Pelajar diharapkan dapat (i) berhujah tentang penjelasan yang dibina, dan
(ii) mendengar, membanding, menilai idea pesaing dan seterusnya
menambah baik penjelasan.

Pautan bahan untuk Slot 3:


https://drive.google.com/drive/folders/1IQWCXD6S8zrJYe7lRLHF4kAoyaqb0yGY

Panduan melaksanakan tugasan:


1. Secara individu, peserta membaca perbualan empat orang pelajar dalam
Lampiran S2-1 dan menjawab dua soalan dalam Lampiran S2-1.
(Disediakan oleh ahli kumpulan 2,4,6&8)
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 3)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 4 : My Science Notebook (Wong Siew Ching)


 Setiap murid sains perlu mempunyai buku nota.
2
 Buku nota sains adalah agak tidak formal. Buku nota boleh disediakan
dalam pelbagai bentuk dan mengandungi pelbagai jenis aksara dan tulisan.
Murid bebas untuk menulis, melukis idea dan pemikiran mereka tanpa
sebarang format yang ditetapkan.
 Sepanjang sesi PdP, murid digalakkan untuk melihat kembali idea mereka
untuk tujuan pentaksiran kendiri terhadap perkembangan konseptual, dan
mencatatkan idea atau pemikiran yang baharu.
 Buku nota sains bukanlah setakat laporan makmal secara formal, tetapi ia
merupakan rekod menyeluruh tentang perkembangan dan pemahaman
konsep sains. Apabila membaca buku nota sains murid, guru dapat
mengenal pasti miskonsepsi murid dan mentaksir perkembangan dan
pemahaman murid. Ini membolehkan guru mengambil tindakan susulan
dengan segera.
1. Manfaat buku nota sains (My Science Notebook) kepada murid:
a. Dokumentasi: Rekod yang teratur
 Sains memberikan pengalaman autentik kepada murid untuk
membangunkan kemahiran dokumentasi.
 Murid mendokumentasikan pengalaman, data, dan idea atau
pemikiran mereka sepanjang penyiasatan.
 Murid membina jadual, graf, carta, lakaran, dan ilustrasi berlabel
untuk mewakili dan memaparkan data.
b. Dokumen rujukan
 Perbincangan mengenai sains dalam kalangan murid, atau antara
murid dan guru akan lebih bermakna apabila disokong oleh rekod
autentik dalam buku nota.
c. Berkomunikasi tentang maklumat dan idea
 Penyediaan buku nota sains memberi peluang kepada murid
berkomunikasi tentang data, maklumat, idea atau pemikiran mereka
menggunakan pelbagai cara seperti jadual, diagram, graf, model, dan
persamaan serta dalam teks.
d. Minds-on: Penglibatan kognitif
 Setelah data direkodkan dan disusun dengan cekap dalam buku
nota sains, murid dapat mentaksir data (seperti mengenal pasti ciri
dan pola signifikan dalam data, mengenal pasti hubungan linear
dan tak linear) dan membuat kesimpulan.
2. Manfaat buku nota sains (My Science Notebook) kepada guru:
a. Pentaksiran
 Guru boleh mentaksir kemahiran (seperti kemahiran menggunakan
lakaran/carta/jadual/graf untuk merekod data), pemahaman atau
miskonsepsi murid dan sebagainya.
b. Sebagai medium untuk memberi maklum balas
 Buku nota sains merupakan satu medium yang sangat baik untuk
memberikan maklum balas kepada murid tentang hasil kerja dan
pencapaian mereka. Murid dapat membaca komen atau maklum
balas guru yang ditulis pada nota pelekat bagi menambah baik
pencapaian atau hasil kerja mereka.

Pautan bahan untuk Slot 4:

3
https://drive.google.com/drive/folders/1LmYpLRsB-skSiGhGePthMIIGyZyDSQky

Panduan melaksanakan tugasan:


Rujuk Nota Slot 4-
a) Lampiran S3-1: Science Notebooks in Middle School (m/s 1-4)
b) Lampiran S3-2: Science Notebooks in Grade K-2 (m/s 1-6)
c) Lampiran S3-3: Science Notebooks in Grade 3-6 (m/s 1-6)

1. Peserta dikehendaki membincang dalam kumpulan dan menjawab beberapa


soalan berikut:
Pada pendapat anda, apakah isi kandungan yang perlu ada dalam sesebuah
buku nota sains? Bagaimanakah format buku nota sains?
ii. Apakah manfaat buku nota sains (My Science Notebook) kepada murid dan
guru?
(Disediakan oleh ahli kumpulan 1,3,5,9&11)
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 4)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 5 : Raising Questions (Bertanya Soalan Seperti Saintis)


(Wan Muhamad Zulfadli Bin Wan)

 Semua inkuiri bermula dengan soalan.


 Terdapat banyak kemahiran inkuiri sains yang penting seperti
mengemukakan soalan, membuat ramalan, merancang penyiasatan,
menganalisis data dan menyokong pernyataan dengan bukti. Salah satu
kemahiran asas adalah ‘mengemukakan soalan’.
 Mengemukakan soalan: satu amalan sains ialah mengemukakan soalan dan
memurnikan soalan yang membawa kepada penghuraian dan penjelasan
tentang kejadian sesuatu fenomena semulajadi dan yang boleh diuji secara
empirikal. Soalan kejuruteraan pula memperjelaskan masalah bagi
menentukan kriteria bagi penyelesaian yang berjaya dan mengenal pasti
kekangan yang dihadapi.
 Soalan yang dimaksudkan adalah soalan saintifik dan ia boleh timbul melalui
pelbagai cara. Antaranya, didorong oleh rasa ingin tahu terhadap alam,
diinspirasikan oleh ramalan tentang model, teori atau dapatan penyiasatan
lepas ataupun dirangsang oleh keinginan untuk menyelesaikan masalah.
 Murid yang berada di mana-mana tahap persekolahan sepatutnya mampu
mengemukakan soalan tentang teks yang dibaca, ciri-ciri bagi fenomena yang
diperhatikan dan kesimpulan yang dibuat daripada model dan penyiasatan
saintifik mereka (National Research Council, 2012).

Pautan bahan untuk Slot 5:


https://drive.google.com/drive/folders/17YRllby-OirzlonAjRNc-qdIoGGIATU6

Panduan melaksanakan tugasan:


1. Laksanakan Aktiviti: Cartesian Diver. (Rujuk Nota Slot 5 yang diberikan)
4
2. Rakamkan video / mengambil gambar untuk mana-mana proses yang
ingin dikongsikan pada 16 Ogos 2021.
(Disediakan oleh ahli kumpulan 7&10)

 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 5)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 6 : Changing Non-investigable Questions to Investigable Questions


(Menukarkan Soalan yang Tidak Dapat Diuji kepada Soalan
yang Dapat Diuji) (Wong Siew Ching)
Panduan melaksanakan tugasan:

1. Pembentangan (Powerpoint):
i. Berikan contoh soalan-soalan boleh disiasat dan tidak boleh disiasat.
(sekurang- kurangnya 5 soalan bagi soalan yang boleh disiasat dan 5
soalan bagi soalan yang tidak boleh disiasat)
ii. Cadangkan : Bagaimana menukarkan soalan tidak boleh disiasat kepada
soalan boleh disiasat dengan menggunakan kaedah “variable scan”.
(Disediakan oleh ahli kumpulan 2,4,6&8)
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 6)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 7 : Modeling 1 (Safuan Bin Che Sulaiman)


 Pemodelan sebagai proses utama dalam pembelajaran sains.
 Tujuan utama penggunaan model di bilik darjah:
a. Menunjukkan sesuatu fenomena fizikal kepada murid
b. Membantu murid mengingat atau mengukuhkan idea yang dikemukakan
di dalam kelas
c. Mentaksir idea murid
d. Mengembangkan idea dan membuat menaakul
 Di peringkat Tahap 1 sekolah rendah, pemodelan dapat diperkenalkan dengan
menggunakan gambar, gambarajah, lakaran, model fizikal seperti kapal
terbang atau kereta.
 Di dalam kelas sains, guru-guru sangatlah digalakkan mengguna model bagi
menjelaskan konsep sains.
 Model-model mestilah antara lain mempunyai ciri-ciri menjelas atau/ dan
meramal sesuatu system/fenomena seperti yang diutarakan oleh Gilbert
(2004).
 Sebaliknya pula, model ini dibangunkan oleh murid-murid sendiri kerana ini
bertepatan dengan proses inkuiri yang ingin diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran sains terkini.
Pautan bahan untuk Slot 7:
https://drive.google.com/drive/folders/1OnRPVvP7b3LXQdFQoFtSvrqgf1sIc3kT

Panduan melaksanakan tugasan:


1. Lakarkan gambar rajah yang mewakili proses kitaran air.

5
2. Bina model kitaran air yang digambarkan dengan menggunakan bahan-
bahan seperti bekas (apa-apa bekas lutsinar yang sesuai seperti bikar, besen,
baldi dll) , air, tanah, plastik lutsinar , gelang getah dan ais.
3. Persembahkan hasil tugasan anda dengan menerangkan langkah-langkah
dalam pelbagai bentuk seperti bentuk gambar.
(Disediakan oleh ahli kumpulan 2,4,6&8)
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 7)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 8 : Experimentation (Menjalankan eksperimen)


(Wan Muhamad Zulfadli Bin Wan)
 Eksperimen adalah teras penyiasatan di bilik darjah sains dan sesuai
digunakan dalam mana-mana aras inkuiri.
 Eksperimen merupakan salah satu protokol yang penting dalam
pembelajaran sains secara inkuiri.
 Aktiviti menjalankan eksperimen dapat digunapakai dalam keempat-empat
aras inkuiri mengikut tahap penguasaan kemahiran saintifik murid.
 Penglibatan dalam menjalankan eksperimen membantu membangunkan
pemikiran saintifik murid. Murid berpeluang untuk berfikir dan memahami
fenomena yang berlaku di sekeliling mereka dan bukannya sekadar
menghafal fakta mengenainya.
 Eksperimen juga memberi peluang kepada murid untuk menemui idea dan
pengetahuan baharu secara sendiri.
 Menurut Bruner (1997), jika pelajar menemui pengetahuan dan hubungan
antara pengetahuan-pengetahuan itu secara sendiri, maka mereka akan
memperoleh pemahaman yang lebih mendalam.
 Semasa menjalankan eksperimen, murid sering mendapat peluang untuk
memanipulasi objek, menguji hipotesis, dan bekerjasama untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau membuktikan sesuatu fenomena yang
menarik.

Pautan bahan untuk Slot 8:


https://drive.google.com/drive/folders/1GQ_55_bwX-0GBU5ERcYzz_wXXJnRzXAy

Panduan melaksanakan tugasan:


1. Cuba hasilkan / buat catapult dan uji lari, variable mana yg paling sesuai
dimanipulasi untuk mendapat lontaran objek paling jauh. (Boleh juga cuba,
variable mana yang paling sesuai dimanipulasi untuk mendapat lontaran /
melontar objek tepat pada sasaran).
2. Rakam proses-proses penghasilan dan sesi cuba lari catapult anda, untuk
dikongsikan dalam perjumpaan pada 17 Ogos 2021
(Disediakan oleh ahli kumpulan 5&9)
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 8)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 9 : Document-based research (Wong Siew Ching)


6
 Murid perlu diberi peluang untuk mendapatkan dan menilai maklumat.
 Murid berkomunikasi tentang maklumat, bukti dan idea dengan pelbagai cara
menggunakan jadual, graf, model, persembahan interaktif dan persamaan, serta
secara lisan, dalam bentuk tulisan/teks dan melalui perbincangan.
 Murid membina penjelasan dan mereka bentuk penyelesaian.
 Murid mampu melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti serta
berupaya mengkritik dan berkomunikasi tentang sesuatu idea secara individu
dan secara kumpulan.

Pautan bahan untuk Slot 9:


https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/
1oekW0ndtiPqWvjce_l_ywOGkPZ6QtWK6/1Cwn0t_5Bjy1XyfQpihoO4b5
XYvBlsovS?usp=sharing&sort=13&direction=a

Panduan melaksanakan tugasan:


1. Peserta membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri benda hidup dalam Lampiran
S7-1a dan 1b.
2. Peserta berbincang bersama ahli kumpulan untuk menghasilkan satu sistem
pengelasan yang sesuai untuk mengelaskan benda hidup tersebut dalam
kumpulan.
(Disediakan oleh ahli kumpulan 2,4,6,7,8,10&11)
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 9)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 10: Modelling 2 (Safuan Bin Che Sulaiman)

Pautan bahan untuk Slot 10:


https://drive.google.com/drive/folders/
1ZIupUM51s8vDU5zsSEVfhukuzz_Hcfpw?sort=13&direction=a

Panduan melaksanakan tugasan:


1. Lakarkan kedudukan dan saiz planet- planet di dalam sistem suria kita.
2. Bina model kedudukan dan saiz planet- planet di dalam sistem suria kita
dengan menggunakan bahan seperti plastisin dan pembaris.
3. Persembahankan hasil kerja anda dalam perbagai bentuk seperti bentuk
gambar, persembahan PowerPoint atau video.
(Disediakan oleh ahli kumpulan 1,6,7&11)
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 10)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 11: Projek interdisiplin (Safuan Bin Che Sulaiman)


Tujuan :
Mengkaji hubungan di antara saiz belon ditiup dengan jarak kereta belon
bergerak.

Hipotesis:
7
Semakin besar saiz belon ditiup, semakin jauh jarak kereta belon bergerak.

Pautan bahan untuk Slot 11:


https://drive.google.com/drive/folders/
10rjocpS2ylsrNQSLM2d3VgCiMuWg7kwz?sort=13&direction=a

Panduan melaksanakan tugasan:


1. Bina sebuah kereta belon(prototype) yang boleh bergerak dengan secara
kelajuan maksimun. Bahan-bahan yang digunakan ialah:
i. Botol mineral 1.5 liter
ii. 4 penutup botol minuman,
iii. Penyedut minuman
iv. Lidi
v. Gelang getah
vi. Belon
vii. Gunting, pisau, selotep, gam dll.
2. Uji prototype anda dan rekodkan masa pergerakan kereta belon anda.
3. Anda boleh merakamkan video utk digunakan sebagai persembahan untuk
dikongsikan kepada peserta yg lain.
(Disediakan oleh ahli kumpulan 2,3,4&5)
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 11)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 12 : Tools for Enhancing Inquiry (Wan Muhamad Zulfadli Bin Wan)
Pautan bahan untuk slot 12:
https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/
1oekW0ndtiPqWvjce_l_ywOGkPZ6QtWK6/1JdJNzS0nQUsgiA5VxuSHheDZTIN
Db1gr?usp=sharing&sort=13&direction=a

Panduan melaksanakan tugasan:


1. Setiap kumpulan yang ditugaskan akan diberikan satu Nota berkaitan Alat
Diagnostik untuk Penyelia dan satu Nota berkaitan Alat Refleksi Kendiri
untuk Guru.
2. Peserta diminta untuk mengenalpasti kriteria kedua-dua alat tersebut dan
melengkapkan perkara di dalam Lampiran 13-1 yang dibekalkan.
3. Persembahan hasil dapatan dari kumpulan 6,7,8 & 9.
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh setiap kumpulan. (slot 12)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 13: Many levels of inquiry (Safuan Bin Che Sulaiman)


Pengenalan:
- Empat aras inkuiri berfokus kepada setakat mana maklumat dan
bimbingan diberi kepada murid.
- Pelbagai aras inkuiri memberi peluang kepada murid pelbagai aras untuk
memperoleh ilmu, membina kefahaman dari pengalaman dan penemuan
masing-masing.

8
- Memerlukan masa dan berlaku secara berperingkat.

Empat Aras Inkuiri:


Menurut Banchi dan Bell (2008), aras inkuiri dibezakan dari segi amaun
maklumat dan bimbingan yang diberi oleh guru.
1. Aras inkuiri pengesahan (confirmation inquiry)
2. Aras inkuiri berstruktur (structured inquiry)
3. Aras inkuiri terbimbing (guided inquiry)
4. Aras inkuiri terbuka (open inquiry)

Pautan bahan untuk slot 13:


https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/
1oekW0ndtiPqWvjce_l_ywOGkPZ6QtWK6/1sz8DFcvSgTm4yOxgF1-U4mvgKAXvcn4_?
usp=sharing&sort=13&direction=a

Slot 14: Pentaksiran dalam IBSE ( Muhammad Nurfirdaus Narawi )


Pautan bahan untuk slot 14:
https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1oekW0ndtiPqWvjce_l_ywOGkP
Z6QtWK6/13CQKJfV4qtC51MVZ8L4ejJR3dxun4N1m?
usp=sharing&sort=13&direction=a

Panduan melaksanakan tugasan:


Objektif: Mengkaji artikel untuk mendapatkan maklumat berkenaan
perlaksanaan pentaksiran IBSE dalam bilik darjah
1. Peserta dibahagi kepada 4 kumpulan, setiap
i. kumpulan mencari maklumat tentang tajuk yang diberi melalui bacaan
artikel Assessment in the Inquiry Classroom (Lampiran S14-1) (Slaid 7)
2. Tajuk mengikut kumpulan:
• Kumpulan 1: Summaries on what, how, why to assess
• Kumpulan 2: Observing students at work and Asking questions
• Kumpulan 3: Looking closely at products andSpecial tasks
• Kumpulan 4: Giving feedback to students
3. Perbincangan dalam kumpulan dan membuat persediaan pembentangan hasil
perbincangan.
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh kumpulan 1, 2, 3 & 4. (slot 14)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 15 : Teachers’ Questions ( Muhammad Nurfirdaus Narawi )


Objectives of this session:
1. To understand the different types of productive questions
2. To apply the knowledge in leading students’ inquiry.
Engagement:
1. Why do teachers ask questions?
2. List down a few questions that you often ask in class and state their

9
purpose.

Why teachers’ questions are important in an IBSE classroom?


When the questions are posed effectively
1. they direct students’ learning
2. they stimulate students to actively construct their knowledge.
Exploration:
What are productive questions?
- Attention-focusing Q
- Comparison Q
- Measuring and counting Q
- Problem-posing Q
- Action Q
- Reasoning Q
Exploration:Individual Work

Exploration:Group Work
- In your group discuss your answers.

Elaboration: Group work


 In your group, model a short lesson.
Try to apply what you have learnt.

Pautan untuk bahan slot 15:


https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1oekW0ndtiPqWvjce_l_ywOGkP
Z6QtWK6/1rB76P9J9EjxCyEZXikHUoZkzaWOXknRI?
usp=sharing&sort=13&direction=a

Panduan melaksanakan tugasan:


Watch the video (https://www.youtube.com/watch?v=a5JHykMtH0E ). Write
down the questions asked by the teacher. Categorise the questions into the
following groups.
1. Attention focusing question
2. Measuring and counting
3. Comparison question
4. Action question
5. Problem posing question
6. Reasoning question
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh kumpulan 1,2, 3 & 4. (slot 15)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij
Slot 16: Video Analysis( Muhammad Nurfirdaus Narawi )
Objectives of this session:
- Menganalisis rakaman video kelas untuk mengenal pasti aspek-aspek ini
dalam IBSE
 Prasyarat dan persekitaran pembelajaran di kelas.
 Peranan seorang guru
1
0
 Pengalaman murid
- Berkongsi pandangan dan kekuatan umum mengenai IBSE sebagai
perbandingan antara rakaman video kelas luar negeri dan tempatan

Pautan untuk slot 16:


https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/
1oekW0ndtiPqWvjce_l_ywOGkPZ6QtWK6/1eZimq6PJqOjI2rEq9Z8zQy23
Xpxi3YBG?usp=sharing&sort=13&direction=a

Panduan melaksanakan tugasan:


1. Semasa menonton video mimi souris, kenal pasti fasa-fasa aktiviti yang
dilaksanakan oleh murid (pengalaman murid). Catat nota secara individu.
2. Fasilitator dan peserta membincangkan fasa-fasa aktiviti yang dilaksanakan
oleh murid.
3. Tonton 2 video yang lain iaitu:
a. La circulation et la respiration b. L’objet poisson
4. Semasa menonton video, fokus / analisis aspek-aspek berikut:
a. Prasyarat dan persekitaran pembelajaran di bilik darjah
b. Peranan guru dalam proses pembelajaran
c. Aktiviti yang dilaksanakan oleh murid (pengalaman murid)
5. Analisis video tersebut (berdasarkan senarai semak), kenal pasti kekuatan,
kelemahan dan sebagainya.
6. Fasilitator dan peserta berbincang tentang aspek pedagogi penting yang perlu
dipertimbangkan oleh guru dalam pelaksanaan IBSE (rujuk Harlen, 2012).
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh kumpulan 5,6,7 & 10. (slot 16)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 17: Backward design & Inquiry-based Instructional Models


( Muhammad Nurfirdaus Narawi )
Amalan IBSE dalam Bilik Darjah:
Model Instruksi Berasaskan Inkuiri, Backward Design dan Rancangan
Pembelajaran

Latar Belakang Backward Design:


Backward Design mempunyai 3 peringkat :
 Peringkat 1: Mengenalpasti hasil pembelajaran yang ingin dicapai
 Peringkat 2: Menentukan penilaian dan bukti pentaksiran
 Peringkat 3: Merancang pembelajaran dan instruksi

Pautan untuk slot 17:


https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1oekW0ndtiPqWvjce_l_ywOGkP
Z6QtWK6/1HVpQUSFLuDep8nkm_9M3JL7yh7KJFho2?
usp=sharing&sort=13&direction=a
Panduan melaksanakan tugasan:
Round 1: Focus Groups
Kumpulan 8: Kaji fasa-fasa dalam model instruksi 5E
Kumpulan 9: Kaji fasa-fasa dalam model instruksi 7E
Kumpulan 10: Kaji Needham’s Five Phase Constructivist Model
Kumpulan 11: Bandingkan model instruksi 5E dan Needham’s Five Phase
1
1
Constructivist Mode
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh kumpulan 8,9,10 & 11. (slot 17)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 18: Lesson Planning (Wong Siew Ching)


Pautan untuk slot 18:
https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1oekW0ndtiPqWvjce_l_ywOGkP
Z6QtWK6/1HVpQUSFLuDep8nkm_9M3JL7yh7KJFho2?
usp=sharing&sort=13&direction=a

Panduan melaksanakan tugasan:


Anda dikehendaki menyediakan Rancangan Pembelajaran (Learning Plan)
mengikut model instruksi 5E atau 7E dalam kumpulan. Anda dikehendaki
membuat pembentangan hasil kerja anda dalam Word atau powerpoint.
(Kumpulan 8, 9, 10,11)
 Guru-guru boleh merujuk link di bawah untuk melihat hasil kerja yang telah
disediakan oleh kumpulan 8,9,10 & 11. (slot 18)
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Slot 19: Bahan Sumber IBSE (Wan Muhamad Zulfadli Bin Wan)
Objektif slot ini:
1. Memahirkan guru-guru mencari bahan sumber IBSE.
2. Membudayakan perkongsian dan menyebarluaskan bahan sumber IBSE
secara berkolaborasi.
Organisasi (dalam talian)
1. Fondation La main à la pâte
Pautan: https://www.fondation-lamap.org/en/international-resources
- Untuk meningkatkan kualiti pengajaran sains dan teknologi di sekolah
rendah dan menengah.
- memberi perkembangan professional kepada guru-guru dengan
memudahcarakan guru-guru dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan
inkuiri.
- menghasilkan dan menyebarluaskan bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran.
- membangunkan kerjasama antarabangsa dalam pengajaran sains.
2. Next Generation Science Standard@National Science Teaching
Association (NGSS@NSTA)
Pautan: https://ngss.nsta.org/Default.aspx
- membekalkan pelbagai contoh bahan sumber IBSE untuk bidang-bidang
Sains Hidup, Sains Bumi dan Angkasa, Sains Fizikal, Kejuruteraan,
Teknologi dan Sains Gunaan untuk pelbagai peringkat persekolahan.
3. STEM Curriculum for K-12 – Teach Engineering
Pautan: https://www.teachengineering.org/
- mengandungi pelbagai contoh aktiviti pengintegrasian elemen
kejuruteraan ke dalam pengajaran dan pembelajaran STEM dengan
memberi penekanan kepada Engineering Design Process
Buku (dalam talian)

1
2
1. The National Academies Press
Pautan: https://www.nap.edu/
- Boleh dapatkan buku dalam bentuk PDF secara percuma. Contohnya,
buku berjudul Inquiry and the National Science Education Standards: A
Guide for Teaching and Learning (2000) boleh dimuat turun teks
penuhnya dari laman sesawang tersebut.
- Boleh Download As A Guest dengan klik pada “Yes, I accept the terms of
use” dan memberi maklumat emel anda yang sah.
Artikel (dalam talian)
1. Menggunakan Google Scholar untuk mencari artikel jurnal teks penuh yang
boleh dimuat turun secara percuma dalam bentuk [PDF], [HTML] dan
[DOC]
i. Taip Google Scholar dalam Google Search Engine.
ii. ii. Cuba taip “Inquiry Based Science Education” dalam Google Scholar
search bar dan kemudiannya tekan pada search.
iii. Semua artikel / jurnal / buku yang berkaitan dengan IBSE yang
diterbitkan pada bila-bila masa (Any time) akan dipaparkan.
Iv iv. Anda boleh menggunakan Advanced Search supaya pencarian anda
adalah lebih tepat.
Video (dalam talian)
- Youtube merupakan satu tapak yang mudah diakses untuk contoh-contoh
aktiviti IBSE.
- Video dalam Youtube dapat dimuat turun dengan senang (jika perlu) secara
dalam talian dengan menggunakan online Youtube Downloader seperti
y2mate.com.
- Paste pautan tersebut pada y2mate.com dan tekan pada start. Anda juga
boleh pilih jenis kualiti video yang ingin dimuat turun.

Pautan bahan untuk slot 19:


https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/
1oekW0ndtiPqWvjce_l_ywOGkPZ6QtWK6/1BTw9ZTcRk3YwkGV96t-
LtlMGWyMgEaYu?usp=sharing&sort=13&direction=a

Objektif slot ini:


3. Memahirkan guru-guru mencari bahan sumber IBSE.
4. Membudayakan perkongsian dan menyebarluaskan bahan sumber IBSE
secara berkolaborasi.

Dikongsikan bot telegram yg mengandungi kesemua bahan berkenaan bengkel


ibse. Sila tekan link dibawah:
https://t.me/bahan_ibse_bot

8 Tindakan Untuk makluman semua guru melalui WhatsApp group Panitia Sains dan
Sekolah menjalankan LDP kepda guru Sains.
(terutamanya
peringkat
pentadbir
sekolah)

1
3
Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________ ____________________
Nama : TANG KUI HUNG Nama : TING CHIEW FENG
Jawatan: Ketua Panitia Sains Jawatan: GURU BESAR
Tarikh : Tarikh :

LAMPIRAN:

1
4
https://padlet.com/g79306579/cf34dk69xe537zij

Dokumentasi Bergambar semasa LDP

1
5

You might also like