Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Dunia kini sedang mengalami era globalisasi yang semakin memuncak.

Keadaan ini telah


menimbulkan pelbagai cabaran kepada negara Malaysia. Demi mewujudkan negara yang
maju dari semua bidang pendidikan harus ditikberatkan dan diletakkan sebagai tangga
pertama untuk dipertingkatkan. Ini adalah kerana Pendidikan merupakan mekanisme asas
yang akan membantu meningkatkan pembangunan negara dalam semua sektor agar dapat
bersaing di peringkat antarabangsa. Jadi, semua pihak harus menumpukkan perhatian serius
dalam bidang Pendidikan bagi mengangkat status Malaysia dalam dunia Pendidikan bertaraf
dunia.

Maka saya bersetuju dengan pernyataan yang dibincangkan di atas iaitu kualiti
Pendidikan di Malaysia berada dalam zon bahaya daripada isu hutang isi rumah. Ini adalah
kerana pelbagai cabaran dan halangan yang mencabar kualiti Pendidikan Malaysia. Cabaran
system Pendidikan boleh dilihat dari pelbagai sudut perspektif iaitu individu dan sesuatu
organisasi. Kedua-dua sudut ini jika diperbetulkan akan dapat merealisasikan Hasrat negara
bagi meletakkan kualiti Pendidikan Malaysia sepertinga teratas di peringkat antarabangsa.

Kelemahan para guru merupakan salah satu daripada cabaran individu dalam
menaikkan kualiti Pendidikan Malaysia. System Pendidikan Malaysia amat sinonim dengan
peranan seorang guru bagi menggerakkan Pelan Pembangunan Pendidikan.

“Teachers are the most valuable resource available in schools, and low-performing students
need qualified teachers to help them to improve. PISA finds that low performers in
matemathics are more likely than students who perform at or above baseline Level 2 to
attend school that suffer from lack qualified teachers” (Organisation for Economic Co-
operation and Development (OECD), 2016, ms.160).

Kemahiran seorang guru terletak pada pendekatan pedagogi yang bersesuaian dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang jitu
merupakan ciri guru berkualiti. Bidang pertama dalam kecemerlangan pendidikan adalah
kualiti guru. Namun demikian, kelemahan seorang guru dapat dilihat apabila berusaha untuk
menghabiskan sukatan semata-mata daripada memperkembangan bakat murid. Guru
sepatutnya menjadi seorang pembimbing dan bukan seperti spoon feeding yang hanya
memberi impak sifat kebergantungan dalam diri pelajar.

Selain daripada itu, isu guru bukan opsyen yang mengajar matapelajaran Matematik
dan Sains juga merupakan cabaran dalam sistem pendidikan berkualiti. Kajian membuktikan
guru-guru yang berpengalaman dalam matapelajaran Matematik dan Sains lebih
berpengatahuan tinggi isi kandungan pedagogi berbanding yang sebaliknya. Apabila perkara
ini berlanjutan, maka dapat dilihat secara jelas pencapaian pentaksiran antarabangsa di
Malaysia akan terus berada di ambang kemerosotan yang kritikal kerana kajian ada
mengatakan bahawa 60 peratus daripada bilangan guru pada masa ini akan kekal mengajar
pada 20 tahun akan datang.

Sistem pendidikan Malaysia juga berhadapan dengan cabaran perbezaan gender


pelajar dari aspek pemikiran dan sikap khususnya. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013)
menunjukkan bahawa jurang prestasi antara gender melebar dan signifikan meningkat. Hal
demikian disebabkan pemikiran terhadap pembelajaran. Perbezaan gender dari aspek
pembelajaran mempengaruhi prestasi seseorang individu. Purata OECD juga mencatatkan
murid lelaki kebanyakkan memperolehi tahap pencapaian rendah dalam Matematik dan Sains
berbanding perempuan.

Cabaran sistem pendidikan Malaysia dalam merealisasikan hasrat sepertiga teratas


juga berakar umbi daripada status sosioekonomi pelajar. Taburan populasi muri yang
menerima bantuan KWAPM membuktikan pernyataan tersebut. Pelajar yang berprestasi
lemah dalam pendidikan berlatarbelakangkan pendapatan keluarga yang rendah. Rentetan itu,
ibubapa sukar menyediakan keperluan kewangan untuk tujuan pendidikan. Jadi,
sosioekonomi pelajar amat berhubungkait dengan prestasi pendidikan masing-masing. Kesan
daripada jurang status sosioekonomi akan merencatkan hasrat kita untuk mencapai kualiti
pendidikan bertaraf antarabangsa.

Secara kesimpulan, walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam meningkatkan kualiti


pendidikan Malaysia bertaraf dunia namun setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaian.
Perubahan sistem pendidikan sesebuah negara tidak harus melebihi kualiti seseorang guru.
Kualiti guru pula akan memberi suatu keberhasilan terhadap pelajar dalam pendidikan. Usaha
meningkatkan tahap keberhasilan dalam diri pelajar hendaklah disertakan komitmen padu
kalangan masyarakat khususnya ibu bapa. Manakala, kekurangan infrastruktur sesebuah
sekolah juga hendaklah dinaik taraf agar tidak menjadi kekangan terhadap guru dan pelajar
dalam merealisasikan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.

Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu berada di landasan menongkah
cabaran tersebut. Sekiranya cabaran-cabaran tidak ditangani, sistem pendidikan Malaysia
akan menerima impak negatif dalam jangka masa panjang. Maka, hasrat negara untuk
menduduki sepertiga teratas akan terbantut kerana tiada gemblengan semua pihak dan
langkah proaktif yang dititikberatkan. Tahap ketersediaan semua pihak harus ditingkatkan
mengikut peredaran zaman globalisasi yang kian mencabar pada alaf ke-21.

You might also like