Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PANDUAN WARNA:

KUNING = Kaedah pemerengganan


MERAH = kesalahan kata
BIRU = Kesalahan ejaan
HIJAU = Kesalahan imbuhan
BERGARIS = kesalahan struktur

Pada awal abad ke-10 Semenanjung Tanah Melayu menjadi tumpuan negara lain sebagai pusat
berdagang. Hal ini berlaku kerana negara tersebut mempunyai banyak sumber-sumber dan
barang-barang yang boleh didagang ke seluruh negara. Kita dapat lihat bahawa sebelum
Malaysia memperoleh kemerdekaan lagi negara tersebut menjadi tumpuan seluruh dunia
disebabkan oleh sumber-sumber yang terdapat di Malaysia. Kini, Malaysia dianggap sebagai
bumi bertuah orang asing. Bumi bertuah bermaksud negara yang dapat mengahasilkan
(mempunyai) banyak perkara seperti sumber alam, ekonomi, tarikan pelancong dan sebagainya.
Akan tetapi, apakah yang perkara yang membuatkan negara Malaysia sebagai bumi bertuah
orang asing?

Antaranya ialah Malaysia mempunyai sektor ekonomi yang pesat dan memberi (memberikan)
banyak peluang pekerjaan kepada orang asing. Dari sektor perdangangan hingglah ke sektor
perubatan Malaysia memberi banyak inspirasi kepada warga asing untuk bekerja di Malaysia.
Sebagai contoh, Malaysia merupakan antara negara yang membekalkan bahan petroleum yang
tertinggi kepada seluruh negara dan ia menjadi sumber ekonomi kepada bumi bertuah tersebut
(ini). Maka, warga asing menjadi giat untuk memperoleh sumber utama Malaysia dengan
berdagang dengan negara tersebut. Malah, ia juga dapat meningkatkan ekonomi negara
Malaysia. Dengan keadaan sedemikian, Malaysia menjadi negara tarikan kepada warga asing
untuk bekerja di Malaysia.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai sumber alam semula jadi yang menjadi tarikan warga asing
untuk mengkaji dan menghargai sumber tersebut. Hal ini terjadi kerana (hal ini demikian
kerana(LEBIH SESUAI)) Malaysia mempunyai hutan-hutan yang mempunyai banyak hidupan
yamg masih belum diterokai dan sentiasa akan menghasilkan sumber maklumat hidupan flora
dan fauna yang baru kepada warga asing. Seperti yang kita maklum, menurut kajian barat
mengatakan bahawa setiap hari para pengkaji hidupan flora dan fauna di Malaysia menjumpai
maklumat baharu di hutan yang terdapat di Malaysia terutamanya hutan-hutan di Sabah dan
Sarawak. Selain itu, sumber semula jadi seperti air terjun, pantai, bukit dan gunung di Malaysia
menjadi tarikan pelancong untuk melawat di Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa sumber
alam semula jadi di Malaysia manjadi punca warga asing tertarik dengan negara Malaysia.

Kesimpulannya, jelas sekali bahawa Malaysia merupakan bumi bertuah bagi warga asing
dan kita sebagai warga Malaysia seharusnya rasa bersyukur dengan perspektif orang asing
terhadap negara kita. Selain itu, kita juga harus menggunakan peluang yang terdapat di negara
sendiri dengan sebaik mungkin bak kata pepatah yang dikejar tidak dapat, yang dikendong
berciciran. Maksudnya, kita tidak seharusnya meninggalkan peluang yang terdapat di negara kita
sendiri dan tidak mengejar apa yang terdapat di negara lain. Kita juga tidak sewajarnya
membiarkan orang asing mengawal sumber ekonomi negara kita.

You might also like