Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

FORMAT PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

BAHAGIAN PROSES/PENJELASAN

MUKA HADAPAN Muka hadapan (kulit) laporan perlu mengandungi:


i.Nama sekolah dengan alamat penuh dan lengkap.
ii.Nama penuh penyelidik/kumpulan, nombor telefon.
iii.Tajuk kajian hendaklah sama dengan kertas cadangan yang telah
dihantar ke PPD.
Iv.Skop kajian (PdPc/mata pelajaran/HEM/pentadbiran/Koko)

ISI KANDUNGAN Mengandungi senarai isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk.

PENGHARGAAN Mengandungi penghargaan kepada pihak yang membantu melaksanakan


kajian serta menyiapkan laporan.

ABSTRAK Abstrak memberi maklumat umum/penting kepada pembaca tentang


apa yang dikaji tanpa membaca keseluruhan laporan kajian terlebih
dahulu.

a.Abstrak hendaklah :
i.Ditulis dalam satu perenggan sahaja dan tidak melebihi satu muka
surat (100-200 patah perkataan).
ii.Menggunakan Font 12: Arial/Times New Roman/Italic/double
spacing.

b.Abstrak hendaklah mengandungi :


i.Tujuan
ii.Kumpulan sasaran
iii.Fokus kajian
iv.Tinjauan awal
v.Pelaksanaan kajian
vi.Dapatan

1.0 REFLEKSI Refleksi merupakan muhasabah diri untuk menilai kembali pengajaran
PENGAJARAN DAN yang lalu.
PEMBELAJARAN LALU
(PdPc) a.Tema/masalah/isi keperihatinan yang telah dikenal pasti melalui 4
perkara utama dalam PdPc lalu:
* Guru
* Murid
* Isi kandungan
* Persekitaran
b.Refleksi pengalaman PdPc yang lalu.

c.Kaitkan pengalaman PdPc yang telah dikenal pasti supaya masalah


menjadi jelas.
d.Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan
peperiksaan, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan
untuk membantu penyelidik mengingat kembali apa-apa yang telah
dilaksanakan/berlaku.

e.Terjemah refleksi secara bertulis

2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian merupakan fokus yang menjadi masalah atau isu. Proses
menentukan fokus kajian ialah:
a.Tentukan tema/masalah kajian.
b.Rumusan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdPc lalu.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Meliputi :


a.Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan khusus.
b.Hendaklah berkaitan dengan masalah yang dikemukakan.
c.Berkaitan dengan aktiviti/tindakan (PdPc).
d.Boleh diukur.
e.Semua objektif khusus hendaklah diukur/nilai semasa menjalankan
tindakan/aktiviti.

4.0 KUMPULAN Kumpulan yang hendak dikaji atau menjadi sampel kajian,
SASARAN
a.Sebutkan data/maklumat responden yang dikaji.

5.0 PELAKSANAAN a.Cara mengumpul maklumat:


KAJIAN i.Menghuraikan secara terperinci cara-cara mengumpulkan
maklumat.
ii.Maklumat boleh diperolehi:
-Pemerhatian dalam bilik darjah semasa murid memberi maklum
balas kepada soalan-soalan guru.
-Pemeriksaan buku latihan.
-Sesi temu bual.
-Soal selidik atau
-Ujian pra atau ujian topical/bulanan/PBD.

b.Analisis tinjauan masalah.


-Dilakukan dengan membuat jadual atau apa-apa bentuk ‘data
display’ untuk menunjukkan bahawa anda telah mengumpul data atau
maklumat untuk mengetahui bagaimana masalah itu timbul dan
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.

c.Tindakan menangani masalah.


-Nyatakan semua aktiviti bahan-bahan dan cara anda membuat
pemerhatian untuk menguji keberkesanan tindakan/aktiviti yang
dijalankan kearah meningkatkan kemahiran murid bagi menangani
masalah yang sedang dikaji.

d.Cara pelaksanaan.
-Huraikan bagaimana kajian tindakan telah dilaksanakan.
e.Membuat refleksi kajian :-

i.Huraikan keberkesanan tindakan anda dengan menggunakan


data/maklumat yang telah dikumpulkan.
ii.Terangkan perubahan tingkah laku murid melalui pemerhatian.
iii.Terangkan perubahan emosi murid yang telah dikumpulkan melalui
temu bual atau soal selidik.
iv.Huraikan perasaan penyelidik terhadap keberkesanan kajian yang
telah dijalankan.

6.0 CADANGAN 1.Anda boleh meneruskan kajian tindakan dengan mengambil tindakan
KAJIAN TINDAKAN susulan (gelungan kedua).
SETERUSNYA
2.Jika kajian tidak berjaya, anda boleh menulis seperti berikut;
“Memandangkan Kajian Tindakan yang telah saya jalankan tidak berjaya,
maka saya akan menggunakan tindakan/aktiviti-aktiviti lain untuk
menangani isu ini”.

BIBLIOGRAFI Menyusun senarai bahan rujukan mengikut abjad bermula dengan Nama
pengarang, tahun, nama buku dan penerbit.

Contoh :
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan.
Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

LAMPIRAN Sertakan segala bahan yang digunakan dalam kajian sebagai lampiran
kajian.

You might also like