Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MENGERATKAN SEMANGAT

KEJIRANAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI KAMPUNG MAK


TEH,TAPAH ROAD,PERAK.

ABSTRAK

Kajian ini mengfokuskan kepada kajian tentang semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk di Kampung Mak Teh,Tapah Road,Perak.Kajian ini mengemukakan dua objektif
kajian iaitu pertama ialah mengenalpasti penglibatan masyarakat yang semakin meningkat
setiap tahun semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dalam kalangan penduduk di Kampung
Mak Teh.Objektif yang kedua ialah mengkaji kesan-kesan sambutan Bulan Kemerdekaan
untuk mengeratkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Kampung Mak
Teh,Tapah Road.Lokasi kajian adalah tertumpu di Kawasan Perumahan Awam Kampung
Mak Teh,Tapah Road.Kajian ini menggunakan tiga instrumen kajian iaitu temu bual,soal
selidik dan kajian kepustakaan.Semua data telah dianalisis dan seterusnya dinyatakan dalam
bentuk rajah dan jadual.Kajian ini melibatkan dua orang responden untuk ditemu bual dan 30
orang responden telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian.Dapatan kajian mendapati
bahawa aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan ini antara aktiviti yang dpat mengeratkan
semangat kejiranan dalam penduduk di Kampung Mak Teh.Kesimpulannya,pihak penganjur
mestilah memperbanyakkan lagi aktiviti kemasyarakatan agar semangat kejiranan dapat
berada pada tahap yang memuaskan.

You might also like