Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PEMBANGUNAN
INFRASTRUKTUR KEMUDAHAN
LATIHAN BAGI PASUKAN KRIKET
SK LADANG TEREH
Synergy Effort Leads Achieved Transformation
1. PENGENALAN
Pada tahun 2017 sukan Kriket telah diperkenalkan kepada jurulatih serta murid-
murid Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh. Justeru itu sebuah pasukan kriket telah
ditubuhkan bagi memenuhi aktiviti 1 Murid 1 Sukan yang telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehubungan itu selari dengan elemen Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25) Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh telah memilih sukan kriket ini
sebagai kebitaraan sekolah dalam usaha mencapai kemenjadian murid melalui
aktiviti sukan dan kokurikulum.

2. RASIONAL
Peruntukan sekolah terhad Sekolah Kurang Murid (SKM). Mewujudkan kolaborasi
antara PIBK dan Komuniti setempat bagi penyediaan kemudahan infrastruktur serta
alatan untuk memenuhi keperluan murid-murid menjalani latihan serta menyertai
pertandingan ke peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan mengikut KPI yang
telah disasarkan.

3. PENCAPAIAN PASUKAN DAN SASARAN


 Lelaki Bawah 12 tahun
2017 - ke-4 MSSD Kluang
2018 - ke-3 MSSD Kluang
2019 - ke-4 MSSD Kluang
2022 - Johan MSSD Kluang (Lelaki)
- Johan Champion School Daerah Kluang
- Ke -3 Champion School Negeri Johor
- Johan Pembangunan Bawah 11 MSSD Kluang
2023 - Sasaran Pasukan
- Johan MSSD Kluang Bawah 12 Tahun 2023
- Johan Champion School Negeri Johor 2023
- Johan Pembangunan Bawah 11 Tahun MSSD Kluang
 Perempuan Bawah 12 Tahun
2022 - Tempat ke-3 Champion School Daerah Kluang
- Tempat ke-4 Champion School Negeri Johor
- Johan Pembangunan Bawah 11 MSSD Kluang
2023 - Sasaran Pasukan
- Johan Champion School Daerah Kluang
- Johan Champion School Negeri
- Johan Pembangunan Bawah 11 Tahun MSSD Kluang
4. OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan
dalam kalangan murid untuk aktiviti di luar bilik darjah.
4.2 Menarik minat murid dalam penglibatan aktiviti sukan dan kokurikulum
dengan lebih aktif.
4.3 Melahirkan murid yang sihat dan aktif bersukan.
4.4 Memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mencungkil bakat masing-
masing ke peringkat yang lebih tinggi.
4.5 Meningkatkan peratus kehadiran murid di sekolah selaras ketetapan
Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi aktiviti sukan dan permainan.

5. KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasar untuk pasukan ini adalah terdiri daripada murid-murid SK Ladang
Tereh iaitu murid tahun 3, 4, 5 dan 6 yang telah mengikuti latihan sejak bulan Mei
2022 lagi. Murid-murid ini juga telah mewakili sekolah bertanding di Majlis Sukan
Sekolah Daerah (MSSD) Kluang pada hujung bulan Julai 2022 dan terdapat 5 orang
yang terpilih untuk mewakili ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) yang
berlangsung pada awal Ogos 2022 lalu. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin
mengambil langkah yang lebih serius seperti ingin membina infrastruktur kemudahan
latihan untuk murid-murid yang boleh diguna pakai oleh semua bagi meningkatkan
prestasi pasukan kriket sekolah.

6. PERBELANJAAN

BIL
PERKARA HARGA PER UNIT JUMLAH
.
1 Peralatan
 Bat kriket (MRF Saiz 6) 2 bat x RM 500.00 RM 1,000.00
100 biji x RM 15.00 RM 1,500.00
 Bola latihan
30 helai x RM 40.00 RM 1,200.00
 Jersi pasukan
1 set x RM 1,800.00 RM 1,800.00
 Set kriket (3 padding, 3
glove, 3 helmet)
2 C Channel (Blue) 160 batang x RM 33.00 RM 5,280.00
3 Skru Atap Kuda 7 kotak x RM 60.00 RM 380.00
Jaring Pukat 35 kg x RM 25.00
4 3 sangkar x 35kg x RM RM 2,700.00
25.00
5 Simen 18 beg x RM 22.50 RM 400.00
6 Tali PE 5 gulung x RM 90.00 RM 450.00
7 Konkrit (25m x 5.5m x 5 inci) 3 lori x RM 4,620.00 RM 13,900.00
8 Batu bata 1 pallet x RM 390.00 RM 390.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 29,000.00

5. PENUTUP

Pihak SK Ladang Tereh sentiasa komited dan menyokong penglibatan murid-murid


dalam kegiatan sukan dan kokurikulum untuk menyerlahkan bakat-bakat yang
terpendam mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan setanding dengan sekolah-
sekolah yang berada di luar sana. Walaupun sekolah terletak jauh di dalam ladang
namun kualiti pendidikan dan kokurikulum yang diberikan adalah setaraf dengan
seperti yang diterima oleh murid yang bersekolah di kawasan bandar.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… …………………………………
(MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN ROSLI) (MOHD SYAFIQ BIN ALIAS)
Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh, Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh,
86009, Kluang, Johor. 86009, Kluang, Johor.

Disahkan oleh:

…………………………………
(FADZLI AFFANDI BIN SAPIHIE)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh,
86009, Kluang, Johor.
PANDANGAN PENUH PANDANGAN DEPAN

5 METER LEBAR
12 METER PANJANG 5 METER LEBAR

5 METER

TINGGI

SISI BELAKANG SISI ATAS


5 METER LEBAR

4
METER
2.5 METER 12 METER PANJANG

5 TINGGI
METER

TINGGI

PELAN BENTUK SANGKAR KRIKET


CONTOH TAPAK SANGKAR KRIKET

5.5 METER LEBAR

5.5 METER LEBAR

25 METER PANJANG

25 METER PANJANG

5 INCI TEBAL

CONTOH SANGKAR KRIKET

You might also like