Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SOALAN 57

BINCANGKAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG MENYEBABKAN


BERLAKUNYA PERANG DINGIN DI ASIA PADA ABAD KE-20 MASIHI
Perang Dingin merujuk kepada konflik antara negara-negara untuk memajukan
kepentingan nasional melalui cara-cara politik, ekonomi, dan psikologi. Apabila tercetusnya
Perang Dingin, kedua-dua pihak menjalankan kegiatan subversive, propaganda, pengintipan
dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka. Selepas tamat perang dunia
kedua, keadaan politik di negara-negara Asia menjadi tidak stabil. Di China, berlaku
pertelingkahan antara puak komunis pimpinan Mao Tze Tung dan puak Kuomintang di
bawah pimpinan Chiang Kai-Shek. Keadaan menjadi buruk ekoran penglibatan kuasa-kuasa
besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union dalam hal ehwal dalaman negara-negara.
Peperangan ini berlaku di negara-negara Asia disebabkan pengaruh kedua-dua kuasa besar
iaitu, Perang Korea (1950-1953) dan Perang Vietnam Pertama (1946-1954). Berikut
merupakan peristiwa-peristiwa yang menyebabkan berlakunya Perang Dingin di Asia pada
abad ke-20 Masihi.
Salah satu peristiwa yang menyebabkan berlakunya Perang Dingin di Asia ialah China
menyertai blok komunis. Pada tahun 1930-an kerajaan nasionalis China di bawah pimpinan
Chiang Kai-Shek menerima cabaran daripada pihak komunis. Pada tahun 1949, Parti
Komunis China pimpinan Mao Tze Tung Berjaya menewaskan Kuomintang dalam perang
saudara. Pemimpin Kuomintang, Chiang Kai-Shek berundur ke Taiwan dan mendirikan
kerajaan dengan bantuan Amerika Syarikat. Penyertaan China dalam blok komunis telah
mengubah imbangan kuasa dunia secara dramatis, Amerika Syarikat memberikan bantuan
kepad Chiang Kai-Shek untuk menentang penguasaan komunis namun usaha tersebut
menemui kegagalan. Amerika Syarikat bertindak tidak mengiktiraf kerajaan komunis dan
mendesak Taiwan mengekalkan kerusi China di Bangsa-bangsa Bersatu. Jelaslah bahawa
penyertaan China dalam blok komunis merupakan salah satu peristiwa Perang Dingin di
Asia.
Selain itu, Perang Korea yang meletus pada tahun 1950 telah merancakkan Perang
Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Selepas Perang Dingin kedua, tentera
Amerika Syarikat menduduki bahagian Korea Selatan manakala Soviet Union menguasai
Korea Utara. Pada bulan Februari 1948, Korea Utara mengisytiharkan dirinya sebagai
Republik Demokrat Rakyat Korea. Kerajaan yang berasingan ditubuhkan di Korea Selatan di
bawah pimpinan Presiden Dr. Syngman Rhee. Selepas pengunduran tentera Amerika
Syarikat pada tahun 1948 dan tentera Soviet Union pada tahun 1946 wujud ketegangan
antara Korea Utara dan Korea Selatan. Pasukan tentera Amerika Syarikat dihantar ke Korea
Selatan dan diikuti oleh tentera British, tentera Komanwel dan Turki sebagai sebahagian
daripada pasukan tentera PBB. Pasukan tentera PBB di bawah pimpinan Jeneral MacAthur
Berjaya mara ke garis lintang 38 darjah. Jeneral MacAthur merancang untuk terus mara ke
Utara hingga ke sempadan Yalu yang menjadi sempadan dengan China. Kerajaan China
menghantar askar-askarnya untuk membantu Korea Utara. Tentera PBB pimpinan Jeneral
MacAthur mengalami kekalahan dan berundur ke Selatan. MacAthur bercadang untuk
mengebom pusat-pusat industri China di Vumuria. Amerika Syarikat menarik balik daripada
mengambil risiko ini dan MacAthur dilucutkan jawatan oleh Presiden Truman. Cadangan
Soviet Union di PBB, satu perdamaian sementara diwujudkan pada bulan Jun 1951.
Peperangan di Korea jelas menunjukkan ketegangan Perang Dingin yang menular di rantau
Timur Jauh.
Seterusnya, selepas Perang Dunia Kedua, Vietnam menjadi medan Perang Dingin
antara kuasa-kuasa besar di Asia. Pada tahun 1954, Perancis menghadapi ancaman
daripada komunis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Pada 8 Mei 1954, bahagian Utara
Vietnam jatuh ke tangan komunis. Rundingan yang diadakan di Geneva bersetuju untuk
membahagikan Vietnam kepada Vietnam Utara dan Vietnam Selatan berdasarkan garis
lintang 17 darjah. Kerajaan komunis telah ditubuhkan di bahagian Utara di bawah pimpinan
Ho Chi Minh. Kerajaan bukan komunis ditubuhkan di selatan di bawah pimpinan Ngo Dinh
Diem. Pada tahun 1957, golongan komunis mula meluaskan pengaruh di Vietnam Selatan.
Saki-baki anggota Gerakan Viet Minh (komunis) yang masih berada di Vietnam Selatan mula
menjalankan gerakan untuk menentang pemerintahan Ngo Dinh Diem. Amerika Syarikat
bertindak melancarkan serangan bom di Vietnam Utara mulai tahun 1965. Pada tahun 1957,
Amerika Syarikat menempatkan 400 000 tenter untuk berjuang Bersama tentera Vietnam
Selatan menentang komunis. Vietnam Utara pula mendapat bantuan ketenteraan daripada
Soviet Union dan China. Jelaslah bahawa, Perang Vietnam juga merupakan peristiwa Perang
Dingin di Asia pada abad ke-20 Masihi.
Pada tahun 1954, satu pakatan tentera antikomunis yang dikenali sebagai
Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) telah ditubuhkan. Negara-negara yang
dianggotai Pakatan ini terdiri daripada Amerika Syarikat, Australi, Britain, Perancis, New
Zealand, Filipina, Thailand, dan Pakistan. Penubuhan SEATO adalah menyekat keluasan
pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara. Negara-negara Asia
Tenggara yang lain seperti Malaysia, Myanmar dan Indonesia tidak menyertai SEATO kerana
bimbang Pakatan tersebut meningkatkan ketidakstabilan politik di rantau Asia Tenggara.
Negara-negara tersebut mengambil pendirian berkecuali dalam hal ehwal ketentaraan.
Kesimpulannya, persaingan antara dua kuasa besar iaitu Rusia dan Amerika Syarikat
dan kemerosotan ekonomi di Eropah merupakan faktor dominan berlakunya Perang Dingin.
Biarpun politik dunia dipengaruhi oleh Perang Dingin, tetapi banyak negara yang tidak mahu
melibatkan diri dalam persengketaan tersebut. Mereka tidak mahu menyokong komunis
dan kapitalis. Negara-negara tersebut digelar negara-negara Dunia Ketiga.
SOALAN 61
BINCANGKAN USAHA-USAHA MENDAULATKAN INDIA DALAM MENUJU KE
ARAH KEMERDEKAAN PADA ABAD KE-20
Adapun dekolonisasi bermaksud suatu proses membebaskan negara-negara jajahan
British untuk berkerajaan sendiri. Pada peringkat awal dekolonisasi di India, Gerakan
masyarakat tempatan bersifat radikal dan tokoh-tokoh tersebut menggerakkan
penentangan terhadap British dengan menggunakan tindakan yang keras. Menjelang tahun
1920, golongan ini berusaha secara berterusan untuk membebaskan India daripada British
namun menemui kegagalan. Tetapi, kemunculan tokoh-tokoh yang bersifat sederhana dan
proses dekolonisasi yang dilaksanakan Bristish telah merancakkan lagi usaha mendaulatkan
India. Terdapat beberapa usaha mendaulatkan India dalam menuju kemerdekaan pada abad
ke-20 Masihi.
Salah satu usaha yang dijalankan untuk mendaulatkan India dalam menuju
kemerdekaan ialah Gerakan Khilafat. Masyarakat Islam secara umumnya menganggap Turki
mewakili pemerintahan Islam dan khalifah Turki dianggap khalifah Islam sejagat. Masyarakat
Islam di India menganggap musuh kerajaan Turki juga musuh Islam. Abdul Kalam Azad Khan,
Muhammad Ali dan Shaukut Ali melancarkan gerakan yang dinamakan Gerakan Khilafat.
Gerakan ini mendapat sokongan daripada Gandhi dan beliau dilantik menjadi Presiden
gerakan tersebut. Gandhi menggunakan peluang ini untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan Hindu Islam dengan merapatkan hubungan antara kongres, Liga Islam dan Jamiat
e-Ulama. Walau bagaimanapun, usaha beliau mendapat halangan apabila pemimpin-
pemimpin Gerakan Khilafat mendakwa India bukanlah negara Islam dan menyarankan
supaya masyarakat Islam berhijrah ke negara Islam iaitu Afghanistan. Namun demikian,
gerakan ini beransur lemah sekitar tahun 1924 bersama runtuhnya pemerintahan Khalifah
di Turki. Gerakan Khilafat ini jelas menunjukkan satu usaha mendaulatkan India dalam
menuju negara berkerajaan sendiri.
Dalam pada itu, usaha mendaulatkan India boleh dilihat melalui perjuangan
penduduk tempatan yang bersifat sederhana. Misalnya, Gandhi yang merupakan Kongres
Kebangsaan India (INC) telah menyarankan penduduk India kembali kepada kehidupan
sederhana dengan mengamalkan prinsip Swadeshi yang menyeru orang ramai
menggunakan barangan buatan India seperti kapas, dan memasuki sekolah-sekolah India.
Melalui prinsip Ini, timbul kesedaran dalam kalangan penduduk India supaya menghargai
produk sendiri yang mengalami kemerosotan sejak tahun ke-18 kesan monopolo
perdagangan penjajah British, Perancis dan Portugal. Gandhi seorang pejuang anti
kekerasan. Baginya melakukan kekerasan tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya
menimbulkan masalah lain. Gandhi mungkin terpengaruh dengan kesan buruk yang diterima
daripada peristiwa Dahagi India. Salah satu daripada prinsip Ahimsa adalah mogok lapar
yang dilakukan pada tahun 1920. Penentangan melalui mogok lapar menyebabkan kekuatan
British tidak berguna kerana tiada penentangan bersenjata. Jelaslah, perjuangan penduduk
tempatan bersikap sederhana juga merupakan salah satu usaha mendaulatkan India dalam
menuju kemerdekaan.
Selain itu, penggubalan beberapa akta bagi mempercepatkan kemerdekaan juga
merupakan salah satu usaha untuk mendaulatkan India sebagai sebuah negara berkerajaan
sendiri. Akibat desakan orang India, beberapa akta telah digubal bagi mempercepatkan
orang tempatan memerintah India. Antaranya termasuklah Akta Majlis India 1909 dan Akta
Momage-Chelmsford. Pada bulan Mac 1930, Gandhi melancarkan Gerakan penentangan
awam dan peristiwa itu dikenali sebagai perarakan garam. Kerajaan British yang
memonopoli pengeluaran garam telahh menaikkan harga garam dan tindakan itu
menimbulkan kesukaran terutama golongan bawahan. Pihak British menahan dan
memenjarakan pemimpin-pemimpin INC termasuk Gandhi pada bulan Mei 1930 dan
mengharamkan Parti INC. Bagaimanapun di Landon, satu desakan agar British mengadakan
perdamaian dengan INC. Persidangan meja bulat diadakan. Jelaslah, penggubalan akta-akta
ini sedikit sebanyak telah memperlihatkan usaha untuk mendaulatkan India menuju kea rah
kemerdekaan.
Seterusnya, persidangan meja bulat turut diadakan sebagai satu lagi usaha
mendaulatkan India. Persidangan ini diadakan pada tahun 1930 yang dihadiri oleh raja-raja
India, orang Islam, hindu, kristian, dan sikh gagal mencapai kata sepakat. INC memboikot
persidangan itu. Tidak lama kemudian, British berkerjasama dengan INC dan menganjurkan
Pakatan Gandhi-Irwin pada tahun 1931. Gandhi bersetuju dengan membatalkan kempen
melanggar perintah awam. Gandhi yang menghadiri persidangan itu mendapati pegawai-
pegawai British berdolak-dalik dalam hal memberi peluang kepada orang India mentadbir
negara mereka sendiri. British mendakwa Gandhi gagal meyakinkan mereka cara
menyelesaikan perpaduan dalam kalangan masyarakat India. Melalui pakatan ini, British
bersetuju memberikan 143 kerusi kepada kelas bawahan atas dasar persamaan bukan
perkauman. Persidangan ini benar-benar memberi impak terhadap usaha mendaulatkan
India untuk berkerajaan sendiri.
Di samping itu, usaha yang turut dilaksanakan untuk mendaulatkan India sebagai
sebuah negara yang merdeka ialah mengadakan Pilihan Raya Umum 1937. Dalam pilihan
raya tersebut, Kongres Kebangsaan India (INC) memenangi 716 kerusi daripada 1161 kerusi
yang dipertandingkan. INC mencapai kemenangan besar di lapan wilayah sementara liga
muslim menguasai tiga kawasan sahaja. Liga Muslim mendakwa INC memperjuangkan nasib
orang beragama Hindu sahaja. Muhammad Ali Jinnah mendesak wilayah-wilayah mejoriti
penduduknya beragama Islam berjuang di bawah Liga Muslim. Gabenor Jeneral India, Lord
Louis Mounbatten bersama-sama INC dan Liga Muslim telah mencapai kata sepakat.
Kebuntuan politik mungkin dapat diselesaikan jika India dipecahkan kepada dua iaitu satu
untuk orang hindu dan satu untuk orang Islam. Pada bulan Ogos 1945, merupakan Tarikh
keramat bagi kedua-dua buah negara, iaitu berakhirnya era penjajahan British.
Kesimpulannya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi
membebaskan diri dari penjajahan British dan menjadi sebuah negara berdaulat. Pada
akhirnya, India berpecah kepada dua negara iaitu India dan Pakistan. Bulan Ogos 1945
merupakan tarikh keramat bagi kedua-dua buah negara, iaitu berakhirnya penjajahan
British. Pakistan mencapai kemerdekaan pada 14 Ogos 1945 dan India pada 15 Ogos 1945.

You might also like