Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Garis Panduan Kertas Kerja dan Pembentangan (BLHW 1762)

PANDUAN MENYEDIAKAN TUGASAN


FALSAFAH DAN ISU SEMASA (BLHW 1762)

TUGASAN KUMPULAN (KERTAS KERJA)


1. Markah hasil tugasan Kertas Kerja/Laporan Folio Penulisan kumpulan adalah 30%.
2. Tugasan disediakan secara berkumpulan terdiri dari 5@ 6 orang ahli (cadangan ahli boleh
terdiri daripada pelbagai etnik).
3. Setiap ahli kumpulan MESTI MEMBERI KERJASAMA. Jika terdapat sebarang aduan
daripada ahli-ahli kumpulan mengenai anda, ia mungkin menjejaskan markah yang akan
anda perolehi.
4. Semua urusan surat menyurat yang berkait dengan pihak luar perlu mendapatkan surat
rasmi daripada pensyarah subjek terutama kajian yang melibatkan temubual, borang soal
selidik atau kaedah pemerhatian.

5. Kandungan Kertas Kerja/Laporan penulisan kajian adalah seperti berikut:

i. Bilangan muka surat 30-35 halaman.


ii. Huruf bersaiz 12 dan menggunakan huruf Times New Roman, selang 2 baris.
(double spacing)

ii. Keterangan muka hadapan seperti berikut:

-Nama Universiti

-Semester

-Kod Subjek

-Nama Pelajar

-No. Matrik

-Nama Pensyarah

6. Kandungan kertas kerja adalah seperti berikut:


a. Tajuk
b. Isi kandungan
c. Pengenalan
d. Objektif kajian
e. Sorotan literatur (kajian perpustakaan/kajian lepas)
f. Kaedah penyelidikan
g. Perbincangan hasil kajian /isi-isi penting
h. Rumusan dan cadangan (jika berkenaan)
i. Senarai rujukan (Format Pengarang Tarikh)
j. Lampiran (Jika ada)

1
Garis Panduan Kertas Kerja dan Pembentangan (BLHW 1762)

7. Format penulisan
-Isi perbincangan hendaklah mengikut kaedah Pengarang-Tarikh.
-Contoh Bibliografi/Rujukan disusun seperti berikut:
Noriati Rashid. 2018. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbit Oxford
Fajar .
-Rujukan sekurang-kurangnya 5 buah buku dan 3 sumber internet.

8. Tarikh penghantaran tugasan berkumpulan adalah pada Minggu ke 12 pengkuliahan.

PEMBENTANGAN KUMPULAN

1. Markah pembentangan adalah 30%.


2. Pembentangan akan bermula pada minggu Minggu ke 8 hingga Minggu ke 13.
3. Masa pembentangan adalah 25-30 minit dan termasuk sesi soal jawab.
4. Boleh mengunakan MS Powerpoint atau setaranya semasa pembentangan. Pembentangan
adalah berdasarkan kepada ringkasan hasil tugasan.
5. Pembentangan tugasan harus mempunyai kemahiran berikut:
a. Kemahiran pembentangan – verbal, bukan verbal, kerjasama, soal jawab, kreativiti
dan pengurusan masa.
b. Kandungan–pengenalan,objektif kajian, kaedah, penemuan/perbincangan isi
penting dan cadangan.
6. Setiap ahli kumpulan wajib hadir dan ke hadapan semasa pembentangan. Markah yang
sama akan diberi kepada setiap ahli kumpulan. Pelajar yang tidak dapat hadir semasa
pembentangan tugasan tanpa sebab (bukti ketidakhadiran) tidak akan diberi markah
pembentangan.
7. Sila patuhi kod dan etika pakaian UTeM (pakaian kemas) semasa pembentangan.
8. Skala Pemarkahan adalah seperti berikut:

KERTAS KERJA / LAPORAN KAJIAN (30%)


BIL. PERKARA MARKAH
1 PENGENALAN /2
2 DEFINISI/OBJEKTIF /4
3 KAJIAN LEPAS/ KAEDAH KAJIAN /4
4 HURAIAN/ISI PENTING /14
5 KESIMPULAN /2
6 RUJUKAN /2
7 FORMAT /2
JUMLAH /30

PEMBENTANGAN KUMPULAN (30%)


BIL. PERKARA MARKAH
1 PENGENALAN /5
2 HURAIAN YANG JELAS /10
3 KREATIVITI /10
4 ETIKA PAKAIAN UTeM /5
5 JUMLAH /30

You might also like