Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ministry of Health Malaysia


Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Aras 3 - 7, Blok E3, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel : 603-8000 8000
Faks : 603-8892 4855/4872
62590 PUTRAJAYA Laman Portal: http://engineering.moh.gov.my
MALAYSIA

Ruj. Tuan : KKM 87/A2/14-1/2 JILID 46 (9)


Ruj. Kami : KKM.600-41/1/5 JILID ( )
Tarikh : Ogos 2022
Timbalan Pengarah
Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta
Bahagian Amalan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E1, Kompleks E, Presint 1
62590 PUTRAJAYA
(u.p.: Dr. Aznida Binti Abu)

Tuan,
PELAN LANTAI BAGI PERMOHONAN KELULUSAN MENUBUHKAN ATAU
MENYENGGARAKAN (BORANG 1) PUSAT JAGAAN AMBULATORI SWASTA – ALHAYA
FERTILITY CENTRE, KUALA LUMPUR.

Saya dengan segala hormatnya diarahkan untuk merujuk perkara di atas dan surat puan rujukan
KKM 87/A2/14-1/2 JILID 46 (9) bertarikh 7 Jun 2022.

...2. Bersama ini dikemukakan laporan penilaian pelan lantai teknikal bagi permohonan untuk
peluasan dan pengubahan hospital swasta berlesen – Alhaya Fertility Centre, Kuala Lumpur seperti
di lampiran untuk tindakan pihak puan.

3. Laporan penuh perlu dikemukakan kepada pihak premis termasuk ulasan yang telah patuh
dan perkara-perkara pematuhan am (walaupun tidak bold) bagi membolehkan pihak premis
mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kehendak dan saranan kejuruteraan yang perlu
dipatuhi dari peringkat rekabentuk, operasi dan penyelenggaraan.

4. Semakan adalah merujuk kepada Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Swasta 1998 (Akta 586) dan Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 2006 serta lain-lain akta, peraturan-peraturan dan keperluan kejuruteraan yang
berkuatkuasa, dan skop laporan yang diberi adalah tertakluk hanya kepada pelan-pelan serta
maklumat-maklumat yang diterima sahaja. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini
amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah

(SITI FATIMAH BINTI ABD RAZAK)


b.p. Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia
‘Sila catatkan rujukan surat ini apabila menjawab’

CERTIFIED TO ISO 9001:2015

You might also like