Perlembagaan Badan Sukan-10.2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 41

PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BADAN
SUKAN
APA YANG ANDA FAHAM TENTANG
PERLEMBAGAN?

Perlembagaan Badan Sukan


DEFINISI PERLEMBAGAAN
BADAN SUKAN

 Perlembagaan badan sukan ialah satu


suratan @ suratcara yang mengandungi
semua undang-undang tertinggi yang
difikirkan mustahak bagi menubuhkan
sebuah badan sukan

 Prinsip-prinsip asas untuk mengurus dan


mentadbir badan sukan
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
1. Menjamin kestabilan
2. Menentukan rangka dan bentuk pentadbiran
3. Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan,
ketelusan serta kelicinan pentadbiran
4. Menjamin kesetiaan
5. Menjamin hak asasi dan kebebasan
6. Menjadi rujukan
ISI KANDUNGAN
PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN
1. NAMA BADAN SUKAN

 Satu sukan untuk satu badan sukan (single sport)


 Perkataan “ Persatuan” digunakan untuk badan sukan peringkat
Kebangsaan, Negeri dan Daerah
 Perkataan “Kelab” digunakan untuk mewakili peringkat kampung, mukim,
taman, jalan, lorong dsbnya.
Contoh: Persatuan Bolasepak Malaysia
Bolasepak Negeri Melaka
Persatuan Bolasepak Daerah Jasin
Kelab Bolasepak Kampung Pasir
NAMA BADAN SUKAN YANG TIDAK DIBENARKAN
1. Nama universal tidak boleh digunakan

Contoh: Kelab Bolasepak Dunia, Kelab Bolasepak Antarabangsa, Kelab Bolasepak Asia

2. Tidak boleh menggunakan nama “ Diraja’, Royal, Istana, Sultan’ Kerabat Diraja sebagai nama
kelab KECUALI dengan kebenaran bertulis daripada pihak istana.

3. Tidak boleh menggunakan nama negara lain untuk tubuhkan kelab.

Contoh; “Kelab Bolasepak Liverpool Malaysia”,

“Kelab Peminat Bolasepak Manchester United”.

4. Nama suku, bangsa dan agama – melanggar Akta Pembangunan Sukan 1997
2. ALAMAT BADAN SUKAN

Alamat hendaklah dipersetujui dalam mesyuarat penaja


/penubuhan dan tercatat dalam minit mesyuarat
penubuhan.

Alamat boleh diubah dengan kelulusan AJK Induk dan


dikuatkuasakan selepas mendapat kebenaran bertulis
daripada Pesuruhjaya Sukan
FASAL 4. OBJEKTIF/FUNGSI

MELAHIRKAN AHLI SUKAN / ATLET

MENCUNGKIL BAKAT

MELAKSANAKAN AKTIVITI

MENGGALAKAN SUKAN

MEMPROMOSI SUKAN

MEMBANGUNKAN SUKAN
FASAL 6. KEAHLIAN

KEAHLIAN BADAN SUKAN

AHLI GABUNGAN
AHLI BERSEKUTU
AHLI KEHORMAT
AHLI INDIVIDU
AHLI REMAJA
FASAL 7 . YURAN KEAHLIAN

BIL JENIS KEAHLIAN YURAN YURAN Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak
PENDAFTARAN TAHUNAN lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun
kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu
tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak
1 Ahli Gabungan RM 10 RM 10
boleh menghadiri Mesyuarat Agung
2 Ahli Individu RM 10 RM 10 Tahunan
3 Ahli Bersekutu RM 10 RM 10
4 Ahli Kehormat RM 20 RM 20 Kegagalan untuk menjelaskan yuran
tahunan dalam tempoh_____tahun
5 Ahli Remaja RM 5 RM 5
menyebabkan keahliannya terbatal.
FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI

Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan


mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa
Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan.

Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak, sebab-sebab penolakan


hendaklah dikemukakan kepada pemohon secara bertulis.
FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI

1. Terlibat dalam aktiviti persatuan


2. Menikmati / mengguna kemudahan persatuan
3. Hak mengundi dan diundi
4. Ahli berhak mendapat keadilan semulajadi
FASAL 12. PROSIDING DISIPLIN

Jawatankuasa Tatatertib boleh memulakan prosiding disiplin


terhadap ahli, pegawai atau pemegang jawatan setelah mendapati
mana-mana mereka telah melanggar, bertindak secara tidak wajar
dan membawa keaiban kepada ahli, badan sukan, sukan itu sendiri
dan negara.

Mereka yang terlibat berhak untuk mendapat keadilan semulajadi


(natural justice ).
FASAL 13. PEMBERHENTIAN, PENGGANTUNGAN
DAN PEMECATAN
1. Membuat permohonan secara bertulis
2. Tertakluk kepada syarat perlantikan
3. Menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan

Prosedur; Jawatankuasa Tatatertib perlu diberi surat tunjuk sebab

Rayuan kepada AJK Induk dalam masa 14 hari dan keputusan AJK
Induk
FASAL 14. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
SETIAP TAHUN

NOTIS YANG CUKUP /


DIHANTAR KEPADA
SEMUA AHLI

KORUM CUKUP
IKUT PERLEMBAGAAN

1. MENGESAHKAN MINIT AGM LEPAS


2. MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI
3. MEMBENTANG LAPORAN KEWANGAN
4. MEMILIH J/K INDUK YANG BARU

Mohon perlanjutan masa jika gagal mengadakan AGM dalam tempoh


yang ditetapkan
FASAL 17. JAWATANKUASA INDUK
Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan dalam
Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:

• Warganegara Malaysia
• berumur lapan belas (18) tahun ke atas;
• bukan seorang yang muflis;
• tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan
dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;
• tidak disabitkan kesalahan jenayah atau sivil dengan denda tidak kurang
daripada RM2,000 dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu; dan
• sempurna akal.

Jika disabitkan kesalahan jenayah oleh mahkamah – hendaklah terlucut


jawatannya dengan serta merta
FASAL 18. TUGAS JAWATANKUASA INDUK
1. Mengurus, dan mentadbir secara teratur
2. Melaksanakan dasar dan keputusan AGM badan sukan
3. Melaksanakan aktiviti yang diluluskan
4. Menjalankan tugas sesuai dengan jawatan
5. Membentuk jawatankuasa-jawatankuasa kecil
6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun
7. Mengambil tindakan disiplin dan menyelesaikan masalah dalaman
persatuan mengikut prosedur yang ditetapkan
FASAL 20. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK

Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam


masa tiga (3) bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diedarkan kepada
ahli-ahli dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Presiden dengan
bersendirian atau satu pertiga (1/3) ahli jawatankuasa secara bersama boleh
memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa.

Korum mesyuarat Jawatankuasa Induk hendaklah tidak kurang daripada satu


perdua(1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk.
FASAL 22. KEWANGAN
1. Pendapatan persatuan digunakan untuk mencapai
tujuan/objektif.
2. Kewangan boleh diperolehi melalui yuran, tajaan, bantuan
kerajaan, derma, hasil perniagaan dan sumber lain yang
dibenarkan oleh undang negera.
3. Kewangan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun
persatuan
4. Kuasa tandatangan cek persatuan
5. Had perbenjaan mestilah jelas
6. Penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi setahun
hendaklah disediakan oleh bendahari
FASAL 23. JURU AUDIT

1. Dua orang yang bukannya pemegang jawatan


dalam Jawatankuasa Induk boleh dilantik
sebagai juru audit.

2. Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga melantik


Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan
kerja-kerja auditan Persatuan
FASAL 24. DISKRIMINASI, EKSPLOITASI DAN
GANGGUAN SEKSUAL
Persatuan dan ahli persatuan ini termasuk individu,
pegawai, pemegang jawatan, jurulatih serta atlet
bertanggungjawab menjamin keadilan dan
kesaksamaan tanpa mengira gender, agama dan
bangsa.

Persatuan hendaklah memastikan tiada ekploitasi,


gangguan fizikal, emosi dan seksual dilakukan
terhadap mana-mana orang dalam Persatuan.
FASAL 25. KESELAMATAN, INSURAN DAN
PERUBATAN
1. Persatuan bertanggungjawab terhadap keselamatan ahli atau
atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan
atau pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.

2. Ahli persatuan atau atlet hendaklah dilindungi oleh insuran


yang dibiayai dan diuruskan oleh persatuan.

3. Persatuan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan


perubatan kepada ahli atau atlet.
FASAL 27. PERTIKAIAN DALAMAN
Adalah menjadi tugas Jawatankuasa Induk dengan kerjasama
Jawatankuasa Tatatertib untuk mewujudkan satu mekanisme bagi
menangani apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan anggotanya,
mengikut prosedur dalaman yang ditetapkan dalam peraturan-
peraturannya. Jika perlu pertikaian boleh dibawa sehingga ke
peringkat badan pengelola untuk penyelesaian.
FASAL 29. PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali


dengan keputusan 2/3 daripada ahli yang layak mengundi
dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung
Khas.

Pindaan kepada Perlembagaan ini tidak boleh


dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis
daripada Pesuruhjaya.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
BADAN SUKAN
CIRI-CIRI PINDAAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan sesuatu badan sukan boleh dipinda di dalam keadaan
berikut:
Penukaran nama badan sukan dengan syarat penukaran ini tidak
mengubah peringkat badan sukan dan jenis sukan daripada bentuk
asalnya.
Contohnya:
 Persatuan Lawn Tenis Malaysia kepada Persatuan Tenis
Malaysia
 Persatuan Lawn Tenis Malaysia kepada Persatuan Bola Baling
Malaysia
CIRI-CIRI PINDAAN PERLEMBAGAAN (SMBG.)
Perlembagaan sesuatu badan sukan boleh dipinda di dalam keadaan berikut:

iii. Pindaan ke atas keseluruhan peruntukan atau mana-mana peruntukan


di dalam perlembagaan badan sukan.

iv. Pindaan perlembagaan badan sukan bagi menggantikan perlembagaan


persatuan yang telah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta
335).

v. Pindaan menggunakan bendera, lambang, lencana atau warna atau


identiti badan sukan.
PELAKSANAAN

Permohonan pindaan perlembagaan tertakluk kepada syarat-syarat


berikut:

i. Setiap pindaan perlembagaan, hendaklah diluluskan di dalam


Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas atau
seperti mana peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam
perlembagaan sedia ada.

ii. Setiap permohonan pindaan perlembagaan hendaklah


dikemukakan
kepada Pesuruhjaya Sukan untuk memperakukan pelaksanaan.
PELAKSANAAN (SMBG.)

iii. Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara


berikut:

Mengemukakan permohonan menggunakan Borang Pindaan


Perlembagaan (PP1) dan 2 salinan Borang Pindaan
Perlembagaan (PP2). Setiap pindaan harus dilengkapkan melalui
penggunaan borang PP2.

salinan Minit Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung


Khas atau mana-mana keputusan yang menetapkan pindaan
tersebut.
Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali
dengan keputusan 2/3 daripada ahli yang layak mengundi
dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung
Khas.

Pindaan kepada Perlembagaan ini tidak boleh


dikuatkuasakan selagi tidak mendapat PERAKUAN bertulis
daripada Pesuruhjaya.
DOKUMEN PINDAAN
SOKONGAN
•MINIT MESYUARAT
AGUNG
•MINIT MESYUARAT
BORANG PP 1 BORANG PP2 AGUNG KHAS
•MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA
INDUK
BORANG PP1
BORANG PP2
ANTARA KESILAPAN PERMOHONAN PINDAAN
PERLEMBAGAAN:

1.Borang tidak lengkap (Borang PP1 & PP2)


2.Butiran pindaan perlembagaan tidak jelas
3.Minit mesyuarat tidak disertakan
4.Tidak menyatakan persetujuan pindaan perlembagaan
dengan jelas dalam minit mesyuarat
5.Persetujuan pindaan bukan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa
FASAL 30. LARANGAN

Segala bentuk perjudian dan aktiviti-aktiviti yang bertentangan


dengan undang-undang Malaysia dilarang dilakukan dalam
mana-mana premis persatuan.

Persatuan tidak boleh terlibat, bergabung atau mengadakan


hubungan dengan apa-apa jua kegiatan politik atau mana-
mana parti politik dan menggunakan nama persatuan dalam
apa jua isu-isu politik
FASAL 31. PEMBUBARAN
Persatuan boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung yang khusus
untuk tujuan itu dan dengan keputusan oleh dua pertiga (2/3) daripada
ahli yang layak mengundi.

Semua baki wang atau harta benda (aset) yang tinggal hendaklah
diserahkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.

Keputusan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada


Pesuruhjaya dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
pembubaran itu melalui borang-borang yang ditentukan oleh
Pesuruhjaya.
PENEMUAN BERKAITAN PERLEMBAGAAN
 Badan sukan tidak mempunyai perlembagaan (hilang /
tercicir / musnah / di simpan AJK terdahulu)
 Perlembagaan usang / lama / ROS
 Tidak menyimpan perlembagaan dengan elok /
sempurna
 Perlembagaan tidak dimateri
 Tidak merujuk perlembagaan dalam menguruskan
badan sukan
 Ahli Jawatankuasa tidak memahami perlembagaan
PENEMUAN BERKAITAN PERLEMBAGAAN

 Membuat pindaan perlembagaan bukan di Mesyuarat Agung


(AGM / EGM)
 Keputusan untuk membuat pindaan tidak jelas dalam AGM /
EGM
 Tidak memaklumkan / DIPERAKUKAN PJS untuk pindaan
 Tidak membuat salinan perlembagaan untuk dimateri selepas
pindaan
 Tidak mengedarkan perlembagaan kepada ahli
 Menganggap perlembagaan tidak penting
& Jumpa Lagi
Cawangan Pendaftaran & Perlembagaan
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

You might also like