24 2022 Bidang Tugas GP Sukan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

球类/游戏学会导师职务范围

BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT SUKAN DAN PERMAINAN


1. Merancang dan menyediakan Program Tahunan.
2. Mendaftar keahlian di kalangan murid menggunakan Borang
Permohonan Keahlian semasa Mesyuarat Penubuhan.
3. Menulis surat permohonan Penubuhan kepada Guru Besar dengan
menyertakan; a. Senarai Jawatankuasa
b. Perlembagaan
c. Cadangan Program Tahunan
4. Mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan dan melantik
Jawatankuasa pengurusan di kalangan murid dan menghantar satu
salinan Minit Mesyuarat serta senarai Jawatankuasa kepada Penolong
Kanan Kokurikulum satu minggu selepas mesyuarat diadakan.
5. Mengadakan dan mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa kecil
sekurang-kurangnya satu kali setiap separuh tahun.
6. Menjadi penasihat, pengurus dan mengendalikan semua aktiviti yang
dirancang pada masa aktiviti yang dijadualkan.
7. Merekod kehadiran semua murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
8. Memastikan laporan kegiatan mingguan dihantar salinan kepada
Penolong Kanan Kokurikulum tiga hari selepas aktiviti.
9. Menyediakan satu laporan tahunan yang lengkap dan dihantar
kepada Penolong Kanan Kokurikulum pada akhir bulan Disember.
10. Memastikan surat kebenaran penjaga diedarkan kepada murid-murid
sebelum aktiviti luar sekolah dijalankan.
11. Merancang kemudahan keperluan kewangan untuk sukan sekolah .
12. Memesan (dengan persetujuan Guru Besar), menerima, menempah,
merekod dan menyimpan segala stok alatan sukan dengan baik dan
teratur.
13. Menolong penyelaras mengagihkan murid-murid kepada rumah
sukan di sekolah .
14. Mengurus dan menyimpan segala rekod penglibatan, pencapaian dan
salinan sijil penghargaan murid dalam aktiviti luar.
15. Mengurus segala surat-menyurat tentang aktiviti-aktiviti yang
dipimpin.
16. Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar sebagaimana
kurikulum dan perancangan tahunan yang disediakan.
17. Menyediakan laporan untuk penyediaan sijil kokurikulum murid-
murid pada akhir tahun.
18. Melengkapkan semua maklumat dalam sistem PAJSK online pada
bulan Disember atau tarikh yang akan ditetapkan oleh PKKK.

KK 24

You might also like