Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

020421-11-0063

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk
menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan
membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur atau
proses menganalisis data bagi menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih
awal. Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul
dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang dapat menyokong sesuatu
kajian .Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah
dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami
dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang
proses kajian.

Bahagian ini membincangkan metodologi yang digunakan semasa melakukan kajian tersebut.
Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini.
Pelbagai kaedah ini digunakan untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan
tepat . Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif.
Kaedah kualitatif dijalankan dengan sesi temubual bagi mendapatkan suasana yang
sebenar berkaitan kajian itu. Selain itu, melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan menyediakan
borang soal selidik melalui aplikasi Google Form dapat mengumpul data serta menganalisis
maklumat dengan lebih jelas dengan menggunakan kaedah peratusan bagi mengira
bilangan responden yang disoal selidik.
020421-11-0063

4.1 KAEDAH MENDAPATKAN DATA

4.1.1 KAEDAH SOAL SELIDIK

Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul.
Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak
dijalankan. Soalan dibentuk sebagai borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji
dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang itu hendaklah diedarkan secara rawak kepada
10 orang responden di kawasan kajian, iaitu kepada peniaga atas talian di Bandar Kuala
Berang, Hulu Terengganu. Sebanyak 10 borang soal selidik telah diedarkan berdasarkan satu
objektif yang telah dilakukan. Kesemua soalan hendaklah ditandakan betul pada soalan yang
berkenaan sahaja.Borang soal selidik telah diedarkan kepada 10 orang responden secara atas
talian. Kesemua responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan
urusan borang soal selidik.Borang soal selidik ini dianalisa menggunakan bilangan dan
peratus untuk memudahkan proses kajian. Data yang diambil daripada jadual akan
dipersembahkan dalam dapatan kajian menggunakan jadual, min dan carta pai.
020421-11-0063

4.1.2 KAEDAH TEMU BUAL

Pengkaji telah menjalankan temu bual dengan beberapa orang peniaga atas talian di Bandar
Kuala Berang, Hulu Terengganu. Temu bual dilaksanakan dengan pengkaji menyediakan
empat soalan yang berkaitan dengan kesan penggunaan kurier J&T Express terhadap peniaga
atas talian untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Hasil daripada temu bual tersebut
dicatat dan dibuat rumusan , serta dikaitkan dengan data yang diperolehi melalui soal selidik
dan akhirnya dibincangkan dalam bahagian dapatan kajian.

4.1.3 KAEDAH RUJUKAN

Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan
dengan menggunakan internet dan bahan rujukan lain. Pengkaji melakukan kaedah rujukan
dengan memilih rujukan daripada sumber laman web yang berkaliber.. Ini dapat
memudahkan lagi kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah
ditetapkan oleh guru. Di samping itu, bahan bacaan seperti pamplet dan brosur yang terdapat
di kawasan kajian dijadikan rujukan tambahan untuk melengkapkan lagi hasil kajian
pengkaji. Rujukan ini dibuat pada bila-bila masa. Antara laman web yang menjadi rujukan
pengkaji ialah https://www.jtexpress.my/ dan https://www.wikipedia.org/ .
020421-11-0063

4.2 KAEDAH MEMILIH RESPONDEN

Responden kajian ini terdiri daripada 10 orang peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang,
Hulu Terengganu. Responden mengisi borang soal selidik atas talian dengan lengkap pada
hari kajian dijalankan.. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang peniaga atas talian, 10 set
borang soal selidik atas talian akan diberikan kepada mereka untuk memperoleh data yang
lebih tepat. Dalam kualitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemubual. Selain itu, kaedah
rujukan akan dilakukan oleh saya sendiri. Antara peniaga atas talian yang ditemu bual oleh
pengkaji ialan Ana Nur Zulaikha, Nur Sabrina dan Muhammad Naufal.

4.3 KAEDAH MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

Selepas borang soal selidik siap dikumpul, proses menganalisis kajian akan dilakukan.
Bahagian A borang soal selidik mengandungi data yang berkaitan dengan demografi
responden manakala dalam Bahagian B, data dianalisiskan kepada faktor kurier J&T Express
menjadi pilihan utama peniaga atas talian untuk aktiviti pengeposan di Bandar Kuala Berang,
Hulu Terengganu. Kaedah statistik deskriptif telah digunakan di bahagian ini bagi
menganalisis data yang berbentuk skala likert.

Bil Perkara Sangat Setuju Kurang Tidak Sangat


. Setuju Setuju Setuju Tidak
Setuju
(5) (4) (3) (2) (1)

Data dan maklumat yang diperoleh daripada kajian soal selidik akan dikira dalam bentuk
peratus dan min. Maklumat demografi responden dipaparkan dalam bentuk carta pai.
Bagi kaedah temu bual pula, data dan maklumat yang diperoleh akan dihuraikan dakam
bentuk huraian. Setiap maklumat akan dihuraikan dengan lebih jelas bagi memudahkan
kajian yang dilakukan oleh pengkaji.

Untuk kaedah rujukan, maklumat yang diperoleh digunakan untuk mendapatkan data tentang
kurier J&T Express dan rujukan bagi mendapatkan lokasi. Lokasi kajian didapatkan di laman
web berkaliber iaitu www.googlemaps.com.

You might also like