Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

LOGO SEKOLAH & NAMA SEKOLAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

2019

( SKEMA PENGAJIAN FIQH)

(930/1)
Bahagian A : Muamalat dan Munakahat

Jawab dua soalan sahaja.

1 (a)Berikan pengertian riba dan hikmah pengharamannya [6]


.
Pengertian Riba :Sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan
dalam pertukaran barangan tertentu (barang ribawi) [ 2m ]

Hikmah Pengharaman riba :


i.Jalan mendapatkan kekayaan demgan menindas orang yang dikenakan riba.
ii.Meningkatkan kekayaan sebelah pihak dan langsung tidak menyumbang kepada kekayaan
Islam keseluruhannya.
iii.Menyumbang kepada sifat malas untuk berusaha tetapi hanya menunggu wang dating
bergolek
ke kaki mereka
iv.Mendatangkan kesan kepada keseimbangan dalam ekonomi sesebuah negara.Faedah yang
tinggi boleh membawa kepada ketidakseimbangan dari segi penawaran dan permintaan
seterusnya boleh membawa negara ke kancah kemelesetan ekonomi.
iv.Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat dan kemungkinan besar boleh menggugat kemakmuran
sesebuah negara. [ 2 isi x 2m ]

[6]
(b) Jelaskan maksud riba al-Fadhal dan syarat agar terhindar daripada riba al-Fadhl dan
riba
an -Nasiah.

Maksud riba al-Fadhal :Merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan ribawi yang
sama jenis dengan berbeza kadar berat(jika dijual dengan timbang)atau kuantiti (jika dijual
secara bilangan kuantiti). [ 2m ]

syarat agar terhindar daripada riba al-Fadhl dan riba an -Nasiah. :


i) Mesti sama berat atau kuantitinya(walau berbeza kualiti dan harganya)
ii) Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis
(maksudnya pembli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan
barang pertukaran. [ 2 isi x 2m ]

(c) Berikan jenis riba dan jelaskan alasan bagi kes berikut :
[4]
i.Si A telah membeli emas seberat 15 gram dengan harga RM2000.00 secara
bertangguh
iaitu emas yang dibeli hari itu telah dibayar pada bulan depan dan ia tidak
disempurnakan dalam satu masa.
Riba al Nasiah (2m)kerana jualbeli dilakukan secara bertangguh iaitu emas yang
dibeli
[4]
hari itu telah dibayar pada 2 bulan berikutnya dan ia tidak disempurnakan dalam satu
masa (2m).

ii.Si B telah memberi pinjaman kepada si C sebanyak RM 1000.00 dalam tempoh


sebulan tetapi si C telah lambat membayar semula mengikut Tarikh yang
ditetapkan.Si C dikenakan bayaran sebanyak RM1200.00
Riba al Jahiliyah (2m) kerana lambat membayar semula hutang mengikut tarikh yang
2 ditetapkan (2m) [6]

(a) Terangkan konsep wakalah dari segi pengertian ,dalil dan hikmah.

Pengertian : Menyerahkan sesuatu urusan kepada orang lain untuk menggantikan


dirinya yang masih hidup dalam sesuatu urusan yang maklum mengikut syarat dengan
lafaz tertentu di mana orang yang diwakilkan lebih layak menguruskannnya. [ 2m ]

Dalil : ‫وعلى هللا فليتوكل المتوكلون‬ [ 2m ]

Hikmah : i.Mendapat kerehatan diri


ii.Kesuburan harta benda
iii.Kesempurnaan pengurusan
iv.Wujud sifat bertanggungjawab [ 2 isi x 1m ] [6]

(b) Huraikan tiga rukun dan syarat wakalah yang menepati syarak.

Bil Rukun wakalah Syarat -syarat wakalah


1 Orang yang memberi wakil Bebas bertindak dan pilihan sendiri
Berakal waras
Cukup umur
Ahli Tasaruf
2 Orang yang menerima wakil Seorang mukallaf
Berakal waras
Cukup umur
3 Perkara yang diwakilkan Perkara yang memang boleh diwakilkan
Diwakilkan sifatnya itu dapat menerima
pengganti.Tidak sah wakil kepada orang
ibadat khusus seperti solat untuknya.
Benda /perkara adalah milik sah pemberi
wakil ketika dia berwakil.
Diketahui dengan jelas barang yang
diwakilkan.
4 Sighah(Ijab dan Kabul) Ijab dilakukan oleh pemberi wakil dan
Kabul ialah kesediaan orang yang
menerima wakil.

[ 3 isi x 2m ]

(c) Bincangkan hukum dan alasan bagi kes wakalah yang berikut: [8]

i. En Ali telah mewakilkan anaknya berpuasa bagi dirinya yang telah menghadapi sakit
gastrik yang serius.
Hukum : Tidak sah ( 1m) kerana perkara yang diwakilkan adalah perkara -perkara
ibadat yang wajib dilakukan dan ditetapkan oleh syarak sebagai ibadat yang tidak
boleh digantikan seperti solat ,puasa Ramadhan,sumpah ,lian zihar ,nazar dan
menjadi saksi. (1m)
ii.P Aini mewakilkan kawan baiknya untuk menjual telefon lamanya kerana dia
memerlukan wang untuk perbelanjaan dirinya.
Hukum : Harus (1m)diwakilkan hak peribadi.Harus diwakilkan kepada orang lain
Seperti menjual dan membeli.(1m)

iii.En Ahmad telah melantik peguam bagi menguruskan kes kematian adiknya yang
dipercayai dibunuh.
Hukum: Sah (1m)mewakilkan guaman/peguam untuk menguruskan kes-kes
Jenayah atau mahkamah.(1m)

iv.Isteri Noh telah mewakilkan abang iparnya untuk mengerjakan haji untuk Noh yang
3 telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.
. Hukum : Sah (1m)diwakilkan menjalankan hak-hak yang boleh digantikan seperti
. mewakilkan seseorang untuk mengerjakan haji dan umrah.(1m)

(a) Terangkan dua sebab wajib seseorang perempuan itu beriddah.


1. Sebab perceraian yang berlaku selepas dukhul daripada hasil perkahwinan yang sah
sama ada perpisahan hidup atau sebab kematian. [4]
2. Sebab wati syubhat.
3. Sebab kematian suami, walaupun kematian itu sebelum dukhul.
4 Sebab berzina menurut pendapat aAl-Malikiyah dan al-Hanabilah [ 2 isi x 2m ]

(b) Jelaskan tempoh iddah bagi isteri seperti berikut:


1. bercerai di dalam keadaan suci : Selesai ‘iddah apabila datang haid yang ketiga.
2. bercerai semasa haid : Datang haid yang keempat (termasuk haid semasa cerai) [6]
3. isteri yang kematian suami : Isteri hamil :tarikh kematian hingga bersalin, jika tidak
hamil 4 bulan 10 hari
4. isteri yang hamil : Lahir anak dikandungnya
5. isteri yang diceraikan sebelum persetubuhan : Tidak ada ‘iddah
[10]
6 isteri belum haid : 3 bulan [ 6 isi x 1m ]

(c) Bincangkan persoalan –persoalan semasa berikut berdasarkan hukum iddah.


i. Pergaulan suami isteri sewaktu iddah

1. Setelah bercerai, maka suami hendaklah memisahkan diri daripada isterinya dan
tidak tinggal sebilik lagi.
2. Semasa dalam ‘iddah, boleh tinggal dalam sebuah rumah, tetapi diasingkan
3. Suami wajib menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang ditinggalkannya sekadar
kemampuannya, seperti tempat kediaman yang mereka tinggal bersama sebelum
mereka bercerai. Bukan isteri yang menyediakan tempat tinggal untuk suaminya.
4. Jika suami menyediakan tempat tinggal yang baru, maka hendaklah kediaman itu
sesuai dengan isteri tersebut.
5. Batas aurat mereka hendaklah bergaul seperti orang ajnabi iaitu si isteri hendaklah
menutup auratnya.
6. Isteri tidak perlu menyediakan makan minum kepada suaminya, kerana mereka dari
satu segi sudah menjadi orang asing dan tempat tinggal pun sudah terpisah,
walaupun masih sebumbung.
7. Sekiranya rumah itu rumah isteri, maka suami boleh tinggal dalam rumah tersebut
jika diizinkan isteri, dengan syarat dipisahkan bilik. Seelok-eloknya mereka
berasingan.
[ 3 isi x 2m ]

ii. Hak-hak isteri semasa iddah

1. Perempuan yang diceraikan suaminya, ada hak-hak tertentu dari segi syarak
untuknya, khususnya hak nafkah dan tempat tinggal, sehingga tamat ‘iddahnya.
2. Menjadi hak bagi setiap wanita yang wajib ditunaikan oleh suaminya ketika
berlaku perceraian, sama ada cerai talak atau cerai kematian iaitu untuk tetap
mendapat tempat tinggal di rumah tersebut. Suami tidak boleh menghalau
isterinya keluar rumah selagi tempoh 'iddah belum berakhir.
3. Bagi 'iddah kematian suami, penentuan memilih tempat tinggal adalah
terpulang kepada wanita itu sendiri dan ia bebas untuk membuat keputusan
kerana selepas dari itu ia sendiri terpaksa menanggung nafkah hidupnya.
4. Jika wanita yang diceraikan itu ber‘iddah pada talak yang boleh dirujuk,
maka wajib ke atas suami menanggung nafkah makan, pakaian dan tempat
tinggal. Ini kerana wanita tersebut masih dikira sebagai isteri selama ia
berada dalam ‘iddah.
5. Jika wanita yang diceraikan itu ber’iddah talak tidak boleh dirujuk lagi (talak
ba'in), dalam hal ini Imam Maliki dan Syafie berpendapat bahawa wanita
tersebut hanya berhak mendapat nafkah tempat tinggal sahaja.
[ 2 isi x 2m ]
Bahagian B : Mirath dan Jenayah

Jawab dua soalan sahaja.

4. (a) Huraikan sebab dan syarat seseorang itu mendapat harta pusaka. [6]

Sebab mendapat harta pusaka:

i. Sebab kerabat : Sesiapa yang mempunyai pertalian darah sebab kelahiran,sama ada

menerima pusaka secara fardhu sahaja seperti ibu atau fardhu serta asabah seperti bapa.

ii.Sebab nikah atau perkahwinan:Dikira perkahwinan yang sah,isteri yang diceraikan talak

raji’ masih dalam iddah sahaja yang layak terima pusaka.

iii.Wala’Atau pemerdekaan : seorang hamba yang telah dimerdekakan oleh tuannya.

iv.Badan Islam (Baitulmal)Bagi si mati tiada ahli waris atau tidak habis pusaka fardhunya maka

hartanya diserahkan kepada Baitulmal. [ 2 isi x 2m ]

Syarat mendapat harta pusaka :

i.Yakin mati mawaris iaitu mesti yakin bahawa orang yang meninggalkan pusaka sudah mati.

ii.Yakin hidup waris selepas kematian mawaris iaitu yang berhak menerima pusaka masih hidup.

iii.Tahu hubungan antara waris dengan si mati iaitu pertalian antara keduanya iaitu secara

keturunan,perkahwinan atau pemerdekaan.

iv.Tahu ada pihak yang boleh menguruskan harta iaitu pihak yang boleh menyelesaikan pusaka itu

dengan mengetahui secara terperinci. [ 2 isi x 1m ]

(b) Jelaskan perbezaan antara ahli waris asabah binafsih dengan asabah bilghair.
[6]

Bandingan Asabah Binafsih Asabah Bilghair


Maksud Iaitu ahli-ahli waris lelaki Iaitu ahli-ahli waris yang
yang menjadi asabah kerana menjadi asabah bukan kerana
diri mereka sendiri bukan diri mereka sendiri tetapi
kerana kewujudan orang lain. kerana orang lain yang turut
menjadi asabah Bersama
(2m) mereka. (2m)
Contoh /Siapa Bapa Anak perempuan + anak
Datuk lelaki
Anak lelaki Cucu perempuan + cucu lelaki
Cucu lelaki Saudara perempuan
Saudara lelaki sebapa seibusebapa + saudara lelaki
Anak saudara lelaki seibu sebapa
seibusebapa Saudara perempuan sebapa+
(1m) saudara lelaki sebapa
Anak saudara lelaki Anak (1m)
saudara lelaki sebapa
Bapa saudara seibubapa
Bapa saudara sebapa
Sepupu lelaki seibusebapa
Sepupu lelaki sebapa

(1m)

(c) Huraikan pembahagian harta pusaka bagi kes yang berikut:

(i) Seorang mati dan meninggalkan isteri ,ibu dan seorang anak lelaki
[4]

Waris Fardu Asal Saham


Isteri 1/8 3
Ibu 1/6 24 4
Anak Lelaki Asabah 17
Jumlah 24

(ii) Seorang mati dan meninggalkan ibu, dua orang anak perempuan dan bapa saudara
sebelah bapa.
[4]
Waris Fardu Asal Saham
Ibu 1/6 1
2 Anak Perempuan 2/3 6 4
Bapa saudara sebelah bapa Asabah 1
Jumlah 6

5. (a) Terangkan pengertian al-hajbu al-nuqsan dan dua contohnya


[6]

Pengertian al Hajbu al-Nuqsan :Waris yang mendapat sedikit sahaja bahagian dari harta

pusaka kerana bahagian yang sepatutnya diterima telah bertukar kepada bahagian yang
lebih

kecil. (2m)
Contoh : i.Bahagian suami yang sepatutnya mendapat ½ menjadi ¼ disebabkan isteri yang

mati meninggalkan anak.

ii. Bahagian isteri yang sepatutnya mendapat 1/4 menjadi 1/8 disebabkan suami

yang mati meninggalkan anak.

iii. Bahagian ibu yang sepatutnya mendapat 1/3 menjadi 1/6 disebabkan si

mati meninggalkan anak.

iv.Bahagian saudara perempuan sebapa yang sepatutnya mendapat ½ menjadi 1/6

disebabkan ada saudara perempuan kandung.

[ 2 isi x 2m ]

(b) Huraikan tiga keadaan di mana datuk berhak mendapat 1/6 daripada harta pusaka si mati.
[6]

Keadaan tersebut :

i.Si mati meninggalkan anak lelaki

ii.Si mati meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki yang bapanya telah tiada.

iii.Si mati meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki yang bapanya telah tiada.

[ 3 isi x 2m ]

(c) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan seorang suami,seorang ibu,seorang

bapa,dua orang anak lelaki dan seorang adik lelaki.Terangkan bahagian pusaka kepada
waris

tersebut .

Waris Fardu Asal Saham


Suami 1/4 3
Ibu 1/6 2
Bapa 1/6 12 2
2 Anak lelaki Asabah 5
Adik Lelaki Mahjub -
Jumlah 12
[8]

6. (a) Terangkan konsep minum arak dari segi pengertian, dalil dan hukum.. [6]

Pengertian :Apa sahaja bahan yang memabukkan sama ada bahan itu diperbuat daripada
angur,barli,nira kelapa atau sebagainya yang memabukkan orang yang meminumnya

walaupun sedikit. [ 2m ]

Dalil : ) 43: ‫يأيها الذينء ءامنوا ال تقربوا الصلوة وأنتم سكرى حتى تعلموا ما تقولون ( االنسأ‬

[ 2m ]

Hukum : Haram [ 2m]

(b) Jelaskan hukuman yang dikenakan ke atas peminum arak menurut pandangan fuqaha. [6]

i. Berdasarkan sunnah dan amalan para sahabat dalam masa pemerintahan khulafa’

Ar-Rasyidin,tidak ada nas kadang-kadang Rasulullah SAW menyebat dengan kadar yang

sedikit dan adakalanya banyak tetapi tidak melebihi 40 sebatan.

ii. Jumhur fuqaha’ : 80 sebatan

iii. As-Syafi’iah : 40 sebatan.

[3 isi
x2m ]

(c)Penyalahgunaan dadah merupakan satu jenayah yang semakin berleluasa pada masa
kini.Bincangkan implikasi penyalahgunaan dadah terhadap negara. [8]

i. Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinngi akibat daripada masalah dadah
yang melanda negara ini.

ii.Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi kos nyata dan kos tidak
nyata.

iii.Kos nyata termasuklah kos bagi penyelenggaraan program-program pencengahan,kos kerana


kerugian akibat daripada aktiviti aktiviti jenayah yang berkaitan seperti
merompak,membunuh ,merogol dan sebagainya.

iv.Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota


polis,kakitangan jabatan penjara,mahkamah,hospital dan sebagainya.

[3 isi x2m ]

Kesimpulan … [2m]
SOALAN TAMAT

You might also like