Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 7
SEMESTER SEMESTER 1 DIPLOMA SESI 2020

JABATAN JABATAN HOSPITALITI

PROGRAM SENI KULINARI / DIPLOMA

KOD/KURSUS DHA 1113 FOOD HYGIENE AND SAFETY

KOMPETENSI 07. SAFETY AND ACCIDENT PREVENTION

7.0 Preventing acciddents


KOMPETENSI
7.1 First Aids
UNIT
7.2 Emergency procedures

Trainee must be able to:

a. Apply the concept of safety and in food service industry operation (C3, PLO1)
KOMPETENSI
b. Follow food safety and sanitation system during food flow by referring to safety standard and
PEMBELAJARAN
regulations in Malaysia (P3,PLO2)
c. Discuss the type of food borne hazards, food borne illness, sanitation and safety action
(A2,PLO6)

NO KOD DHA 1113/K 07/NK 07 MUKA : 01 DARIPADA 14


7.0 SAFETY AND ACCIDENT PREVENTION

PREVENTING ACCIDENTS/CARA MENGELAKKAN KEMALANGAN

Ruang dapur diakui sebagai tempat yang paling ketara mengundang bahaya kerana di
sini banyak menempatkan peralatan elektrik dan benda-benda tajam seperti pisau dan
gunting. Lebih 65% kes kebakaran dilapor berpunca daripada kecuaian di ruang dapur.
Berikut beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil:
 Sentiasa pastikan kedudukan tangkai kuali atau periuk tidak menghala ke bahagian
depan. Ini bagi mengelakkan dicapai kanak-kanak.
 Letak hidangan masih panas dan berasap ditengah-tengah meja atau kaunter dan
tidak di bucu meja

 Jangan biarkan wayar elektrik berselirat di atas mahupun bucu meja atau kaunter.

 Jauhi barangan mudah terbakar seperti bekas plastik, kertas aluminium dan kertas
minyak daripada dapur masak atau pembakar roti

 Tutup suiz dan cabut palang elektrik selepas selesai diguna bagi mengelakkan
berlaku litar pintas.

 Pastikan dapur dan pemanas bersih daripada minyak.

 Sorok benda tajam di dalam laci supaya tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

JENIS-JENIS KEMALANGAN DI DAPUR

Berikut ialah beberapa kemalangan biasa dan panduan tentang bagaimana untuk
mengurangkan kejadian yang tidak diingini berlaku di dapur anda:

Tergelincir dan Terjatuh

 Jika penyediaan makanan anda melibatkan banyak penggorengan, adalah lebih


baik untuk mengasingkan dapur basah dan dapur kering secara bersebelahan
supaya minyak yang tertumpah atau terpercik hanya terdapat di satu tempat.
Kawasan ini seharusnya mudah dicuci setiap hari untuk mengelakkan minyak
terkumpul dengan banyak dan menjadikan lantai licin.
 Cuba elakkan dari menggunakan jubin licin sebagai lantai. Jubin seperti ini
memang cantik, tetapi agak bahaya. Hanya sedikit lapisan minyak atau air sabun
boleh menjadikannya licin seperti ais. Jika anda sudahpun mempunyai lantai
seperti ini di dapur anda, dapatkan pelapik getah seperti yang selalu digunakan
di tandas awam. Hamparkannya di bahagian lantai yang selalu basah.
 Jika anda tumpahkan sesuatu di atas lantai, bersihkannya serta-merta. Sediakan
mop untuk tujuan ini dan pastikan ianya dicuci dengan air sabun serta-merta
selepas digunakan untuk mengelakkan minyak terkumpul dan tersebar ke
kawasan lain apabila ianya digunakan semula.
 Jika anda terpaksa meletakkan anak anda di dapur semasa anda memasak,
pastikan dia berada di kawasan khas yang dikepung dengan pagar keselamatan.

2
TERSELIUH DAN TERGELIAT OTOT

Apakah Terseliuh Dan Tergeliat Otot?

Terseliuh dan tergeliat adalah kecederaan pada ligamen dan tendon sendi. Terseliuh
melibatkan peregangan atau koyakan pada ligamen manakala tergeliat pula melibatkan
peregangan atau koyakan berlebihan pada otot atau tendon. Kedua-dua keadaan
menyebabkan kesakitan dan pembengkakan.

Seseorang individu boleh mengalami terseliuh dan tergeliat otot apabila jatuh, terkilas
tangan atau kaki, bermain sukan atau melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM

Terseliuh

 Sakit
 Bengkak
 Lebam
 Hilang kemampuan untuk menggerak dan menggunakan sendi
 Kadangkala terdengar bunyi ‘pop’ dan rasa seperti terkoyak pada sendi apabila
kecederaan berlaku

Tergeliat

 Sakit
 Kekejangan otot
 Lemah otot
 Bengkak, kejang, atau peradangan setempat. dan tergeliat yang lebih parah
boleh menyebabkan kehilangan fungsi otot
 Keadaan tergeliat yang parah selalunya menyebabkan rasa sakit dan
menyukarkan pergerakan

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

 Pakailah pakaian yang sesuai. Contohnya, pakailah kasut yang berpadanan


dengan saiz kaki dan sesuai untuk jenis latihan. Tapak kasut harus dibuat dari
bahan yang tidak mudah tergelincir.
 Gunakan penyokong sendi yang dapat memberikan sokongan yang baik seperti
pada sendi pergelangan kaki.
 Elakkan aktiviti di atas permukaan yang licin, basah atau tidak rata, atau di
kawasan yang kurang pencahayaan.

3
PENJAGAAN KENDIRI

RICE

Kaedah RICE (Rest, Ice, Compression, Elevation) adalah kaedah serta merta yang
boleh digunakan untuk merawat sendiri keadaan terseliuh dan tergeliat.

 Rest (Rehat dan mengurangkan pergerakan)


Elakkan bahagian yang cedera daripada bergerak. Ampu kawasan yang terjejas di
dalam kedudukan yang paling selesa.

 Ice (Ais)
Rasa sejuk membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Letakkan kiub ais
atau pek ais Ais diletakkan pada bahagian yang cedera sehingga terasa kebas atau
kulit menjadi kemerahan (sekitar 10 - 20 minit). Ini boleh dilakukan semula setiap
jam untuk selama 48 hingga 72 jam sehingga kulit di sekitar luka terasa kembali
hangat apabila disentuh.

 Compression (Tekanan)
Balut bahagian yang sakit semasa dan selepas meletakkan ais untuk
mengurangkan bengkak. Balutan tidak boleh terlalu ketat supaya peredaran darah
tidak terganggu. Dalam situasi tertentu, anduh mungkin diperlukan. Biarkan balutan
kekal di tempatnya selagi bengkak masih ada.

 Elevation (Meninggikan kedudukan)


Meninggikan kedudukan bahagian yang cedera kepada di atas paras jantung akan
membantu menghindarkan pengumpulan cecair dari kawasan yang cedera, dengan
demikian mengurangkan pembengkakan dan kesakitan. Ini paling penting dalam
masa 24 jam pertama untuk kecederaan serius dan dilakukan sambil meletakkan
ais.

Nota: Jika ada keraguan tentang keadaan tersebut, rawat ia sebagai patah tulang dan
hantar ke hospital.

Kebanyakan terseliuh dan ketegangan otot akan mula sembuh dalam masa 3 hingga 4
hari, dan sembuh sepenuhnya dalam waktu satu minggu.

Kemungkinan pemulihan sepenuhnya akan menjadi lebih baik dengan mengelakkan


faktor-faktor H.A.R.M. berikut pada 48 jam pertama.

 Haba (H): kerana ia meningkatkan pembengkakan dan pendarahan.


 Alkohol (A): kerana ia meningkatkan pembengkakan dan pendarahan.
 Menjalankan senaman atau latihan (R): kerana ia memburukkan kecederaan.
 Urut (M): kerana ia meningkatkan pembengkakan dan pendarahan.

Aktiviti-aktiviti lain yang harus dielakkan adalah :

 Melakukan kegiatan semasa kecederaan belum sembuh, selepas rasa sakit


dikurangkan dengan mengambil ubat tahan sakit atau ubat pelali setempat yang
disembur.

4
 Menggunakan balutan elastik, yang mengenakan tekanan tetapi tidak memberi
sokongan.

MASA UNTUK BERJUMPA DOKTOR

Dapatkan rawatan doktor jika :

 Kecederaan anda parah dan anda tidak dapat berjalan atau meletakkan berat
badan pada sendi tercedera.
 Kawasan yang tercedera dan di sekitarnya terasa sangat lembut apabila
disentuh.
 Kawasan yang cedera membengkak atau mempunyai benjolan dan ketulan
yang tidak terdapat pada kawasan yang tidak tercedera.
 Sendi yang tercedera tidak dapat digerakkan.
 Anda tidak dapat berjalan lebih dari empat langkah tanpa rasa sakit.
 Anggota tubuh anda terkancing atau tidak dapat bertahan ketika anda cuba
untuk menggerakkannya.
 Anda merasa kebas di kawasan yang tercedera.
 Terdapat garisan merah atau kemerahan tersebar keluar daripada tempat
cedera.
 Kawasan yang cedera pernah mengalami kecederaan beberapa kali sebelum
ini.
 Terdapat rasa nyeri, pembengkakan, atau kemerahan atas bahagian tulang kaki
anda.

RAWATAN

PENGUBATAN KENDIRI – Ubat untuk Terseliuh dan Tergeliat Otot

 Aspirin
 Diclofenac Sodium
 Mefenamic Acid
 Paracetamol

UBAT-UBATAN PRESKRIPSI

 Celecoxib
 Etoricoxib

RAWATAN LAIN

 Korset lumbosakral ringan : Pemakaian korset ini dapat membantu untuk


mengawal kekejangan otot. Pemakaiannya harus dihentikan segera setelah
kekejangan hilang.

Elektrik

Berhati-hati dengan peralatan elektrik di dapur; ia boleh menyebabkan kejutan elektrik


atau menyebabkan rumah anda terbakar jika tidak diawasi.

5
 Berhati-hati dengan wayar elektrik. Pastikan tiada bahagian yang terdedah atau
terputus. Jika berlaku kerosakan, tukar wayar itu. Jangan ambil cara mudah
dengan membalut bahagian itu dengan pita lekat.
 Jangan bebankan litar dengan menyambungkan terlalu banyak plag, wayar
penyambung dan sebagainya. Jika anda memerlukan soket elektrik tambahan,
dapatkan pakar untuk memasangnya.
 Jika rumah anda menggunakan pendawaian lama, adalah baik jika anda
mendapatkan seorang yang pakar untuk memeriksa tahap kapasitinya untuk
memastikan ia boleh menanggung keperluan elektrik daripada peralatan
tambahan yang anda gunakan.
 Jangan guna peralatan elektrik berdekatan dengan sinki atau punca air yang lain.
Jika hujung wayar alat itu jatuh ke dalam air, JANGAN sekali-kali cuba
menariknya keluar, walaupun suisnya telah ditutup. Pertama sekali, tutup punca
utama dan kemudian cabut plag dari soket. Jika anda mempunyai peralatan yang
telah basah, jangan gunakannya sehingga ia telah diperiksa oleh juruelektrik
yang bertauliah.
 Pastikan plag anda padan dengan soket. Jangan cabut pin ketiga untuk
memadankannya dengan soket dua konduktor; ini boleh menyebabkan kejutan
elektrik. Jangan paksa masuk sesuatu plag ke dalam soket jika ia tidak padan.
 Ground Fault Circuit Interrupters (GFCI) boleh membantu mengelakkan kejutan
elektrik. Ia seharusnya digunakan di kawasan di mana air dan elektrik bertemu.
Apabila GFCI mengesan kebocoran arus di dalam sesebuah litar elektrik, ia akan
memutuskan aliran kuasa dengan cepat untuk mengelakkan kecederaan yang
serius daripada kejutan elektrik. Selalulah menguji GFCI mengikut panduan yang
diberikan oleh pengilang untuk memastikan ianya berfungsi dengan teratur.

Bahan Kimia

Anda harus lebih berhati-hati jika anda ada menyimpan bahan kimia di dapur.

Berikut ialah beberapa isu penting mengenai keselamatan:


 Bahan pencuci longkang, peluntur dan asid kuat adalah berbahaya. Jangan
sekali-kali campurkan bahan-bahan yang berlainan ini bersama kerana ia boleh
menyebabkan letupan atau menghasilkan gas berbahaya. Pastikan bahan-bahan
ini digunakan menurut panduan yang diberikan, dan pastikan bekasnya ditutup
dengan rapi apabila tidak digunakan.
 Karbon monoksida terhasil daripada pembakaran bahanapi. Keracunan
monoksida boleh berlaku melalui peralatan gas yang tidak dipasang dengan
sempurna atau yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Selalulah periksa
peralatan anda secara profesional. Jangan gunakan briket arang atau yang
seumpamanya untuk memasak atau pemanasan dalaman.
 Bahan kimia yang mudah meruap, seperti cecair pencuci, minyak tanah, minyak
petrol dan sebagainya biasanya mudah terbakar, boleh menyebabkan kebakaran
dan letupan dengan mudah, dan tidak seharusnya disimpan di dapur.
 Racun serangga dan racun tikus adalah berbahaya. Jika ia terkena tangan anda,
cuci dengan segera. Apabila anda menggunakannya, pastikan tiada bahan
makanan yang terdedah berhampiran. Pastikan ia dijauhkan dari kanak-kanak
atau haiwan pelirahaan. Simpan dengan cermat, dan lebih baik bukan di dapur.
 Jika anda terpaksa menyimpan bahan kimia pencuci dan bahan beracun yang
lain di dapur, simpan di rak bawah daripada rak makanan supaya jika berlaku
kebocoran, bahan ini tidak masuk ke dalam makanan.

6
Dapur Gas, Penunu dan Ketuhar

 Pastikan silinder gas anda diletakkan di kawasan yang mempunyai pengudaraan


yang baik untuk mengelakkan pengumpulan gas jika berlaku kebocoran. Cuba
elakkan dari menyimpan silinder tambahan di dapur.
 Dapatkan seorang yang profesional untuk memeriksa sambungan paip gas anda
dari masa ke semasa untuk memastikan ianya kalis bocor.
 Pastikan peralatan memasak yang diperbuat daripada kaca tidak dibiarkan di
atas dapur. Ia mungkin meletup.
 Padamkan plet pemanas apabila tidak digunakan.
 Menggunakan surat khabar untuk menutup kawasan sekeliling dapur ialah
perkara yang biasa dilakukan di kebanyakan rumah di Malaysia kerana ia
menjimatkan masa daripada terpaksa membersihkan kesan minyak. Elakkan
amalan ini kerana percikan kecil boleh menyebabkan kebakaran jika ia terjatuh di
atas kertas. Juga pastikan tiada bahan mudah meletup berada berdekatan
dapur.
 Jika anak-anak anda sering keluar masuk dapur, gunakan penunu yang paling
jauh untuk dicapai oleh mereka dan elakkan dari meletakkan peralatan memasak
dengan pemegangnya menghala ke luar di mana anak-anak kecil mudah
mencapainya. Tentu sekali lebih baik untuk tidak membenarkan anak-anak
masuk ke dapur semasa anda sedang memasak. Jika ini mustahil, pasangkan
pagar keselamatan atau alat lain untuk menghalang anak kecil anda dari masuk
ke kawasan memasak.
 Letakkan penutup periuk berdekatan untuk memadamkan api gris – jangan
sekali-kali simbah air ke atas api gris. Selain itu, simpan baking soda berdekatan
untuk memadamkan api makanan. Jika kebakaran berlaku di dalam ketuhar,
matikan ketuhar dan tutup pintunya.
 Jangan buka pintu ketuhar gelombang mikro atau kendalikan makanan yang
panas ketika anda mengendong anak.
 Gunakan sarung tangan ketuhar, pemegang periuk dan sebagainya untuk
memegang peralatan panas dan bukannya menggunakan tuala kecil. Ini kerana
hujung tuala yang tergantung boleh terbakar jika terkena api, atau menyebabkan
melecur jika ia basah kerana kelembapan boleh bertukar menjadi stim.

Pisau dan objek tajam yang lain

Berikut ialah beberapa panduan yang dapat membantu anda mengelakkan kecederaan
semasa menggunakan pisau dapur dan objek tajam yang lain.

 Pastikan pisau anda sentiasa tajam. Pisau yang tajam memudahkan kerja
memotong dan anda menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk melakukannya.
Jika pisau anda tumpul, anda terpaksa menolak dengan kuat untuk memotong,
dan jika terpesong sedikit ia boleh mengenai tangan dan menyebabkan
kecederaan.
 Jangan masukkan pisau kotor ke dalam alat pencuci pinggan kerana ia boleh
merosakkan hujung pisau. Cuci pisau secara berasingan.

7
 Jangan letakkan pisau dengan hujungnya menghala ke atas. Hujung tajam ini
sukar kelihatan, dan seseorang mungkin terkena hujung ini dan menyebabkan
kecederaan.
 Apa saja jenis pecahan kaca adalah tajam dan berbahaya. Bersihkannya dengan
cermat, dan pastikan anda tidak meninggalkan serpihannya pada span pencuci.
Jangan buang pecahan kaca ke dalam beg sampah kerana ia akan
menyebabkan kecederaan kepada orang yang mengangkat beg tersebut.
Bungkuskannya dengan surat khabar lama atau kadbod. Jangan sekali-kali
pecahkan kaca dengan sengaja dan membuangnya ke dalam beg sampah.

FIRST AIDS/ PERTOLONGAN CEMAS

Terbakar Teruk Dan Melecur

Kecederaan melecur atau terbakar yang disebabkan oleh haba.

Terbakar dan melecur adalah kecederaan dan kerosakan yang terjadi pada kulit
disebabkan oleh haba, bahan kimia dan arus elektrik.

Kecederaan jenis ini membawa risiko besar iaitu cecair badan terhilang dari sistem
peredaran darah dan kemungkinan jangkitan kuman kerana lapisan perlindungan badan
telah rosak. Matlamat anda ialah untuk menghentikan proses kebakaran dengan
menyejukkan kebakaran dengan secepat mungkin.

Penilaian Mangsa Terbakar dan Melecur Teruk


Pastikan tahap keterukan kebakaran. Mungkin terjadi:

 Kesakitan yang kuat pada tempat berlaku kecederaan, walau pun kebakaran
yang dalam mungkin tidak memberi rasa sakit pada mangsa.
 Melepuh, melecet atau gelembung pada sekitar kawasan yang tercedera.
 Kemerahan dan bengkak pada kawasan yang cedera, atau kulit hangus jika
kebakarannya teruk.

Langkah Berjaga-jaga Diri


Pakai sarung tangan pakai buang jika ada.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas Melecur dan Terbakar Teruk

1. SEJUKKAN KAWASAN TERBAKAR / MELECUR.


Alirkan air sejuk atau suam di atas kawasan yang terbakar selama sekurang-
kurangnya 10 minit, atau sehingga kesakitan berkurangan. Dudukkan mangsa dan

8
angkat (tinggikan) kawasan yang tercedera. Letakkan mangsa berada dalam
keadaan yang selesa untuknya. Panggil bantuan kecemasan.

Menyejukkan kulit yang terbakar

2. BUANG JERUTAN / CEKIKAN.


Buang atau potong sebarang kain, pakaian atau barang kemas daripada kawasan
yang terlibat ketika anda menyejukkan kawasan terbakar. Jangan buang sebarang
benda yang melekat pada kulit yang terbakar.

3. LINDUNGI KAWASAN TERBAKAR / MELECUR.


Tutup kawasan terbakar dan melecur, sebaik-baiknya dengan plastik (pembalut plastik
atau beg plastik yang bersih). Jika tiada, gunakan kain pembalut steril yang cukup
besar untuk menutupnya. Bahan yang tidak berbulu seperti kain bersih atau sarung
bantal bersih juga boleh digunakan.

Tutup anggota atau bahagian yang melecur

4. BARINGKAN MANGSA.
Bantu mangsa untuk berbaring, pada masa yang sama mengekalkan bahagian yang
cedera terangkat dan disokong. Angkat kakinya mengatasi aras jantungnya dan
sokong dengan kerusi (atau objek lain yang ada). Ini mengurangkan risiko kejutan,
satu keadaan yang mengancam nyawa yang boleh berlaku selepas kehilangan
banyak cecair badan.

Amaran
 Jangan tutup tempat terbakar dan melecur dengan kain pembalut yang melekit.
 Jangan bubuh sapuan, salap atau krim pada lecuran.

9
 Jangan beri mangsa sebarang makanan atau minuman kerana mungkin dia akan
diberi ubat bius kemudian nanti. Jika mangsa menjadi pengsan dan tidak sedarkan
diri, buka laluan udara dan periksa pernafasan. Bersedia untuk melakukan CPR.

Dapatkan Bantuan
Dapatkan nasihat perubatan untuk kebakaran dan melecur yang berukuran lebih dari 2.5
cm. Kesemua kebakaran dan melecur dalam pada kanak-kanak memerlukan rawatan
hospital.

Langkah Seterusnya
Awasi tahap kesedaran mangsa, pernafasan dan nadinya ketika anda menunggu
bantuan kecemasan.

Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

BAGAIMANA KEJUTAN ELEKTRIK BERLAKU

- Sentuhan serentak dua pengalir hidup.


- Sentuhan serentak antara punca hidup dengan bumi.
- Menyentuh punca bumi dan memegang litar yang hidup secara elektromagnet /
elektrostatik.
- Berdiri diatas bumi dimana arus mengalir disebabkan oleh keupayaan yang berlainan.

KESAN KECEDERAAN AKIBAT KEJUTAN ELEKTRIK

i.Kekejangan otot dada dan daiferam menyebabkan kesesakan pernafasan. Keadaan ini
boleh membawa maut dalam masa yang singkat.
ii.Kelumpuhan sementara pusat saraf. Ini akan menyebabkan terhenti pernafasan,
menjadi lemas, boleh membawa maut kecuali mangsa dapat diselamatkan.

LANGKAH MENYELAMATKAN RAKAN TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK

I. Tutup suis bekalan utama jika diketahui tempatnya.

ii.Jika tidak diketahui suis utama atau suis untuk ketempat berkenaan maka gunakan
bahan penebat seperti baju dan seumpamanya untuk menyelamatkan mangsa
dengan menarik mangsa tersebut daripada tempat berarus tetapi paada masa yang
sama sentiasa berhati-hati supaya badan simangsa tidak tersentuh dengan badan kita
ketika arus elektrik masih mengalir ditubuhnya.

10
iii.Jika mangsa tidak sedarkan diri gunakan rawatan pertolongan cemas atau pemulihan
pernafasan.

v.Bawa si mangsa kehospital untuk bantuan perubatan seterusnya

RAWATAN

i.Tanggalkan benda-benda yang mencerut seperti tali leher, tali pinggang atau kasut
sebelum bahagian yang terbakar menjadi bengkak.
ii.Bahagian anggota yang melecur hendaklah dibalut dengan pembalut kain anduh atau
kain bersih.
iii.Bahagian anggota yang melecur hendaklah jangan digerak-gerakkan.
iv.Mangsa tersebut hendaklah dihantar segera kekelinik atau hospital untuk rawatan
lanjut.

KECEDERAAN ANGGOTA

i. Langkah segera yang perlu diambil perhatian


ii. Pastikan jenis kecederaan yang berlaku dan tempatkan simalang ditempat yang
sesuai untuk diberi pertolongan tanpa menyentuh bahagian yang tercedera.
iii. Jika anggota tangan yang patah maka tangan tersebut hendaklah digalas atau
diampu dengan mengikat keleher supaya tangan yang patah itu tidak terkulai.
iv. Jika luka serius yang menyebabkanbanyak darah keluar seperti luka ditangan maka
dibahagian atas tangan perlu diikat dengan kain bagi tujuan menyekatmenyekat
sementara pengaliran darah terus mengalir.

v. Simalang perlu dihantar segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kejutan elektrik boleh berlaku jika seseorang itu tersentuh punca bekalan elektrik yang
bervoltan tinggi samada semasa membuat projek, membaiki alat-alat elektrik atau
sebagainya. Kejutan seumpama ini boleh merangsang dan mengaktifkan denyutan
jantung yang mengakibatkan penguncupan otot dan mungkin menghilangkan ingatan
sementara atau mungkinjuga pingsan dan terus mati.

Jangan menguji Voltan AC dengan tangan.

11
Contoh cara menyelamatkan rakan yang terkena kejutan elektrik.

PEMULIHAN PERNAFASAN

- Kaedah mulut kemulut


- Kaedah tekanan pemulihan jantung
- Kaedah Holger Nielsen
- Kaedah Silvester

Kaedah Mulut Ke Mulut

Tekanan Pemulihan Jantung

Silvester

12
Luka-luka kecil

Dimana-mana bahagian luka yang berdarah tidak berhenti-henti, terutama dibahagian


tangan atau jari-jari, hendaklah dianggap sebagai kecederaan dan mesti menerima
rawatan dengan sempurna.

Untuk memberi pertolongan cemas bagi menghentikan darah mengalir :

- Baringkan pesakit dengan sempurna.


- Tinggikan bahagian yang cedera dari paras badan.
- Tekan dan rapatkan bahagian yang luka.
- Minta bantuan perubatan.
- Sekiranya darah keluar dengan banyak dan merbahaya bawa pesakit kehospital.

Terbakar atau melecur

Sekiranya banyak bahagian yang terbakar, jangan memberi sebarang rawatan kecuali
melindunginya dari terkena udara. Tutup badan si mangsa dengan menggunakan kein
atau kertas yang bersih. Ini membolehkan si mangsa menggurangkan sakitnya.
Sekiranya terbakar disebabkan bahan-bahan kimia seperti asid atau bahan pendingin,
pastikan badan atau bahagian anggota mangsa di lalukan dengan air bersih. Kemudian
beri rawatan yang sewajarnya.

TERBAKAR DAN MELECUR

Dibahagikan kepada tiga kategori:


- Darjah pertama.
Melibatkan lapisan permukaan kulit. Kulit nampak kemerahan, kering dan rasa sakit
yang amat sangat.
- Darjah kedua.
Lapisan kulit pertama dan kedua terbakar. Kulit berwarna kemerahan gelap dan terdapat
lepuhan(blister).
- Darjah ketiga.
Lapisan kulit telah rosak.Kulit terbakar hitam atau putih kering.
Ketenatan mangsa bergantung kepada beberapa faktor :
- Luas permukaaan badan yang cedera.
- Tempat mana yang terbakar
- Darjah terbakar
- Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

13
Keadaan kecederaan mangsa boleh ditentukan menggunakan Prinsip 9

- Seluruh bahagian kepala dan leher. - 9%


- Seluruh bahagian dada dan abdomen. - 9% + 9%
- Seluruh bahagian belakang badan. - 9% + 9%
- Kedua-dua bahagian tangan. - 9% + 9%
- Kedua-dua bahagian kaki. - 9% + 9% + 9%
- Anggota kemaluan. - 1%

TINDAKAN

- Rendam atau siram anggota cedera.


- Tanggalkan pakaian yang terbakar.
- Tanggalkan segala bahan yang diperbuat daripada logam.
- Tutup anggota terbakar dengan kain bersih.
- Jangan guna plaster dan pembalut ketat pada anggota yang cedera.
- Jangan isi krim,mentega, ais dan sebagainya kepada anggota yang cedera.
- Pastikan mangsa boleh bernafas.
- Jika mangsa tak bernafas. Beri mangsa oksigen dengan kadar 8 – 10 liter seminit.
- Kendalikan mangsa untuk renjatan.
- Jika kecederaan agak teruk, bawa mangsa ke hospital.

14

You might also like