Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KURSUS:

SKSJ1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

TAJUK:

GOLONGAN MUDA DAN PILIHAN RAYA KE-15

PENSYARAH:

PROF MADYA DR. MOHD RIZAL BIN MOHD YAAKOP

DISEDIAKAN OLEH:

NO. NAMA NO. MATRIK

1. AIMAN HAZEEQ BIN ROSLAN A192904

2. DENIS CHEONG A194236

3. RENEESHA ARUL SEBASTIAN A196293

4. MUHAMAD ERIQ DANIEL BIN ROSLI A193875

5. NUR HANNAH HON BINTI SHAHARUDDIN HON A193334

6. MUHAMMAD NUR IKMAL BIN ISHAK A193648


ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN NOMBOR


HALAMAN

PENGENALAN 1

ETIMOLOGI 1

FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN UNDI 18 1-3

4-6
ELEMEN-ELEMEN YANG MENARIK MINAT PENGUNDI MUDA

6-7
KESAN PENGUNDI MUDA & PRU-15

8-9
KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP UNDI 18

KESIMPULAN 9-10

RUJUKAN 10-11
1.0 PENGENALAN
Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang
sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk
memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang,
eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau
sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar
(proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang,
atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding.
Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam
proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya
selari dengan kehendak demokrasi.
Pada PRU Ke-15 yang lalu, sistem demokrasi Malaysia telah mengalami satu anjakan paradigma
di mana negara Malaysia pertama kalinya dalam sejarah telah melaksanakan Undi 18. Dengan
pelaksanaan Undi 18, ia sekaligus telah berjaya mewarnai sistem demokrasi Malaysia yang telah
diamalkan sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi. Berdasarkan data, seramai 1.14
juta orang merupakan pengundi berusia 18 hingga 21 tahun yang telah mengundi pada pilihan
raya kali ini (Sinar Harian).
Oleh itu, dalam esei ini pengkaji ingin mengkaji apakah sebenarnya yang membawa kepada
pelaksanaan Undi 18 dan sejauhmanakah ia telah memberi kesan kepada negara kita.

ETIMOLOGI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 201), perkataan undi merujuk kepada sesuatu
untuk memilih atau menentukan sesuatu. Dari segi etimologinya, perkataan undi atau 'vote'
berasal dariapda perkataan latin iaitu votare atau votum.

Menurut Muzzafar Syah (2021), "...nobody should be denied the right to participate in any
democratic process and this includes the right to vote. One of the most critical ways that
individuals can influence governmental decision making is through voting process..."

Menurut Downs (1957: 3), "...the rational individual decides to vote in order to avoid the
collapse of democracy..."

FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN UNDI 18.


Pelaksanaan Undi18 di negara kita dilaksanakan atas sebab-sebab atau faktor-faktor yang
tertentu. Pelaksanaan Undi18 yang melibatkan golongan muda yang semestinya bakal mengubah
landskap politik negara ini bukan semata untuk menurunkan had umur bagi pengundi-pengundi

1
baharu tetapi ia juga mempunyai banyak faktor lain yang memainkan peranan penting dalam
melaksanakan dasar baharu ini.

Antara faktor utama pelaksanaan Undi18 ialah untuk membenarkan golongan muda
untuk menyumbang terhadap sosioekonomi masyarakat. Di negara kita, lapisan masyarakat
meliputi pelbagai peringkat umur seperti kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Para
remaja yang sudah boleh melihat keadaan negara dan menyumbang terhadap apa yang
diperlukan oleh negara seharusnya dibenarkan untuk memberikan sumbangan mereka terhadap
pembangunan sosioekonomi di negara kita. Misalnya, golongan muda haruslah diberikan hak
untuk melibatkan diri dalam pilihan raya di negara kita supaya mereka boleh menggunakan
kuasa mereka sebagai belia untuk mengundi mana-mana parti yang mereka rasa bersesuaian
untuk memegang tampuk pemerintahan yang boleh memajukan negara sekaligus memberi impak
yang positif kepada masyarakat.

Selain daripada itu, Undi18 ini juga dilaksanakan untuk mengikuti contoh negara-
negara maju yang lain. Di Eropah, pilihan raya yang melibatkan golongan muda ini sudah
wujud sejak tahun 1960-an lagi. Hasilnya, negara-negara di Eropah kini jelas mendahului kita
dalam pelbagai sektor seperti politik, ekonomi, budaya dan juga sosial. Menurut Norris (2017)
golongan belia Britain mula cenderung terlibat dalam politik kerana parti politik negara itu telah
bijak mengambil hati mereka. Situasi ini jelas membuktikan bahawa pendedahan awal kepada
warga muda terhadap dunia politik akan memberikan hasil yang positif kepada pembangunan
negara. Hal ini kerana pendedahan awal kepada warga muda ini akan menjadikan mereka
berfikiran lebih kritis dan terbuka sekaligus menjadikan mereka bertanggungjawab terhadap
pembangunan negara mereka sendiri. Sebaliknya, menangguhkan penglibatan warga muda
dalam aspek politik seperti pilihan raya hanya membantutkan tahap berfikir mereka dan
menjadikan mereka memandang remeh terhadap situasi politik negara.

Faktor pelaksanaan Undi18 yang seterusnya ialah untuk memastikan pemilihan para
pemimpin itu berlaku daripada semua lapisan umur. Seperti yang kita lihat, impak parti
UMNO yang memegang tampuk pemerintahan selama hampir 60 tahun menjadi goyah apabila
dasar Undi18 dilaksanakan. Hal ini berlaku kerana penglibatan golongan muda dalam sektor
politik membuka mata mereka bahawa perubahan pemilihan tampuk kepimpinan harus berlaku
demi mengubah masa depan negara. Bukti yang ketara juga boleh dilihat pada PRU-15 apabila

2
ramai gergasi politik yang kalah di tempat yang sepatutnya menjadi kubu kuat mereka seperti
kekalahan Tengku Razaleigh di Gua Musang dan Tengku Adnan di Putrajaya. Kekalahan
gergasi-gergasi politik tersebut merupakan bukti bahawa golongan muda boleh membawa
perubahan yang signifikan kepada pemilihan pemimpin di negara kita.

Faktor pelaksanaan Undi18 yang seterusnya ialah untuk membenarkan suara dan
keinginan orang muda lebih didengari. Seperti yang kita tahu, sektor pendidikan dan juga
pendidikan tinggi pada masa kini dipelopori oleh golongan muda. Tambahan pula, terdapat
golongan muda atau bujang yang sudah memasuki alam pekerjaan pada peringkat umur yang
masih awal. Oleh sebab itu, amatlah penting untuk suara-suara dan hak golongan muda ini
didengari oleh pihak-pihak yang tertentu kerana mereka lebih mengetahui apa yang dihadapi
oleh diri mereka sendiri contohnya seperti kehidupan di universiti. Maka cara yang paling efektif
bagi memastikan suara dan rintihan golongan muda ini didengari oleh pemimpin-pemimpin
politik adalah dengan melibatkan mereka dalam urusan politik negara seperti pilihan raya dan
sebagainya agar pemimpin-pemimpin politik tidak memandang rendah terhadap kuasa yang
dimiliki oleh golongan muda dalam mengubah landskap politik negara.

Faktor pelaksanaan Undi18 yang terakhir ialah untuk memberi pendedahan dan
pendidikan awal kepada golongan muda berkenaan politik negara dan dunia. Golongan
muda seharusnya sedar bahawa kegiatan berpolitik itu bukan sahaja membawa maksud
berkempen atau mendirikan bendera parti-parti tertentu tetapi ia membawa maksud yang lebih
penting daripada semua perkara tersebut. Oleh sebab itu, pendidikan dan pendedahan awal
kepada golongan muda adalah penting untuk mengelakkan generasi muda menjadi tidak minat
kepada politik kerana mempunyai tanggapan negatif terhadap perkara tersebut. Contohnya,
masih ramai golongan muda yang tidak mengenali jemaah menteri dan tugas-tugas mereka
apatah lagi mengenai sistem perundangan dan perlembagaan yang diamalkan oleh negara mereka
sendiri. Di Australia, ilmu pendidikan mengenai politik diberikan kepada semua lapisan
masyarakat tanpa mengira had umur. Tambahan pula, modul atau silibus tentang demokrasi dan
juga pilihanraya sudah diajar dalam subjek-subjek pendidikan seawal umur 7 tahun. Oleh sebab
itu, negara kita haruslah mencontohi model pembelajaran yang efisien daripada negara- negara
maju ini.

3
ELEMEN-ELEMEN YANG MENARIK MINAT PENGUNDI MUDA
Tahun 2022 merupakan tahun yang sangat signifikan kepada nasib politik Malaysia
kerana buat kali pertama skop usia pengundi lebih besar berikutan pindaan perlembagaan Undi18
yang menurunkan umur minimum mengundi kepada 18 daripada 21. Sehubungan itu, pengundi
tambahan akan menjadi “game changer” iaitu titik perubahan yang besar kepada parti politik dan
gabungan. Pendaftaran pengundi meningkat sebanyak 5.8 juta pada 16 Januari apabila
pendaftaran pemilih automatik bermula berikutan pelaksanaan Undi18 pada Disember 2021.
Daripada jumlah ini, 1.2 juta adalah rakyat Malaysia berumur antara 18 dan 20 manakala 4.6 juta
lagi adalah mereka berumur 21 tahun ke atas yang tidak mendaftar lebih awal. Dengan itu, jelas
bahawa menarik minat pengundi muda sangat penting supaya tanggungjawab mereka untuk
mengundi dapat dilaksanakan sepenuhnya dan pilihan parti politik selaras dengan kepercayaan
dan prinsip pegangan hidup mereka tersendiri.

Antara elemen yang menarik minat pengundi muda adalah penggunaan media sosial.
Menurut kajian, Malaysia disenaraikan antara pengguna media sosial tertinggi di rantau Asia
Pasifik (Go- globe, 2015). Ini disumbangkan oleh peningkatan peratusan penembusan internet di
negara ini (Muniandy & Muniandy, 2013). Pada suku pertama 2015, kadar penembusan internet
di Malaysia ialah 70.4% (MCMC, 2015). Menurut Go-globe (2015), penembusan media sosial di
Malaysia ialah 53%, dan ia adalah keenam tertinggi di rantau Asia Pasifik. Kajian yang sama
menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan purata 3.3 jam di media sosial setiap hari
dan ia adalah ketiga tertinggi di rantau ini (Go-globe, 2015). Belia, berumur antara 13 hingga 34
merupakan peratusan yang besar iaitu 80.3% pengguna media sosial di Malaysia (Mahadi, 2013).
Mahadi (2013) menjelaskan, pengguna media sosial tertinggi di Malaysia adalah golongan belia
berumur 18-24 (34.5%), diikuti oleh mereka yang berumur 25-34 (29.5%) dan 13-17 (16.3%).
Mereka kerap menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram setiap hari
yang menunjukkan kepentingannya kepada kehidupan mereka (Subramaniam, 2014). Di media
sosial Twitter, terdapat banyak infografik yang menerangkan dan meringkaskan parti-parti
politik Malaysia yang bertanding bersama dengan manifesto yang dibentangkan. Lebih pengundi
muda dapat lihat gambaran yang jelas tentang ideologi parti politik dan matlamat calon-calon
yang bertanding di parlimen kawasan tersendiri. Di aplikasi TikTok pula, Fahmi Reza, seorang
pereka grafik dan aktivis politik terkenal membuat kelas demokrasi untuk memberikan
penerangan dan jawapan kepada pengundi-pengundi muda yang baharu. Di aplikasi Instagram

4
pula, ramai pengguna di platform tersebut membuat postingan gambar pada hari sebelum,
semasa dan selepas Pilihan Raya ke-15 berlangsung. Hal ini menyebabkan fenomena “FOMO”
yang membawa maksud “fear of missing out” di kalangan rakan-rakan sebaya. Ramai yang turut
melibatkan diri dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi.

Pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, tempat kerja dan sekolah juga salah satu elemen
penting dalam menarik minat pengundi muda. Secara teorinya, kajian terdahulu telah
menunjukkan sekolah sebagai salah satu arena terpenting untuk sosialisasi politik (Neundorf dan
Smets, 2017). Untuk mengambil hanya beberapa contoh, penglibatan politik dewasa telah
terbukti lebih tinggi di kalangan mereka yang mengambil bahagian dalam politik sekolah (Fox
dan Lawless, 2005), membincangkan politik dalam kelas (Campbell, 2008), dan mengambil
bahagian dalam persatuan awam belia dan aktiviti ekstrakurikuler. (Beck dan Jennings, 1982;
Hanks, 1981; McFarland dan Thomas, 2006; Smith, 1999; Verba et al., 1995). Bermula dengan
penjelasan "tidak boleh", sebab utama mengapa rakyat merasakan mereka tidak boleh
mengambil bahagian dalam politik adalah kerana mereka kekurangan sumber yang diperlukan
dari segi masa, wang, dan kemahiran (Verba et al., 1995, hlm. 271). Sebab kedua untuk tidak
mengambil bahagian dalam politik ialah rakyat "tidak mahu" kerana mereka kurang penglibatan
psikologi dengan politik (Verba et al., 1995, hlm. 269). Kesusasteraan mengenai perwakilan
deskriptif membentangkan titik permulaan untuk membuat hipotesis bagaimana mekanisme ini
boleh menjadi pengantara hubungan antara hubungan sosial menegak dengan ahli politik dan
penyertaan. Hujah penting dalam kesusasteraan ini ialah kehadiran model peranan politik yang
boleh dilihat dapat meningkatkan kepentingan dan keberkesanan politik di kalangan kumpulan
yang terpinggir dari segi politik. Oleh itu, ibu bapa dan rakan keliling boleh bertindak sebagai
penyedia maklumat dan hubungan pendidikan dan menjadi contoh inspirasi dalam dunia politik.
(Cherng et al., 2013; Choi et al., 2008). Perbincangan ringkas tentang situasi politik semasa
dalam negara sudah cukup untuk benar-benar menimbulkan minat dalam diri. Selain itu, ibu
bapa, rakan atau jiran juga mampu menarik minat pengundi muda dengan sekadar satu jemputan
untuk “car-pool” ke pusat undi parlimen pada hari pilihan raya bersama-sama.

Calon yang bertanding di pilihan raya juga satu elemen yang dapat mempengaruhi minat
pengundi muda. Calon yang berkarisma dan menyerlah sudah tentu dapat menarik minat
pengundi muda berbanding calon yang tidak diketahui atau berdiam diri sahaja tanpa apa-apa
pendedahan tentang kelebihannya. Sebagai contoh, Adam Adli yang merupakan seorang ahli

5
politik Malaysia yang pernah menjadi aktivis pelajar pada zaman kemahasiswaannya. Adam Adli
pernah digantung pengajian, ditahan bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Perhimpunan Aman,
serta didakwa bawah beberapa tuduhan mahkamah. Adam Adli menunjukkan semangat dan
kekuatan mahasiswa dengan memimpin bantahan pelajar mengenai pelbagai isu termasuk Dana
Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan penempatan bakal guru. Disebabkan itu,
ramai pengundi muda yang mengikut perjalanan kisah hidupnya sehingga kini tahu akan
kebolehannya dalam memimpin. Selain itu, Syed Saddiq merupakan salah satu ahli politik yang
mempunyai ramai pengikut dan pengaruh di media sosial. Walaubagaimanapun, popularitinya
dimanfaatkan dengan mencipta perubahan dasar ke arah yang lebih baik seperti Undi18. Nurul
Izzah yang sentiasa hanya menggunakan ketegasan fakta ketika berkempen juga menunjukkan
kecekapannya sebagai seorang pemimpin dan mampu menarik ramai minat pengundi muda.

KESAN PENGUNDI MUDA & PRU-15

Had mengundi yang diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun memberikan impak
yang sangat besar dalam acuan politik negara Malaysia. Populasi golongan muda khususnya
yang layak mengundi pada hari ini telah melebihi kira-kira 50 peratus di setiap negeri di
Malaysia. Sehubungan dengan itu, penyertaan pilihan raya 15 meningkat kerana tidak tertumpu
kepada masyarakat yang lebih berumur. Kerajaan memberikan keistimewaan kepada golongan
muda untuk mengundi iaitu pada umur 18 tahun sebenarnya adalah satu keputusan yang tepat
sama sekali. Suruhunjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyatakan jumlah pengundi muda pada
PRU-15 yang dianggarkan adalah sebanyak 10.6 juta orang yang berada pada lingkungan umur
(18 tahun-39 tahun) manakala jumlah pengundi yang berumur daripada 18 tahun hingga 20 tahun
ialah sebanyak 1.3 juta orang. Golongan muda memainkan peranan yang sangat besar dalam
PRU-15 kali ini. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak terikat dengan mana-mana
ideologi politik ataupun taasub dengan sesebuah parti politik sebagaimana yang terjadi kepada
golongan pengundi yang pernah mengundi beberapa kali. Hal ini kerana terdapat golongan yang
terikat dengan sentimen membalas jasa dan terkenang budi dengan sumbangan segelintir parti
politik.

Golongan muda pada hari ini boleh mengubah sentimen-sentimen sedemikian dan
mempunyai kuasa dalam memberikan nafas baru kepada negara Malaysia yang mengamalkan

6
prinsip “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” yang bermaksud adat yang tidak akan
berubah dalam sesuatu masyarakat walaupun sudah jelas dan terpapar kesalahan yang dilakukan
oleh parti politik yang mereka minati. Pemikiran golongan muda adalah lebih segar menjadikan
mereka lebih matang untuk memangkah parti politik yang betul-betul layak. Ini kerana di dalam
pemerintahan demokrasi seseorang itu mestilah menilai dahulu manifesto parti yang bertanding,
memahami bahawa satu undi pun adalah penting dan sebagainya. Selain itu, golongan muda
mudah mempengaruhi kumpulan muda yang lain khususnya melalui media sosial seperti TikTok,
Instagram Twitter dan lain-lain. Ini kerana disni mereka boleh berkongsi pendapat peribadi
mereka terhadap politik di dalam negara malah mereka mempunyai kebebasan bersuara sama ada
untuk memuji atau mengkritik sesuatu parti politik. Oleh hal yang demikian, golongan muda
yang tidak terdedah sepenuhnya dengan isu-isu politik akan menerima input tersebut secara
seratus peratus. Ini boleh memberi kesan seperti kehilangan atau bertambah bilangan pengundi
pada hari mengundi. Sebagi bukti, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa Perikatan
Nasional (PN) memenagi 73 kerusi parlimen disebabkan oleh pengundi muda.

Namun begitu, tidak semua golongan muda adalah matang dan bijak dalam memilih parti
politik. “Saya melihat situasi Parlimen tergantung yang tidak pernah di dalam sejarah negara
bermula daripada pelaksanaan undi 18 di mana dapat dilihat golongan ini masih belum matang
dalam membuat pilihan” kata Dr G. Manimaran. Golongan yang tidak mengambil berat tentang
hal-hal politik akan mengundi parti politik berdasarkan interpretasi mereka di dalam media-
media sosial tanpa mengkaji sam ada perkara tersebut adalah sahih atau tidak. Berdasarkan
kajian oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia mendapati 95%
pengundi kali pertama memperoleh segala input dan ilmu politik daripada media sosial. Dengan
ini, golongan ini secara realitinya akan menjadi seperti “lembu yang dicucuk hidung” yang
mudah dihasut oleh mana-mana parti politik yang berkempen di dalam media-media sosial.
Jelaslah bahwa, pengundi muda di dalam PRU-15 boleh membawa impak yang besar dalam
membentuk satu acuan politik yang baru.

7
KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP UNDI 18

Sungguhpun demikian, terdapat beberapa kekurangan terhadap Undi 18 yang menjadi


antara sebab ia dikritik dan merupakan satu cabaran kepada bukan sahaja parti-parti politik tetapi
juga kepada sistem pentadbiran. Hal ini kerana, golongan ini masih mentah dalam banyak aspek
terutamanya masa depan negara. Kematangan dalam soal memilih kerajaan adalah satu perkara
yang penting kerana tersilap pilih banyak kerugian yang perlu ditanggung sedangkan tempoh
lima tahun harus dipenuhi dengan agenda pembangunan negara. Oleh itu, tidak semua golongan
muda mempunyai tahap kematangan yang sama pada usia tertentu dan tidak semua ingin
melibatkan diri mereka dalam politik negara kerana masing-masing sibuk belajar untuk mengejar
impian mereka pada masa akan datang.

Antara perkara yang mengkritik Undi 18 adalah pengundi muda mudah terpengaruh
dengan isu bermusim dan tular. Walaupun kebanyakannya cakna akan politik negara ada
segelintir golongan muda berusia 18 hingga 20 tahun yang tidak matang sehingga mudah
terpengaruh isu ‘bermusim’ dan tular. Media sosial memainkan peranan yang besar dalam
mempengaruhi golongan ini. Apa sahaja isu terbaru akan dapat mengalihkan pilihan mereka
dalam siapa yang ingin mereka undi dan tidak dapat dinafikan bahawa mereka inilah yang
menjadi sasaran mudah untuk kempen-kempen propaganda. Situasi ini akan meninggalkan
pengundi muda dalam pendirian yang tidak tetap dan mengundi tanpa memahami manifesto dan
perjuangan parti yang bertanding.

Seterusnya, sokongan parti pilihan ibu bapa menjadi panduan kepada pengundi muda.
Beberapa pemuda mengaku akan kenyataan ini dengan mengatakan tidak kenal parti lain ataupun
ibu bapa mereka hanya memberi pendekatan yang menarik tentang sesuatu parti yang khusus
(Wan Mohd Noor Hafiz wan Mansor, 2022). Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan kerana ia
seandainya pengundi muda menyertai Pilihan Raya Umum sekadar untuk membuang undi
mereka sahaja. Dengan ini kita perlu sedar bahawa apabila usia yang muda disuruh mengundi
dan tidak memberi ajaran yang sebenar maka orang muda akan lebih mengikut cakap ibu bapa
mereka. Apatah lagi keputusan mereka cepat berubah mengikut pendapat ibu bapa mereka, jadi
golongan ini harus diberi kesedaran politik dan tidak hanya berpandukan ibu bapa mereka.

Rentetan itu, golongan muda tiada pendedahan kepada pendidikan politik yang
menjejaskan keputusan mereka untuk mengundi. Segelintir pengundi muda taksub akan ilmu

8
politik dan tidak mengetahui tentang politik Malaysia. Hal ini kemungkinan kerana kurangnya
pemaparan kepada ilmu politik asas. Oleh sebab kebanyakkan daripada pemuda masih belajar,
institusi pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memberikan penerapan tentang
situasi politik negara kita. “But, they are more cynical than the older population, less interested
in public affairs, less likely to register or to vote, and significantly less knowledgeable about
politics. Several surveys found that this lack of information about candidates, parties, the
government, and the act of voting is the number one cause of political apathy” (Declare
Yourself, 2003; National Association of Secretaries of State ([NASS], 1999). Petikan ini
bertepatan dengan situasi yang dihadapi dalam kalangan pengundi muda negara kini dan perkara
ini haruslah diambil serius agar golongan muda tidak mengundi tanpa pengetahuan politik.

Akhir sekali, ramai pemuda bertanggapan bahawa mereka masik tidak sedia
untuk mengundi walaupun sudah cukup umur dan didaftar secara automatik oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR). Ada juga berkemungkinan disebabkan rasa protes anak-anak muda terhadap
keadaan politik negara dan mereka merasa kalau menyokong mana-mana parti pun keadaan
negara tetap sama. Sekali lagi orang tua mereka mempengaruhi dengan memberikan pendapat
mereka tentang keadaan politik negara. Di mana jika tiada isu yang menarik golongan muda
mereka merasakan bahawa membuang masa sahaja untuk mengundi. Disebabkan ini golongan
ini mempunyai jumlah keluar mengundi yang rendah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepentingan pengundi perlulah kita cakna dan ianya tidak boleh
disangkal lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana pengundi muda mampu memberi impak yang
besar kepada negara kita. Pengundi muda merupakan golongan majoriti paling besar dalam
sesebuah negara dan undian mereka perlulah digunakan dengan sebaik mungkin yang dapat
memberi manfaat kepada semua pihak tidak kira umur mahupun bangsa. Oleh sebab itu, undian
daripada pemuda amatlah penting kerana ianya mampu mengoraj serta menentukan masa depan
negara. Dalam pada masa yang, pengundi muda dan pengundi perlu sedar dengan tanggungjawab

9
mereka yang mereka bakal galas menjelang pilihan raya umum. Pengundi muda perlu
mendalami lebih banyak isu-isu semasa negara dan juga hak-hak mereka sebagai seorang rakyat
dan mereka juga perlu tahu undian mereka bukan sahaja mampu mengubah nasib mereka malah
nasib hidup orang lain.Mereka juga bertanggungjawab memelih wakil-wakil yang berwibawa
untuk memperjuangkan dan membela rakyat yang tertindas. Oleh itu, pengundi muda perlu
sedar dengan setiap pilihan mereka samada ianya memberi eksternaliti negatif ataupun positif
dan berpegang teguh kepada prinsip mereka. Oleh itu, jelaslah pengundi muda perlulah cakna
dengan tanggungjawab serta tugas mereka untuk kebaikan negara dan bersinergi sesama mereka
supaya masa depan akan lebih terjamin untuk generasi yang akan datang.

RUJUKAN

Anthony Downs. 1957. An Economic Theory of Democracy. New York: Harper &Row

Beck, P. A. and M. K. Jennings. 1982. “Pathways to Participation”. American


Best Friends’ Resources and Adolescents’ College Completion”. American Educational
Research Journal 50(1): 76–106.

Campbell, D. E. 2008. “Voice in the Classroom: How an Open Classroom Climate Fosters
Political Engagement Among Adolescents”. Political Behavior 30(4): 437–54.

Cherng, H.-Y. S., J. M. Calarco, and G. Kao. 2013. “Along for the Ride:
Citizens. en. Vol. 1. Oxford University Press.
Declare Yourself. 2003. Major National Survey Shows Increased Promise. New Strategies For
Increasing Youth Vote.

10
Fox, R. L. and J. L. Lawless. 2005. “To Run or Not to Run for Office: Explaining Nascent
Political Ambition”. American Journal of Political Science 49(3):

Go-globe. (2015). Social media usage in Asia Pacific - statistics and trends. Retrieved June 8,
2015, from http://www.go-globe.com/blog/social-media-asia/

http://www.declareyourself.org/press/pressroom.ht. [19 Dis 2022].

Kamus Dewan. 2010. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muniandy, L., & Muniandy, B. (2013). The impact of social media in social and political aspects
in Malaysia: An overview. International journal of humanities and social science, 3(11), 71-76.

Muzaffar Syah Mallow. Undi 18: Give our youths the opportunity to vote. 2021.
https://malaysiagazette.com/2021/03/17/undi-18-give-our-youths-opportunity-vote/ (19 Dis
2022)

Neundorf, A. and K. Smets. 2017. Political Socialization and the Making of


Norris, P. 2017. Why the Younger Generation of Corbynistas? In Thorsen, T., Jackson, D. &
Lilleker, D. UK Election Analysis 2017: Media, Voters and the Campaign, hlm 22-23. Poole:
The Centre for the Study of Journalism, Culture and Community.

Pengundi 18 ikut pilihan keluarga - Sinar Harian. [8 Jan 2023].

Political Science Review 76(1): 94–108.


Tuan Buqhairah Tuan Muhammad Adnan. 2022. Lebih sejuta belia usia 18 hingga 20 tahun
mengundi kali pertama. https://www.sinarharian.com.my/article/226836/berita/nasional/lebih-
sejuta-belia-usia-18-hingga-20-tahun-mengundi-kali-pertama (19 Dis 2022)

Verba, S., K. L. Schlozman, and H. E. Brady. 1995. Voice and Equality: Civic Voluntarism in
American Politics. Harvard University P
Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor. 2022. Pengundi 18 Ikut Pilihan Keluarga. Sinar Harian.

11

You might also like