Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

STPM PIII 2016

Jawab semua soalan.


1. Kepentingan nasional merupakan penentu dasar luar Malaysia.
Yang manakah faktor yang mempengaruhi penentuan dasar tersebut?
A Hubungan serantau B Aspek sosiobudaya
C Keselamatan negara D Hubungan perdagangan

2 Kedudukan geostrategik negara menjadi satu daripada faktor yang mempengaruhi dasar luar
Malaysia kerana Malaysia mahu (laluan perairan/lokasi)
A mengelakkan pergantungan kepada kuasa luar
B menjamin keselamatan daripada ancaman luar
C mengelakkan keadaan rantau Asia Tenggara yang bermasalah
D memastikan hubungan perdagangan antarabangsa berjalan lancar

3 .Dasar luar yang aktif pada peringkat serantau dan antarabangsa


• Dasar luar yang dinamik dan berkembang
Ciri dasar luar Malaysia di atas dipengaruhi oleh perubahan (faktor dalaman)
A kepimpinan negara B status ekonomi negara
C lokasi pentadbiran kerajaan pusat D ideologi politik parti yang memerintah

4. Kaedah:
• Rundingan
• Bertolak ansur
• Cara diplomasi
• Orang perantaraan
Penyataan di atas merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk
A membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di negara asing
B mendapatkan hak melabur eksklusif di negara-negara yang berpotensi
C menarik pelabur asing agar melabur secara massa ke Malaysia
D menyelesaikan isu yang melibatkan pihak yang bertelagah

5 Malaysia terlibat dalam


I proses pilihan raya di Myanmar
II rundingan keamanan di selatan Thailand
III proses pembangunan di negara Timor Leste
IV perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

6 Yang manakah yang benar tentang tujuan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN?
I Menaik taraf tahap sosioekonomi di rantau ASEAN
II Meningkatkan pelaburan negara kuasa besar di rantau ASEAN
III Membolehkan sumber tenaga kerja bergerak bebas dalam ASEAN
IV Mengatasi jenayah rentas sempadan yang menjejaskan ekonomi serantau ASEAN
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

7 Yang manakah inisiatif ASEAN untuk mengurangkan risiko keselamatan di rantau Asia
Tenggara?
A Pengisytiharan kawasan risiko tinggi
B Penempatan misi pengaman di kawasan konflik
C Dialog secara terbuka tentang isu keselamatan dan politik (Forum Serantau ASEAN)
D Pakatan ketenteraan untuk mengawal keselamatan di sempadan

8 Malaysia menganggotai Pergerakan Negara-negara Berkecuali atas dasar ingin


I merapatkan hubungan sesama negara anggota
II membantu negara anggota dalam bidang pertahanan
III merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara negara anggota

21/6/2017 1
STPM PIII 2016

IV meningkatkan dan mengukuhkan proses pelbagai hala untuk kepentingan bersama


A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

9 Yang manakah komitmen Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?


A Menyokong perdagangan bebas
B Meningkatkan keamanan sejagat
C Menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan
D Menghantar tentera ke negara lain untuk memerangi pengganas

10 • Memperjuangkan kedaulatan sesebuah negara


• Menentang campur tangan negara maju dalam hal ehwal sesebuah negara
Penyataan di atas merujuk kepada pendirian Malaysia dalam
A Kerjasama Selatan-Selatan B Pertubuhan Persidangan Islam
C Pergerakan Negara-negara Berkecuali D Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

11 Penjelasan kepada salah tanggapan terhadap agama Islam dilakukan oleh Malaysia dalam
A Mesyuarat Asia-Eropah B Sidang Kemuncak Asia Timur
C Dialog Antarabangsa Langkawi D Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel

12 Permasalahan utama yang dihadapi oleh Malaysia dengan Thailand ialah


A penyeludupan beras B pendatang asing tanpa izin
C pembinaan tembok sempadan D pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia

13 Yang manakah kesan Perjanjian Perdagangan Bebas kepada Malaysia?


I Hasil kutipan duti import dan tarif meningkat
II Kawasan perdagangan bebas wujud lebih banyak
III Daya saing produk negara di pasaran antarabangsa meningkat
IV Pasaran untuk produk dan keluaran barangan negara bertambah luas
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

14 Yang manakah cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan
teknologi nuklearnya?
A Teknologi yang rendah B Krisis sumber bahan mentah
C Tiada modal yang mencukupi D Tiada sokongan daripada pihak kerajaan

15 Apakah halangan yang dihadapi oleh pengusaha tempatan untuk membangunkan inovasi ke
tahap antarabangsa?
A Tiada bahan mentah B Tiada bantuan kredit
C Tahap teknologi yang masih rendah D Tiada sokongan daripada pihak kerajaan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
C B A D C B C B B C
A D D A C

21/6/2017 2

You might also like