Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Isi: peranan kerajaan

Terima kasih saudari pengerusi atas persoalan yang diutarakan.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Usaha Malaysia madani merupakan langkah kerajaan dalam melakukan
lonjakan paradigma bagi memicu pembangunan negara ini seiring negara-
negara maju seperti Cina dan Jepun. Oleh itu, Saya yakin kerajaan juga
memainkan peranan yang penting dalam membangun Gagasan Malaysia
Madani terutamanya melalui aspek pembangunan bandar dan luar bandar.
Hadirin yang dihormati sekalian
Jika kita berbicara mengenai isu pembangunan bandar dan luar bandar, jurang
ekonomi antara penduduk sudah pasti menjadi cabaran utama dalam
membangun Malaysia madani. Sukar untuk saya ketengahkan isu ini kerana
saya yakin hadirin dan hadirat, saudari pengerusi dan sahabat panel juga dapat
lihat betapa besarnya perbezaan tidak kira dari segi ekonomi mahupun sosial
antara penduduk bandar dan luar bandar terutamanya penduduk di Sabah dan
Sarawak. Baru-baru ini, saya ada terbaca berita berkaitan misi bantuan
kemanusiaan ke kawasan pedalaman di Sabah yang berada di bawah pimpinan
Ustaz Ebit Lew. Saya yakin saudari pengerusi juga tidak asing dengan nama ini.
Beliau merupakan pendakwah yang banyak memberi jasa kepada rakyat
Malaysia. Semasa ekspedisi beliau ke salah satu kawasan yang didiami oleh
suku kamu bajau Laut di Sabah, beliau menyatakan bahawa semua penduduk di
kawasan tersebut tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut dan lebih
menyedihkan apabila mereka hidup dalam kesusahan kerana terputus bekalan
makanan. Perit untuk saya kongsikan kisah ini kepada hadirin dan hadirat
sekalin kerana kita di sini menerima kemewahan dan kesenangan, namun
saudara kita di sana berjuang demi meneruskan kelangsungan hidup. Ibarat kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah kehidupan mereka di
sana. Justeru, kita dapat lihat dengan jelas di sini bahawa kerajaan perlu
mengambil inisiatif dalam membantu mereka sesuai dengan tonggak dasar
Malaysia madani iaitu ‘ihsan’.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Contoh langkah yang patut diambil kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini
ialah memberikan bantuan kewangan atau pinjaman. Kita perlu sedar bahawa
industri kecil-kecilan dan sederhana berjaya mengubah nasib rakyat Malaysia.
Oleh itu, kerajaan perlu mengalakkan rakyat Malaysia dalam menceburkan diri
dalam industri ini dengan memberi pinjaman modal, menyediakan pusat Latihan
dan kemahiran serta membantu mereka dalam mempromosikan produk jualan.
Usaha ini bukan sahaja berjaya menambah pendapatan isi rumah bagi setiap
rakyat malah turut berjaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada
masyarakat. Akhir kata, mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu
tidak harus terkenal dengan bangunan tinggi sahaja tetapi juga keseimbangan di
antara golongan atasan dan rakyat. Perdana Menteri kita juga tidak mahu rakyat
Malaysia menderita di tengah-tengah bangunan pencakar langit. Sebagai
penutup bicara, sama-sama kita bantu, sama-sama kita pikul. Kuatkan
semangat,kentalkan jiwa, visi dan misi sebagai pegangan hidup, namun ihsan
dan hormat menjadi asas hidup. Sekian dari saya, berbalik kepada saudari
pengerusi.

You might also like