5.penulisan Jurnal - Masalah Kawalan Murid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENULISAN JURNAL

ISU REFLEKSI
MASALAH KAWALAN MURID
Ahmad Nazirul Bin Azmi Solah
PDPP Pendidikan Islam

Masalah
Pada minggu kelima PDPr secara atas talian, Pada minggu ini, suka saya
ingin memfokuskan isu berkaitan masalah kawalan murid ketika PDPr dijalankan.
Saya dapati ketiga-tiga kelas yang diamanahkan kepada saya hanya sebilangan
sahaja yang fokus dengan PDPr yang dijalankan. Ini kerana, murid tidak membuka
video, agar guru dapat melihat wajah murid ketika PDPr yang dijalankan secara atas
talian sedang dijalankan melalui Google Classroom.

Analisis Masalah
Isu masalah kawalan murid ini bukan sahaja melibatkan ketika PDPr sahaja
malahan ia juga melibatkan ketika Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) ketika
bersemuka sahaja. Pada pendapat saya, isu masalah kawalan ini boleh disebabkan
daripada dua perkara iaitu masalah dalaman dan luaran yang di alami oleh murid.
Melihat kepada faktor dalaman menurut Abraham Maslow menjelaskan bahawa
keperluan manusia berperingkat-peringkat. Oleh itu, keperluan yang paling tinggi
tidak dapat dipenuhi sekiranya keperluan yang lebih rendah tidak dapat dipenuhi
seperti keperluan fisiologi iaitu seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat
tinggal (Hilmi Isa, 2012).

Seterusnya ialah faktor luaran. Faktor luaran ini pula melibatkan seperti
masalah keluarga, sosio-ekonomi, dibuli dan pelbagai lagi yang boleh
mempengaruhi emosi murid. Menurut Mohd Aziman Mohd Khairudin (2020) yang
memetik daripada Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku
disebabkan oleh guru itu sendiri. Perkara ini disebabkan oleh guru kurang
berinteraksi, strategi pembelajaran, Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau kaedah yang
digunakan oleh guru tidak dapat menarik minat murid dalam melibatkan diri dengan
PDPr yang dijalankan.
Di samping itu, Menurut Eileen (2000) dalam kajiannya tentang kawalan
kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama
kebanyakkan proses P&P tidak dapat dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul
disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya minat murid terhadap proses
P&P serta kaedah tradisional dalam proses P&P masih digunakan. Tambahan pula,
kurangnya rasa hormat kepada guru serta hilang rasa tanggungjawab sebagai
seorang murid juga menyebabkan mereka sering tidak mengendahkan tugasan dan
arahan yang diberikan oleh guru.

Cadangan
Untuk menangani masalah ini, saya telah mengenal pasti beberapa langkah
yang boleh diambil. Antara kaedah-kaedah yang dapat saya cadangkan ialah:

a. Kaedah 1:
Saya akan perlu menyediakan set induksi atau bahan pembelajaran yang menarik
seperti gambar, video dan teka teki supaya murid lebih berminat dalam melibatkan
diri dengan PDPr yang dijalankan.

b. Kaedah 2:
Saya akan menyediakan pelbagai aktiviti kepada murid agar murid sama ada yang
bersifat visual, audiologi dan kinestetik.

c. Kaedah 3
Saya perlu mengingati nama murid di kelas PDPr yang dijalankan agar dapat
berinteraksi secara dua hala dengan murid bagi melibatkan dengan PDPr dan aktiviti
yang diberikan.

Tempoh
24-28 Mei 2021 (Seminggu)
Tindakan Susulan
Tindakan seterusnya saya laksanakan ialah dengan perubahan tingkah laku
ketika PDPr yang dijalankan dan murid melibatkan diri dengan PdP yang dijalankan
secara atas talian. Saya memberikan peneguhan kepada murid. Menurut Ragbir
Kaur Joginder Singh. (2010) menyatakan bahawa guru-guru yang berkemahiran
selalu menggunakan ganjaran yang berkesan dan tepat untuk memotivasikan murid-
murid. Ganjaran boleh diberikan dalam bentuk hadiah materialistik atau dalam
bentuk penerimaan sosial ketika PdP dijalankan.

Dengan peneguhan yang berkesan dapat mengubah tingkah laku murid untuk
belajar seterusnya meningkat kawalan murid ketika kelas dijalankan. Oleh itu,
objektif pembelajaran dan penilaian berterusan dapat dijalankan dengan berkesan
kepada murid bagi tajuk yang diajar pada hari tersebut.

Kesimpulan
Konklusinya, isu kawalan murid ini perlu dipandang serius oleh guru ketika
PdP atau PDPr. Ini kerana, apabila kawalan murid dapat lakukan oleh guru dengan
baik maka setiap murid akan memperoleh pengetahuan baru seterusnya dapat
membawa kepada tingkah laku yang baru yang lebih baik pada masa hadapan.
Seterusnya guru akan menjalankan aktiviti dan latihan kepada murid dengan
berkesan bagi mengetahui tahap penguasaan murid bagi PdP yang dijalankan
supaya guru dapat memperbaiki strategi dan kaedah pengajaran dan melakukan
pengayaan kepada murid yang menguasai pembelajaran dan pemulihan bagi murid
yang lemah.

Oleh hal yang demikian, isu kawalan murid ini merupakan faktor utama dalam
memperoleh kelancaran PdP atau PDPr yang dijalankan oleh guru. Sekiranya
kawalan murid gagal, maka ia akan mempengaruhi rancangan yang telah dirancang
oleh guru untuk dilaksanakan bagi kelas tersebut. Hal ini akan menyukarkan guru
dalam mencapai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu mengemabangkan potensi
individu ke tahap maksimum dalam memberi sumbangan kepada kaum, bangsa dan
negara.
Rujukan
Mohd Aziman Mohd Khairudin. (2020). Isu: Murid-Murid Suka Membuat Bising Semasa Proses
Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Praktikum. Diakses di laman sesawang
https://www.academia.edu/11611516/jurnal_praktikum.

Hilmi Isa. (2012). Marah tapi Sayang. Telaga Biru Sdn. Bhd.
Eileen Ferrance. (2000). Action Research, United States: The Education Alliance
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2010). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk
KPLI (Sekolah Rendah). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.‌

You might also like