Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

HMT 211

FONETIK BAHASA MELAYU


KULIAH M1 K1 (A)

PN. NORHANIZA BINTI ABDUL KHAIRI


FONETIK
Definisi

Bertil Malmberg (1968) (ahli fonetik Perancis)

Fonetik ialah pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Iaitu


pengkajian yang lebih memberatkan pelahiran bahasa
dan bukan kandungannya (yang dipentingkan ialah bunyi-
bunyi bahasa yang dihasilkan dan bukan makna yang
cuba disampaikan).
J.D.O’Connor (1973)

Fonetik ialah Ilmu yang bersangkutan dengan


bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia.

Bunyi-bunyi yang dapat didengar ini kemudiannya


diberi bentuk: keadaan semulajadi bunyi
tersebut, kombinasinya, dan fungsinya dalam
hubungan dengan mesej.
J. C. Catford (1988)

• Fonetik merupakan kajian sistematik tentang bunyi ujaran


manusia. Ia menunjukkan cara untuk menerangkan dan
mengklasifikasikan hampir semua bunyi yang boleh
dihasilkan oleh saluran pertuturan manusia.
John Lyon (1992)
• Merujuk lingkungan bunyi yang terhad (bunyi yang
dihasilkan oleh alat pertuturan manusia yang
mempunyai peranan dalam bahasa) sebagai
pengantar fonik dan bunyi-bunyi individu dalam
lingkungan tersebut sebagai bunyi bahasa.
• Fonetik – kajian pengantar fonik.
• Terbahagi kepada 3:
– Artikulatori;
– Akustik;
– Auditori.
Drs. Suhendra Yusuf (1998)
• Bunyi bahasa dapat dipelajari sekurang-kurangnya dari 3
sudut pandang:
1. Sumber bunyi bahasa yang melibatkan studi tentang alat-alat ujar;
2. Penerima bunyi bahasa yang berkaitan dengan bagaimana
manusia menangkap dan memahami bunyi ujar tersebut; dan
3. Bunyi itu sendiri sebagai objek fisikal yang dapat dipelajari tanpa
harus dihubung-hubungkan dengan kajian 1 dan 2.

• Terbahagi kepada 3; iaitu fonetik akustik, fonetik auditoris


dan fonetik artikulatoris.
Paitoon M. Chaiyanara (2006)
• Fonetik memberi perhatian secara umum terhadap segala
bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia dalam semua
bahasa.

• Fonetik menyelidiki alat-alat penghasilan, penyampaian dan


penerimaan bunyi bahasa.

• Pecahkan fonetik kepada 2:


– Fonetik fisiologi
– Fonetik akustik
Rahim Aman (2006)
• Fonetik adalah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi
bahasa secara per se, ertinya tanpa memperhatikan
fungsinya untuk membezakan makna.

• Fonetik terbahagi kepada 3:


– Fonetik akustik;
– Fonetik auditori;
– Fonetik artikulatori.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2012

• Fonetik sebagai kajian mengenai bunyi-bunyi


bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi
yang digunakan sebagai alat komunikasi.
Hubungkait Fonetik Dalam Komunikasi

Gelombang bunyi ujaran


Pendengar
Penutur

• Penutur menghasilkan ujaran – fonetik artikulasi

• Pendengar mendengar bunyi ujaran – fonetik auditori

• Bunyi ujaran bergerak daripada penutur kepada pendengar


dalam bentuk gelombang bunyi – fonetik akustik
Tiga bidang utama
• Fonetik artikulasi – mengkaji proses manusia
menuturkan kata-kata, bunyi pertuturan

• Fonetik auditori – berkaitan persepsi bunyi pertuturan:


cth; bagaimana bunyi didengar

• Fonetik akustik – mengkaji ciri-ciri bunyi sebagai kesan


daripada variasi dalam tekanan udara.
• Fonetik Artikulasi

– Mekanisme arus udara

– Anatomi & fisiologi pertuturan

– Fungsi-fungsinya
Bersambung…

You might also like