Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia

Akidah merupakan asas dalam kehidupan seseorang


yang dilahirkan sebagai orang Islam .Akidah yang sebenar
merupakan akidah yang bergantung kepada al – Quran dan al
– Sunnah .Allah S.W.T telah mengwahyukan kepada Nabi
Muhammad SAW supaya umatNya dapat mempelajari akidah
Islam yang benar .Akibatnya , para sahabat Rasulullah SAW
mempunyai akidah yang mantap dan keyakinan yang teguh
terhadap agama Islam .Kajian ini diharapkan dapat dijadikan
panduan kepada ibu bapa diluar sana untuk menerapkan
akidah yang benar kepada anak – anak mereka.
Seterusnya , penerimaan amalan seseorang bergantung
kepada sahnya akidah .Semua amalan soleh yang dilakukan
bergantung kepada aqidahnya sama ada sah atau tidak.Jika
aqidah seseorang sah maka amalannya diterima oleh Allah
SWT begitu juga sebaliknya .Amalan orang munafik , musyrik
dan kafir tidak akan diterima oleh Allah SWT kecuali dengan
taubat nasuha .Hal ini kerana imannya yang
terbatal .Manakala , amalan orang yang fasik bergantung
kepada Allah SWT sama ada diampunkan atau diseksa di
akhirat kelak .Kajian ini juga dapat dijadikan pedoman kepada
anak -anak muda supaya mereka menjaga akidah dan
mendalami ilmu agama.
Permasalahan Kajian
Perkembangan ajaran sesat di Malaysia merupakan
masalah kajian yang pertama .Menurut Ustaz Haji Abdul
Hamid bin Yunus , JAKIM mendapati bahawa sebanyak 125
ajaran sesat sudah pun tertubuh di seluruh negara pada
tahun 2000 .Jumlah ini termasuk yang masih bergiat aktif ,
tidak terlalu aktif dan yang telah pupus . Sebagai contohnya ,
di Malaysia pernah terlahirnya Kerajaan Langit yang diketuai
oleh Ayah Pin dan mempunyai 22000 pengikut. Dia
mendakwa dirinya tuhan segala agama dan boleh menjelma
semula sebagai Jesus , Buddha , Shiva dan Nabi Muhammad
SAW .Kerajaan Langit itu dimusnahkan oleh individu
bertopeng pada 18 Julai 2005 dan diisytiharkan haram pada
Ogos 2005 .Ayah Pin meninggal dunia pada 23 April 2016.
Seterusnya , pengaruh rakan sebaya juga permasalahan
yang perlu dibendung .Sedia maklum bahawa remaja kini
lebih banyak meluangkan masa bersama rakan – rakan
mereka berbanding ahli keluarga .Hal ini menyebabkan
mereka cenderung untuk melakukan apa – apa perkara
bersama rakan – rakan .Kajian telah dibuat oleh Institusi
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada
2006 mengenai jumlah kekerapan merokok antara umur 15
hingga 25 dan 26 hingga 40 .Kajian didapati bahawa jumlah
kekerapan merokok kurang daripada 10 batang sehari bagi
umur 15 hingga 25 tahun ialah 76.9% , manakala 10 hingga
20 sehari 12.5% dan lebih 20 batang sehari pula
10.6% .Terbuktilah rakan sebaya menjadi mengapa
keruhtuhan akhlak berlaku kepada remaja kini .
http://studentsrepo.um.edu.my/1216/6/BAB_3.pdf
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-
ohsem/inspirasi/2021/05/06/beberapa-ajaran-sesat-
terkenal-di-malaysia-dan-amalan-karutnya/
https://www.slideshare.net/elambrose/tak-nak-merokok-
10426723

You might also like