Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/364357509

Interpretation of Qur’anic Tasliyah Verses: A Study of Alternative


Psychotherapic Treatment for Neurosis

Article in Global Journal Al-Thaqafah · December 2019


DOI: 10.7187/GJAT122019-9

CITATIONS READS

15 211

2 authors, including:

Rahim Kamarul Zaman


Sultan Ismail Petra International Islamic University College, Malaysia
54 PUBLICATIONS 27 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Development of Kelantan Rabbani Education Policy implementation in strategic development at Private Islamic Higher Education Institutions View project

Development of complementary psychotherapy based on Islamic contemplation mechanisms in the Quran and Hadith View project

All content following this page was uploaded by Rahim Kamarul Zaman on 23 November 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 93
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

Interpretasi Ayāt Al-Tasliyah: Kajian Mekanisme Alternatif


Rawatan Psikoterapi Pesakit Neurosis Berteraskan Al-Qur’an

(Interpretation of Qur’anic Tasliyah Verses: A Study of


Alternative Psychotherapic Treatment for Neurosis)

Rahim KZ (Corresponding author)


Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +6011-26017148 E-mail: abdulrahimkz51@gmail.com

Mohd Khairul Naim Che Nordin


Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +6016-3862894 E-mail: khairulnaim@um.edu.my

Abstract Keywords: Psychotherapy, Alternative,


Neurotic Patient; Interpretation, al-Tasliyah
As the exemplary figure and model for all Verses.
human beings, the Messenger of God underwent
various forms of tests, challenges and pressure. Abstrak
It is mentioned in the Qur’an that the Messenger
of God used to experience anxiety and distress, Sebagai tokoh teladan dan qudwah bagi
which is categorised as neurosis, a type of mental semua insan, Rasulullah saw telah melalui
disorder. The condition is due to the challenges pelbagai bentuk ujian, cabaran dan tekanan.
encountered by the Prophet in spreading da’wah Al-Qur’an merakamkan Rasulullah saw pernah
throughout his life. The mental disorder such as mengalami gangguan keresahan dan bersusah
neurosis occurs when individuals have to deal hati, yang dikategorikan sebagai neurosis,
with calamity, either internally or externally. The sejenis gangguan mental. Keadaan sebegini
calamity affects their behaviour and thought, disebabkan pelbagai dugaan yang dihadapi
causing the patients to end up in suffering. In this oleh Rasuulullah saw dalam menyampaikan
case, the Qur’an offers al-tasliyah verses as the dakwah sepanjang hidup baginda. Gangguan
psychotherapy treatment mechanism with the mental seperti neurosis berlaku apabila individu
concept of rabbānī for the Prophet. This study perlu berhadapan dengan musibah sama ada
was conducted to examine the interpretation dari segi dalaman ataupun luaran. Gangguan
of the collection of al-tasliyah verses as the tersebut mempengaruhi kelakuan dan pemikiran
guidance to the psychotherapy treatment sehingga mengakibatkan penderitaan terhadap
alternative for neurotic patients based on the pesakit. Dalam hal ini, al-Qur’an menawarkan
Qur’an. This study applied qualitative method beberapa ayāt al-tasliyah sebagai mekanisme
via re-descriptive approach. The findings of the rawatan psikoterapi berkonsepkan rabbānī
study demonstrate that the Qur’an is a treasure untuk Rasulullah saw. Sehubungan itu, kajian
of complementary psychotherapy methods, ini dijalankan untuk meneliti tafsiran koleksi
which are suitable in treating neurotic patients. ayāt al-tasliyah sebagai panduan dalam
The findings illustrate that the Muslims have rawatan psikoterapi alternatif bagi pesakit
alternative mechanisms for psychotherapy neurosis berteraskan al-Qur’an. Kajian ini
treatment that are applicable according to the mengguna pakai kaedah kualitatif melalui
Qur’an and the Sunnah. pendekatan diskriptif semula. Hasil kajian ini

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 94
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

mendapati al-Qur’an sarat dengan khazanah yang berkemungkinan mengalami masalah


kaedah psikoterapi komplimentari, yang sesuai berkenaan.
digunakan untuk merawat pesakit neurosis.
Penemuan ini menunjukkan bahawa umat Islam Laporan-laporan di atas merumuskan masalah
mempunyai pelbagai mekanisme alternatif bagi gangguan Neurosis atau Psikoneurosis adalah
rawatan psikoterapi yang boleh diguna pakai gejala yang sering dihadapi manusia apabila
bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah. berhadapan dengan tekanan perasaan secara
berterusan. Menurut Mohd. Hussain Habil dan
Kata Kunci: Psikoterapi, Alternatif, Pesakit Sulaiman, A. H. (2006) masalah gangguan
Neurosis, Interpretasi, Āyāt al-Tasliyah. kesihatan mental ini akan sentiasa berlaku dalam
ruang lingkup persekitaran interaksi sosial yang
Pengenalan bertentangan dengan keselesaan jiwa seseorang
individu. Bech, P., & Lindberg, L. (2014)
Inovasi metode psikoterapi komplimentari menyatakan antara gejala utamanya adalah
dilihat telah berkembang pesat sebagai variasi kebimbangan berlebihan, peningkatan degupan
mekanisme rawatan masalah gangguan jantung (palpitasi), sesak nafas, tersedak, pening
mental kategori neurosis. Perkembangan atau ketakutan terhadap kematian.
ini adalah selari dengan peningkatan kadar
masyarakat dunia yang mengalami masalah Kementerian Kesihatan Malaysia (2012)
kesihatan mental. World Health Organization mengiktiraf penggunaan ubat ‘Anti-depressant’,
(2017) mencatatkan pada tahun 2015 masalah Terapi elektrokonvulsif (ECT), Psikoterapi dan
Gangguan Kemurungan (Depressive Disorders) Kaunseling sebagai empat kaedah rawatan
telah dialami seramai 322 juta orang, dengan masalah neurosis. Lapan puluh peratus pesakit
peningkatan sebanyak 18.4 % berbanding tahun dicatatkan berjaya disembuhkan sepenuhnya
2005. Manakala Gangguan Kebimbangan melalui rawatan intensif yang teratur. Namun
(Anxiety Disorders) pula mencatatkan sejumlah Nour Hanah (2012) menyatakan penggunaan
264 juta orang yang mengalaminya, dengan ubat anti-depressant seperti Tricylic Anti-
peningkatan sebanyak 14.9 % berbanding tahun Depressant (TCA), Reversible Inhibitors of
2005. Kedua-duanya jenis gangguan tersebut Monoamine Oxidase type A (RIMAs), Selective
dicatatkan sebagai dua penyumbang terbesar Serotonin Reuptake Inhibitors (SSRIs) dan
kepada masalah kesihatan mental di seluruh Serotonin and Noradrenaline Reuptake
dunia. Inhibitors (SNRIs) mempunyai pelbagai kesan
sampingan berbentuk sementara.
Kementerian Kesihatan Malaysia (2016) pula
menganggarkan satu daripada empat individu Antara kesan sampingan ubat TCA adalah seperti
di Malaysia didapati mengalami masalah kering mulut, menggeletar, peningkatan degupan
gangguan mental dalam satu ketika. Namun, jantung (palpitasi), sembelit, mengantuk dan
hanya dua pertiga daripada jumlah tersebut kenaikan berat badan (Nour Hanah, 2012).
berusaha untuk mendapatkan rawatan daripada Manakala kesan sampingan penggunaan SSRIs
pakar kesihatan. Kajian Kesihatan dan Morbiditi adalah seperti kehilangan berat badan, rasa mual,
Kebangsaan (2015) menunjukkan dianggarkan muntah, perut tidak selesa (dyspepsia), cirit
seramai 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia birit dan kehilangan selera makan (Ferguson, J.
16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus populasi M.,2001: 22). Oleh itu, kaedah pengambilan ubat
negara menghidap pelbagai masalah mental. anti-depressant yang memerlukan pantauan rapi
Jumlah tersebut menunjukkan satu daripada tiga daripada pegawai perubatan atau ahli farmasi
orang masyarakat Malaysia mengalami masalah menyebabkan kesukaran kepada sebahagian
kesihatan mental. Dalam konteks berbeza, kaum pesakit neurosis.
wanita adalah golongan paling berisiko tinggi

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 95
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

Sehubungan itu, mekanisme psikoterapi dilihat Landasan Teori


sesuai menjadi rawatan alternatif pesakit
neurosis yang menghadapi kesukaran toleransi Konsep Pemahaman Āyāt al-Tasliyah
terhadap kesan sampingan ubat-ubatan anti-
depressant. Dalam hal ini, kaedah psikoterapi Secara etimologi, Mu‘jam al-Maʿāni al-Jamʿi
berasaskan interpretasi āyāt al-Tasliyah dilihat (2019) menyatakan perkataan al-Tasliyah
masih kurang diterokai ahli-ahli terapi bidang bermaksud hiburan. Secara konsepnya, istilah
psikoterapi. Keunikan penurunan āyāt al- Āyāt al-Tasliyah, menurut Aḥmad Mukhtār
Tasliyah yang bertujuan menenangkan jiwa (2008) adalah merujuk kepada ayat-ayat al-
Rasulullah saw adalah menyamai matlamat Qur’an yang diwahyukan bagi menghibur dan
rawatan konvensional. Maka menjadi satu menenangkan Rasulullah saw. Mu‘jam al-
keperluan dilakukan suatu kajian implementasi Maʿāni al-Jamʿi turut menghuraikan perkataan
interpretasi āyāt al-Tasliyah sebagai mekanisme al-Tasliyah juga boleh diertikan sebagai
alternatif rawatan penyakit neurosis. memasukkan kegembiraan ke dalam jiwa dan
menjauhkan atau menghilangkan kesedihan
Metodologi dan tekanan perasaan.

Metode pengumpulan data dalam kajian ini Merujuk kepada keadaan perjuangan dakwah
menggunakan metode perpustakaan, iaitu Rasulullah saw, āyāt al-Tasliyah diwahyukan
rujukan tertumpu kepada artikel jurnal, tesis, apabila baginda saw menghadapi cabaran
buku, prosiding, akhbar dan seumpamanya. dan penentangan yang dahsyat sehingga
Data dan maklumat tentang pemahaman konsep mendatangkan tekanan ke atas jiwa baginda
āyāt al-Tasliyah diperolehi menerusi penelitian saw. Berdasarkan kepada pemahaman ini,
terhadap kitab-kitab al-tafāsīr dan shurūh al- para Rasul dan Anbiyā’ adalah tidak terkecuali
ḥadīth. Manakala data berkaitan penyakit daripada mengalami gangguan dan tekanan
neurosis dan konsep rawatan psikoterapi perasaan, namun mereka tetap teguh dan kuat
komplimentari adalah berdasarkan sumber- memperjuangkan risalah Islam (Nikmah,
sumber ilmiah yang berkaitan. 2018). Dalam konteks lebih khusus, al-Qur’an
merakamkan kategori Rasul Ulu al-ʿAzmi
Kajian ini hanya menumpukan kepada sebagai kumpulan rasul yang paling kuat
kefahaman tentang interpretasi āyāt al-Tasliyah menghadapi ujian dan tekanan. Firman Allah
dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang boleh swt:
diaplikasi dalam rawatan psikoterapi pesakit
neurosis. Untuk tujuan ini, analisis dijalankan “(Jika demikian akibat orang-orang kafir
berasaskan metode kualitatif melalui pendekatan Yang menentangmu wahai Muhammad) maka
diskriptif semula dan komparatif. Pada akhir bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya
kajian, pengkaji memaparkan beberapa Rasul-rasul “Ulil-Azmi” (yang mempunyai
bentuk alternatif pendekatan psikoterapi yang keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan
dibina daripada pemahaman interpretasi āyāt rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu);
al-Tasliyah. Kajian mendapati, setiap āyāt dan janganlah engkau meminta disegerakan
al-Tasliyah mengandungi elemen rawatan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).
psikoterapi rabbani kepada Rasulullah saw Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat
adalah berpotensi dijadikan mekanisme rawatan azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai
psikoterapi alternatif bagi pesakit neurosis. seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia)
melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang
hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah
menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang
mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 96
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

melainkan kaum yang fasik - derhaka.” Ayat ini jelas menggambarkan situasi yang
(Qur’an, 46: 35) dihadapi Rasulullah saw adalah bertepatan
dengan faktor-faktor yang menjadi punca
Menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir (1999) masalah gangguan mental kategori Neurosis.
menyatakan Rasul Uli al-ʿĀzmi terdiri daripada Rasulullah saw dirakamkan telah berhadapan
Nabi Nūḥ, Ibrāhīm, Mūsā, ʿĪsā dan Nabi gangguan daripada persekitaran sosial
Muḥammad. Senarai ini turut dinyatakan dalam masyarakat arab jahiliah pada ketika itu. Ibnu
al-Qur’an (S. 33: 7-8 dan S. 42: 13) yang jelas Kathīr (1999, 3: 225) menjelaskan, situasi
merujuk kepada kumpulan Rasul Uli al-ʿĀzmi. berkenaan telah mengakibatkan penderitaan
Justeru, ayat ini berfungsi sebagai penenang terhadap pemikiran dan perasaan baginda saw.
dan refleksi yang membimbing Rasulullah saw Justeru, ayat tersebut diwahyukan mengandungi
bersabar sebagaimana perihal para Rasul Ulil- elemen rawatan psikoterapi rabbānī kepada
Azmi. Rasulullah saw. Selain itu, al-Qur’an turut
memaparkan beberapa ayāt al-tasliyah yang
Merujuk situasi di atas, model refleksi dan lain sebagai gambaran terdapatnya mekanisme
teladan terbaik kepada sekalian manusia adalah rawatan psikoterapi rabbani kepada Rasulullah
Rasulullah saw. Baginda diiktiraf sebagai Rasul saw. Antara lain, firman Allah swt:
Uli al-ʿAzmi paling utama kerana telah melalui
pelbagai bentuk ujian, cabaran dan tekanan “Dan demi sesungguhnya Kami Mengetahui,
lebih berat berbanding para rasul Uli al-ʿAzmi bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa
yang lain. Sesuai dengan fitrah sebagai manusia, yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah
al-Qur’an merakamkan Rasulullah saw pernah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah
mengalami gangguan keresahan dan bersusah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah
hati yang diklasifikasi dalam kategori gangguan Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara
mental neurosis. Kondisi berkenaan merupakan yang tetap) yakin”
implikasi persekitaran sejarah dakwah baginda (Qur’an, 15: 97-99)
saw yang sangat mencabar. Firman Allah swt:
Berdasarkan ayat di atas, Ibnu Kathīr (1999)
“Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa menafsirkan cara Allah swt menghiburkan
yang mereka katakan itu akan menyebabkan Rasulullah saw, dengan memerintahkan
Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; Rasulullah saw memperbanyakkan berzikir
(maka janganlah Engkau berdukacita) kerana bertasbih, bertahmid dan menunaikan
sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, solat kepadaNya. Menjelaskan solat yang
tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari dimaksudkan, Ibnu Kathīr mendatangkan
ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan satu hadith qudsī yang diriwayatkan daripada
kedegilan mereka semata-mata). Dan demi Nuʿaym al-Ghaṭafānīy, bahawa beliau telah
sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah mendengar Rasulullah saw bersabda;
juga didustakan, maka mereka sabar terhadap
perbuatan orang-orang yang mendustakan “Allah Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam,
mereka dan menyakiti mereka, sehingga janganlah engkau tinggalkan empat raka’at
datanglah pertolongan Kami kepada mereka; salat di dinihari (di waktu Duha). Maka itu
dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang akan mencukupimu (sehingga) senja”
dapat mengubah kalimah-kalimah Allah (janji- (Musnad Ahmad, h. 22469)
janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang
kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul- Menurut al-Arnawūt (2001) hadith ini
rasul itu.” menjelaskan Allah swt menyeru baginda saw
(Qur’an, 6: 33-34) menunaikan empat rakaat solat sunat pada waktu
Duha dengan jaminan akan terpelihara sehingga

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 97
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

ke penghujung hari. Jaminan ini bermaksud berlanjutan selama tiga tahun selepas penurunan
baginda saw akan bebas daripada belenggu wahyu yang pertama (Qur’an, 96: 1-5). Tidak
perasaan bersusah hati akibat penentangan lama selepas berlakunya peristiwa ini, al-
kaum musyrikin terhadap seruan Islam. Ibnu Nawawī (1972) menyatakan wahyu telah turun
Kathīr (1999) pula menyatakan, Rasulullah saw dalam selang waktu yang agak dekat.
akan menunaikan solat apabila baginda ditimpa
sesuatu perkara yang memberikan tekanan Sementara itu, Ibnu ʿAshūr (1984) menyatakan
kepada jiwa dan perasaan baginda. Sementara ketika berlakunya peristiwa terputusnya
itu, Abū Ḥayyān al-Andalūsī (2000) ketika penurunan wahyu, Rasulullah saw telah
menafsirkan Qur’an S. 17:1 telah mengaitkan mengalami kesedihan dan ketakutan, bimbang
interpretasi Qur’an S. 15: 97-99 sebagai bukti wahyu tidak lagi diturunkan kepada baginda
psikoterapi rabbani yang berlaku. saw. Rasulullah saw juga telah melalui fasa
panik seketika apabila menyedari penurunan
Selain cabaran persekitaran dakwah, Rasulullah wahyu seakan-seakan telah terhenti kepada
saw juga dicatatkan pernah mengalami tekanan baginda saw. Ibnu Hishām (1955) menjelaskan
perasaan akibat terputusnya penurunan perasaan sedemikian adalah tidak bercanggah
wahyu dalam tempoh yang panjang selepas dengan fitrah baginda sebagai manusia.
turunnya wahyu pertama. Al-Bukhari (2002)
meriwayatkan hadith daripada Jābir bin Justeru, interpretasi ayat-ayat al-Tasliyah yang
ʿAbdillah berkenaan hal ini. Beliau telah telah dibincangkan, jelas memperlihatkan
mendengar Rasulullah saw bersabda; elemen rawatan psikoterapi rabbani daripada
Allah swt kepada Rasulullah saw. Oleh itu
“Ketika sedang berjalan, tiba-tiba aku interpretasi āyāt al-Tasliyah yang berstruktur
mendengar suara dari langit. Aku pun dilihat berpotensi dijadikan mekanisme rawatan
mengangkat pandanganku, ternyata malaikat psikoterapi alternatif bagi pesakit neurosis.
yang mendatangiku di Gua Hira sedang duduk Rekomendasi ini adalah selari dengan tujuan
di atas kursī di antara langit dan bumi. Maka penurunan ayat-ayat berkenaan yang berfungsi
kerana perasaan ketakutan terhadapnya, aku merawat, memotivasi dan memelihara ketahanan
segera kembali pulang dan menyeru kepada jiwa para rasul alaihimussalam. Sehubungan
keluargaku, “Selimutilah aku, selimutilah dengan itu, faedah ayat-ayat berkenaan juga
aku.”, Maka Allah swt. berfirman, “Wahai diyakini sesuai diaplikasi umat Islam yang
orang yang berselimut!, Bangunlah serta mengalami masalah kesihatan mental kategori
berilah peringatan dan amaran (kepada umat Neurosis.
manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan
ingatlah kebesaran-Nya!. Dan pakaianmu, Definisi Penyakit Neurosis
maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala
kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.” Penyakit Neurosis sering diistilahkan sebagai
Psikoneurosis yang lazim berlaku akibat
(Saḥiḥ al-Bukhārī, h. 3238) perubahan dan gangguan di dalam pemikiran,
perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan
Hadith ini menggambarkan sebab diwahyukan kewarasan individu (Gaol Niko, 2012). Individu
al-Qur’an S. 74: 1-5. Pada umumnya, para yang mengalami penyakit Neurosis selalunya
ulama’ berselisih tentang tempoh terputusnya sedar akan keadaan kesihatan mereka. Fungsi
penurunan wahyu berkenaan. Ibnu Ḥajar (1977) harian mereka kemungkinan sedikit terganggu.
meriwayatkan bahawa al-Bayḥaqī menyatakan Sigmund Freud (1961) menyatakan masalah
tempoh terputusnya penurunan wahyu hanyalah Neurosis adalah lebih ringan berbanding gejala
sekitar enam bulan sahaja. Namun Ibnu penyakit-penyakit kategori psikosis yang agak
Ḥajar berpegang tempoh terputusnya wahyu berlawanan dengan neurosis. Oleh itu, kaedah

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 98
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

rawatan masalah psikosis adalah jauh lebih kecelaruan klasifikasi diagnostik antara neurosis
kompleks berbanding mekanisme rawatan atau psikosis.
masalah neurosis (Freeman, D., dan Garety,
P. A., 2003). Justeru, di samping kaedah rawatan
Menurut Mohd Nasir (2012) kebiasaannya konvensional, kemunculan kepelbagaian
gejala penyakit Neurosis adalah kemurungan mekanisme alternatif psikoterapi di serata
dan kebimbangan. Kebimbangan (Anxiety dunia adalah merupakan keperluan bagi
Disorders) adalah perasaan bimbang, resah menangani fenomena peningkatan kes-kes
dan gelisah. Masalah ini dikenal pasti apabila psikologi yang meningkat pada kadar yang
seseorang individu berasa tertekan, ketegangan, amat membimbangkans.
berpeluh, berdebar-debar dan diselubungi
ketakutan melampau berikutan sesuatu bahaya Konsep Psikoterapi Menurut Islam
yang tidak ketahui puncanya. Zakiah Daradjat
(1983) dan Ramli Hassan (1990) menjelaskan Dari segi bahasa, maksud perkataan psikoterapi
masalah kebimbangan (Anxiety Disorders) menurut Ahmad Warson (1997) adalah berasal
adalah merujuk kepada reaksi emosi yang dari perkataan psyche yang bererti jiwa dan
kebiasaannya dialami oleh individu apabila hati. Perkataan therapy pula membawa
merasakan dirinya terancam. maksud penyembuhan. Manakala perkataan
psyche bersamaan dengan perkataan nafs yang
Kemurungan (Depressive Disorders) pula bermaksud jiwa, ruh, jasad atau diri seseorang.
adalah perasaan sedih yang melampau dan Psikoterapi secara definisinya dapat difahami
berpanjangan. Menurut Dowson, J. H. (1977), sebagai rawatan masalah gangguan jiwa atau
jika kesedihan yang dialami terlalu berat untuk mental melalui kaedah psikologi.
ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh
dua minggu serta mengganggu fungsi kehidupan Secara teknikal, menurut Singgih Gunarsa
seharian maka ia dikategorikan sebagai penyakit (2004) psikoterapi adalah metode rawatan
kemurungan. yang dibentuk secara khusus melalui interaksi
antara ahli terapi dan juga pesakit. Prawitasari
Azizan, Ahmad Hisham, dan Che Zarrina Sa’ari (2002) merumuskan psikoterapi adalah proses
(2009) menjelaskan dalam kondisi yang lebih interaksi secara formal di antara dua pihak
buruk, kebimbangan atau kegelisahan akan atau lebih, di mana satu pihak adalah golongan
dikategorikan sebagai penyakit kecelaruan profesional yang menghulurkan pertolongan
emosi sekiranya reaksi emosi sebegini dan satu pihak lagi adalah golongan yang
muncul tanpa sebab-sebab munasabah yang memerlukan pertolongan. Brent, D. A. dan
mencetusnya. Menurut Sauer, W. H., Berlin, J. Kolko, D. J. (1998) menyatakan tujuan interaksi
A., dan Kimmel, S. E. (2001) kesan kelewatan berkenaan adalah bagi menghasilkan perubahan,
merawat masalah kemurungan (Depressive penyembuhan dan memperbaiki keadaan pesakit
Disorders) berupaya menjadi faktor risiko yang memerlukan pertolongan.
bebas masalah serangan jantung (myocardial
infarction). Menurut Khairunnas Rajab (2006)
perkembangan psikoterapi di era moden mampu
Menurut Eysenck, S. B. G. (1956: 517) kondisi dipengaruhi nilai keagamaan. Dewasa ini, nilai-
psikologi manusia yang bermasalah memerlukan nilai agama menjadi isu yang paling banyak
penyelesaian segera sebelum ia merosakkan dibincangkan dalam bidang psikologi. Syariat
kesihatan mental seseorang individu. Kelewatan Islam yang lengkap dan bersifat holistik yang
pesakit neurosis menerima rawatan boleh meliputi pelbagai aspek kehidupan telah menjadi
menyebabkan berlakunya situasi sebahagian fokus perbincangan. Kandungan
ajaran Islam seperti iman, ibadah, dan tasawuf

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 99
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

didapati memiliki metodologi yang sistematik Kedua-dua masalah kesihatan mental tersebut
bagi mewujudkan kesihatan mental. boleh berlaku apabila stress yang dialami
manusia tidak berjaya diurus dan diselesaikan
Apabila kandungan ajaran Islam boleh membantu dengan baik. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed
mewujudkan kesihatan mental, maka ia adalah Hatta Shaharom (2003), terdapat banyak punca
sebagai langkah awal dalam usaha membentuk stress, samada secara langsung atau tidak, yang
metode psikoterapi. Menurut Norhafizah et.al mungkin berpunca daripada dalaman individu
(2018) apabila metode pemulihan yang akan itu sendiri atau melibatkan kelompok manusia
digunakan bersumberkan syariat Islam, maka yang berada di sekelilingnya. Dalam perpspektif
metodenya boleh disebut sebagai psikoterapi Islam, menurut Syed Muhammad Alwi (2010),
Islam. Dalam ajaran Islam, selain psikoterapi seseorang individu akan mudah tertekan dan
duniawi juga terdapat psikoterapi ukhrawi. mengalami kebimbangan dan kekecewaan dalam
hidup apabila hatinya lalai dari mengingati Allah
Dalam hal ini, kandungan al-Qur’an adalah sarat swt. Kelemahan hati pula menurut Noorshafenas
dengan pelbagai elemen rawatan psikoterapi (2016) akan menyebabkan rapuhnya hubungan
yang boleh memelihara kesihatan mental. individu muslim dengan Allah swt sehingga
Menurut Fuad Anshori (2002) psikoterapi Islam menyebabkan kehidupannya menjadi sempit
adalah upaya penyembuhan jiwa (nafs) manusia dan tertekan.
secara rohani yang didasarkan pada tuntutan al-
Qur’an dan al-hadith, dengan kaedah analisis Menurut Khairunnas Rajab (2006) psikoterapi
berdasarkan pemerhatian serta ma’rifat terhadap dan spiritual merupakan topik paling mendasar
manusia. dalam bidang psikologi. Pendekatan keagamaan
dalam psikologi, dengan psikoterapi sebagai
Kesimpulannya, pemahaman konsep psikoterapi titik kajian merupakan kajian empirikal manusia
menurut Islam menunjukkan āyāt al-Tasliyah dalam hubungannya dengan spiritual. Sebelum
adalah di antara bentuk kandungan al-Qur’an itu, kajian Koenig, H. G. dan Pritchett, J. (1998)
yang sesuai diadaptasi sebagai metode mengakui kualiti hubungan antara psikoterapi
psikoterapi pesakit neurosis berteraskan al- dan nilai spiritual mampu memberikan
Qur’an. Kefahaman daripada interpretasi penyembuhan yang baik kepada mental dan
āyāt al-Tasliyah sesuai dipraktikkan sebagai emosi.
alternatif tambahan rawatan konvensional
masalah neurosis. Rekomendasi kajian-kajian barat terhadap
kepentingan spiritual dalam proses psikoterapi
Perbincangan membuktikan keistimewaan Islam yang lebih
awal mengiktiraf agama sebagai solusi terbaik
Lapangan-lapangan utama yang membentuk masalah jiwa. Keistimewaan ini dinyatakan
arus perdana dalam psikologi, menurut Subandi Allah swt dalam al-Qur’an S. 17: 82.
(2002) terbukti tidak dapat dipisahkan daripada
teori dan amali psikoterapi. Bermula daripada “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur
Psikoanalisis, Behaviourisme, Humanistik dari Al-Qur’an ayat-ayat suci yang menjadi
dan Transpersonal, kesemuanya didapati ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang
mempunyai suatu bentuk pendekatan dalam yang beriman kepadaNya; dan (sebaliknya)
bidang psikoterapi. Menurut Castonguay, Al-Qur’an tidak menambahkan orang-orang
L. G. dan Hill, C. E. (2007) tujuan utama yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
psikoterapi dipraktikkan adalah bagi merawat melainkan kerugian jua.”
masalah Gangguan Kemurungan (Depressive
Disorders) dan Gangguan Kebimbangan Menghuraikan ayat ini, Mutawallī al-Shʿarāwī
(Anxiety Disorders). (1997: 8712) menyatakan sifat al-Qur’an sebagai

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 100
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

penawar adalah bersifat umum dan menyeluruh.


Allah swt perjalankan
Sebahagian ayat al-Qur’an berupaya menjadi Rasulullah saw dari
Masjid al-Ḥarām
penawar kepada penyakit zahir dan batin. Jalāl (Makkah) ke Masjid
Allah swt menghibur dan al-Aqsa (Palestin) sebagai
al-Dīn al-Suyūṭī (t.th: 330) menyatakan penawar 4 (Al-Qur’an, memuliakan Rasulullah saw gambaran keberadaan
17: 1) melalui mukjizat Isrā’ dan di masjid mampu
dari al-Qur’an akan diperolehi apabila mukmin Mʿirāj. menenangkan jiwa.
Diperlihatkan tanda-tanda
mendengar, menghafal dan menghayati al- kekuasaan dan kebesaran
Allah swt melalui proses
Qur’an. ʿAbdullah bin Aḥmad al-Nasafī (1998) pengamatan atau al-
Tafakkur.
menegaskan maksud penawar itu adalah bagi
penyakit-penyakit hati. Fakhr al-Dīn al-Rāzī Merujuk jadual rangkuman āyāt al-Tasliyah
(2000) menambah, keberkatan hasil membaca di atas, elemen pensejarahan kisah hidup
dan menghayati al-Qur’an berupaya menolak Rasulullah saw, Rasul Ulil-Azmi dan para
pelbagai jenis penyakit fizikal dan rohani. anbiyā’ ʿalayhim al-salam, memainkan peranan
penting dalam merawat dan mengimbangi gejala
Secara keseluruhan, metode psikoterapi Neurosis yang dihadapi umat Islam.
mengikut garis panduan psikologi konvensional
adalah banyak. Namun, metode psikoterapi Dalam konteks ini, model refleksi dan teladan
berteraskan al-Qur’an, khususnya mekanisme terbaik bagi sekalian manusia adalah Rasulullah
rawatan daripada interpretasi āyāṭ al-Tasliyah saw. Cara baginda saw dibimbing Allah swt
didapati masih kurang dibahaskan. Inovasi mengurus masalah tekanan perasaan melalui
kaedah psikoterapi berasaskan āyāṭ al-Tasliyah penghayatan al-Qur’an amat sesuai diaplikasi
merupakan dimensi baharu yang perlu diterokai. dalam kehidupan pada zaman ini. Gangguan
Kemurungan (Depressive Disorders) dan
Justeru, kefahaman lengkap bagi memahami Gangguan Kebimbangan (Anxiety Disorders)
metode pelaksanaan psikoterapi berpandukan diyakini mampu diatasi melalui proses rawatan
interpretasi āyāt al-Tasliyah yang telah secara terpimpin.
dibincangkan dapat dirangkum sebagaimana
Jadual 1. Selain itu, al-Qur’an memaparkan elemen
psikoterapi diiringi dengan tuntutan pengamatan
Jadual 1: Taburan Elemen Psikoterapi dalam Āyāt Al-Tasliyah secara mendalam (al-tafakkur) terhadap setiap
ayat yang berkaitan (Maya, Abu Aisyah
Bil Ayat Peristiwa Elemen Psikoterapi Rahendra, 2017). Kaedah al-tafakkur dalam
proses psikoterapi berteraskan āyāt al-Tasliyah
Jaminan pembelaan Allah
swt, para penentang yang dapat difahami berdasarkan Qur’an 3: 191. Ayat
Ayat ini merujuk kepada derhaka akan diazab.
(Al-Qur’an, cabaran, ujian, rintangan, dan Allah swt membimbing ini menggambarkan cara al-tafakkur yang telah
1 46: 35) penentangan yang dihadapi kesabaran Rasulullah
oleh Rasul Ulil-Azmi saw, dengan mengimbau dipraktikkan Rasulullah saw.
Rasul Ulil-Azmi yang turut
hadapi ujian, cabaran dan
penentangan yang dahsyat.
Ketika menafsirkan Qur’an, 3: 190-191,
Jaminan pembelaan Allah Ibnu Kathīr telah merujuk kepada hadith
Rasulullah saw berdukacita swt, para penentang yang
(Al-Qur’an, akibat pendustaan kaum derhaka akan diazab yang diriwayatkan daripada Ibnu ʿAbbās r.a.
2 6: 33-34) musyrikin terhadap dakwah Jaminan pertolongan Allah
baginda saw. swt, syariatNya tidak akan Menurut al-Ḥarārī (2009), Ibnu ʿAbbās r.a telah
dapat diubah oleh para
penentangnya. meriwayatkan hadith ini ketika beliau bermalam
Bimbingan Allah bersama Rasulullah saw di rumah Maimūnah
swt dengan perintah
menunaikan solat (sunat bintu al-Ḥārith r.a. Berkata Ibnu ʿAbbas r.a:
Rasulullah saw bersusah hati Duha) sebagai rawatan
3 (Al-Qur’an, akibat kata-kata penentangan jiwa.
15: 97-99) kaum musyrikin terhadap Bimbingan Allah swt
dakwah baginda saw. supaya merawat jiwa “Sesungguhnya beliau telah bermalam di sisi
dengan memperbanyakkan
berzikir, bertasbih dan Nabi saw pada suatu malam, maka Rasulullah
bertahmid.
saw bangun di akhir malam dan keluar, lalu
baginda telah menatap ke langit sambil

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 101
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

Jadual 2. Tiga Metode Pelaksanaan Model Psikoterapi Pesakit


membaca ayat ini pada surah Ali Imrān: Neurosis Berteraskan Āyāt Al-Tasliyah
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit
dan bumi, dan silih bergantinya malam dan Bil Metode Pemahaman Konsep

siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang


Iman atau percaya bahawa hanya Allah swt sahaja yang
berakal..” sehingga sampai kepada ayat “... berkuasa untuk memberikan ketenangan adalah merupakan
syarat asas bagi menjamin seseorang manusia berjaya
maka peliharalah kami dari siksaan neraka” mencari ketenangan jiwa.
Iman Sebagai Beriman bahawa ketenangan akan semakin meningkat
(Qur’an, 3: 191). Kemudian baginda kembali ke 1 Teras selari dengan peningkatan iman dan taqwa.
Beriman bahawa Allah swt sentiasa mengawasi keadaan
rumah, lalu baginda bersiwak, berwuduk, lalu psikologi diri manusia dalam menguruskan kehidupan
mereka (Nurbakh Javad: 1991). Allah swt tidak akan
berdiri menunaikan solat. Setelah itu, baginda membebankan manusia dengan sesuatu di luar daripada
kemampuan mereka.
berbaring, kemudian berdiri keluar menatap ke
langit lalu membaca ayat ini lagi. Kemudian
Empat rakaat solat Sunat Duha yang ditunaikan berupaya
baginda bersiwak dan berwuduk, lalu berdiri menjadi pelindung diri seorang muslim setiap kali
berhadapan dengan masalah (Azizan, A. H. dan Sa’Ari, C.
menunaikan solat” Z.: 2009).
Keberadaan di masjid atau rumah-rumah Allah swt
memberikan kesan positif dalam pembangunan rohani
dan berupaya memberikan ketenangan jiwa (Kadir, F. A.
(Ṣaḥīḥ Muslim, h. 256. & Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, h. 117) A.: 2007). Pengajaran daripada peristiwa Isrā’ di mana
Rasulullah saw diperjalankan dari Masjid al-Ḥarām di
Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin dalam satu malam
sebagai tanda kekuasaan Allah swt (Rusdiana, A: 2014).
Hadith ini menjelaskan, disunatkan membaca Berzikir mengingati Allah, bertasbih dan bertahmid adalah
Solat dan memberikan kesan ketenangan ke atas jiwa muslim yang
ayat Qur’an, 3: 191 ketika terjaga daripada 2 Ibadah Sebagai gelisah, bimbang, sedih dan murung (Shihab, M. Q.: 2006).
Medium Solat sunat taḥajjud dan witir dilakukan sebagai ibadah
tidur sambil memerhati ke langit, adalah penutup selepas proses pengamatan cakerawala yang
diiringi dengan bacaan ayat suci Al-Qur’an.
melambangkan keagungan amalan tadabbur Kandungan dan maksud setiap ayat al-Qur’an berupaya
memandu akal fikiran manusia menjadi lebih fokus, tenang
(berfikir dan mengamati) atau tafakkur. Al- dan terkawal.
Membaca (Qur’an, 3: 190-191) sebagaimana yang
Nawawī (t.t) menyatakan, jika seseorang itu dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memerhati ke arah
cakerawala.
kembali tidur sesudahnya dan terjaga kembali Menjaga kebersihan diri seperti bersiwak, berwuduk dan
berpakaian bersih berupaya memelihara jasmani dan
kemudiannya, maka disunatkan ke atasnya rohani manusia. Kebersihan jasmani dan rohani merupakan
elemen pelengkap yang membawa kepada ketenangan jiwa.
untuk mengulangi amalan ini sebagaimana
kefahaman hadith berkenaan.
Rasulullah merupakan manusia yang paling banyak diuji
dengan pelbagai ujian sehingga diiktiraf sebagai Rasul
Uli al-ʿAzmi yang paling utama. Tiada manusia yang
Menurut Ibnu Kathīr (1999), Al-Auzaʿī mengalami tekanan lebih berat berbanding Rasulullah saw.
Penghayatan Tuntutan Allah swt supaya sentiasa mengenang kesusahan
menjelaskan maksud tafakkur berdasarkan 3 Sirah orang lain yang lebih berat berbanding diri kita.
Rasulullah saw Sebagaimana Rasulullah saw diingatkan supaya mengenang
hadith ini, adalah “Dia membacanya Qur’an, kesusahan para Rasul Uli al-ʿAzmi yang terdahulu.
Mengenang segala kesusahan, cabaran dan ujian
3: 190 dan memikirkan tentangnya (cakerawala yang dilalui oleh Rasulullah saw mampu memberikan
ketenangan dan kekuatan kepada diri.
yang berada di bawah kekuasaan Allah swt)”.
Adapun Mūsā Shahīn (2002) menjelaskan
maksud langit di dalam hadith tersebut adalah Merujuk jadual di atas, ketenangan dan
pertukaran siang dan malam yang datang dan ketenteraman diri akan sentiasa diperolehi hasil
pergi dengan kekuasaan Allah swt, bintang- hubungan dengan Allah swt. Dalam aspek ini
bintang dan seluruh alam semesta. ibadah solat merupakan situasi paling hampir
manusia dengan Allah swt (Al-Qur’an, 2: 45).
Jiwa dan hati manusia akan bertambah tenang
apabila sentiasa dihidupkan dengan zikrullah,
bertasbih dan bertahmid. Firman Allah swt;

“(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang


tenteram hati mereka dengan zikrullah”.
Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang
tenteramlah hati manusia.”
(Qur’an, 13: 28)

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 102
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

Selain itu, menurut Mohd Razali (2010) Islam diadakan kajian lanjutan bagi mengembangkan
melebihkan ibadah yang dilakukan di masjid. metode psikoterapi ini. Kajian lanjutan tentang
Impaknya memberikan kesan ketenangan kaedah terbaik pelaksanaan model psikoterapi
fikiran dan jiwa lebih baik berbanding lokasi berteraskan Āyāt Al-Tasliyah juga perlu
atau persekitaran yang lain. Kesimpulannya, dilakukan. Buat masa ini, kerangka teori bagi
mekanisme psikoterapi pesakit Neurosis model psikoterapi berteraskan Āyāt Al-Tasliyah
berteraskan kefahaman interpretasi Āyāt Al- dilihat sesuai untuk diaplikasi oleh umat Islam.
Tasliyah adalah adalah sesuai diaplikasi. Metode
rawatan melalui sentuhan al-Qur’an dan nilai- Rujukan
nilai Islam diyakini berupaya memberikan
ketenangan kepada pesakit neurosis. Abū Ḥayyān al-Andalūsī. (2000) Al-Baḥru
al-Muḥīṭ Fī al-Tafsīr, Bāb Sūrah al-Isrā’ (17):
Kesimpulan al-Āyāt 1-22. Beirut: Dār al-Fikr. 7: 7

Setiap individu terdedah kepada risiko Aḥmad bin Muḥammad bin Ḥanbal al-Shaybānī.
menghadapi masalah kesihatan mental kategori Ed. Shuʿayb al-Arnawūṭ. (2001) Musnad al-
neurosis. Masalah gangguan kesihatan mental Imām Aḥmad bin Ḥanbal. Beirut: Muassasah
sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja al-Risālah, 37: 137.
tidak mengira umur, jantina, bangsa atau agama.
Walaupun risiko tersebut merupakan fenomena Ahmad Mukhtār. (2008). Mʿujam al-Lughah al-
biasa yang terhasil melalui tindak balas fizikal, ʿArabiyyah al-Muʿāsirah, Bab ‫ و ل س‬. Kaherah:
emosi dan mental yang normal, ia tetap ʿĀlam al-Kutub, 2: 1102.
memerlukan mekanisme rawatan psikoterapi
tertentu. Dalam hal ini, Al-Qur’an dan al- Al-Bukhārī, Muḥammad bin Ismāʿīl. (2002).
Sunnah merupakan pilihan utama mekanisme Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Ed. Muḥammad Zahīr bin
rawatan psikoterapi alternatif bagi umat Islam. Nāsir. T.tp: Dār Ṭawq al-Najāh
Interpretasi Āyāt Al-Tasliyah memberikan
gambaran ketenangan jiwa manusia boleh Al-Ḥarārī, Muhammad al-Amin. Hashim
dicapai melalui sentuhan al-Qur’an dan nilai- Muhammad et al. (2009). Al-Kawkab al-Wahhāj
nilai Islam. wa al-Rauḍ al-Bahhāj Fi Syarḥi Ṣaḥīḥ Muslim
Bin Hajjāj. Jil. 5. Makkah: Dār al-Minhāj.
Khazanah al-Qur’an dan Sunnah kehidupan
Rasulullah saw terbukti kaya dengan pelbagai Al-Nasafī, ʿAbdullah bin Aḥmad. (1998).
solusi psikoterapi yang komprehensif. Madārik al-Tanzīl wa Ḥaqāiq al-Ta’wīl. Ed.
Namun, wacana perbahasan yang memberikan Yūsuf ʿAlī Badīwī. Jil. 2. Beirut: Dār al-Kalim
pendedahan kepada khazanah ilmu psikoterapi al-Ṭayyib.
berteraskan Āyāt Al-Tasliyah dalam merawat
masalah kesihatan mental dilihat masih belum Al-Nawawī, Muhyiddīn. (1972) Syarh al-
dikembangkan secara sistematik. Kajian ini Nawawi ʿAla Muslim. Jil. 3. Beirut: Dār Ihyā’
diharap mampu menyumbang pengetahuan al-Turāth al-ʿArabi.
kepada ahli terapi dalam membimbing dan
memulihkan pesakit neurosis melalui proses Al-Rāzī, Fakhr al-Dīn. (2000). Tafsīr Mafātīh
rawatan berteraskan al-Qur’an. al-Ghayb aw al-Tafsīr al-Kabīr. Beirut: Dār
Iḥyā’ al-Turāth al-ʿArabīy.
Selain itu, kajian ini mendapati imej
kesempurnaan Islam selaras dengan penemuan Al-Shʿarāwī, Mutawalli. (1997). Tafsīr Al-
kajian sains semasa dilihat masih banyak belum Shʿarāwī. Jil. 14. Kaherah: Maṭābʿi Akhbār
diterokai. Justeru itu, dicadangkan supaya al-Yaum.

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 103
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

Al-Suyūṭī, Jalāl al-Dīn. (t.th). al-Durru al- therapy, 41(8), 923-947.


Manthūr Fī al-Tafsīr bi al-Ma’thūr. Jil. 5.
Beirut: Dār al-Fikr. Freud, S. (1961). Neurosis and psychosis. In The
Standard Edition of the Complete Psychological
Alwi, S. M. (2010). Keistimewaan- Works of Sigmund Freud, Volume XIX (1923-
keistimewaan al-Qur’ān. Kuala Lumpur: Alam 1925): The Ego and the Id and Other Works (pp.
Raya Enterprise. 147-154).

Azizan, A. H., & Sa’Ari, C. Z. (2009). Terapi Fuad Anshori. (2002). Agenda Psikologi Islami.
solat dalam menangani penyakit gelisah Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
(anxiety) menurut perspektif psikoterapi
Islam. Jurnal Usuluddin, 29, 1-43. Gaol, N. J. L. (2012). Pusat Penyembuhan
Penyakit Jiwa Dan Gangguan Kejiwaan Di
Bech, P., & Lindberg, L. (2014). It is never too Yogyakarta. (Doctoral dissertation, UAJY).
late to treat anxiety neurosis or panic disorder
with a serotonin-reuptake inhibitor. Oxford Gunarsa, S. D. (2004). Konseling dan
medical case reports, 2014(5), 100-101. psikoterapi. Jakarta: Gunung Mulia.

Brent, D. A., & Kolko, D. J. (1998). Hassan, R. (1990). Pengantar psikiatri. Kuala
Psychotherapy: Definitions, mechanisms Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 11.
of action, and relationship to etiological
models. Journal of Abnormal Child Ibnu ʿAshūr. (1984) Al-Taḥrīr wa al-Tanwīr.
Psychology, 26(1), 17-25. Jil. 30. Tūnis: al-Dār al-Tūnisiyah.

Castonguay, L. G., & Hill, C. E. (2007). Insight Ibnu Ḥajar al-ʿĀsqalāni. (1960) Fatḥu al-
in psychotherapy. American Psychological Bārī Syarḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Beirut: Dār al-
Association. Mʿarifah, 1: 27.

Daradjat, Z. (1983). Kesehatan mental. Jakarta: Ibnu Hishām. Ed. Al-Saqā, Muṣṭafā. (1955)
Gunung Agung. Al-Sīrah al-Nabawiyyah Li Ibni Hishām. Cet.
2 Mesir: Maktabah wa Maṭbaʿah Muṣṭafā al-
Dowson, J. H. (1977). The phenomenology Bābī al-Ḥalabī.
of severe obsessive-compulsive neurosis. The
British Journal of Psychiatry, 131(1), 75-78. Ibnu Kathīr, Abū al-Fidā’. (1999). Tafsir al-
Qurān al-ʿAẓīm. Beirut: Dār al-Kutub al-
Eysenck, S. B. G. (1956). Neurosis and ʿIlmiyyah.
psychosis: an experimental analysis. Journal
of Mental Science, 102(428), 517-529. Ibnu Kathir. Ed. Shamsuddin. (1999) Tafsīr
al-Qur’ān al-ʿAẓīm. Beirut: Dār al-Kutub al-
Ferguson, J. M. (2001). SSRI antidepressant ʿIlmiyyah, 2: 167.
medications: adverse effects and
tolerability. Primary care companion to the Kadir, F. A. A. (2007). Keberkesanan Kelas
Journal of clinical psychiatry, 3(1), 22. Agama di Masjid Daerah Hulu Langat
Selangor. Jurnal Usuluddin, 25, 73-88.
Freeman, D., & Garety, P. A. (2003).
Connecting neurosis and psychosis: the Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012).
direct influence of emotion on delusions Kemurungan: Apa Yang Anda Perlu Tahu.
and hallucinations. Behaviour research and Booklet Kemurungan. [online]: http://www.moh.

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 104
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/ Nikmah, A. (2018). Peningkatan Pembelajaran


NCD/Kesihatan%20Mental/Kemurungan_-_ Rasul Ulul Azmi Dengan Menggunakan Teknik
Apa_Yang_Anda_Perlu_Tahu.pdf (Diakses Jigsaw Dan Media Gambar Ilustrasi Pada Siswa
pada 10 Februari 2012) Kelas V Sd N Tegalombo 04 Pati. Elementary:
Islamic Teacher Journal, 6 (1), 22-42.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016).
Masalah Kesihatan Mental Di Malaysia. Nour Hanah Othman. (2012) Ubat Anti-
Putrajaya. Kemurungan (Anti-Depresi). [online]: http://
www.myhealth.gov.my/ubat-anti-kemurungan-
Koenig, H. G., & Pritchett, J. (1998). Religion antidrepresi/ (Diakses pada 20 April 2012)
and psychotherapy. In Handbook of religion and
mental health (pp. 323-336). Academic Press. Nurbakh, J. (1991). Tasawuf dan Psikoanalisa:
Konsep Iradah dan Transferensi dalam Psikologi
Maya, A. A. R. (2017). Perspektif Al-Qur ‘an Sufi. Jurnal Ilmu dan Kebudayaan Ulumul
Tentang konsep Al-Tadabbur. Al-Tadabbur: Qur’an, (8).
Jurnal Ilmu Al-Qur’an dan Tafsir, 1(01).
Prawitasari, J. E., Noor Rochan Hadjam, M.,
Mohd. Hussain Habil, & Sulaiman, A. H. Atamimi, N., Retnowati, S., Sofiati Utami,
(2006). Kemurungan: punca dan rawatan. M., Ramdhani, N., & Ul Hasanat, N. (2002).
Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Penerbit Psikoterapi, Pendekatan Konvensional dan
Universiti Malaya. Kontemporer. M.A. Subandi. (Eds), Latihan
Medtitasi Untuk Psikoterapi. (pp. 181-206).
Mohd Nasir. (2012) Penyakit Mental. [online]: Yogyakarta: Unit Publikasi Fakultas Psikologi
http://www.myhealth.gov.my/penyakit-mental/. UGM.
(Diakses pada 20 April 2012)
Rajab, K. (2006). Islam dan Psikoterapi
Mohd Razali Salleh. (2010). Pengendalian Moden. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 7(1),
Stres dan Kebimbangan: Penilaian Kognitif dan 133-156.
Tingkah Laku. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia. Rusdiana, A. (2014). Integrasi Pendidikan Agama
Islam dengan Sains dan Teknologi. Jurnal
Mʿujam al-Maʿāniy al-Jʿāmʿi. Tʿarīf wa Mʿanā Istek, 8(2).
Tasliyah. [online]: https://www.almaany.com/
ar/dict/ar-ar/‫ةيلست‬/ (akses pada 23 Mac 2019). Safe, S. N., & Nor, A. Y. M. (2016). Pengurusan
Stress Menurut Al-Qur’an Dan Hadith. Al-
Munawwir, Ahmad Warson. (1997). Kamus Hikmah, 8(1), 3-18.
al-Munawwir. Surabaya: Pustaka Progressif.
Sauer, W. H., Berlin, J. A., & Kimmel, S. E.
Musa Shahin. (2002). Fatḥu al-Munʿim Syarḥ (2001). Selective serotonin reuptake inhibitors
Sahīh Muslim. Jil. 2. T.tp: Dār al-Shurūq. and myocardial infarction. Circulation, 104(16),
1894-1898.
Musa, N., Yaakub, A., Ihwani, S. S., Muhtar, A.,
Mustafa, Z., & Rashid, M. H. (2018). Psikoterapi Shihab, M. Q. (2006). Wawasan al-Qur’an
Islam Menurut Al-Qur’an Dan Al-Sunnah tentang Zikir dan Doa. Lentera Hati Group.
Dalam Mengurus Tekanan Pesakit Kanser
Payudara (Islamic psychotherapy according Sidi, H., ZamZam, R., & Shaharom, M. H.
to Qur’an & Sunnah in managing stress among (2003). Menjaga Kesihatan Jiwa: Teknik
breast cancer patients). e-Bangi, 15(2). Mengurus Stres. Pahang: Pts Publication &

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
GJAT | DECEMBER 2019 | VOL 9 ISSUE 3 | 105
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

Distribution Sdn. Bhd.

World Health Organization. (2017). Depression


and Other Common Mental Disorders: Global
Health Estimates. No. WHO/MSD/MER/2017.2.
Geneva: WHO Document Production Service.

This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE)
View publication stats

You might also like