Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Kronologi Kes Iki Putra - Nik Elin

1. 21 Ogos 2019 - Seorang individu bernama Iki Putra disabitkan kesalahan jenayah syariah
liwat di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di bawah seksyen 28 Enakmen Jenayah
Syariah (Selangor) 1995.
2. 2020 - Iki Putra mencabar keabsahan seksyen 28 EJSS 1955 ke Mahkamah Sivil.
3. 25 Februari 2021 - Mahkamah Persekutuan di barisi sembilan panel hakim memutuskan
bahawa seksyen 28 EJSS tidak berperlembagaan. Menurut keputusan ini, Dewan
Undangan Negeri Selangor (DUN) tiada kuasa untuk menggubal seksyen 28 EJSS 1955.
4. 2021 - Rentetan itu, seramai 200 pengamal undang-undang di Malaysia menyatakan
kebimbangan mereka akan perkembangan Kes Iki Putra tersebut.
5. 22 Mei 2022 - Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasya Tengku
Abdul Rahman memfailkan permohonan untuk membatalkan 21 peruntukan dalam
Enakmen Kanun Jenayah Syariah. Antara 21 peruntukan yang mahu dicabar oleh Nik
Elin merupakan, Seksyen 5 (dakwaan palsu), Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat),
Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam
yang keji akhlaknya), Seksyen 14 (liwat), dan Seksyen 15 (hukuman liwat).
6. 17 Ogos 2023 - Pendengaran Kes di Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sesi pendengaran
kes ini turut disertai oleh Sister in Islam (SIS), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan (MAIK), dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
sebagai amicus curiae. Manakala Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Badan Peguam
Syarie Wilayah Persekutuan, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Badan Peguam Malaysia menjadi peguam
pemerhati.
7. 20 November 2023 - Mahkamah Persekutuan bakal mengeluarkan keputusan kes
tersebut.

Signifikan keputusan Kes Nik Elin

1. Undang-undang Syariah sangat signifikan dalam kehidupan muslim. Dalam Surah


An-Nisa, ayat 105, Allah menekankan tujuan penurunan Al-Quran iaitu agar kita
mengadili manusia dengan Hukum Allah dan tidak membela golongan pengkhianat.
2. Dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa menggubal undang-undang dibahagikan antara
Parlimen (Pusat) dan kuasa Dewan Undangan Negeri (Negeri).
3. Antara kuasa DUN adalah untuk membuat undang-undang tentang kesalahan dan
hukuman jenayah bertentangan hukum syarak keatas orang Islam. Negeri-negeri telah
lama membuat enakmen untuk membendung kesalahan jenayah syariah seperti liwat,
khalwat, judi, arak dan banyak lagi. Semua ini bertentangan Hukum Syarak.
4. Keputusan Kes Iki Putra pada tahun 2021, mempunyai kesan domino kepada kuasa DUN
untuk menggubal undang - undang berkaitan kesalahan jenayah syariah di Malaysia.
Perkara ini diakui sendiri oleh mantan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli
Mohamad al-Bakri. Buktinya, dalam masa setahun sudah ada cabaran baharu terhadap
keabsahan enakmen jenayah syariah negeri yang dimulakan oleh Nik Elin.
5. Keputusan Kes Nik Elin pula bakal menentukan masa hadapan enakmen jenayah syariah
negeri-negeri. Jika keputusan Mahkamah Persekutuan mengikut duluan (precedent) di
dalam Kes Iki Putra, tidak mustahil keseluruhan enakmen jenayah syariah negeri-negeri
bakal runtuh satu persatu. Hasilnya, kedudukkan mahkamah syariah sendiri bakal
direndahkan setaraf dengan tribunal biasa.

Apa yang boleh Mahasiswa buat?

1. Memahami isu dengan lebih mendalam melalui medium pembacaan, wacana, diskusi dan
inisiatif-inisiatif lain yang dirasakan sesuai untuk menambahkan pengetahuan akan isu
yang berlaku.
2. Melakukan kajian terperinci untuk mengeluarkan cadangan-cadangan solusi dan
penambahbaikan untuk pelaksanaan undang - undang Syariah serta urus tadbir
Mahkamah Syariah di Malaysia.
3. Menyebarkan kesedaran akan kepentingan pemerkasaan undang - undang Syariah serta
cabaran yang dihadapi melalui media sosial.
4. Mengadakan kempen kesedaran secara fizikal bagi meluaskan capaian audiens.
5. Mendesak di samping mencadangkan idea-idea serta solusi kepada pihak berautoriti agar
membela kedudukan undang - undang Syariah di Malaysia.

You might also like