Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1

SULIT*

Jawab semua soalan.


1 Yang manakah ciri Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat?
A Pentadbiran berlandaskan Perlembagaan
B Perkhidmatan kerajaan yang sistematik
C Penduduk yang berbilang bangsa
D Pemimpin yang berjiwa rakyat

2 Yang manakah kepentingan pembentukan Malaysia kepada negeri Sabah dan


Sarawak?
A Mempercepat kemerdekaan
B Menyeragamkan pentadbiran
C Menamatkan pertelingkahan kaum
D Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran

 Lahir di luar Persekutuan


 Bapa berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri

3 Pernyataan di atas merujuk kepada syarat-syarat memperoleh kewarganegaraan secara


A Kuatkuasa Undang-undang
B Pencantuman Wilayah
C Pendaftaran
D Naturalisasi

4 Yang manakah benar tentang persamaan antara ahli Badan Perundangan Negeri
dengan Badan Perundangan Persekutuan?

A Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong


B Boleh memegang jawatan sehingga berumur 60 tahun
C Seorang warganegara yang bermastautin di dalam negara
D Dipilih dalam kalangan profesional dan golongan minoriti

5 Majlis Raja-raja berkuasa melantik


A anggota Jemaah Menteri
B anggota Mahkamah Khas
C anggota Jemaah Pengampunan
D anggota-anggota Mahkamah Syariah

STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
2
SULIT*

6 Yang manakah fungsi Parlimen?

A Membentuk dasar-dasar negara


B Meluluskan hasil-hasil cukai yang baru
C Mentafsir undang-undang Persekutuan
D Menggubal Perlembagaan Persekutuan

7 Ketua Setiausaha Negara merupakan pengerusi


I Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri
II Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara
III Lembaga Pengarah Institusi Integriti Malaysia
IV Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8 Yang manakah antara berikut merupakan fungsi Majlis Raja-raja?

A Memilih Yang di-Pertua Negeri


B Membentuk dasar-dasar pentadbiran negara
C Memberi pengampunan kepada Raja sesebuah negeri
D Memperkenankan upacara agama dalam Persekutuan

9 Yang manakah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?


A Kebudayaan dan sukan
B Keselamatan dalam negeri
C Kutu rayau dan penjaja beredar
D Kesihatan awam dan pencegahan penyakit

1 Yang manakah benar tentang Setiausaha Politik?


0

A Dilantik oleh Perdana Menteri


B Saraannya ditentukan oleh Parlimen
C Bertanggungjawab kepada Jemaah Menteri
D Memegang jawatannya sehingga umur persaraan

STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3
SULIT*

11 Yang manakah merupakan sumber hasil kerajaan Persekutuan?

A Cukai tanah
B Cukai taksiran
C Cukai petroleum
D Cukai perlombongan

12 Yang manakah prinsip tadbir urus yang baik

A Beretika
B Ketulusan
C Pematuhan
D Amanah

1 Yang manakah langkah untuk meningkatkan tadbir urus baik?


3
I Melaksanakan pengurusan risiko
II Meningkatkan sistem kawalan dalaman
III Melatih modal insan yang berkemahiran tinggi
IV Menambahkan bilangan kakitangan perkhidmatan awam

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

1 Yang manakah langkah rakyat Malaysia bagi meningkatkan pertahanan negara secara
4 menyeluruh?

A Meningkatkan kerjasama pelbagai hala


B Menambahkan kenalan dari pelbagai negara
C Mementingkan negara melebihi kepentingan diri
D Berpegang teguh pada ideologi politik masing-masing

STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4
SULIT*

1 Yang manakah cabaran utama dalam mengukuhkan integrasi dan perpaduan di


5 Malaysia?
I Keluarga
II Pendidikan
III Gaya hidup
IV Penempatan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Bahagian B [15 markah]


Jawab semua soalan.
Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.
16 Nyatakan empat perkara yang terkandung dalam undang-undang tertinggi di
Malaysia.
[4]
(a) _________________________________________________________________
(b _________________________________________________________________
)
(c) _________________________________________________________________
(d _________________________________________________________________
)

Skema Jawapan:

Bil Idea
1 Kebebasan asasi
2 Kewarganegaraan
3 Persekutuan
4 Pilihan raya
5 Badan kehakiman
6 Perkhidmatan awam
7 Negeri-negeri, agama dan undang-undang bagi Persekutuan
8 Negeri-negeri
9 Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri

STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5
SULIT*

10Peruntukan kewangan
11Am dan pelbagai
12Kuasa khas menentang perbuatan subversif, keganasan terancang, dan perbuatan
dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darurat
13 Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
14 Peruntukan sementara dan peralihan
15 Kecualian bagi kedaulatan, dsb raja-raja
Mana-mana empat idea

Encik X:
 Berumur 20 tahun
 Dilahirkan pada 20 Februari 1956

17 Senaraikan tiga syarat lain yang melayakkan Encik X menjadi warganegara Malaysia
secara pendaftaran. [3]
(a) ________________________________________________________________
(b) ________________________________________________________________
(c) ________________________________________________________________

Skema Jawapan
Bil Idea
1 Telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun sebelum tarikh permohonan
2 Berkelakuan baik
3 Berniat bermastautin di Malaysia secara tetap
4 Mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu
Mana-mana tiga idea

18 Jelaskan dua jawatankuasa yang terdapat di Dewan Negara. [4]


(a) _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
(b) _________________________________________________________________
_________________________________________________________________

Skema Jawapan:
Bil Idea Huraian
1 Jawatankuasa Pemilih - Memilih anggota-anggota bagi jawatankuasa
yang lain.
2 Jawatankuasa Peraturan - Meneliti beberapa pindaan kepada peraturan
Mesyuarat tetap dan mencadangkan perubahan
STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
6
SULIT*

3 Jawatankuasa Dewan -Meneliti perkara yang berkaitan dengan


keselesaan dan kemudahan ahli-ahli dewan
4 Jawatankuasa Hak dan - Meneliti dan menjaga kuasa serta hak
Kebebasan kepentingan dewan serta disiplin ahli-ahli dewan
Mana-mana dua idea dan dua huraian
19 Kemukakan empat cabaran yang dihadapi negara dalam melaksanakan tadbir urus
baik.
[4]
(a) _________________________________________________________________
(b _________________________________________________________________
)
(c) _________________________________________________________________
(d _________________________________________________________________
)

Skema jawapan
Bil Idea
1 Memantapkan integriti penjawat awam
2 Meningkatkan keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan
3 Ancaman globalisasi
4 Menerajui transformasi perkhidmatan kerajaan
5 Amalan rasuah
6. Kerenah birokrasi
7 Memenuhi ekspektasi pelanggan/ stakeholder / Memenuhi kehendak pelanggan
yang berubah-ubah
8 Menghadapi persaingan di peringkat antarabangsa
9 Pembangunan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Mana-mana empat idea

STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
7
SULIT*

Bahagian C [25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

20 Malaysia kini berdepan dengan sistem ekonomi dunia yang semakin canggih.
Ekonomi digital telah membawa pelbagai kebaikan kepada masyarakat. Jelaskan.
[25]

Skema jawapan

Pengenalan:
Ekonomi digital menjadi pemangkin kepada inovasi produk atau perkhidmatan sekaligus
meningkatkan produktiviti individu mahupun perniagaan. Terdapat pelbagai kelebihan
ekonomi digital kepada masyarakat.

Bil Idea Huraian


Kebaikan ekonomi
digital

1 Menjimatkan kos  Tiada kos sewa premis perniagaan atau Gudang.


 Tidak perlu mengupah pekerja.
 Dapat menjimatkan bil utiliti.
 Jimatkan kos perjalanan.

2 Memudahkan urusan  Boleh membeli barangan dan perkhidmatan pada bila-


bila masa.
 Perbandingan harga dapat dilakukan dengan mudah.
 Urusan jual beli dapat dilakukan dengan cepat.
 Peniaga mudah memaklumkan produk baharu kepada
pengguna dari semasa ke semasa.

3 Meluaskan pasaran  Peniaga dapat mengiklankan dan memasarkan barangan


atau perkhidmatan dengan lebih luas.
STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
8
SULIT*

 Peniaga dapat menarik pelanggan tanpa mengira had


sempadan negara.

4 Mempunyai pilihan  Pengguna boleh melayari pelantar e-dagang di seluruh


yang banyak dunia.
 Peniaga mudah memilih pembekal yang lebih
menguntungkan.
 Boleh memilih produk yang pelbagai dan meningkatkan
keselesaan membuat pilihan.
5 Menjana pendapatan  Masyarakat mudah berniaga tanpa modal yang tinggi.
 Menjana pendapatan sampingan kepada golongan
berpendapatan rendah.

6 Menambahkan peluang  Syarikat perkhidmatan penghantaran berasaskan e-


pekerjaan hailing semakin bertambah.
 Pertambahan peniaga atas talian
 Mewujudkan peluang pekerjaan baharu seperti model-
model produk dan ejen-ejen promosi produk (product
review).

Mana-mana lima idea

Kesimpulannya, ekonomi digital membawa banyak kebaikan dalam kehidupan seharian.


Masyarakat perlu bijak dalam menguruskannya.

STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
9
SULIT*

21 Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh masyarakat bagi mengukuhkan


perpaduan kaum, namun perpaduan erat antara kaum masih belum tercapai.
Bincangkan. [25]

Pendahuluan
Rancangan menyatupadukan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya dilaksanakan
menerusi pelbagai dasar dan pelan kerajaan. Semenjak merdeka lagi kerajaan telah
mengambil pelbagai inisiatif untuk mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum tetapi
perpaduan yang erat antara kaum masih belum tercapai.

Bil Idea Huraian


Usaha masyarakat

1 Menganjurkan  Melakukan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan.


aktiviti  Memperkasa peranan Kelab Rukun Tetangga.
kemasyarakatan
2 Meningkatkan  Amalan saling berkunjung ke rumah jiran pelbagai bangsa
amalan kunjung semasa musim perayaan.
mengunjung  Memenuhi jemputan majlis perkahwinan.

3 Aktiviti sukan  Mengadakan pertandingan sukan berasaskan komuniti.


 Masyarakat berbilang kaum boleh bertanding atau
menyokong dengan semangat perpaduan dan kesukanan yang
tinggi.
 Menganjurkan Sukan Massa.

4 Memantapkan  Sentiasa berkomunikasi dengan jiran tanpa mengira bangsa.


semangat kejiranan  Mengambil berat tentang semua jiran di sekeliling rumah.
 Tidak prejudis terhadap amalan agama dan budaya jiran
pelbagai bangsa lain.

5 Mengelakkan  Tidak menulis atau menyebarkan isu-isu perkauman di media


provokasi sosial.
perkauman  Tidak menimbulkan isu sensitif/ ketegangan kaum di
STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
10
SULIT*

kawasan perumahan.
 Sentiasa berfikiran rasional dan bersangka baik antara kaum.

6 Menghayati Rukun  Memantapkan pemahaman dan pengamalan lima prinsip


Negara Rukun Negara.
 Berpegang teguh kepada prinsip Kesopanan dan Kesusilaan
serta prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

7 Mengamalkan  Menghayati ajaran agama yang betul.


ajaran agama yang  Agama Islam menganjurkan umatnya supaya berkenal-
sebenar kenalan dan berbaik-baik dengan semua manusia.

8 Menunjukkan  Warganegara lebih dewasa menjadi suri teladan kepada


teladan baik kepada kanak-kanak.
kanak-kanak  Berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris ketika berada dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum.
 Mengamalkan budaya hormat-menghormati sesama insan.

9 Menghantar anak-  Mendaftarkan anak-anak di sekolah kebangsaan, terutamanya


anak ke sekolah yang mempunyai pelajar dan guru pelbagai kaum.
kebangsaan  Membiasakan anak-anak dengan persekolahan pelbagai kaum
untuk memupuk perpaduan.

Sebab perpaduan
belum dicapai
 Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk
10 Amalan politik mempertahankan dan memperjuangkan hak untuk kaum
perkauman masing-masing.
 Masyarakat lebih cenderung untuk mengekalkan identiti
masing-masing serta mempertahankan nilai, budaya dan idea
yang berbeza di antara kelompok masyarakat.
 Hal ini dimanipulasikan oleh ahli politik tertentu demi
kelangsungan politik mereka.

11 Penyalahgunaan  Propaganda perkauman di laman sosial merupakan salah satu


teknologi maklumat punca yang telah menyebabkan pemupukan perpaduan tidak
dan komunikasi berjaya.
 Tindakan segelintir pihak yang memuat naik status provokasi
perkauman meniupkan api kemarahan antara kaum.
 Sentimen perkauman walaupun kecil jika tidak ditangani

STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
11
SULIT*

dengan sebaiknya akan menjadi serius.

12 Perbezaan budaya  Perbezaan genetik, ras dan etnik.


dan agama  Kelainan bahasa pertuturan harian, iaitu kaum Melayu
berbahasa Melayu, Orang Cina berbahasa Mandarin atau
Hokkien manakala orang India berbahasa Tamil.
 Wujud perbezaan warna kulit, bentuk fizikal, agama dan
kepercayaan.
 Perpaduan kaum di Malaysia bersifat integrasi dan bukannya
asimilasi seperti di Thailand dan Indonesia menyukarkan
berlakunya penyatuan rakyat sebagai satu bangsa Malaysia.

13 Wujud pemisahan  Pemisahan penempatan mengikut etnik juga menjadi punca


fizikal wujudnya masalah perpecahan kaum.
 Kawasan pedalaman yang sukar dihubungi menyukarkan
perpaduan antara penduduk di kawasan bandar dengan
kawasan pedalaman.
 Rumah-rumah di kawasan bandar mempunyai pagar yang
tinggi mengurangkan interaksi sosial antara penduduk.

14 Wujud jurang  Jurang ekonomi antara kaum yang melebar ini menjadikan
ekonomi antara masyarakat iri dan tercetuslah bibit-bibit perpecahan.
kaum yang masih  Persaingan dalam alam pekerjaan dan perniagaan seperti
luas meletakkan syarat-syarat tertentu yang bias terhadap sesuatu
kaum juga menjadi punca timbulnya prejudis perkauman.

15 Semangat  Semangat ini sangat sukar dikikis.


mementingkan  Sikap menjaga kelangsungan jangka hayat kaum dengan
kaum sendiri mengutamakan kepentingan kaum masing-masing.
 Tidak menghiraukan sensitiviti kaum lain asalkan dapat
memenuhi tuntutan kaum sendiri.

Mana-mana 2+3/3+2 idea

Kesimpulannya, perpaduan kaum yang erat sangat penting bagi menjamin keamanan dan
keharmonian negara. Oleh itu, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk
mengambil tindakan yang agresif, efektif dan proaktif bagi mengukuhkan perpaduan antara
kaum di Malaysia.

STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
12
SULIT*

22 Sistem penyampaian perkhidmatan awam ditambah baik dengan memantapkan


integriti. Oleh itu, setiap penjawat awam perlu memainkan peranan untuk
meningkatkan integriti dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam di negara
ini. Jelaskan.
[25]

Pendahuluan
Integriti merangkumi setiap aspek kehidupan manusia yang mencakupi integriti kita dengan
tuhan, keluarga, jiran, ketua dan rakan sepejabat termasuk tugas serta tanggungjawab
termasuk dengan diri kita sendiri. Aspek integriti perlu ada dalam diri penjawat awam bagi
meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Bil Idea/isi Huraian


1 Bekerja dengan jujur  Penjawat awam perlu bertindak jujur dan amanah
dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya.
 Bekerja dengan ikhlas dan mengetepikan konflik
peribadi.

2 Tegas menolak rasuah  Menolak rasuah yang diberikan oleh pelbagai pihak.
 Memakai lencana antirasuah.
 Melaporkan perbuatan memberi rasuah kepada
penjawat awam.

3 Mengamalkan nilai  Mengamalkan kod etika jabatan masing-masing.


moral dan etika yang  Mengamalkan nilai murni sejagat iaitu amanah,
tinggi bijaksana, benar, telus, adil dan bersyukur.
 Menunjukkan nilai kembangan dan nilai sokongan
berdasarkan situasi tugas.
 Membentuk budaya kerja kelas pertama, iaitu cara
berfikir dan pemikiran, cara merasa dan menghayati
serta cara bertindak dan berperilaku.

4 Mengukuhkan  Mempraktikkan amalan agama dalam kehidupan harian.


STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
13
SULIT*

pegangan agama  Kepercayaan teguh kepada tuhan menghalang


seseorang daripada melakukan dosa.

5 Mematuhi undang-  Sentiasa mematuhi undang-undang negara.


undang, peraturan dan  Melaksanakan tugas mengikut peraturan yang
arahan dalam diterapkan.
pelaksanaan tugas  Melaksanakan arahan tugas tanpa pilih kasih.

6 Mengutamakan  Mengutamakan tugas melebihi kepentingan peribadi.


kepentingan awam  Sanggup melakukan tugas yang diarahkan dalam
melebihi kepentingan pelbagai situasi.
diri

7 Memantapkan  Sentiasa membina kemantapan personaliti diri.


personaliti diri  Menambahkan pengetahuan baru berkaitan bidang
tugas dari semasa ke semasa.

8 Membudayakan amalan  Mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.


kecemerlangan  Melakukan kerja untuk mencapai tahap yang terbaik
dan memuaskan hati pihak berkepentingan.
 Bertanggungjawab terhadap tugas dengan mencapai
prestasi yang ditetapkan.

9 Berakauntabiliti  Berani menjelaskan kepada pihak-pihak berkepentingan


bagi setiap tindakan yang dijalankan.
 Memahami dan menjalankan peranan dan
tangungjawab mengikut piawaian yang ditetapkan.
Mana-mana lima idea.
Kesimpulannya, penjawat awam perlu memantapkan integriti bagi meningkatkan imej
perkhidmatan awam di negara ini.

STPM 2021 – 900/1/S2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like