Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Ruj Tuan :

Ruj Kami : JPNK.800-3/1/1(91)


Tarikh : 14 Mac 2023
Pengetua/ Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Kedah

Tuan,

PELAKSANAAN DAN PEMATUHAN DASAR-DASAR PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ingin memanjangkan
pemakluman semula bahawa Bahagian Penguruan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menyediakan satu Garis Panduan Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-dasar
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk membantu pihak sekolah mengurus,
mentadbir dan melaksanakan perkhidmatan secara menyeluruh dan berkesan.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama surat ini disertakan lampiran berkaitan
perancagan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian berterusan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah. Semua Pengetua dan Guru Besar diminta mematuhi garis panduan ini
supaya setiap potensi murid dapat digembleng secara optimum menerusi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika.
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak tuan boleh
menghubungi Encik Muhammad Fazli bin Abu Bakar Penolong Pengarah HEM di talian 013-
8225341(e-mel fazli@moe.gov.my)

Kerjasama dan keprihatinan tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SABRI BIN OSMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan Kedah
b.p : Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

s.k: 1. Pengarah Pendidikan Kedah


2.Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah

You might also like