Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

CERITA DI DALAM WAYANG KULIT KELANTAN

Dalam Wayang Kulit Kelantan,persembahan cerita adalah aspek penting dandiberikan


penekanan.Di dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan Berjamu, persembahan
dibahagikan kepada dua, iaitu persembahan cerita biasa dan persembahancerita yang
dikhaskan iaitu episod Betara Kala dan episod Wak Perang Hutan dan episodDalan
Muda.Terdapat empat pembahagian cerita di dalam Wayang Kulit Kelantan.
Pertamaadalah cerita Pokok atau cerita utama iaitu cerita Maharaja Wana.Cerita
tersebut berdasarkan Hikayat Seri Rama.Terdapat dua pulu sembilan episode dalam
ceritaMaharaja Wana yang bermula dari Penaklukan dati Kuacha hingga Seri
Ramamengalahkan Rawana.Klafikasi kedua adalah cerita Ranting yang dibahagikan
kepada empat jenis iaituyang pertama adalah Cerita Ranting Utama iaitu episodnya
terdapat di dalam CeritaPokok.Episod dalam cerita tersebut akan terkeluar daripada
cerita pokok dan kemudiandisambungkan semula kepada Cerita Pokok.Watak-watak
yang terlibat di dalam episodtersebut akhirnya menjadi sebahagian dari watak-watak di
dalam cerita pokok.ContohnyaCerita Ranting Utama ialah Cerita Anak Amok dan
Kematian Raja Bali,iaitu di dalamepisod ke empat belas Cerita Maharaja Wana.Kedua
episode yang terdapat di dalam cerita pokok tetapi tidak terdapat di dalamHikayat Seri
Rama.Episod tersebut adalah Kewujudan Pak Dogol dan Wak Long dalamepisod
sembilan Ceritan Seri Maharaja Wana.Kemunculan watak Pak Dogaol dan Wak Long
diperkenalkan oleh dalang Ya’akob,yang diwatakkan sebagai Semar dan Turasdalam
Wayang Jawa.(Wayang Melayu)

Ketiganya cerita ranting diadaptasikan daripada cerita-cerita Panji yang terdapatdalam


Wayang Jawa.Plot dan struktur cerita adalah cerita Panji tetapi diubah suai
dandisesuaikan dengan watak-watak yang terdapat dalam cerita Pokok. Contoh-contoh
ceritaini adalah Ken Ketambunan,Kerak Nasi dan Kera Mas.Cerita Seri Rama Nitis
adalahadaptasi daripada cerita Pendawa dan disesuaikan dengan watak Seri
Rama.Keempatnya adalah Cerita Ranting Khas.Cerita ini dipersembahkan dalam
persembahan Wayang Kulit Kelantan Berjamu.Cerita-cerita tersebut masi berhubung
kaitdengan Seri Rama, Sita Dewi dan watak-watak lain dalam cerita pokok. Contoh
ceritatersebut ialah Episod Wak Perang Hutan,Episod Betara Kala dan Cerita Kosi
Serawi dania juga adalah rendangan kepada cerita pokok.

Klafikasi ketiga ialah cerita Tanggam. Watak-watak dalam cerita Tanggammeminjam


watak-watak di dalam Cerita Pokok. Cerita ini merupakan generasi keduacerita pokok
dan ranting.Cerita ini selalunya berkisar tentang anak beranak Seri Ramadan Kumpulan
Pengasuh.Kebanyakkan cerita Tanggam tidak lagi meletakkan Seri Ramasebagai
watak utama,sebaliknya meletakkan watak-watak yang lain seperti
Hanuman,Laksamana, dan Pengasuh sebagai watak utama. Plot Cerita Tanggam lebih
bebas tetapimasih bersendikan watak-watak Cerita Pokok. Sebagai contoh, Cerita lima
Pahlawanialah cerita yang banyak menggunakan watak di dalam Cerita Pokok tetapi
Hanumanmenjadi watak utama.Cerita-cerita lain seperti Radin Lak Juna dan Radin Lak
Pelembang. mengisahkan tentang dua orang anak Seri Rama. Cerita Bunga Ardani
Bunga Ardanomengisahkan watak pengasuh Said, menjadi watak utama.Dalam
konteks persembahan Wayang Kulit Kelantan biasa, Cerita Tangggamadalah lebih
popular kalau dibandingkan dengan cerita pokok. Cerita jenis ini banyak di
persembahkan untuk tujuan komersial. Dalang mempunyai kebebasan untuk
menciptacerita-cerita baru dan kebanyakkan cerita baru muncul adalah kategori
CeritaTanggam.Semasa mempersembahkan Cerita Tanggam, dalang akan memilih
cerita yangsesuai dengan selera penduduk setempat. Sebagai contoh, kebanyakkan
cerita yang berkisar tentang ketidakadilan, perebutan tanah dan tempat tinggal diminati
oleh penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman. Penonton yang tinggal di
persisiran pantai pula meminati cerita-cerita Hanuman. Mereka tidak suka jika dalang
memainkan cerita Hanuman dan Hanuman kalah dengan lawanya. Penduduk di
kawasan Bandar pulasukakan cerita mengenai percintaan.Klasifikasi keempat adalah
cerita Saduran iaitu cerita-cerita yang diambildaripada cerita lain dan tidak ada kena
mengena dengan cerita Seri Rama.Contoh cerita-cerita tersebut adalah Cerita
Pendawa Lima,Cerita rakyat seperti Yatim Berendap, YatimMustafa, Batu Belah Batu
Bertangkup dan juga cerita yang di ambil daripada hikayatseperti Hikayat Indera
Bangsawan, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Saiful Lizan. EritaSaduran ini kurang popular
di kalangan penonton. Para penonton lebih meminati ceritaTanggam. Patung yang ada
kurang sesuai dengan cerita. Ada sesetengah dalangmeminjam patung yang sudah
berwatak dalam Wayang Kulit Kelantan dan cubadisesuaikan dengan Cerita
Saduran.Walaupun dalang mencipta patung baru, penonton masih sukar untuk
menerimanya kerana mereka telah serasi dengan watak dan ceritamengenai diri Seri
Rama dan Rakyatnya.

Bahasa

Bahasa yang digunakan di dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan adalahdialek


Kelantan Patani. Di Perak ketika wayang kulit pernah dimainkan di sana, mereka juga
menggunakkan dialek yang sama kerana dalang yang bergiat adalah pendatang
dariPattani.Di Terangganu, walaupun watak-watak lawak menggunakan dialek
Terangganu,tetapi watak-watak bangsawan menggunakan dialek KElantan
Pattani.Bahasa wayangkulit adalah berbeza dengan bahasa harian. Hal ini disebabkan
cerita yang digunakanadala cerita lama.Watak-watak yang wujud haruslah dibezakan
mengikut kelompok danmempunyai kualiti suara yang berbeza. Contohnya, watak-
watak bangsawan daripadakelompok halus harus bercakap sebagai mana keendak
watak. Kelompok Kasar mempunyai gaya suara yang berbeza dengan watak
bangsawan. Watak-watak lawak (pengasuh) dibiarkan bercakap sebebas mungkin.

Terdapat juga bahasa-bahasa yang digunakan menyalahi pendeharran kata. Kerapkali


perkataan seperti masing-kermasing, apa yang dinamakan, di berteriak,
akanmeninggalan, di gelaran, barang bila. Hal ini terjadi mungkin kerana sengaja
dilakukanatau dalang kurang kefahaman di dalam perbendaharaan kata. Apabila guru
merekamengucapkan perkataan tersebut dan kemudianya diperturunkan kepada
muridnya lalumuridnya menganggap sebutan atau perkataan tersebut tidak boleh
diubah.Oleh itu ramaidi kalangan dalang sebelum tahun 1970an ramai yang buta huruf
dan tidak mendapat pendidikan formal di sekolah. Mereka tidak begitu terdedah kepada
penulisan klasik dansebutan klasik. Ianya adalah sebagai jalan mudah dan supaya
bahasa yang di gunakankelihatan klasik.Dalang-dalang meminjam perkataan atau
sebutan harian dan kemudianyamencipta bahasa mengikut sebutan dan ciptaan
mereka sendiri.Andainya dalang-dalangtersebut cuba menggunakan bahasa
klasik,perkataan yang mereka ucapkan kelihatan janggal. Apabila bahasa harian yang
di pinjam oleh dalang di ubah sebutan dan perkataanini ditonjjolkan, ia akan menjadi
sebutan yang bernilai. Kebanyakkan dalang yang adasekarang tidak lagi buta huruf,
akan tetapi mereka masih lagi terikat dengan gaya bahasawayang dan gaya bahasa
yang di perturunkan oleh guru sebelum ini. Dalang yangditemui rata-rata mahu
mengekalkan sebutan-sebutan yang ada dalam wayang kerana ituadalah identity
bahasa wayang. Secara kontra dengan watak pelawak dan orang daratmenggunakan
bahasa harian semasa bercakap. Selalunya perkataan atau sebutan yangdilafazkan
oleh guru akan diikuti oleh anak muridnya dan ini menimbulkan identitysendiri dari
kalangan dalang.

Air Wayang

Air di sini bermaksud perkataan-perkataan khas yang terdapat dalam wayang. Air juga
terdapat dalam Mak Yong (Air Mak Yong) dan Main Puteri (air Puteri). Perkataankhas
ini berbeza sedikit dari sebelum ini. Terdapat tiga kategori di dalam air
wayang.Pertama, perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain.
Ianya disebut juga sebagai kata pinjam. Dalam Wayang Kulit Kelantan, terdapat banyak
perkataan pinja yang diambil daripada bahasa Jawa dan Siam. Sebahagian daripada
perkataan ini difahami oleh para penonton. Contoh-contoh perkataan tersebut ialah alas
(jawa:hutan),sangking (jawa: sangat), maling, panca aniti (jawa:singgahsana), teniak
(thai:thamniap),kunisa (thai, sena:pengasuh).Kedua, memeri yang bermaksud
penceritaan melalui maksud perbuatan, perumpamaan, bidalan, peribahasa, gandaan
perkataan (bilangan perkataan). Contohmemeri yang menggunakan bidalan adalah
seperti bertukar rupa, bergelanggikan bangsa, buruk di luar teramat elok di dalam.
Menggunakan peribasa seperti harimau laparkanmangsa, merah arna muka, seperti
bunga raya kembang pagi. Menggunakan perumpamaan, tak tahu siang tak tahu
malam, sikit berjalan banyak belari. Gandaan perkataan, empat puluh gebalung, dua
belas negeri. Maksud perbuatan, sedanag tatkala,apakala yang bernama, oleh kerana
dengan sebab, memecah cerita wayang.
Upacara Ritual

Upacara ritual dalam persembahan Wayang kulit kelantan terbahagi kepada


duakomponen: pertama upacara kenduri dan buka panggung. Kedua upacara tutup
panggung.Upacara buka panggung merupakan upacara kenduri yang dilakukan
sebelum sesuatu persembahan wayang kulit itu dipersembahkan.Upacara ini hanya
dilakukan sekali sahaja iaitu pada malam pertama persembahan.Upacara tutup
panggung pula merupakan upacara penutup yangmenandakan tamatnya cerita dalam
sesuatu persembahan.6

Upacara kenduri dan buka panggung dimestikan semsa dalang mengadakan


persembahan di kawasan baru, panggung baru ataupun panggung yang biasa
digunakansebelum ini.Ianya dibaca dengan mentera untuk menyeru penghuni empat
penjuru alamiaitu sinar naik, sinar runduk, hilir bangsawan, hulu bani dan empat
kawasan, bumi, padang, kampung dan sungai.Terdapat komponen-komponen yang
sama dalam upacara wayang kulit denganMain Puteri. Ada dalang-dalang yang juga
menjadi bomoh puteri dan menggunakan bacaan kenduri yang sama semasa
mengendalikan main puteri dan kenduri untuk wayang. Ada juga dari kalangan dalang
terutamanya dalang yang masih muda akandijemput oleh bomoh puteri atau dalang-
dalang yang lain untuk menyelenggarakanupacara kenduri. Kenduri sebelum upacara
berjamu selalunya dilakukan oleh bomoh puteri. Bacaan kenduri kadang-kadang
digunakan juga oleh bmoh biasa dalam proses pengubatan.Bacaan mentera
mengandungi susunan nama-nama makluk halus dan asal usulmereka dan dalang
akan menyebut kuasa yang ada pada makluk halus tersebut. Dalangakan memberi tahu
makluk halus itu bahawa persembahan ini persembahan biasa atausebagainya dan
berharap agar tidak diganggu olehnya.Selepas baca kenduri, upacara buka panggung
dimulakan dan dalang akanmemperjelaskan panggung sekarang sudah dibuka.
Mantera-mantera yang dibaca di peringkat ini ialah mantera rahsia antara guru dan
murid. Penonton serta panjak-panjak tidak mendengar bacaan tersebut. Walaupun
bacaan buka panggung tidak dipersembahkan pada tiap-tiap malam, akan tetapi ada
beberapa bahagian dalam mentera7
tersebut dibisikkan pada telingan Pak Dogol dan Wak Long semasa lagu tukar
dalangdimainkan.Upacara tutup panggung adalah untuk menandakan tamatnya
sesebuah persembahan.Dalang akan membaca mantera selamat balik dewa-dewa.
Selepas manteraitu habis dibaca, lagu naik geduk dimainkan untuk menandakan
bahawa upacara tutup panggung sudah tamat. Kalau persembahan tersebut belum
tamat, dalang akanmemberitahu bahawa cerita akan bersambung dan lagu bertabuh
dimainkan.Ada juga dalang yang akan menyanyikan mentera tersebut dengan
menggunakanlagu sendayung. Setelah cerita tamat, dalang akan memberitahu
penonton cerita akantamat, dan lagu bertabuh dimainkan sebanyak tiga pusingan dan
diikuti oleh laguSendayung, dan dalang akan menyanyikan mantera tersebut sebagai
tanda tutup panggung atau dipanggil iseh. Semasa lagu bertabuh dimainkan, dalang
akan mencabutsemua patung dari batang pisang dan kelir dibiarkan kosong. Ada
sesetengah dalang akanmenggunakan patung Wak long untuk menyanyikan lagu
Sendayung. Perkara ini berdasarkan bahawa watak Wak Long adalah dalang yang
memainkan wayang kulitdalam episod Betara Kala, iaitu salah satu komponen penting
dalam persembahan.

You might also like