Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

GURU BESAR/PENGETUA 25 April 2022

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MYGURU MATH GENIUS CHALLENGE


2022 ANJURAN LEARNING PORT SDN BHD

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Atas maklum daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian) saya berbesar hati ingin mempelawa para pelajar dari sekolah Tuan untuk menyertai
pertandingan myGuru Math Genius Challenge 2022 anjuran Learning Port Sdn. Bhd.

2. Untuk maklumat Tuan, pertandingan ini dijadualkan pada 4 hingga 25 Jun 2022 secara dalam
talian. Pertandingan ini juga turut dirangka bagi mencapai 5 objektif berikut;

i. Menguji kemampuan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian
masalah Matematik menerusi kemahiran abad ke-21,
ii. Menghubungkan dan merapatkan jurang pencapaian akademik pelajar di Malaysia
menerusi mekanisme dalam talian yang membolehkan interaksi dan perbincangan sepanjang
pertandingan berlangsung,
iii. Memberi peluang kepada para pelajar menerima sijil pengiktirafan dari organisasi swasta
yang diiktiraf penglibatannya dalam pendidikan digital tempatan dan antarabangsa,
iv. Melahirkan individu yang bermotivasi tinggi dan berdaya saing,
v. Memupuk semangat muafakat dalam kalangan peserta yang berbilang kaum dan bangsa.

3. Selain itu, pertandingan ini terbuka kepada 2 kategori pelajar iaitu pelajar Tahap 2 sekolah
rendah (Tahun 4 – 6) dan pelajar menengah rendah (Tingkatan 1 – 3). Peserta pertandingan akan
melalui lima fasa pertandingan dalam jangka masa tiga minggu. Penyertaan pertandingan adalah
percuma, dan semua pelajar yang mendaftar akan diberikan sijil penyertaan secara percuma. Pelajar
boleh menggunakan bahan pembelajaran myGuru dengan potongan harga istimewa sebagai
persediaan bagi pertandingan ini. Hadiah akan diberikan kepada tiga orang peserta yang
memperoleh pencapaian terbaik dan sekolah yang merekodkan penglibatan tertinggi para
pelajarnya di pusingan kedua pertandingan.

4. Justeru, pihak Learning Port Sdn. Bhd. berharap agar pihak sekolah dapat menggalakkan para
pelajar daripada kategori yang ditetapkan untuk menyertai pertandingan ini. Senarai nama pelajar
boleh dihantar kepada pihak kami menggunakan borang yang disediakan.

5. Sehubungan itu, pihak penaja pertandingan, Maxis eKelas turut berbesar hati menaja
penyertaan awal pelajar sekolah daripada golongan B40. Penajaan pelajar adalah dalam bentuk
bahan pembelajaran dalam talian yang dikenali sebagai myGuru. Oleh itu, pihak sekolah boleh
mengemukakan senarai pelajar B40 yang berminat untuk disenaraikan di bawah program tajaan ini.

Sekali lagi, di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan kerana sudi meneliti dan
memberi perhatian kepada jemputan ini. Semoga kerjasama daripada Tuan bakal memberi impak
positif dalam merealisasikan myGuru Math Genius Challenge 2022 dan pengalaman baharu yang
bermakna kepada para pelajar khususnya. Keterangan lanjut berkenaan pendaftaran dan pelaksanaan
pertandingan boleh dirujuk dalam lampiran yang diberikan.
Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

Datin Shairin Sharif


Ketua Pegawai Eksekutif
LAMPIRAN A

PANDUAN PENDAFTARAN PESERTA SEKOLAH

TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH 20 Mei 2022

1. Imbas kod QR di bawah atau layari https://forms.gle/NFAHuVaboy7qvzDR9 dan


isikan maklumat sekolah:

2. Lampirkan maklumat berikut dalam borang pendaftaran yang di upload ke Google


Form:

(i) peserta umum menggunakan Borang Pendaftaran A1;

Borang Pendaftaran A1 (Umum)


Tahun (T)/
N No. Telefon
Nama Tingkatan No. myKid/IC
o. Bimbit
(TG)
123456-02-
1 ALI BIN SAMAD T4 012-123 456
7893
123456-02-
2 SURAYA BT ZAHRI TG2 014-305 657
7893

(ii) peserta B40 (jika ada) menggunakan Borang Pendaftaran A2;

Borang Pendaftaran A2 (Pelajar B40)


Tahun (T)/
N No. Telefon
Nama Tingkatan No. myKid/IC
o. Bimbit
(TG)
123456-02-
1 SHAHRIL BIN AZMI T6 012-123 456
7893
123456-02-
2 DAHLIA BT ADNAN TG1 014-305 657
7893
3. Pihak Learning Port akan menghubungi sekolah dan pelajar untuk urusan pendaftaran
dan kelayakan tajaan peserta pelajar B40.

4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian 013 – 273 1705 (Emelia Isrina)/ 014 –
305 5034 (Syazwani) atau e-mel kepada mygurumathchallenge@gmail.com.

5. Maklumat lanjut dan informasi pertandingan boleh dirujuk melalui laman Facebook
rasmi pertandingan iaitu MyGuru Math Genius Challenge 2022.

You might also like