Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

SMK BUKIT JAMBUL

JALAN BUKIT GAMBIER,


11700 GELUGOR, PULAU PINANG
_________________
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1 (2023)

Kajian tentang sisa domestik di


RKAT, Pangsapuri Sri Pahlawan,
PSRN Relau, Bayan Lepas, Pulau
Pinang

Nama: NUR QISTINA NAJWA BINTI ZULFAKHRI


Kelas: 1 AVIOR
Nama Guru: EN. AHMAD IQBAR
Tarikh Menghantar Laporan:15 DISEMBER 2023
Jadual Kerja
Bil Tarikh/Hari Perkara
Menerima tajuk tugasan dan mendengar
1. 21-11-2023 taklimat tentang laporan kerja
(Selasa) lapangan daripada Cikgu Iqbar

2. 26-11-2023 Mencari maklumat lanjut mengenai


(Ahad) konsep, jenis, kesan dan langkah
pengurusan sisa domestik

3. 30-11-2023 Membuat jadual kerja, isi kandungan,


(Khamis) penghargaan dan pendahuluah tentang
kerja lapangan

4. 3-12-2023 Membuat objektif kajian


(Ahad)
5. 10-12-2023 Membuat kawasan kajian
(Ahad)

6. 12-12-2023 Pergi ke kawasan kajian dan


(Selasa) mengambil gambar kawasan yang
mempunyai sisa domestik

7. 15-12-2023 Menyiapkan senarai kandunga


(Jumaat) dan senarai kerja serta
memperbaiki dan menyemak
setiap halaman

8. 15-12-2023 Menghantar laporan kerja


(Jumaat) lapangan kepada Cikgu Iqbar
untuk disemak
Isi Kandungan
perkara halaman
1. Penghargaan ……………
1
2. Pendahuluan …………..
2
3. Objektif Kajian …………..
3
4. Kawasan Kajian …………… 4
5. Peta kawasan …………..
5
6. Kaedah Kajian …………..
6
7. Hasil Kajian …………..
7
8. Rumusan …………..
13
9. Rujukan ………….. 14
10.Lampiran …………..
15
1. PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur dipanjat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya
dapatlah saya menyiapkan kerja khusus Geografi bagi memenuhi kriteria saya
sebagai seorang pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2023 dalam masa yang
telah ditetapkan.

Saya, Nur Qistina Najwa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Geografi saya, cikgu Ahmad Iqbar di atas tunjuk ajar tanpa putus
asa kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima
kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberi dorongan dan
galakan demi memastikan kajian dijalankan
dengan sempurna.

1
2. PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan sisa domestik.
Saya membuat kerja tentang jenis jenis sisa domestik dan kesan
pembuangan sisa domestik yang dihadapi oleh penduduk di kawasan
taman tersebut. Selain itu, saya juga bercadang agar pengurusan sisa
domestik secara terancang di taman tersebut. Antara sebab pemilihan
kawasan kajian adalah kawasan ini berhampiran dengan rumah saya, hal
ini memudahkan saya mejalankan kajian di kawasan tersebut.

2
3. OBJEKTIF KAJIAN
Saya melakukan kajian di RKAT, Pangsapuri Sri Pahlawan
bertujuan untuk:

1.Menyatakan konsep,jenis dan contoh


sisa domestik yang terdapat di Pangsapuri
Sri Pahlawan

2.Menjelaskan kesan pembuangan sisa


domestik yang terdapat di Pangsapuri
Sri Pahlawan

3. Menghuraikan 3 langkah
mengurangkan kesan pembuangan sisa
secara bijaksana di kawasan sasaran
3
4. KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya terletak di RKAT Pangsapuri Sri
Pahlawan, Bayan Lepas, Pulau Pinang. RKAT (Rumah Keluarga
Angkatan Tentera) Pangsapuri Sri Pahlawan merupakan sebuah
kuarter/kawasan perumahan yang terletak di dalam daerah
Barat Daya.
Kawasan ini terletak kira-kira 3.5km hingga ke SMK Bukit
Jambul dan mengambil masa lebih kurang 10-15 minit untuk ke
sekolah tersebut jika menaiki motorsikal.

Bentuk muka bumi yang terdapat di Pangsapuri Sri Pahlawan


ialah tanah pamah. Terdapat pelbagai infrastruktur yang
terdapat di kawasan ini seperti stesen minyak, tempat
beribadat, perumahan, kedai makan, sekolah dan sebagainya.

4
5. PETA KAWASAN KAJIAN

5
6. KAEDAH KAJIAN

i) Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar
kawasan Pangsapuri Sri Pahlawan untuk mengenal
pasti jenis sisa domestik di kawasan ini.

ii) Rujukan
Saya telah mendapatkan maklumat tentang konsep sisa domestik dengan
merujuk kepada Buku Teks Geografi dan bahan rujukan lain. Selain itu,
saya juga melayari internet untuk mencari maklumat tentang kesan-kesan
pembuangan sisa domestik dan cadangan pengurusan sisa
Domestik yang terancang.

6
7. HASIL KAJIAN
i) Konsep Sisa Domestik
Menurut Wikipedia, Sisa domestik ialah bahan buangan
yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa
makanan, botol plastik, kertas dan bahan logam terpakai.
Sisa buangan toksin pula seperti minyak masak atau
enjin,lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas
organik. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa
cecair. Ianya dapat dikelaskan kepada bahan organik dan
bahan bukan organik. Kebanyakkannya sisa domestik
berpunca daripada aktiviti harian manusia dan selebihnya
daripada tindak balas semulajadi alam sekitar.

7
ii) Jenis-jenis Sisa Domestik di Pangsapuri Sri Pahlawan

Daripada pemerhatian yang saya jalankan di Pangsapuri Sri Pahlawan,


saya telah mendapati bahawa terdapat dua jenis sisa domestik di
kawasan persekitaran ini yang terdiri daripada bahan organik, seperti:
sisa makanan dan kertas. Manakala bagi bahan bukan organik pula,
seperti: tin, plastik, besi buruk dan kaca.

Sisa domestik di Pangsapuri Sri Pahlawan ini juga terdiri daripada sisa
pepejal dan sisa cecair. Sisa pepejal ialah seperti sisa makanan, plastik,
kertas, logam, perabot dan lampin pakai buang. Manakala sisa cecair
seperti minyak masak dan kumbahan.

8
iii) Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di
Kawasan Pangsapuri Sri Pahlawan

a) Pencemaran Bau
Melalui kajian yang saya lakukan, didapati penduduk menghadapi masalah
pencemaran bau di persekitaran Pangsapuri Sri Pahlawan. Longgokan sampah
sarap yang lama terbiar dan tidak dikutip mengeluarkan bau busuk dan
membuatkan persekitaran kawasan persekitaran Pangsapuri Sri Pahlawan kotor.
Penduduk terpaksa menghidu bau busuk dari kawasan pembuangan sampah
terutamanya selepas hujan.

b) Wabak Penyakit
Berdasarkan kajian saya juga, penduduk turut menghadapi masalah seperti
wabak penyakit di persekitaran Pangsapuri Sri Pahlawan. Sisa pembuangan
sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan wabak penyakit yang
disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas dan lalat. Sebagai contoh,
penyakit taun, demam denggi, malaria, suka dan rotavirus.

9
c) Banjir Kilat
Selain itu juga, penduduk menghadapi masalah seperti berlakunya
banjir kilat yang seringkali berlaku di Pangsapuri Sri Pahlawan. Sikap tidak
bertanggungjawab penduduk yang membuang sampah ke dalam
longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat.
Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak
sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.

10
iv) Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa
Domestik Secara Bijaksana di Kawasan Sasaran

a) Amalan 3R
Melalui kaji selidik, penduduk mencadangkan agar Pangsapuri Sri Pahlawan
mengamalkan 3R (Recycle, Reuse, Reduce). Amalan ini dapat mengurangkan
jumlah sampah yang dibuang serta dapat menjimatkan wang penduduk.
Contohnya, penduduk Pangsapuri boleh mengadakan pertandingan
pengubahsuaian barang-barang terpakai pada hari keluarga tahunan.

b) Gotong Royong
Daripada respon penduduk juga, ada yang mencadangkan agar diadakan gotong-
royong. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan, Badan Bukan
Kerajaan (NGO), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan orang perseorangan.
Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh melalui pelbagai media sosial.
Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen
Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.

11
c) Penguatkuasaan Undang-undang

Antara lain juga, penduduk mencadangkan diperketatkan Penguatkuasaan


Undang-Undang sebagai langkah pengurusan sisa domestik lebih teratur.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang
berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan hukuman yang
lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam 2007 (Akta 672) dan
akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (Akta 673) dibuat
untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik

12
8. RUMUSAN
Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan, saya telah
menemui beberapa dapatan yang berkaitan dengan jenis-jenis sisa
domestik di Pangsapuri Sri Pahlawan. Dapatan ini juga dapat membantu
saya memahami lebih mendalam tentang kesan-kesan pembuangan sisa
domestik disekitar kawasan kajian. Selain itu, saya telah
mencadangkan beberapa cadangan untuk menguruskan sisa domestik
dengan lebih terancang dalam kerja lapangan saya. Dengan itu, saya
berharap kesan-kesan negatif sisa domestik dapat dikurangkan dan
Pangsapuri Sri Pahlawan akan menjadi semakin bersih dan ceria pada masa
akan datang.

13
9. RUJUKAN
Lawan Sesawang

1. Sisa domestik - Wikipedia Bahasa Melayu,


ensiklopedia bebas: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik
2. Pecemaran alam sekitar: https://www.permohonan.my/pencemaran-
alam.sekitar/.
3. Kepentingan Pengasingan Sisa-Sisa Pepejal :
http://http.www.myhealth.gov.my/kepentingan-pengasingan-
sisasisa-pepejal-kepada-kesihatan-awam/
4. Pentingnya Penjagaan Alam Sekitar :
https://www.amirulazmi.weebly.com/kenapa-pentingnyapenjagaan-alam-
sekitar

Buku Teks
Hisyam Azman Bin Ibrahim Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad,
2021, Geografi Tingkatan 1, ERA VISI SDN. BHD. 14
10. LAMPIRAN

15

You might also like